Monday, May 30, 2011

Cerita Tentang Cuti Sekolah

Hujung minggu kalau terkena lak dengan cuti sekolah je mesti banyak jemputan majlis perkahwinan. Sabtu & Ahad baru ni pun makan nasi minyak je. Tapi dapur mak tetap berasap coz ada mulut kecik nak makan.

Selamat Pengantin Baru buat Nurul Jannah & pasangannya. (Felda Lembah Klau, Raub)
Selamat Pengantin Baru buat Fairuz & pasangannya (Sg. Pasu, Raub)
Selamat Bertunang buat Kamarul Asikin & pasangannya (Kg. Sega, Raub)
Selamat pengantin baru gak buat semua-semua pengantin yang telah selamat dijabkabulkan hujung minggu baru ni.
Selamat Pengantin Lama & Selamat Menyambut Ulangtahun Yang Ke Tiga buat Norhanafizah Husain & Md. Rizal Khan (Bandar Sri Damansara)
Hahaha..dedikasi untuk diri sendiri lak....


Ni gambar pengantin lama

Cerita tentang anniversary belum ada lagi coz masing2 baru perasan hari ni adalah 3rd anniversary kami. Baru je masing2 wish sebentar tadi selepas masing2 buka FB. Best tak korang kami adalah couple yang masing-masing boleh terlupa perkara penting macam ni????

Sebelum nak cerita yang best-best, nak cerita yang tak best dulu. Jumaat lepas mak datang ke KL dan sudah pastinya adik adalah driver dia. Datang ke Kl juga adalah bersebab.

Anak kepada sepupu aku telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh sudah hampir dua minggu akibat pendarahan otak. Perlu berkampung selama hampir 3 bulan untuk pemerhatian dan tindakan pihak hospital. Puncanya adalah seringkali mengalami migrain sebelum ini.

Aku pun bukan pandai sangat dengan term2 perubatan ni. Cuma dari cerita sepupu aku ni, anak dia selalu sangat migrain. Doc cakap waktu dia migrain tu, macam ada satu belon kat otak dia dan sekarang belon tu dah pecah, Bila pecah tu yang jadi pendarahan otak. Ruang yang pecah masih belum ditampal semula kerana govt hospital tak ada kepakaran. Yang ada hanya di HUKM tetapi memerlukan kos yang tinggi dan boleh dibuat dengan segera. Kalau kat Hospital Sg. Buloh kena tunggu la jawabnya...

Dari seorang gadis remaja yang lincah, sekarang hanya terbaring di katil. Disebabkan otak bahagian kanan yang cedera, segala pergerakan bahagian di sebelah kiri seolah-olah lumpuh. Cuma doa yang dapat dipanjatkan agar Asma cepat-cepat sembuh.

Tutup cerita sedih buka cerita yang tak berapa best la jugak. Janji tak la sedih. Yang menerujakan aku & husband adalah sayur petola kami telah pun berbuah dan sudah pun boleh dipetik. Sudah juga dimasak dan dimakan. Tapi terlupa nak ambik gambar.

Ada dua biji baru keluar hasil. En. by by terus je buat para baru untuk sayur petola tu merayap coz pokok tu baru je naik kat kayu junjung tapi dah berbuah. Bersemangat nak beli lagi biji benih tu coz buah dia memang cantik sangat.

Cerita-cerita lain adalah tiada bekalan elektrik. Mak kata sudah seminggu macam ni. Hari Sabtu bergelap dari kul 5.30 pm sampai 2.30 am. Hari Ahad lak berpanas & bergelap dari kul 1.00pm sampai 8.00pm.

Dulu Aisy kecik lagi, tak kisah kalau tiada elektrik. Sekarang dah lain. Hari Sabtu teruja dengan api lilin. Bila dilarang semakin hendak dicuba. Biarkan sahaja untuk dirasa apa itu api. Sudahnya menangis tak berhenti-henti coz sakit la tu terkena api.

Selain menangis juga teruja dengan api-api lilin, dia bermain dengan bersungguh hati. Sampaikan pek diapers dia dijadikan mainan tempat dia melompat dan panjat. Yang ni permainan yang aku sungguh tak faham.

Tidur dah la lewat, tiba-tiba pukul 2.00am terbangun dan melalak tak berhenti-henti. Mungkin terkejut sebab gelap, terkejut sebab nampak sesuatu atau mengigau sebab sebelum tidur ketawa terkekeh-kekeh. Dipujuk dengan bermain air di kolah dan susu. Akhirnya tidur dengan tidak berpakaian.

Ahad lak, bila dah nak masuk Maghrib masih belum mahu masuk ke dalam rumah kerana gelap. Sebagai alternatif, kami duduk di dalam kereta dari pukul 7.00 pm hingga ke 8.00 pm.

Kepada pihak TNB, tolonglah baiki service anda. Tarif dah la mahal, pastu kena bayar lak tu..tapi asyik tak ada bekalan elektrik lak. Jangan sampai satu hari nanti ada syarikat bekalan elektrik lain lak yang offer bekalan elektrik barulah sibuk2 nak buat promosi dan jaga customer macam talian telefon.

Selain teruja bermain api lilin dan bergelap dua hari, budak kecik tu jugak teruja bermain air. Selain dari teruja dengan air kolah. Kat kampung siang tu sampai 3x mandi. Bila waktu dia mandi, dia mandi, bila aku nak mandi, dia pun nak mandi. Bila dia 'poo-poo' pun dia nak mandi. Bila tanggal je baju terus je nak masuk bilik air nak mandi.

So, tiada lagi air panas ketika mandi, semuanya berendam ngan air kolah je budak kecik tu. Paling best tengok dia terjerit-jerit kesejukan bila kita hirus dia ngan air. Berendam tak pe pulak.

Masih lagi teruja dengan air. Tapi kali ni dengan kerajinan dia lak untuk membasuh kereta. Anak korang ada serajin budak kecik macam kat bawah ni? Aku tinggalkan entry hujung minggu kali ni dengan kerajinan budak kecik ni mencuci kereta.



















Budak umur 1 tahun 2 bulan cuci kereta

Thursday, May 26, 2011

Cerita Tentang Rezeki

Semalam wallet husband aku hilang. Dalam tu dah lah ada petty cash office coz dia kena beli barang-barang sebelum gi buat kerja-kerja dia. RM 300.00 tu ada orang kata sikit, ada orang kata banyak. pada aku jumlah tu besar coz leh support aku  nyer tank minyak kereta untuk sebulan. Kan lebih berbaloi daripada dia berganti duit yang bukan dia pakai.

Sebab satu wallet hilang, dalam tu kan macam2 ada ; IC, ATM kad, driving licence, kad kahwin dan of coz duit lah. Ditambah lak dengan roadtax motor company & petty cash company, bos dia dengan baik hati tak payah gi site just balik semula cari kat mana-mana tercicir dan yang penting gi buat police report.

Apa lah malang nasib husband aku pun tak tahu. Dua minggu lepas roadtax motor dan kunci motor hilang. Baru je apply salinan ngan JPJ, dah kena bertanggungjawab untuk kehilangan lagi sekali.

