Friday, May 20, 2011

Cerita Tentang Big Day & Sesat Part 1

Sehari sebelum bercuti, hari Khamis tu ingat nak buat satu entry sehari sebelum bercuti tapi tiba-tiba blog tak leh masuk. Ntah error apa aku pun tak ingat. Bila dah try tak leh, terus close je pc. Ambik leave dua hari je tapi cuti lima hari tu..

Bercuti lama kali ni bukan nak mengholidaykan diri tapi sebab ada big day my big brother yang seorang tu..sebelum ni pernah buat entry penghijrahan 1 Muharram, yang mana bermulanya abang yang sorang tu mengikat secara rasmi sekuntum bunga untuk dijadikan surinya.

Dan akhirnya pada tanggal 13 Mei 2011, jam tak hengat coz sibuk mengejar Aisy yang ligat berlari ke sana-sini. Masjid Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menjadi saksi ijab dan qabul yang mengikat Mohd Naquiyuddin Husain & Herniza Yahya menjadi sepasang suami isteri dengan dua kali lafaz.



Masjid Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 

Waktu abang aku atas stage depan jurunikah tu, tak dapat dibayangkan macamana cuak dan gemuruhnya dia. Sampai kena dua kali akad lah. Itu pun aku tak berkesempatan melihat detik yang bersejarah tu.

Mana taknya, mula-mula sampai, Aisy yang masih lagi ngantuk asyik merengek tak nak ngan orang lain hatta ngan abah dia sekali pun. Sudahnya aku lah pendukung setia dia. Aisy ni handbag baru aku sekarang. Pergi mana-mana hanya perlu menggayakan Aisy cantik2 supaya hand bag tu kelihatan cantik. Hahaha...

Muka ngantuk, ngan abah pun tak nak

Muka budak ngamuk

"Handbag" baru aku


Bila dah lama-lama, dia dah tak nak dukung. Kira ok lah. Dia cuma nak jalan-jalan je. Makin nak dekat majlis pernikahan tu, makin nakal lak Aisy ni. Mula-mula tengok je barang-barang hantaran. Pastu tunjuk-tunjuk..pastu pegang-pegang lak. Terus je angkut dia kuar dari dewan nikah tu. Dia nyer mengamuk la nak masuk tapi biarkan aje. Nanti tergendala lak majlis tu.

Elok je lepas akad nikah selesai, masuk dalam dewan nikah tu Aisy baring-baring sambil minum susu. Bagus betul budak bertuah tu. Mata budak kecik tu dah ngantuk tapi dia tak nak tidur lak. Langsung abah dia ajak pi makan jamuan yang disediakan. Lapaq betul abah Aisy ni..mama dia lak tergedik-gedik ambik gambar.




Pic : Ambik dari fb ell naqi. Ada kawan dia tag

Setelah selesai segala upacara terutama sekali bila hantaran telah pun bertukar dulang, kami pun blah la..menuju ke CIAST. Mak sewa bilik kat sana. Murah tapi selesa gila. Sebijik cam hotel, dengan harga RM50.00 boleh stay kat sana lebih 24 jam...

Nak jadi cerita, aku sebenarnya tersesat. Hahaha..aku kan tak familiar ngan Shah Alam. Husband aku lak buat-buat cam pandai tapi tak pandai gak. Mula-mula pagi tadi dah salah exit jugak bila naik lebuhraya PLUS tu. Patutnya exit Shah Alam tapi husband aku ni terus je langsung exit ikut Meru.

Follow2 dia, penat gila. Aku dah lah tak biasa bawa Kia Picanto tu, side mirror dia tu cam kelirukan aku je. Yang by by ni lak asyik dok bagi signal nak masuk tapi tak masuk. Tak bagi signal tapi tiba-tiba masuk. Tak ke haru nak ikut dia. Jalan-jalan punya jalan nasib baik sampai gak coz ikut petunjuk pusat bandar & masjid dari i-city tu...

