Wednesday, December 12, 2012

Aisya Sofea

Sekarang aku gila maraton baca novel-novel Aisya Sofea. Baca online je tak larat nak buka novel-novel yang dah tersimpan kemas dalam almari.

Baca online ni tau je lah, bukannya habis satu novel boleh baca. Banyak page dia yang skip-skip tak bagi baca.

Pastu page boleh baca pun setakat 100 pages je. Untuk review je sebenarnya pastu ko pandai-pandai lah pergi kedai beli buku tu.

Selama ni aku bukan kesah sangat nak baca novel tak macam zaman remaja-remaja dulu. Kat u dulu lagi gila baca novel. Sekarang nak pegang novel pun malas.

Tapi sebab penangan adam dan hawa versi drama tu, aku dengan tak de kerja nya google novel Aisya Sofea ni. Sudahnya semua novel dia aku dah review.


 AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…

Novel ni dah lama aku habis baca, jalan cerita and ending dia masih ingat pun. Sekarang baca semula sebab tengah adaptasikan ke drama lak. Boleh tonton kat Mustika HD pukul 10.00 malam Isnin - Khamis. Ada balance 18 episod je lagi.

Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz & Ain Hawani oleh Nadia Nissa. Suka dua orang ni berlakon, hidup je watak Ain.




Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Dulu dah baca tapi tak ingat tengah-tengah dia. Macam best bila dah baca online so kena cari balik novel ni. Tapi dah layan drama ni kat you tube. Ahmad Fuad dilakonkan oleh Remy IShak & Nurul Umairah oleh Dira Abu Zahar. Macam tak kena sikit gandingan hero & heroin ni. Ada cerita petang aku tengok kat TV1 tu macam ok je diorang berlakon, yang ni mungkin terlalu pendek untuk sudahkan satu novel.



Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.
Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya….

Cerita ni best. Aku masih ingat tiap jalan cerita dia dan tak sabar nak tengok drama dia lak. Mungkin ditayangkan di TV3 kot Januari 2013 ni. Hero dia mestilah Mr. Hot, Adi Putra and heroin dia mestilah Rita Rudaini. Tak sabara nak tengok dua orang ni berlakon.



PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu… hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia

Aku dah review dan rasanya kena cari novel ni. Aku dah try google ending dia tapi nak tau gak jalan tengah cerita ni.


Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.

Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.

Benarkah ‘ganti tikar’ yang berlandaskan ‘keterpaksaan’ bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Novel ni dah baca tapi tak ingat ending. Tapi rasanya Farah ngan Lukman jugak coz dia dah syok kat abang ipar dia. Belum diadaptasikan ke drama lagi.

Banyak lagi novel aisya sofea aku lum baca. Nanti mungkin ada Aisya Sofea Versi 02 lak bila dah marathon habis baca novel dia.

1 comment:

  1. Aku rasa aku dah baca semua novel Aisya Sofea..rasanyalah..cuma ada yg ingat x bape ingat je..hahahahha..khatam jgn tak khatam..

    ReplyDelete