Aku pun ceramah lah, ni kali kelima tau dia buat IC coz wallet hilang. Mana taknya, sejak dua menjak ni dia suka layan mata lepas makan malam. Banyak malam sudah meninggalkan perkara wajib iaitu solat Isyak. Subuh pula sudah masuk waktu Syuruk baru nak solat. Kadang waktu Dhuha juga baru nak bersolat Subuh. Bukankah semua keberkatan dan rezeki tu akan hilang????

Alhamdulillah, Allah tu Maha Berkuasa. Dia bagi lagi sekali peluang tu pada hambaNya yang tersayang. Wallet tu dijumpai jiran kami yang berbangsa Indonesia dan tinggal di block bersebelahan. Dalam ramai2 kejiranan di rumah aku tu, K.yah yang selalu jaga Aisy tu ada phone no aku. Dia beritahu aku waktu aku dah sampai ke nursery untuk mengambil Aisy yang wallet husband aku ada kat lelaki tu.

Bila sampai je kat tempat parking kereta rumah aku, ada jiran2 yang suri rumah tangga ni datang mendekati aku dan memberitahu tentang wallet tersebut. Kebetulan juga lelaki Indonesia yang terjumpa wallet husband aku ni pun baru sampai dari pick up anak dia.

Kesemua yang ada dalam wallet tu satu pun tak hilang. Nasib baik ada orang yang baik jumpa, kalau yang nakal, apa pun tak de. Orang buat baik, kita sedekah je lah apa yang patut kan...ambik je dari wallet by by tu buat sedekah. Hahaha....

Rupa-rupanya walaupun kami semua tak pernah bertegur sapa, tapi semangat kejiranan tu kuat rupanya. Mereka semua kenal kami. Patutlah waktu cermin kereta aku pecah dulu sebab terkena batu waktu orang mesin rumput tu diorang cari husaband aku kat rumah tapi kebetulan dia outstation. Aku lak waktu tu tengah maternity leave lahirkan Aisy. Sebab tak dapat cari dan kitorang pun tak tahu, kitorang pun ganti je sendiri cermin tu.

Si by by ni lak, sampai je kat rumah dia terus je soal siasat aku macam polis. Bila dah habis edisi soal siasat, aku pun buka la khutbah malam Khamis waktu Maghrib tu. Nasib baik nak berubah. Solat Isyak walaupun pukul 5.00 am coz asyik kejut tak nak bangun je.

Subuh lak dia gi kejut aku suruh bangun tapi aku kan sekarang dalam proses modifikasi tingkahlaku, pukul 5.30 am dah bangun. Subuh sama waktu ngan surau tu cuma tak berjamaah je...Kalau lah aku leh niat ikut imam walaupun aku berada dalam rumah, kan bagus.

Note : baru je niat nak hadiah wallet baru untuk anjniversary kami minggu depan. dah jumpa balik, cancel je lah. Hahaha

Wednesday, May 25, 2011

Perkembangan Bayi Di Usia 14 Bulan

Major milestones

By now, your toddler may have mastered waving "bye-bye" and is probably able to roll a ball back and forth with an adult. About half the toddlers this age are drinking from a cup, and some are beginning to be interested in helping around the house. Your toddler may well be able to stand alone, can probably stoop down and then stand back up again, and might even be working on walking backwards. He may say several words and is learning more every day. He's also starting to have clear ideas about what he wants and will be persistent in trying to achieve them.


Asserts wants and desires

The things you say no to will probably have the most allure for your toddler, so making your house safe for exploration will make both your lives easier. If you cover plugs, lock low cupboards, and keep fragile items out of reach, he'll be safer and you can relax a little. You might designate one low cabinet just for toddler play. Fill it with items you don't mind him touching -- like plastic containers, toys or empty boxes -- and occasionally change the contents for variety. Your toddler learns about the world through play.

Eats with relish and exuberance

Don't expect adult manners from your toddler. Eating -- like everything else your toddler is doing -- is a learning experience, and at this age learning tends to be messy. He's working on improving his skill with a spoon -- which is central to the eating task -- but he's also checking out the texture of egg and what grapes do when thrown, which can be hard on your floor and furniture. Spread a splash mat under his chair, provide him with an assortment of healthy foods, and let him choose what he wants to eat.

Forms strong attachment to comfort items

Your toddler relies on the sense of security he gets from his favourite stuffed lion, dearest blanket, or both. These items, called "transitional objects," can be a source of comfort, especially when you're not around. Paediatricians often recommend that parents encourage these attachments. Although your child is struggling to master new skills every day with varying degrees of success, the cuddly blanket is one thing he can consistently return to for comfort.
Refer sikit-sikit dengan perkembangan di atas la kan!!!! Aku nak update perkembangan Aisy lak di usia 14 bulan ni...
Percakapan.
Sejak nak masuk 14 bulan ni, mulut dia tak henti-henti nak bercakap. Kebanyakan apa yang Aisy cakap kat aku biasanya apa yang dia nak la kan...aku dah faham apa yang dia nak dan apa yang dia tak nak. Aku rasa aku je yang faham coz husband aku pun kadang-kadang blur gak bila Aisy cakap dia nak apa.
Apa perkataan yang dia cakap?
1. Nak = Hendak. 2. Nak nak = Tak nak 3. Susu = susu 4. Uk-uk = Berak 5.Tu = Itu 6.Mainan = mainan 7. Nyanyi = Suruh pasang lagu 1 Malaysia 8. Mama = mama 9.Air = air dan banyak lagi la.
Tapi semua tu dia cakap ada pelat2 sikit la..kadang2 tu kalau dia nak susu kalau kita lambat dia marah dan cakap "cepat sikit" atau "lambat" tapi dalam pelat-pelat la. Yang ni husband aku pun faham.
Selain perkataan dia gak ada bahasa tubuh badan. Kalau dia nampak gambar bendera Malaysia atau nombor 1 tu, dia akan henjutkan badan dia. Bila macam tu maknanya dia suruh kita pasang lagu atau nyanyi lagi "Satu Malaysia" yang Ronnie ngan Ernie (Lim Kok Wing) tu nyanyi.


Makanan.

Dari dia umur 6 bulan lebih lagi aku dah suap dia dengan nasi lembik tu. Bila blend dia tak suka makan. So masak je nasik tu lembik2 dan bila panas2 tu gaul je ngan ikan, kentang.

Dulu dia suka kalau aku masak yang air-air macam sup2 atau singgang. Tapi sekarang dah tak nak makan. Kalau goreng baru lah makan. Tapi goreng mesti dengan minyak yang kurang dan pasti betul2 dah kering ngan minyak baru bagi dia makan.

Dia makan nasi bukan banyak mana pun, sikit je sekarang ni. Aku pun tak tahulah kenapa dia tak suka makan nasi.

Sebab dia tak suka makan nasi, rumah aku ada lah satu tin biskut Cream Cracker Jacobs tu ngan roti Gardenia. Dia suka makan tu. Aku pun letak rendah2 je coz bila dia nak makan dia leh ambik sendiri.

