Monday, May 30, 2011

Cerita Tentang Cuti Sekolah

Hujung minggu kalau terkena lak dengan cuti sekolah je mesti banyak jemputan majlis perkahwinan. Sabtu & Ahad baru ni pun makan nasi minyak je. Tapi dapur mak tetap berasap coz ada mulut kecik nak makan.

Selamat Pengantin Baru buat Nurul Jannah & pasangannya. (Felda Lembah Klau, Raub)
Selamat Pengantin Baru buat Fairuz & pasangannya (Sg. Pasu, Raub)
Selamat Bertunang buat Kamarul Asikin & pasangannya (Kg. Sega, Raub)
Selamat pengantin baru gak buat semua-semua pengantin yang telah selamat dijabkabulkan hujung minggu baru ni.
Selamat Pengantin Lama & Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Ke Tiga buat Norhanafizah Husain & Md. Rizal Khan (Bandar Sri Damansara)
Hahaha..dedikasi untuk diri sendiri lak....


Ni gambar pengantin lama

Cerita tentang anniversary belum ada lagi coz masing2 baru perasan hari ni adalah 3rd anniversary kami. Baru je masing2 wish sebentar tadi selepas masing2 buka FB. Best tak korang kami adalah couple yang masing-masing boleh terlupa perkara penting macam ni????

Sebelum nak cerita yang best-best, nak cerita yang tak best dulu. Jumaat lepas mak datang ke KL dan sudah pastinya adik adalah driver dia. Datang ke Kl juga adalah bersebab.

Anak kepada sepupu aku telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh sudah hampir dua minggu akibat pendarahan otak. Perlu berkampung selama hampir 3 bulan untuk pemerhatian dan tindakan pihak hospital. Puncanya adalah seringkali mengalami migrain sebelum ini.

Aku pun bukan pandai sangat dengan term2 perubatan ni. Cuma dari cerita sepupu aku ni, anak dia selalu sangat migrain. Doc cakap waktu dia migrain tu, macam ada satu belon kat otak dia dan sekarang belon tu dah pecah, Bila pecah tu yang jadi pendarahan otak. Ruang yang pecah masih belum ditampal semula kerana govt hospital tak ada kepakaran. Yang ada hanya di HUKM tetapi memerlukan kos yang tinggi dan boleh dibuat dengan segera. Kalau kat Hospital Sg. Buloh kena tunggu la jawabnya...

Dari seorang gadis remaja yang lincah, sekarang hanya terbaring di katil. Disebabkan otak bahagian kanan yang cedera, segala pergerakan bahagian di sebelah kiri seolah-olah lumpuh. Cuma doa yang dapat dipanjatkan agar Asma cepat-cepat sembuh.

Tutup cerita sedih buka cerita yang tak berapa best la jugak. Janji tak la sedih. Yang menerujakan aku & husband adalah sayur petola kami telah pun berbuah dan sudah pun boleh dipetik. Sudah juga dimasak dan dimakan. Tapi terlupa nak ambik gambar.

Ada dua biji baru keluar hasil. En. by by terus je buat para baru untuk sayur petola tu merayap coz pokok tu baru je naik kat kayu junjung tapi dah berbuah. Bersemangat nak beli lagi biji benih tu coz buah dia memang cantik sangat.

Cerita-cerita lain adalah tiada bekalan elektrik. Mak kata sudah seminggu macam ni. Hari Sabtu bergelap dari kul 5.30 pm sampai 2.30 am. Hari Ahad lak berpanas & bergelap dari kul 1.00pm sampai 8.00pm.

Dulu Aisy kecik lagi, tak kisah kalau tiada elektrik. Sekarang dah lain. Hari Sabtu teruja dengan api lilin. Bila dilarang semakin hendak dicuba. Biarkan sahaja untuk dirasa apa itu api. Sudahnya menangis tak berhenti-henti coz sakit la tu terkena api.

Selain menangis juga teruja dengan api-api lilin, dia bermain dengan bersungguh hati. Sampaikan pek diapers dia dijadikan mainan tempat dia melompat dan panjat. Yang ni permainan yang aku sungguh tak faham.

Tidur dah la lewat, tiba-tiba pukul 2.00am terbangun dan melalak tak berhenti-henti. Mungkin terkejut sebab gelap, terkejut sebab nampak sesuatu atau mengigau sebab sebelum tidur ketawa terkekeh-kekeh. Dipujuk dengan bermain air di kolah dan susu. Akhirnya tidur dengan tidak berpakaian.

Ahad lak, bila dah nak masuk Maghrib masih belum mahu masuk ke dalam rumah kerana gelap. Sebagai alternatif, kami duduk di dalam kereta dari pukul 7.00 pm hingga ke 8.00 pm.

Kepada pihak TNB, tolonglah baiki service anda. Tarif dah la mahal, pastu kena bayar lak tu..tapi asyik tak ada bekalan elektrik lak. Jangan sampai satu hari nanti ada syarikat bekalan elektrik lain lak yang offer bekalan elektrik barulah sibuk2 nak buat promosi dan jaga customer macam talian telefon.

Selain teruja bermain api lilin dan bergelap dua hari, budak kecik tu jugak teruja bermain air. Selain dari teruja dengan air kolah. Kat kampung siang tu sampai 3x mandi. Bila waktu dia mandi, dia mandi, bila aku nak mandi, dia pun nak mandi. Bila dia 'poo-poo' pun dia nak mandi. Bila tanggal je baju terus je nak masuk bilik air nak mandi.

So, tiada lagi air panas ketika mandi, semuanya berendam ngan air kolah je budak kecik tu. Paling best tengok dia terjerit-jerit kesejukan bila kita hirus dia ngan air. Berendam tak pe pulak.

Masih lagi teruja dengan air. Tapi kali ni dengan kerajinan dia lak untuk membasuh kereta. Anak korang ada serajin budak kecik macam kat bawah ni? Aku tinggalkan entry hujung minggu kali ni dengan kerajinan budak kecik ni mencuci kereta.



















Budak umur 1 tahun 2 bulan cuci kereta

No comments:

Post a Comment