Sejak naik bercuti 3 hari yang tak lah lama sangat tu, tiba-tiba kehidupan kami jadi kelam kabut..Semuanya tidak terurus dengan sempurna.
Bermula dengan pagi Selasa yang kononnya balik hari Isnin malam supaya kami tak terlewat ke tempat kerja. Sebab kalau balik pagi dari kampung kelam kabut nak pergi kerja. Sudahnya pagi Selasa tu aku tersedar dan subuh gajah pada pukul 8.00 am..
Semua pun tak siap lagi, dengan beg nursery Aisy, ngan baju aku sendiri yang tak iron, last-last 8.30 am baru kuar rumah. Nasib baik jalan 'kurang' jam dan hanya lewat 10 minit ke office. Ok lagi la tu, kadang-kadang terlambat itu biasa la kan!!!!
Rumah yang ditinggal tak payah cakap lah..macam tongkang pecah..nanti balik baru nak kemas...
Bila balik rumah je, sungguh terkejut bila tengok Aisy mundar mandir dengan screw driver di tangan dan kertas pelan untuk memasang rak yang baru aku beli. Husband aku waktu tu memang tengah dok pasang rak tu, Aisy lak memang macam asst husband aku la waktu tu. Yang paling best tengok Aisy pandai tu putar screw driver tu untuk masukkan skru..anak aku ni setahun ke 10 tahun???? Bukan main suka lagi dia bila dapat putar skru tu, pastu ke hulu ke hilir bawa kertas plan tu.
Sebab rumah dah macam tongkang pecah, sempat lagi kami berdua mengemas semua barang-barang yang ada dibantu oleh budak kecik yang rajin tu sementara menunggu waktu Maghrib.
Bila rumah dah kemas, mood pun dah ok, hidup rasa macam boleh tarik nafas sikit. Dengan bersemangatnya aku bangun pagi pukul 6.30am coz aku rasa macam nekad je pasni tak mau malas-malas bangun pagi lagi...Tak mau sambung tidur yang kononnya 5 minit tapi jadi 50 minit...
Semangat yang ada kejap je, macam kena bawa dek angin...bila husband balik kerja lewat malam tadi, rumah dah jadi kelam kabut coz handle Aisy yang notti-notti tu seorang diri...bila dah penat, tidur je lah...sekali lagi rumah tu bersepah macam tongkang pecah.
Rumah tu bersepah bukan apa, Aisy suka sangat makan biskut Cream Crackers Jacobs tu...pantang tengok iklan Fara Fauzana tu, terus nak biskut. Lepas makan nasi, nak makan biskut. Sebelum tidur, nak biskut. Bangun tidur je nak biskut. Dia punya makan memang bersepah habislah.
Lagi buat macam tongkang pecah sebab Aisy suka sangat buka almari rak tv tu dan keluarkan semua khazanah-khazanah yang ada. Pinggan mangkuk aku dia tak usik, yang dia suka main tu barang-barang waktu dia baby la..banyak barang dia aku beli tapi tak pakai, so sekarang dia buat main.
Buat lagi sepah, setiap kali ikut aku masuk bilik air, Aisy akan angkut satu barang keluar. Kalau dua tiga kali masuk, tak dua tiga barang mandian dia angkut sepah kat luar???Ada masa rajin, aku simpan balik, kadang ngantuk, esok nak mandi baru kutip semula...
Dan lagi buat rumah tu bersepah adalah sebab kami bertiga tidur kat ruang tamu...hahahaha...katil yang dibeli sangat mahal di Westcourt sangat-sangat tidak berkualiti. Dua-dua bilik pun dah rosak. Dia nyer skru aku pun tak tau lah macamana..husband aku dah banyak kali betulkan, tapi asyik-asyik runtuh je..Ni dia dah malas nak betulkan, tidur ajelah kat luar..Lagi pun Aisy sangat lasak waktu tidur.
Bila dah tidur kat luar, confirm la dengan toto & comforter dok terbentang depan tv, kalau lambat lagi lah dengan selimut yang tak berlipat, dibiarkan sahaja. Bantal yang tak tersusun, subhanallah. Rumah ke apa aku pun tak tahu.
Pagi ni lambat lagi gara-gara Aisy terjaga pukul 5.00 am dan ajak makan biskut. Sambil layan sambil ngantuk, sama-sama tertidur. Rupanya biskut Aisy bertaburan atas toto. Pagi tadi tinggal je sebab bangun dah lambat. Lagi la dengan baju dalam mesin basuh pun tak berjemur.
Waaa...aku rasa macam nak ada pembantu rumah lah..aku sudah tidak tahan lah begini..dua perkara je aku rasa tak boleh nak handle ni sebab tak cukup masa; iron baju dan kemas rumah...By by, kena fikir-fikir ye untuk ambil maid coz awak jugak yang selalu tak ada kat rumah nak tolong jaga Aisy.
No comments:
Post a Comment