Orang cakap bila dia start makan dia minum susu kurang tapi Aisy ni start bulan ni minum susu kuat sangat. Makan memang kurang. Dia banyak minum air dan minum susu dari makan. Kalau diapers dia tu dua jam kena tukar kalau tak sebeban lah air yang bertakung dalam diapers dia.

Lagi satu bab makan minum ni, sekarang ni dia suka makan sendiri. Makan pakai tangan mahu pun sudu. Kalau ada sudu pakai sudu, kalau tak de dia pakai tangan je. tapi kesian dia, bila makan yang masuk mulut sikit je, yang tumpahnya banyak. Nak suap pun dah tak nak sangat. Dia suap aku ada lah.

Makan sendiri budak kecik ni tapi tengoklah, sudu terbalik tu

Rajin.

Budak ni rajin giler. Bila ada sampah je dalam rumah dia suka sapu sampah tu. Kalau ada sampah dia tunjuk kat aku dan cakap gi buang dalam bakul sampah, dia buang lah dalam tong sampah.

Pastu mainan dia kadang-kadang bila dia ngantuk nak tidur, bila dia rajin, dia kemas masuk dalam storage box mainan dia.

Semalam lagi rajin budak kecik ni. Tengah syok baring-baring layan tv, dia ambik botol ubat minyak gamat tu dia sapu kat betis dan kaki aku. Pastu cakap lah kat dia "Adik, gosoklah sekali kaki mama." Dia gosok tu. Terasa gak lah tangan dia mengurut betis dan kaki tu. Lama tu dia gosok sampai habis cerita JUVANA. Sampai husband aku tegur syoknya ada orang buat foot massage. Dia perasan then malu-malu terus stop.

Kat rumah Tokma dia lak, pantang nampak bekas air basuh tangan kat luar mesti nak simpan dan kemas. hari tu kan kenduri tapi bekas2 tu kan baru basuh so basah lagi. Dia pi angkut lak bekas tu nak tolong simpan. Mana lah nak dapat budak serajin ni kan!!!!!


Mainan.

Aisy sekarang suka main masak-masak. Senang je kalau nak masak kat dapur. Kita bagi je dia barang-barang plastik macam gelas, sudu, garfu, jug, pinggan yang dia punya. Dia mainlah masak-masak sorang dia. Kadang2 tu sempat gak layan dia main. Paling suka bila mintak mee goreng satu. Dia masak dan bagi kita satu pinggan. Best tak!!!!!

Main masak2 bila mama dia masak2 kat dapur je. Bila masuk je rumah balik dari nursery perkara utama adalah main ball. Dia suka sepak bola tu dari baling2 bola. Tapi seronok main ngan dia. Cuma tak suka bila husband aku suka tunjuk skill timbang bola dan buat tendangan hetrick kat dinding konon2 score goal.

Budak kecik tu suka tiru. Aisy suka sepak bola pun sebab abah dia yang ajar. Abah dia cakap apa bila aku larang "Adik, belajar main bola betul2 ye. Perempuan senang nak naik jadi player negara. Lelaki susah, tu yang abah tak jadi player negara." Hampeh!!!!!

Selain sepak bola, Aisy suka bungkus bola dalam kain

Selain dari yang di atas tu, dia suka main telefon dia dan juga hp kami. Kalau dapat hp kami dia akan bercakap dengan sape2 ntah. Sungguh2 dia cakap. Kadang2 kalau abah dia tak balik lagi aku rasa macam dia telefon abah dia. Bercakap macam kita bercakap dalam telefon tu. Tapi bila kita call betul2 dia tak nak cakap lak.

Dia ada dua telefon mainan, satu yang macam telefon rumah tu dan satu lagi hp. Hp tu bodoh2 je tapi dia suka picit2 dengar lagu pastu nari-nari. Yang macam telefon rumah tu sebenarnya macam budak dah besar baru pandai main kot tekan2 nombor tu coz dia macam game. Ada pelbagai pekerjaan, dia bagi clue, kita tekan number then kalau salah akan bunyi "oo, oo, oo". Ada 5 game kat situ. Tapi untuk Aisy aku letak level setakat yang tekan nombor one - nine tu je. Dia pandai lak tekan ikut no dan arahan tu. Aku kurang pasti sama ada dia betul2 tau no tu atau kebetulan je betul.

Kalau nak cerita pasal mainan sampai habis pun tak habis-habis. Kesimpulannya, dia dah pandai main apa sahaja mainan. Tapi tak suka main lama-lama.


Perkembangan fizikal dan kebolehan fizikal.

Apa punya tajuk daaa!!!!Aku pun tak tahu nak letak apa coz tak pandai sangat2 bab ni.
Actually aku nak cerita yang Aisy dah ada gigi. Baru 3 batang je. Boleh lah dia makan dengan kunyah2 yang betul. Sebab ada gigi jugaklah dia suka gigit aku. Semua pun nak gigit. Kalau dapat tangan, tangan dia gigit. Part aku dia suka gigit: jari, tangan, pipi, peha aku. Konon-konon nak sayang kat pipi tiba-tiba dia gigit lak.

Fizikal lain semuanya berkembang dengan baik. Alhamdulillah. Kebolehan fizikal dia dari berjalan dah update kepada berlari lak. Dia suka sangat lari2 sekarang ni. Ada masa sampai terjatuh bila dia berlari tu. Nasib baik dalam rumah bukan kat luar rumah. tapi sakit gak lah sebab dia nangis meraung.

Bila dah berhenti nangis, sambung lari-lari lagi. tak serik-serik jatuh. Selain lari, dia dah boleh capai benda-benda yang tinggi macam barang2 yang ada atas meja atau atas kabinet sinki tu. Sebab dia dah pandai jengket2 kaki nak capai barang tu. So kena letak barang tajam2 atau kaca2 ni jauh-jauh.

Yang penting sekarang ni, cakap apa je dengan dia, dia mesti faham. Kalau kita mintak dia buat pun dia akan buat kecuali dia pura-pura tak dengar dan tak nak layan kita cakap.Kalau dia nak layan, ada masanya bila kita bagi arahan, dia ikut dan kalau kurang faham dia akan tanya semula. Explain je kat dia mesti dia boleh buat. Tu yang buat sayang sangat kat dia. 

Tapi nak sayang2 dan peluk cium dia tak boleh. Dia paling tak suka. Kalau ngan mak aku, dia paling tak suka nak dekat bukan apa, nanti mak aku suka peluk dia kuat2 dan cium dia. Tapi kadang2 nak Tokma dia jugak bila tengok Tokma dia pakai cantik2. Nak ikut jalan la tu.

Tapi Aisy suka ketawa dan aku sangat2 suka dengan ketawa dia. Suka bila bergurau dia, geletek dia, ketawa dia mengekek. Bila main kucak-kucak dengan dia atas bantal masa nak tidur, memang best. Suka sangat2 bila tengok dia senyum nampak 3 batang gigi dia.

