Friday, May 20, 2011

Cerita Tentang Big Day Part 4

Pagi-pagi lagi dah kecoh. Tapi pagi ni dah tak payah buat air. Ada tukang buat air yang dilantik buat air. Cuma yang kecoh nak gi letak papan tanda dan beli barang lagi...ada lagi barang tak cukup.

Adik gi pasang papan tanda dan sekaligus dia yang beli barang2 yang tak cukup lagi. Mula-mula aku ngan husband nak kuar, tapi Aisy tak bangun2 lagi. Husband lak sibuk dengan pelbagai tugas. Kejap bahagian makanan, kejap bahagian hiasan meja makan. kejap bahagian beli barang. Semua lah kerja dia kena buat.

Aku dalam rumah je. Mengeluarkan dan lap semua pinggan mangkuk mak untuk makan hidang di meja pengantin dan juga keluarga pengantin perempuan. Nasib baik Aisy tidur so boleh settle semua tu.

Set Corelle mak dikeluarkan untuk makan pengantin bersama 3 set lagi
Bila adik balik je, ada lagi barang tak beli. Tembikai untuk makan pengantin dan bahan-bahan nak buat cocktail. Langsung C.De lak yang kuar beli barang. Tembikai pun tak beli, mintak Ayah Su belikan lak coz dia memang tinggal kat Bandar raub.

Kebetulan Aisy dah bangun, mandikan terus je dia sebab dah kat pukul 12.00 pm..Bila nak pakaikan baju, dia asyik nak lari je. Maklum lah, ramai orang kat rumah tu. Kebetulan lak team mak dengan berzanji. Siap berbaju kurung, aku biar je dia dengan mak.

Aku tolong C.De siapkan cocktail tu. Tapi datang gak budak kecik tu nak makan-makan. Biasalah, sebab ada puding dalam cup tu, dia memang suka. Suap kat dia habis gak setengah cup.


Ha kau, ada 10 orang je boleh makan puding cocktail ni

Pengantin dah sampai, Pengapit dan husband tak siap lagi. Dua2 pun tak pandai pakai sampin. nasib baik ada Mak Usu tolong pakaikan. Itu pun dah haru coz aku cari  sampin husband aku tak jumpa. rasa macam ternampak tapi tak jumpa. Nasib baik jumpa jugak akhirnya.



Bila pengantin sampai, aku tak berkesempatan pun nak tengok abang bersanding dan direnjis dipilis. Ditepungi tawar hai beras kunyit. Sibuk sangat2 dan jadi kelam kabut. Tambah lak bawak handbag (Aisy) ke hulu ke hilir.



Ni dengan sedara mara

Ni ngan kawan-kawan

Bila terpaksa bergegas masuk ke dalam rumah dan keluar dengan paper bag, Aisy kena tinggal ngan abah dia yang menyambut tetamu. Tapi mujurlah ada Nizam (budak kampung aku) ni offer nak dukung Aisy. Sampai tertidur keletihan budak kecik tu di bahu Nizam. Dia kata letak dalam rumah, tapi bila aku gi tengok budak kecik tu dah bangun. Sian pulak dia, so aku decide dok dalam rumah lak.

Kebetulan nak bungkus lauk2 untuk sedara-mara, tu yang berkampung kat dapur je. Aisy lak memang baik sungguh lah. Dia pun rajin bungkus nasi dalam tong tu. Siap makan nasi lagi budak kecik tu. Makan sendiri coz mama dia banyak kerja nak buat.

Selesai membungkus semua, bila keluar, keluarga perempuan pun dah balik. Orang2 pun dah tak ada. Hanya beberapa kerat je ada lagi. Tetamu dah tak ramai. Orang kampung pun dah ramai balik. Mak pun dah masuk dalam rumah. Ada kawan baik aku Nurul Jannah ni datang ngan mak dia. Dia ni bakal pengantin gak. 29hb Mei ni majlis dia.

Sampai masanya untuk kami menggedikkan diri lak dihadapan lensa kamera. Walau pun waktu tu muka dah penuh dengan minyak, nasib baik gambar tu tak boleh keluarkan bau, kalau tak dah bau peluh sih..panas betul cuaca. kalau baju ngan tudung ada macam2 cap coz kena minyak ntah dari mana.

Waktu nak shoot tu, Aisy ni tak nak langsung beri kerjasama. Dia tak nak berdukung. Tak nak jugak duduk rapat2 ngan kami. Dia duduk jauh dari kami semua. Bila kami berdiri, dia berdiri depan sorang2 dia..memang tak boleh blah la tengok Aisy ni. Nanti gambar tu kena tunggu kawan abang aku bagi baru leh upload. Kamera sendiri tak sempat nak snap apa2.

Itu last session untuk big day...pengantin tetap dengan outdoor shoot nya. kami-kami ni, perlu menukar uniform untuk bekerja lak

No comments:

Post a Comment