Tuesday, May 3, 2011

Anak Mama Yang Manja

Kembali bercerita tentang aktiviti di hujung minggu..Pulang ke kampung minggu ni dapat berkumpul dengan semua adik beradik. Abang pulang untuk kali terakhir membuat persiapan perkahwinan dan akan pulang dua minggu lagi untuk melangsungkan big day dia lak...

Hari Khamis minggu lepas lagi mak & adik datang ke KL membeli barangan untuk gift dan juga masakan untuk majlis bertandang di rumah kami. Datang ke KL juga untuk menjemput semua sedara-mara yang ada..Ni dah last peluang mak datang KL coz adik dah start mengajar sebagai guru ganti kat Sek Keb Lembah Klau bermula hari ni..


NSK Trade City, semua pun ada di sini
Pic : Google

Bila mak & adik datang, mestilah Aisy tidak ke school dia..seronok lah dia dok kat rumah tak pun jalan-jalan ikut Tokma dia..Hari Khamis hanya separuh hari di nursery dan bila adik dah sampai KL, adik ambik dia..Hari Jumaat satu hari pusing KL & Selangor jemput sedara mara..Biasanya menangis kalau kena tinggal tapi sebab dia pun naik kereta, mandi pagi-pagi buta pun tak pe..mama gi kerja pun tak nangis coz dia pun naik kereta gak gi jalan-jalan..

Jumaat tu pulang ke kampung dengan C.De je coz husband bekerja..Sempat order sate kajang pada husband coz dia minum petang di sate Kajang Hj. Samuri di Gombak tu..mana boleh makan sorang-sorang kan by by!!!!Makan kena share-share...


Sate Hj. Samuri
Pic : Google

Sampai di kampung agak awal...belum Maghrib lagi dah sampai..itu pun aku bawa slow je kereta Kia Picanto Hijau tu..sebab tak biasa bawa kereta tu, tak berani lenjan macam Myvi..banyak follow lori je...


Banyak cerita & sejarah di sebalik kereta hijau ni
Pic: Google

Sampai-sampai je pintu rumah memang terbuka..abang, adik, Aisy dan Mak dok layan minum petang aka makan malam (goreng pisang & teh panas je)..dari jauh dah dengar abang aku cakap kat Aisy yang mama dia dah sampai...tapi aku menyorok je dalam kereta tu..yang keluar C.De dia..Aisy pun keluar intai-intai dalam kereta tak puas hati mama dia tak ada...

Bila dia nampak je aku, terus mintak dukung...langsung dah tak nak jalan lepas tu..sikit-sikit nak dukung...berdukung je lah dengan budak kecik tu sampai lah dia tertidur.

Tapi aku pun tak tau apa kena lah ngan Aisy ni..Jadi pemalu semacam ngan lelaki..kebetulan Buletin Utama tu Izwan Azir (kalau salah nama sorry ye) yang baca, dia intai-intai pastu tersenyum malu. Sesekali dia menyorok seakan-akan Izwan tu tengok dia, dan dia malu...


Ni lah pembaca berita yang Aisy segan-segan dan malu-malu tu..boleh tahan gak kan!!!
Pic: Google

Perangai malu dia ni kemudiannya bawa ke esok hari lak...bila abah dia baru je sampai dari KL, dia leh lak tak nak ngan abah dia..Kalau tak, abah dia lah tempat dia bergantung je..sikit-sikit abah, abah, abah..mama tak layan..sekarang asyik mama, mama, mama...

Langsung tak berani dok depan abah..asyik ajak aku main kat ruang tamu mak je..abah dia lak dok tengok tv kat ruang dapur tu..pastu mak aku tengok Aisy ni macam buat lawak je, mak aku pun usik lah dia cakap yang abah dia dah balik..berlari-lari intai kat celah dinding..bila tengok abah dia ada lagi, tersengih-sengih malu datang kat aku..banyak kali ulang yang sama..rasa macam kelakar sangat..mana taknya, dia gigi pun tak ada, tapi gusi dia macam keras gitu kan..pernah dengar istilah ni tak "terkenying-kenying"..macam tu lah Aisy..sengeh-sengeh malu..tak tahan tul tengok...

Ahad kan labour day...happy labour day untuk semua pekerja-pekerja ye..rehat kena cukup, stop thinking about job dan kalau boleh switch off je handphone tu...tapi pada aku, cuti tetap kena kerja..selain jadi pekerja, kita pun kena jadi bos jugak..sebab jadi bos, 1st May kenalah kerja..kerja untuk hari pekerja ni adalah membersihkan kebun sawit dan mengecop sawit..pokok dah keluar hasil, kenalah rajin bekerja...maklum lah, ada target besar dah depan mata..duit je kena kumpul...

Hampir 90% pokok sawit dah kelaurkan buah yang pertama..lepas ni kena jaga lah, tikus pun banyak...bila dah ada tikus, pasti ada ular tedung..so, kena hati-hati bila ke kebun...dapat lah jugak hasil cop buah pertama ni satu bakul..tapi husband malu nak jual, bawa balik rumah je lah....mintak tolong mak jual...

Dua minggu je lagi nak ada big day kat rumah aku..so petang tu punya kerja adalah membuka semua paper bag dan mengisi semua gift-gift dalam paper beg..kerja yang nampak remeh, tapi sampai malam pun tak siap. Aku buat apa je? Kali ni tak dapat menolong banyak benda, bungkus kerepek baru 10 paket Aisy dah mengamuk-ngamuk...dia nak kita layan je dia...mula-mula boleh lah buat lagi, sebab dia nak makan kerepek, sambil kunyah untuk dia, sambil packing kerepek. Bila dia dah kenyang, dia ajak main ngan dia lak...

Bila dah malam, paper bag banyak lagi belum dibuka..nak tolong, baru je ambik satu paket dan buka satu paper bag, Aisy dah ngamuk-ngamuk..layan lah dia, kalau tak dia nyer menangis dan merajuk tu..tuhan je lah yang tahu...malas nak tengok dia hantuk kepala kat lantai, layan kan saje dia...

Itu baru perangai dia waktu nak preparation..aku tak tau lagi macamana kalau Big Day nanti...banyak kerja sebenar nak buat...mak nak masak ayam masak paprik, memang sudah ada tukang masak yang dilantik, tapi incase lah tukang masak tu tak datang, mak suruh aku yang masak...dengan scrambled egg lagi..dengan tempat makan yang ala-ala garden wedding lagi...tak tahu lah macamana..boleh buat ke tak

Mintak-mintak Aisy ni sangat behave untuk dua minggu lagi ni..kalau tak, habis..kerja yang aku boleh tolong hanya mungkin keluar membawa kereta membeli apa saje barang yang masih tak cukup...itu pun kena keluar ngan by by, kalau tak, macamana nak drive & beli barang kalau budak kecik tu nak berdukung je...

Sebab 5 hari di rumah dan dilayan macam puteri, pagi tadi ke school dia menangis lagi lah..belum masuk school dah tahu tu tempat school dia..dah nangis-nangis..bila sampai depan pintu, terus meraung...em, budak kecik ni sangat-sangat manja kerana semua orang manjakan dia....

No comments:

Post a Comment