Suka bila nak bagi susu kat dia, mula-mula mesti tanya dia. Hidung mana, gigi mana, mata mana, tangan mana, kaki mana...mesti dia tunjuk. Lima part tu je dia tau. Mata pun tau lepas mata dia bengkak hari tu. Mulut & telinga tak tau lagi. Ni kena ajar lagi bagi dia tau...

Aisy, gigi mana?

Aisy, mata mana?

Kalau hisap susu, dah ajar dia kalau minum habis, Aisy budak pandai. So dia akan minum habis susu tu dan cakap "Habis, Pandai" Tunjuk botol dan tepuk tangan untuk diri sendiri. Kalau ada masa buat susu tapi tak minum habis, tiba-tiba botol tu terbalik dan tumpah, dia akan cakap "Tumpah". So kita tau lah botol susu dia terbalik. Kadang2 tu dia sebut "Basah". Sama ada baju dia yang basah atau tilam yang basah. Pendek kata senang lah dengan dia sekarang ni.

Dalam senang-senang dia, ada gak yang susah tau. Kadang-kadang sampai geram tahap maksima dengan dia. Nak tau sebab apa? Dia tak suka tidur. Huhuhu...

Kadang jam dah pukul 12.00 tapi dia tak nak gak tidur. Aku sekarang ni pukul 11.00 je dah tak tahan mengantuk. Kalau kita tertidur, dia akan gigit muka atau cakar muka aku. Sekarang ni tak sah kalau muka aku tak bercalar kena gores. Kuku pendek je tapi ntah macamana boleh calar gak muka.

Mata Aisy dah ngantuk giler, minum susu usap2 dia dah macam nak tidur. Layu-layu je mata. Tiba-tiba celik buntang je mata lepas susu habis ajak main lagi. Huhuhu..dah tak larat ko nak main tengah-tengah malam buta tu...tambah panas je hati bila dia dah mula tunjuk nak tu, nak tu. Kadang barang yang dia nak ntah apa2. Nak sabun pencuci pinggan la..nak pewangi udara la..bila tak bagi nangis-nangis. Betul2 mencabar tahap kesabaran dan keimanan lah. Kalau wet wipes tu kita tertidur, habis satu pack dia buat lap badan dia.

Sekarang ni nak tidur je tak nak pakai baju seluar. Layankan aje lah. Mungkin sebab tiba-tiba ada ruam kat belakang badan dan juga kena luka getah diapers tu kot. Dah lah tak nak selimut, baju lak tak nak pakai. Just pakai diapers je tidur. Tapi sejak dua malam ni, pakai diapers pun dah tak nak. Layankan je sementara dia pejam mata. Pastu bila dia pejam mata aku pun pakai lah lengkap2 dengan baju. tapi kadang2 tu sempatlah dia terbuang air kecil atas tilam. So tiap2 hari kena tukar toto dan basuh toto. Nasib baik washing machine besar leh dobi sendiri, kalau tak, kopak aku sehari rm10.00 hantar dobi.

Bab tidur gak, budak kecik ni macam dah jadi habit lak nak pegang bucu bantal dan kadang2 hisap baru nak tidur. Tapi nasib baik dia bukan nak bantal yang sama. So tak de istilah bantal busuk, cuma bila kita tengok dia cari bucu bantal tu maknanya dia nak tidur la tu. Kadang2 tak jugak tidur..mungkin bantal tu tak busuk kot. Hahahaha...

Rasanya cukuplah perkembangan Aisy setakat ni. Lagi pun aku selalu gak update bab perkembangan dia dalam seminggu tu.

Bila dah tengok Aisy lari-lari, cakap-cakap, bila tidur je nampak dia panjang je, rasa macam dah besar la budak kecik ni. Cepat betul masa berlalu. Kasut pun pakai saiz 4 tau. Panjang tul kaki dia...

Monday, May 23, 2011

Cerita Tentang Insan Baru & Insan Yang Pergi

Negara sekali lagi digemparkan dengan kejadian tanah runtuh. Yang terakhir berlaku kat Bukit Antarabangsa tempat orang kaya-kaya tu, tapi kali ni kat Hulu Langat lak. Mangsanya pulak adalah asrama anak-anak yatim.

Hujung minggu ni tidak pulang ke kampung. Sementara minum petang Sabtu tu, layan cerita Hindustan. Tiba-tiba aku tengok kat bawah tu ada macam berita terkini tentang kejadian tanah runtuh. Terus nak follow je berita tu. Sampai setiap setengah jam aku alih channel nak cari siaran tv yang ada berita je.

Tragis sungguh kan!!!!Mula-mula berita 24 je mangsa tapi bertukar jadi 25 lak. Yang pasti hanya 9 orang terselamat dan 16 terkorban. Sedih sungguh.

Tapi itu dah janji kita sebagai manusia dengan Allah sejak loh mahfuz lagi. Sampai mana usia kita boleh menikmati keindahan dunia, dan tiba masanya kita perlu balik semula kepadaNya. Macam husband aku kata, mungkin telah dijanjikan syurga untuk mereka, sebab tu mereka pergi di awal usia.

Di pagi ahad dalam perjalanan ke rumah officemate aku yang baru je deliver baby boy tu, sempatlah bersesak di Batu 14, Pekan Hulu Langat. Masjid tempat sembahyangkan kenazah tujuh orang tu kan betul-betul berada di simpang tiga pekan tu.

Hiba sungguh bila terlihat berderet kereta jenazah di perkarangan masjid. Waktu aku lalu tu dalam 11.00 am lebih. Mungkin masih menanti jenazah-jenazah yang lain. Orang ramai pun tak lah begitu ramai sangat.

On the way balik dari rumah kawan aku tu baru aku tengok para Jamaah masjid sedang solat jenazah. Waktu tu van jenazah dah banyak dari pagi tadi. Mungkin cukup 7 orang baru diorang sembahyangkan jenazah-jenazah tersebut.

Semoga roh anak-anak tersebut ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-fatihah untuk mereka.
-
-
-
-
-

Bila ada yang pergi, mesti ada yang baru. Kehidupan manusia ni kan umpama daun-daun kat pokok tu. Setiap hari pasti ada daun gugur dan juga ada pucuk daun baru yang tumbuh.

Sebelum cerita pasal baby baru, nak puji En. By by la sikit. Thanx ye, dengan senang je dia boleh cari rumah mak mertua kawan aku ni. Kalau ikutkan aku, confirm tak sampai.

Kawan aku ni selamat lahirkan baby dia pada 15.05.2011 hari tu. Lupa nak tanya pukul berapa tapi pagi la. Sebenarnya dia nak gi rumah aku Ahad tu tapi tiba2 Sabtu malam tu air ketuban dah pecah lak.

Waktu gi hospital baru buka 1 cm, dia mintak balik coz dari pengalaman 2 anak dia mesti lambat jugak lagi nak bersalin. Tapi pihak hospital tak bagi coz takut air ketuban kering nanti baby lak effect.

