Pada hal mak dah pesan siap2 air nanti orang datang nak kupas bawang semua tak ada air minuman lak. Tapi mata ngantuk nyer pasal, aku ngan C.De layan je mata. Hahaha..mak, adik & husband aku dah kuar gi beli barang kat pekan sehari. Ada je barang tak cukup lagi.
Disebabkan jiran-jiran yang datang nak menolong pun ramai yang ikut gi Shah Alam, pakat-pakat datang lambat jugak. Boleh lah sama-sama layan mata kejap. Tapi terjaga gak bila rasa macam dah ramai yang datang. Cepat2 buat air & prepare breakfast. Ada hati plan hari tu nak buat roti bakar la, scramble egg la..akhirnya cuma angkat kek2 dan kuih kering sementara mak balik beli mee untuk buat mee goreng.
Bermula dengan mengukus telur dan juga mengupas segala jenis bawang-bawang dan juga lada. Bawang & lada tak macam kenduri aku dulu. Sikit je pakai. Mungkin sebab lauk yang akan dimasak tak perlukan lada yang banyak.
Lagipun mak tak beli lembu untuk kenduri kali ni. Cuma menempah daging dan tulang sahaja untuk dibuat kari. Ayam juga bertukar menu, bukan lagi ayam masak merah tapi ayam paprik. So, cili sos, tomato sos dan sos tiram dah siap beli awal2 lagi hari tu. Pastu belah perempuan lak request nak makan gulai masam ikan patin.
Disebabkan tak banyak guna kelapa, kelapa mak tempah berlonggok kat depan kedai. Sebab macam tak banyak je lauk, tambah la dengan bubur pulut hitam. Nyum nyum...I like...
Asyik cerita tentang makan je..sebenarnya nak cerita preparation sebelum big day tu..Sebab makcik-makcik dah kukus telur, kami adik beradik pun mengikat telur di semua bunga telur yang ada. Ada yang untuk diletak dalam paper bag, ada yang untuk majlis berzanji, ada untuk pelamin, ada untuk orang yang datang makan-makan je.
Aku biasa lah, dalam satu sarang telur tu, tak sampai satu sarang pun aku boleh siapkan. Maklum lah, Aisy pun bangun awal. Banyak layan dia je lah. Orang nak packing barang2 dalam paper bag, dia pun nak kerepek ubi. Langsung kunyah untuk dia makan habis dua paket. Macamana nak buat kerja???Wakil kat abah dia je...
Dah nak sampai tengahari, sedara mara datang tolong bungkus telur. So kami ni sibuk sangat kat dapur asyik dok buat air. Masak air lah..Aku lak sibuk prepare makan tengahari orang kampung yang datang tolong. Nampak macam aku tukang msaka je kan!!!!!Hahaha..aku cuma menggoreng ikan masin dan ikan goreng je...Gulai apa makan tengahari tu pun aku tak ingat dah. Aku tak makan pun tengahari tu. Cuma suap nasi kat Aisy je.
Makcik-makcik & sepupu sepapat tengah prepare bunga telur & paper bag
Lepas je solat Zohor, Aisy pun tidur banyak kerja boleh aku buat petang tu. Terutamanya nak siapkan tempat makan pengantin. Apa yang ada dalam kepala aku dah tak sama dengan adik. Apa yang ada dalam kepala aku sama ngan C.De tapi apa yang ada dalam kepala adik sama dengan Cu (mak sedara aku).
Meja pengantin hasil kerja tangan adik & Cu
Mula-mula kami berrempat buat pondok tu, pastu aku ngan C.De tinggal je kat diorang berdua. Kami sibuk ngan buat air dan mengemas segala paper bag tu. Malam ni nak buat majlis tahlil lak.
Banyak lagi rupanya telur tak siap dibungkus. Tapi tolak je tepi dulu. Lepas tahlil nanti baru sambung semula.Bila Aisy bangun je, siap2 nak gi pekan Mempaga lak. Ada lagi barang tak cukup.
Buah tembikai untuk makan pengantin tak ada. Hanya membeli ikan tongkol / aya untuk dibuat gulai nasi berlauk pagi esok. Itu pun aku salah beli. Aku bukan kenal ikan aya hitam, rupanya aku terbeli ikan aya yang biasa tu.
Malam tu majlis tahlil diadakan lepas solat Isyak. Ramai gak yang datang. Dijamu dengan gulai lemak ayam. Suap kat Aisy je, yang lebih tu baru masuk mulut sendiri. Pendek kata, hari tu tak makan nasi, cuma menghabiskan nasi Aisy je.
Sampai pukul 3.00 pagi baru aku, husband dan C.De tidur. Menyiapkan sign board yang hendak ditampal bagi penunjuk arah jalan. Telur-telur yang kehabisan bunga telur gak terpaksa dibungkus sebab takut tak cukup esok.
Alternatifnya, mencari dan memotong segala jenis kain organza dan di ikat dengan sekuntum bunga plastic di sebelah atas. Telur tu kira dalam bunjot tapi agak menarik jugak la.
Lebih kurang macam ni rupanya. Pic ni sudu, tapi kami letak telur dan ikat macam ni la.
Pic : Google
Ok..sambung part 4 lak untuk big day tu ok....
No comments:
Post a Comment