Bila balik dari masjid sesat lagi nak ke CIAST lak. Kereta husband aku gi dulu, pastu adik. Aku pun nak follow la adik aku ni. Tapi sebab C.De ni bimbang lah kot-kot abang tak tahu kami nak balik, sibuk la dia nak telefon lah. Nak tunggu lah...nak beritahu lah. Last-last dah tertinggal dari adik.

Sebab tak tahu nak ke mana, C.De ni kata ikut firasat dia CIAST tu menghala ke hotel Concorde tu. Tapi bila telefon adik, dia kata menghala ke bulatan depan sana. Patah balik tapi bila sampai bulatan aku tak tahu nak ke mana. Adik kata naik yang macam atas bukit tu, bila naik dan jalan terus kami blur coz lebuhraya bermula.

Blurnya habis, aku tak berani terus dan pusing ikut bawah patah balik ke bulatan. Pusing bulatan tu hampir lima pusingan dan pening buat pusingan kami naik je ke atas dan tunggu di Wisma MBSA. Tak lama pastu adik sampai dan kami follow dia. Betul la, patutnya kami terus je tadi. Depan tu sikit je dah sampai CIAST. Hahaha..bila naik je tengok Aisy dah terbongkang ngan abah dia kat bilik jejaka-jejaka ni. Aku lepak kat bilik mak..

Petang tu makcik-makcik kampung aku ni nak jalan-jalan. So yang kuar 2 kereta je lah coz diorang pun tak ramai. Tujuh orang je. Aku pun confident je nak bawa coz rasa macam senang je dari SACC Mall & PKNS tu balik semula ke CIAST.

Sebuah kereta lagi tu kereta abang aku, yang aku ni sebab kosong je kan, aku ajak la En. By by pergi sekali. Boleh bawa Aisy jalan-jalan. Nak pergi senang je coz dah ingat kan. Lagipun Sacc Mall tu kan sebelah kiri je, tak payah nak cross2...

Sebab bosan macam tak de apa je kat PKNS, SACC Mall & seangkatannya, kami hanya ke Tabung Haji. NIat nak buka akaun untuk husband la. Sian dia, tak ada account Tabung Haji lagi. Macamana nak gi buat Haji sama2 kalau dia tak daftar lagi. Alhamdulillah, selesai dan en. by by dah ada account Tabung Haji. Lepas ni top up untuk daftar gi buat haji lak dan juga buka buku untuk budak kecik tu jugak.

Lama nyer pasal makcik2 tu shopping, kami ke masjid coz bila kami balik ke bilik tadi, makcik2 tu dok cerita yang diorang shopping kat masjid tu. pastu ada cendol & jugak tapai ubi. So teringat nak makan cendol dan layan goreng pisang lah kat sana tapi dah tak ada. Yang ada cuma tapai ubi, belikan untuk mak & makcik je then terus pick up makcik2 tu.

Kali ni abang aku tak pick up makcik2 tu coz ada seorang anak makcik tu yang datang ambik. Yang husband aku ni pun follow je budak tu bawa kereta pada hal aku tengok dah lain macam je jalan kitorang ni. Rupanya budak tu tak familiar gak ngan Shah Alam. Kami dah tersesat nak masuk federal highway dah, aku suruh husband aku patah balik.

Rupanya-rupanya husband aku pun blur tak tahu nak keluar dari shopping complex tu ke CIAST. Nak sampai punya pasal lepas u-turn tu, kami follow je signboard yang ada tulis seksyen 9. Hahahaha.......

Nasib baik sampai jugak ke CIAST tu. Kereta lagi satu tu setengah jam kemudian baru sampai...

Aku tinggalkan entry part 1 ni dengan gambar pengantin key...

Selamat pengantin baru buat Mohd Naquiyuddin Hj Husain & Herniza Yahya

Amboi-amboi, dah boleh pegang-pegang ye

Ni family pengantin perempuan

Hehehe..saje nak selit pic ni coz nak tau tak!!!Baju songket tu I punya tau

Pic : facebook nurulsuhaimi

No comments:

Post a Comment