Tapi sebab dalam 6 jam kot baru buka sampai 3cm, diorang terus decide nak induce kawan aku ni. 1st time dia kena induce, 2x sampai lah waktu nak bersalin tu. Dia cerita sakitnya lah induce..sampai rasa dah nak stop...hahaha...aku ni, langsung 4x kali induce. Induce yang keempat tu separuh je coz tiba-tiba Aisy nak kuar.

Walaupun selamat melahirkan seorang baby boy yang aku ingat-ingat lupa namanya..rasanya Mohammad Ariq Hafiq ke Mohammad Ariq Rafiq, tapi baby tu kekurangan oksigen. Tinggallah baby tu dalam inkubator sehingga hari Rabu hari tu baru leh discharge.

Waktu aku melawat baby tu, ada sedikit kuning dan mukanya juga terkena ruam. Mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas di siang hari. Badannya juga habis menggelupas kulit. Mungkin salin kulit baru coz baby tu kan lahir tak cukup 40 minggu.

Bila tengok baby kawan aku ni, aku rasa macam lain je dengan Aisy. Aku rasa Aisy dulu macam besar je walaupun baby Ariq ni lebih berat dari Aisy waktu lahir. Kulit Aisy juga tak menggelupas mungkin sebab dia betul2 cukup 40minggu bila dia lahir.

Aku ni macam tak pernah tengok baby. Hahaha..padah hal dah anak sendiri apa. Ada je rasa pelik bila tengok baby. Yang pasti sampai sekarang aku tak berani nak dukung baby yang newborn ni. Kalau nak dukung kena tunggu ada adik Aisy lah...

Friday, May 20, 2011

Cerita Tentang Big Day Part 5

Ini last entry cerita big day. Kali ni pun bukan nak cerita pasal big day, tapi penutup je...(kerja gotong royong la)

Bermula pukul 4.00 pm lepas solat Zohor, kami semua mengemas pinggan mangkuk, basuh pinggan mangkuk. Pengantin lak lepas solat Asar dan lepas photo shoot diorang, cuci kawah lah jawabnya.

Tetamu mak masih lagi ada yang datang. Makanan pun ada lagi. Cuma lauk kari daging je dah habis. Pinggan mangkuk yang disewa settle petang tu...

Malam lak semua terbongkang tidur keletihan. Aisy je tak tahu penat coz dia leh tidur petang tadi. Maghrib tadi gak tidur waktu kami kuar nak beli susu kat Bandar Raub.

Cuma masing2 bangun menjelang kul 12.00 malam. Siap makan2 lagi coz perut lapar. Siang tak makan. Barulah nak rasa bubur pulut hitam tapi tak leh makan banyak dah.

Hari Isnin solat Isyak kul 5.30 am terus tunggu Subuh. Ambik surah Yassin tapi tak baca pun coz asyik tersenguk-sengguk je. Terdetik nak charge battery hp yang tak onnsejak hari Sabtu dan tak tahu kemana sebenarnya hp tu.

Bila buka je ada 6 miss call dari Ruziana(budak office aku) dan 1 msg. "Na, Gee dah masuk wad". Terus reply dah bersalin ke belum. Alhamdulillah, dah besrsalin pun dia. Ini bermakna aku kena balik jugak untuk bekerja hari ni.

Tapi mata tak boleh buka, husband suruh cuti je. Lantak la office tu tak ada orang nak kerja. Bukan company sendiri pun nak jaga untung rugi. Untung tak dapat apa, rugi pun tak dapat apa. Yang penting gaji masuk bulan2.

Sambung tidur semula sebelum bangun breakfast dan sambung kerja2 mencuci pinggan mangkuk yang dalam rumah lak. Lepas habis kat dalam, sambung kat luar lak. Sebab Aisy dah bangun, aku hanya mengemas dalam rumah. Mujurlah ada jiran-jiran dekat rumah datang menolong mencuci pinggan dan mengemas segala barang yang disewa.

Sampai ke petang pun basuh-basuh tak habis lagi. Kemas-kemas pun tak habis lagi. Bukan setakat pinggan mangkuk aku rasa, ngan pakaian-pakaian pun tak habis-habis nak dibasuh.

Nampak cam clear sikit, pelamin pun dah buka. Ada sikit2 je lagi nak settle.

Selasa lak coz public holiday, kami stay lagi kat kampung. Kebetulan gotong royong turun khemah dan angkut semua barang sewa ke balai raya kampung. Menu makan petang tu mee kari.

Datang sakit kepala coz tak cukup tidur dan rehat. Mata tak payah cakaplah, dah rabak gila. tapi tak leh tidur, banyak kerja lagi nak buat. Tambah Aisy yang asyik merengek je.

Dalam kepenatan, malam tu lepas Maghrib bertolak pulang ke KL dengan menaiki Kia Picanto. Hanya membungkus mee kari untuk En. By by je. Aku dah tak larat nak makan. Drive pun mata jegil-jegil coz ngantuk sangat2 ditambah ngan sejuk2 aircond tu. Blow je mata mata suruh tidur.

Alhamdulillah, sempat gak sampai KL dan balik rumah. Terima kasih gak kat by by coz berjaga malam tu untuk main ngan Aisy. Dia dah cukup rehat coz dia dok KL dari Isnin sampai Selasa tu tak ada orang kacau dia rehat.

Cerita Tentang Big Day Part 4

Pagi-pagi lagi dah kecoh. Tapi pagi ni dah tak payah buat air. Ada tukang buat air yang dilantik buat air. Cuma yang kecoh nak gi letak papan tanda dan beli barang lagi...ada lagi barang tak cukup.

Adik gi pasang papan tanda dan sekaligus dia yang beli barang2 yang tak cukup lagi. Mula-mula aku ngan husband nak kuar, tapi Aisy tak bangun2 lagi. Husband lak sibuk dengan pelbagai tugas. Kejap bahagian makanan, kejap bahagian hiasan meja makan. kejap bahagian beli barang. Semua lah kerja dia kena buat.

Aku dalam rumah je. Mengeluarkan dan lap semua pinggan mangkuk mak untuk makan hidang di meja pengantin dan juga keluarga pengantin perempuan. Nasib baik Aisy tidur so boleh settle semua tu.

Set Corelle mak dikeluarkan untuk makan pengantin bersama 3 set lagi
Bila adik balik je, ada lagi barang tak beli. Tembikai untuk makan pengantin dan bahan-bahan nak buat cocktail. Langsung C.De lak yang kuar beli barang. Tembikai pun tak beli, mintak Ayah Su belikan lak coz dia memang tinggal kat Bandar raub.

Kebetulan Aisy dah bangun, mandikan terus je dia sebab dah kat pukul 12.00 pm..Bila nak pakaikan baju, dia asyik nak lari je. Maklum lah, ramai orang kat rumah tu. Kebetulan lak team mak dengan berzanji. Siap berbaju kurung, aku biar je dia dengan mak.

Aku tolong C.De siapkan cocktail tu. Tapi datang gak budak kecik tu nak makan-makan. Biasalah, sebab ada puding dalam cup tu, dia memang suka. Suap kat dia habis gak setengah cup.


