Semalam wallet husband aku hilang. Dalam tu dah lah ada petty cash office coz dia kena beli barang-barang sebelum gi buat kerja-kerja dia. RM 300.00 tu ada orang kata sikit, ada orang kata banyak. pada aku jumlah tu besar coz leh support aku nyer tank minyak kereta untuk sebulan. Kan lebih berbaloi daripada dia berganti duit yang bukan dia pakai.
Sebab satu wallet hilang, dalam tu kan macam2 ada ; IC, ATM kad, driving licence, kad kahwin dan of coz duit lah. Ditambah lak dengan roadtax motor company & petty cash company, bos dia dengan baik hati tak payah gi site just balik semula cari kat mana-mana tercicir dan yang penting gi buat police report.
Apa lah malang nasib husband aku pun tak tahu. Dua minggu lepas roadtax motor dan kunci motor hilang. Baru je apply salinan ngan JPJ, dah kena bertanggungjawab untuk kehilangan lagi sekali.
Aku pun ceramah lah, ni kali kelima tau dia buat IC coz wallet hilang. Mana taknya, sejak dua menjak ni dia suka layan mata lepas makan malam. Banyak malam sudah meninggalkan perkara wajib iaitu solat Isyak. Subuh pula sudah masuk waktu Syuruk baru nak solat. Kadang waktu Dhuha juga baru nak bersolat Subuh. Bukankah semua keberkatan dan rezeki tu akan hilang????
Alhamdulillah, Allah tu Maha Berkuasa. Dia bagi lagi sekali peluang tu pada hambaNya yang tersayang. Wallet tu dijumpai jiran kami yang berbangsa Indonesia dan tinggal di block bersebelahan. Dalam ramai2 kejiranan di rumah aku tu, K.yah yang selalu jaga Aisy tu ada phone no aku. Dia beritahu aku waktu aku dah sampai ke nursery untuk mengambil Aisy yang wallet husband aku ada kat lelaki tu.
Bila sampai je kat tempat parking kereta rumah aku, ada jiran2 yang suri rumah tangga ni datang mendekati aku dan memberitahu tentang wallet tersebut. Kebetulan juga lelaki Indonesia yang terjumpa wallet husband aku ni pun baru sampai dari pick up anak dia.
Kesemua yang ada dalam wallet tu satu pun tak hilang. Nasib baik ada orang yang baik jumpa, kalau yang nakal, apa pun tak de. Orang buat baik, kita sedekah je lah apa yang patut kan...ambik je dari wallet by by tu buat sedekah. Hahaha....
Rupa-rupanya walaupun kami semua tak pernah bertegur sapa, tapi semangat kejiranan tu kuat rupanya. Mereka semua kenal kami. Patutlah waktu cermin kereta aku pecah dulu sebab terkena batu waktu orang mesin rumput tu diorang cari husaband aku kat rumah tapi kebetulan dia outstation. Aku lak waktu tu tengah maternity leave lahirkan Aisy. Sebab tak dapat cari dan kitorang pun tak tahu, kitorang pun ganti je sendiri cermin tu.
Si by by ni lak, sampai je kat rumah dia terus je soal siasat aku macam polis. Bila dah habis edisi soal siasat, aku pun buka la khutbah malam Khamis waktu Maghrib tu. Nasib baik nak berubah. Solat Isyak walaupun pukul 5.00 am coz asyik kejut tak nak bangun je.
Subuh lak dia gi kejut aku suruh bangun tapi aku kan sekarang dalam proses modifikasi tingkahlaku, pukul 5.30 am dah bangun. Subuh sama waktu ngan surau tu cuma tak berjamaah je...Kalau lah aku leh niat ikut imam walaupun aku berada dalam rumah, kan bagus.
Note : baru je niat nak hadiah wallet baru untuk anjniversary kami minggu depan. dah jumpa balik, cancel je lah. Hahaha
No comments:
Post a Comment