Ha kau, ada 10 orang je boleh makan puding cocktail ni

Pengantin dah sampai, Pengapit dan husband tak siap lagi. Dua2 pun tak pandai pakai sampin. nasib baik ada Mak Usu tolong pakaikan. Itu pun dah haru coz aku cari  sampin husband aku tak jumpa. rasa macam ternampak tapi tak jumpa. Nasib baik jumpa jugak akhirnya.



Bila pengantin sampai, aku tak berkesempatan pun nak tengok abang bersanding dan direnjis dipilis. Ditepungi tawar hai beras kunyit. Sibuk sangat2 dan jadi kelam kabut. Tambah lak bawak handbag (Aisy) ke hulu ke hilir.



Ni dengan sedara mara

Ni ngan kawan-kawan

Bila terpaksa bergegas masuk ke dalam rumah dan keluar dengan paper bag, Aisy kena tinggal ngan abah dia yang menyambut tetamu. Tapi mujurlah ada Nizam (budak kampung aku) ni offer nak dukung Aisy. Sampai tertidur keletihan budak kecik tu di bahu Nizam. Dia kata letak dalam rumah, tapi bila aku gi tengok budak kecik tu dah bangun. Sian pulak dia, so aku decide dok dalam rumah lak.

Kebetulan nak bungkus lauk2 untuk sedara-mara, tu yang berkampung kat dapur je. Aisy lak memang baik sungguh lah. Dia pun rajin bungkus nasi dalam tong tu. Siap makan nasi lagi budak kecik tu. Makan sendiri coz mama dia banyak kerja nak buat.

Selesai membungkus semua, bila keluar, keluarga perempuan pun dah balik. Orang2 pun dah tak ada. Hanya beberapa kerat je ada lagi. Tetamu dah tak ramai. Orang kampung pun dah ramai balik. Mak pun dah masuk dalam rumah. Ada kawan baik aku Nurul Jannah ni datang ngan mak dia. Dia ni bakal pengantin gak. 29hb Mei ni majlis dia.

Sampai masanya untuk kami menggedikkan diri lak dihadapan lensa kamera. Walau pun waktu tu muka dah penuh dengan minyak, nasib baik gambar tu tak boleh keluarkan bau, kalau tak dah bau peluh sih..panas betul cuaca. kalau baju ngan tudung ada macam2 cap coz kena minyak ntah dari mana.

Waktu nak shoot tu, Aisy ni tak nak langsung beri kerjasama. Dia tak nak berdukung. Tak nak jugak duduk rapat2 ngan kami. Dia duduk jauh dari kami semua. Bila kami berdiri, dia berdiri depan sorang2 dia..memang tak boleh blah la tengok Aisy ni. Nanti gambar tu kena tunggu kawan abang aku bagi baru leh upload. Kamera sendiri tak sempat nak snap apa2.

Itu last session untuk big day...pengantin tetap dengan outdoor shoot nya. kami-kami ni, perlu menukar uniform untuk bekerja lak

Cerita Tentang Big Day Part 3

Sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan abang aku, sebab penat menemani Aisy bermain hingga hampir 2.30 am, bangun pagi solat Subuh boleh sambung tidur balik.

Pada hal mak dah pesan siap2 air nanti orang datang nak kupas bawang semua tak ada air minuman lak. Tapi mata ngantuk nyer pasal, aku ngan C.De layan je mata. Hahaha..mak, adik & husband aku dah kuar gi beli barang kat pekan sehari. Ada je barang tak cukup lagi.

Disebabkan jiran-jiran yang datang nak menolong pun ramai yang ikut gi Shah Alam, pakat-pakat datang lambat jugak. Boleh lah sama-sama layan mata kejap. Tapi terjaga gak bila rasa macam dah ramai yang datang. Cepat2 buat air & prepare breakfast. Ada hati plan hari tu nak buat roti bakar la, scramble egg la..akhirnya cuma angkat kek2 dan kuih kering sementara mak balik beli mee untuk buat mee goreng.

Bermula dengan mengukus telur dan juga mengupas segala jenis bawang-bawang dan juga lada. Bawang & lada tak macam kenduri aku dulu. Sikit je pakai. Mungkin sebab lauk yang akan dimasak tak perlukan lada yang banyak.

Lagipun mak tak beli lembu untuk kenduri kali ni. Cuma menempah daging dan tulang sahaja untuk dibuat kari. Ayam juga bertukar menu, bukan lagi ayam masak merah tapi ayam paprik. So, cili sos, tomato sos dan sos tiram dah siap beli awal2 lagi hari tu. Pastu belah perempuan lak request nak makan gulai masam ikan patin.

Disebabkan tak banyak guna kelapa, kelapa mak tempah berlonggok kat depan kedai. Sebab macam tak banyak je lauk, tambah la dengan bubur pulut hitam. Nyum nyum...I like...

Asyik cerita tentang makan je..sebenarnya nak cerita preparation sebelum big day tu..Sebab makcik-makcik dah kukus telur, kami adik beradik pun mengikat telur di semua bunga telur yang ada. Ada yang untuk diletak dalam paper bag, ada yang untuk majlis berzanji, ada untuk pelamin, ada untuk orang yang datang makan-makan je.

Aku biasa lah, dalam satu sarang telur tu, tak sampai satu sarang pun aku boleh siapkan. Maklum lah, Aisy pun bangun awal. Banyak layan dia je lah. Orang nak packing barang2 dalam paper bag, dia pun nak kerepek ubi. Langsung kunyah untuk dia makan habis dua paket. Macamana nak buat kerja???Wakil kat abah dia je...

Dah nak sampai tengahari, sedara mara datang tolong bungkus telur. So kami ni sibuk sangat kat dapur asyik dok buat air. Masak air lah..Aku lak sibuk prepare makan tengahari orang kampung yang datang tolong. Nampak macam aku tukang msaka je kan!!!!!Hahaha..aku cuma menggoreng ikan masin dan ikan goreng je...Gulai apa makan tengahari tu pun aku tak ingat dah. Aku tak makan pun tengahari tu. Cuma suap nasi kat Aisy je.


Makcik-makcik & sepupu sepapat tengah prepare bunga telur & paper bag

Lepas je solat Zohor, Aisy pun tidur banyak kerja boleh aku buat petang tu. Terutamanya nak siapkan tempat makan pengantin. Apa yang ada dalam kepala aku dah tak sama dengan adik. Apa yang ada dalam kepala aku sama ngan C.De tapi apa yang ada dalam kepala adik sama dengan Cu (mak sedara aku).


Meja pengantin hasil kerja tangan adik & Cu

Mula-mula kami berrempat buat pondok tu, pastu aku ngan C.De tinggal je kat diorang berdua. Kami sibuk ngan buat air dan mengemas segala paper bag tu. Malam ni nak buat majlis tahlil lak.

Banyak lagi rupanya telur tak siap dibungkus. Tapi tolak je tepi dulu. Lepas tahlil nanti baru sambung semula.Bila Aisy bangun je, siap2 nak gi pekan Mempaga lak.  Ada lagi barang tak cukup.

Buah tembikai untuk makan pengantin tak ada. Hanya membeli ikan tongkol / aya untuk dibuat gulai nasi berlauk pagi esok. Itu pun aku salah beli. Aku bukan kenal ikan aya hitam, rupanya aku terbeli ikan aya yang biasa tu.

Malam tu majlis tahlil diadakan lepas solat Isyak. Ramai gak yang datang. Dijamu dengan gulai lemak ayam. Suap kat Aisy je, yang lebih tu baru masuk mulut sendiri. Pendek kata, hari tu tak makan nasi, cuma menghabiskan nasi Aisy je.

Sampai pukul 3.00 pagi baru aku, husband dan C.De tidur. Menyiapkan sign board yang hendak ditampal bagi penunjuk arah jalan. Telur-telur yang kehabisan bunga telur gak terpaksa dibungkus sebab takut tak cukup esok.

Alternatifnya, mencari dan memotong segala jenis kain organza dan di ikat dengan sekuntum bunga plastic di sebelah atas. Telur tu kira dalam bunjot tapi agak menarik jugak la.


Lebih kurang macam ni rupanya. Pic ni sudu, tapi kami letak telur dan ikat macam ni la.
Pic : Google

Ok..sambung part 4 lak untuk big day tu ok....

Cerita Tetang Big Day & Sesat Part 2

Lepas je solat Maghrib, kami semua bergegas ke Dewan Banquet, Wisma MBSA untuk majlis resepsi lak. Tiada sanding-sanding just makan-makan je. Kali ni keluar dari CIAST kereta aku dulu yang keluar. Macam terror je...hahaha..tapi aku sampai tau...


Dewan Banquet, Wisma MBSA
Pic : Google

Hampir satu jam menunggu baru lah kami berjalan masuk bersama pengantin ke dalam dewan. Hahaha,..lupa nak cerita, kereta Ayie (budak yang sesat petang tu ngan aku) dah sesat lagi kali ni. Diorang dah sampai mana tak tahu lah. Mereka kata dalam jam, mungkin area Stadium coz ada game bola malam tu. Kelantan vs Selangor.






Bila korang tengok gambar Aisy kat atas apa yang korang rasa dia buat????
Jawapannya : Dia sedang menari-nari, lompat-lompat sambil petik bunga kat carpet

Pergi mana-mana pun sekarang ni tak boleh nak melawa. Handbag dah tak ada tapi yang ada cuma beg diapers Aisy. Dalam tu semua pun kena ada.

Mula-mula Aisy ni ok la..duduk baik-baik je tapi dia lapar agaknya, orang tak baca doa makan lagi dia dah mintak air sirap limau depan mata tu. Pastu terus nak makan nasi. Layan punya layan pastu dia nak lepas lak. Majlis baru je nak bermula Aisy nak lepas berlari ke sana-sini coz dia dah kenyang makan.



Budak tu makan dulu sebelum orang baca doa. See, orang kat belakang tu baru nak serve air

Terpaksa lah biarkan dia mengamuk dulu, then abah dia ambik. Aku makan dulu abah dia layan si kecik. Bila tiba giliran abah dia makan, budak kecik tu mula lah nak lepas2. So aku pun lepaskan je lah. Lagi pun aku tengok dah ramai budak2 yang berlari kat depan stage tu.



See, baik kan budak kecik tu ngan abah dia

Aisy pun seronok la..dia panjat-panjat tangga, lompat-lompat, nari-nari kat depan tu. Layan kan aje. Cuma waktu abang aku potong kek je ambik & dukung dia bawak dia jalan-jalan ronda tengok makanan kat bufet nyer tempat.


Tangga tu la budak kecik tu main panjat-panjat

Ni gambar pengantin potong kek lak. Aisy ada atas tangga tengah panjat-panjat

Sempat sambar cendol semangkuk coz tempat kami duduk desert hanya ada buah.Hahaha..tak malu betul aku...

Selesai potong kek, maka selesai lah majlis. So sesi gambar-gambar lak. Lepas je sesi gambar, kami pun bertolak plang ke kampung.,,haaa, ni nak cerita tentang sesat lagi.


Sesi gambar-gambar ngan pengantin. Antara sepupu yang datang

Nak kuar dari pusat bandar Shah Alam aku bukannya pandai sangat. So follow2 je kereta adik. Sampai kat tol masih boleh ikut, tiba-tiba lepas je tol Batu 3 tu lost lagi. Nasib baik nampak kereta husband, bagi signal kat dia isyarat nak follow dia.

Tiba-tiba tengok dia masuk highway PLUS lak. tadi rasanya dah sampai Subang dan boleh je kuar ikut jalan Subang Airport tu. Tapi husband ikut jalan lain. Follow je lah tapi lost lagi.

Tak tahu mana dia pergi akhirnya aku drive je ikut jalan mana yang aku tau. Bila dah naik PLUS aku hanya tau exit Sg. Buloh je la...Sebab dah selamat sampai tol Sg. Buloh, aku dah tak kisah lagi. Jauh pun nak buat macamana daripada tak jumpa jalan balik kan.

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di rumah jam 12.20am. Bila sampai, rumah gelap lagi, adik & husband tak sampai lagi. Rupanya kami semua lebih kurang sama je sampai.

Mata dah ngantuk tak boleh buka, badan tak payah cakap lah..yang si budak kecik lak dah syok tidur dari KL ke Raub, terus nak ajak main. Huhuhu...sebab mula-mula sampai aku tertidur jap, aku terbangun pukul 1.00 am bila orang lain dah nak pejam mata.

Main lah ngan Aisy tu sampai 2.30 am..mata dah rabak giler..Aisy pun dah pejam2 mata waktu minum susu tu, dan aku pun terpejamlah mata.

Sedar-sedar kul 5.00 am nak solat Isyak tengok Aisy tidur sebelah abah dia lak. Pada hala dia tidur tengah2 tadi ngan aku. Kat tangan dia ada hp abah dia dan kat kepala aku lak terbelit ear phone. Mesti dia kejtkan aku tapi aku tak bangun. Akhirnya dia tidur sendiri agaknya. Sian dia.....

Cerita Tentang Big Day & Sesat Part 1

Sehari sebelum bercuti, hari Khamis tu ingat nak buat satu entry sehari sebelum bercuti tapi tiba-tiba blog tak leh masuk. Ntah error apa aku pun tak ingat. Bila dah try tak leh, terus close je pc. Ambik leave dua hari je tapi cuti lima hari tu..

Bercuti lama kali ni bukan nak mengholidaykan diri tapi sebab ada big day my big brother yang seorang tu..sebelum ni pernah buat entry penghijrahan 1 Muharram, yang mana bermulanya abang yang sorang tu mengikat secara rasmi sekuntum bunga untuk dijadikan surinya.

Dan akhirnya pada tanggal 13 Mei 2011, jam tak hengat coz sibuk mengejar Aisy yang ligat berlari ke sana-sini. Masjid Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menjadi saksi ijab dan qabul yang mengikat Mohd Naquiyuddin Husain & Herniza Yahya menjadi sepasang suami isteri dengan dua kali lafaz.



Masjid Sultan Salahhuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 

Waktu abang aku atas stage depan jurunikah tu, tak dapat dibayangkan macamana cuak dan gemuruhnya dia. Sampai kena dua kali akad lah. Itu pun aku tak berkesempatan melihat detik yang bersejarah tu.

Mana taknya, mula-mula sampai, Aisy yang masih lagi ngantuk asyik merengek tak nak ngan orang lain hatta ngan abah dia sekali pun. Sudahnya aku lah pendukung setia dia. Aisy ni handbag baru aku sekarang. Pergi mana-mana hanya perlu menggayakan Aisy cantik2 supaya hand bag tu kelihatan cantik. Hahaha...

Muka ngantuk, ngan abah pun tak nak

Muka budak ngamuk

"Handbag" baru aku


Bila dah lama-lama, dia dah tak nak dukung. Kira ok lah. Dia cuma nak jalan-jalan je. Makin nak dekat majlis pernikahan tu, makin nakal lak Aisy ni. Mula-mula tengok je barang-barang hantaran. Pastu tunjuk-tunjuk..pastu pegang-pegang lak. Terus je angkut dia kuar dari dewan nikah tu. Dia nyer mengamuk la nak masuk tapi biarkan aje. Nanti tergendala lak majlis tu.

Elok je lepas akad nikah selesai, masuk dalam dewan nikah tu Aisy baring-baring sambil minum susu. Bagus betul budak bertuah tu. Mata budak kecik tu dah ngantuk tapi dia tak nak tidur lak. Langsung abah dia ajak pi makan jamuan yang disediakan. Lapaq betul abah Aisy ni..mama dia lak tergedik-gedik ambik gambar.




Pic : Ambik dari fb ell naqi. Ada kawan dia tag

Setelah selesai segala upacara terutama sekali bila hantaran telah pun bertukar dulang, kami pun blah la..menuju ke CIAST. Mak sewa bilik kat sana. Murah tapi selesa gila. Sebijik cam hotel, dengan harga RM50.00 boleh stay kat sana lebih 24 jam...

Nak jadi cerita, aku sebenarnya tersesat. Hahaha..aku kan tak familiar ngan Shah Alam. Husband aku lak buat-buat cam pandai tapi tak pandai gak. Mula-mula pagi tadi dah salah exit jugak bila naik lebuhraya PLUS tu. Patutnya exit Shah Alam tapi husband aku ni terus je langsung exit ikut Meru.

Follow2 dia, penat gila. Aku dah lah tak biasa bawa Kia Picanto tu, side mirror dia tu cam kelirukan aku je. Yang by by ni lak asyik dok bagi signal nak masuk tapi tak masuk. Tak bagi signal tapi tiba-tiba masuk. Tak ke haru nak ikut dia. Jalan-jalan punya jalan nasib baik sampai gak coz ikut petunjuk pusat bandar & masjid dari i-city tu...

Bila balik dari masjid sesat lagi nak ke CIAST lak. Kereta husband aku gi dulu, pastu adik. Aku pun nak follow la adik aku ni. Tapi sebab C.De ni bimbang lah kot-kot abang tak tahu kami nak balik, sibuk la dia nak telefon lah. Nak tunggu lah...nak beritahu lah. Last-last dah tertinggal dari adik.

Sebab tak tahu nak ke mana, C.De ni kata ikut firasat dia CIAST tu menghala ke hotel Concorde tu. Tapi bila telefon adik, dia kata menghala ke bulatan depan sana. Patah balik tapi bila sampai bulatan aku tak tahu nak ke mana. Adik kata naik yang macam atas bukit tu, bila naik dan jalan terus kami blur coz lebuhraya bermula.

Blurnya habis, aku tak berani terus dan pusing ikut bawah patah balik ke bulatan. Pusing bulatan tu hampir lima pusingan dan pening buat pusingan kami naik je ke atas dan tunggu di Wisma MBSA. Tak lama pastu adik sampai dan kami follow dia. Betul la, patutnya kami terus je tadi. Depan tu sikit je dah sampai CIAST. Hahaha..bila naik je tengok Aisy dah terbongkang ngan abah dia kat bilik jejaka-jejaka ni. Aku lepak kat bilik mak..

Petang tu makcik-makcik kampung aku ni nak jalan-jalan. So yang kuar 2 kereta je lah coz diorang pun tak ramai. Tujuh orang je. Aku pun confident je nak bawa coz rasa macam senang je dari SACC Mall & PKNS tu balik semula ke CIAST.

Sebuah kereta lagi tu kereta abang aku, yang aku ni sebab kosong je kan, aku ajak la En. By by pergi sekali. Boleh bawa Aisy jalan-jalan. Nak pergi senang je coz dah ingat kan. Lagipun Sacc Mall tu kan sebelah kiri je, tak payah nak cross2...

Sebab bosan macam tak de apa je kat PKNS, SACC Mall & seangkatannya, kami hanya ke Tabung Haji. NIat nak buka akaun untuk husband la. Sian dia, tak ada account Tabung Haji lagi. Macamana nak gi buat Haji sama2 kalau dia tak daftar lagi. Alhamdulillah, selesai dan en. by by dah ada account Tabung Haji. Lepas ni top up untuk daftar gi buat haji lak dan juga buka buku untuk budak kecik tu jugak.

Lama nyer pasal makcik2 tu shopping, kami ke masjid coz bila kami balik ke bilik tadi, makcik2 tu dok cerita yang diorang shopping kat masjid tu. pastu ada cendol & jugak tapai ubi. So teringat nak makan cendol dan layan goreng pisang lah kat sana tapi dah tak ada. Yang ada cuma tapai ubi, belikan untuk mak & makcik je then terus pick up makcik2 tu.

Kali ni abang aku tak pick up makcik2 tu coz ada seorang anak makcik tu yang datang ambik. Yang husband aku ni pun follow je budak tu bawa kereta pada hal aku tengok dah lain macam je jalan kitorang ni. Rupanya budak tu tak familiar gak ngan Shah Alam. Kami dah tersesat nak masuk federal highway dah, aku suruh husband aku patah balik.

Rupanya-rupanya husband aku pun blur tak tahu nak keluar dari shopping complex tu ke CIAST. Nak sampai punya pasal lepas u-turn tu, kami follow je signboard yang ada tulis seksyen 9. Hahahaha.......

Nasib baik sampai jugak ke CIAST tu. Kereta lagi satu tu setengah jam kemudian baru sampai...

Aku tinggalkan entry part 1 ni dengan gambar pengantin key...

Selamat pengantin baru buat Mohd Naquiyuddin Hj Husain & Herniza Yahya

Amboi-amboi, dah boleh pegang-pegang ye

Ni family pengantin perempuan

Hehehe..saje nak selit pic ni coz nak tau tak!!!Baju songket tu I punya tau

Pic : facebook nurulsuhaimi