Friday, March 11, 2011

Terlalu Baik Kah Aku...(Entry Perasan)

Sebenarnya aku sekarang berada di dalam keadaan sungguh stress. Rasa hendak berhenti kerja dengan notis 24 jam supaya aku tiada kaitan lagi dengan dua orang bos aku ni....

Petang Jumaat yang lepas aku terpaksa hadirkan diri untuk meeting dengn Timbalan KSU KDN bersama-sama dengan 110 buah syarikat out-sourcing di seluruh Malaysia....kenapa aku lak yang pergi?Bukankah kesemua yang boleh masuk ke dalam dewan tersebut hanyalah board of director / pemegang-pemegang saham sahaja ke?

Jawapannya adalah sebab bos aku telah menggunakan nama aku untuk syer dia bagi mendapatkan lesen out-sourcing pada tahun 2006 lagi. Dengan rasminya aku telah memilki 30% saham dalam company tempat aku bekerja dan bos aku cuma ada 20%...another 50% dipegang oleh 'orang kita' juga..

Dalam meeting tu yang hadir hanyalah 106 company yang sememangnya bermasalah iaitu telah membawa pekerja asing tanpa surat kelulusan KDN..bos aku tak percaya bila aku explain kat dia..dia kata bukan semua yang hadir ni bermasalah...ni alasan dia cakap kat aku:-

"U pun tau kan, kita tak pernah ada bawa masuk pekerja secara salah kan"

Dalam hati aku cakap "Ada, ko tak ingat ke kat office kita tu ada satu file yang special punya VDR. Ni semua kerja ko bagi suapan kat kakitangan Imigresen supaya keluarkan VDR tanpa surat kelulusan"

Jam sudah menunjukkan 5.15 petang dan husband aku dah asyik sms je bila nak balik? Tak habis meeting lagi ke? Meeting apa lagi tak habis-habis ni...ni semua sebab dia tak boleh main bola kalau aku sampai lambat kat rumah...apa salahnya ponteng bersukan satu hari dan jaga Aisy..betul tak?Itu beban ke kalau nak jaga anak....

Bos aku pun suruh aku keluar je dari dewan tu bila ramai lagi yang cuba mengangkat tangan untuk bersoal jawab walaupun TKSU tu dah menutup majlis. Aku tahu, bos aku pun nak tanya sebab tu dia suruh aku balik,,,,dia tak nak aku tau coz dia takut aku risau..kan nama aku dalam syarikat ni...sebab kes ni dah bawa ke JSJ Komersial Bukit Aman kot...

Aku blah dengan keadaan yang rileks je walaupun aku dah bengang..kalau company aku terlibat, sah-sah aku kena soal siasat nanti..bos aku ni pandai, semua doc untuk Imi atau pun untuk workers tu aku yang sign..semua guna nama aku dengan bangga "Pengarah Syarikat"...aku setiap kali sign pun risau coz aku yang bertanggungjawab in case jadi apa-apa. Semua bukti ada, signature aku, macamana aku nak depend diri aku?

Selepas Jumaat tu, bos aku langsung tak masuk office, tak telefon tak apa, hinggalah pagi tadi dia masuk office dulu pada aku...aku terlambat sampai coz lambat bangun dan jalan jam..aku sekarang buat muka tak bersalah kalau aku lambat masuk. (Aku kan pengarah syarikat).

Akhirnya bos aku cakap yang company kitorang pun termasuk dalam list...so, aku kenalah bersiap sedia untuk berdepan dengan pegawai KDN dan kalau aku tak boleh buktikan sebarang doc di office ni adalah sah, aku lah yang akan berdepan dengan pegawai penyiasat PDRM nanti kan????? Apa aku nak jawab? Bukan aku yang keluarkan VDR tu? Aku hanya pekerja kat sini dan hanya digunakan nama untuk dapatkan licence sahaja...macam tu ke?

Kalau pemegang saham 30% mestilah gaji dan elaun riban-riban kan? Mesti dah boleh pakai Mercedes 200 CGI warna putih macam bos aku kan..mesti dah boleh duduk rumah teres dua tingkat (lot bungalow) macam bos aku kan?..Sebab bos aku nyer syer 20% pun leh pakai semua tu...tapi apa aku dapat?

Berbaloikah aku untuk menerima segala ini sedangkan apa yang aku dapat dari kerja kat sini selain dari gaji? Terlalu baikkah aku untuk biarkan sahaja nama aku digunakan tanpa aku dapat jaminan apa-apa?

Ada sape-sape leh bagi cadangan kat aku macamana nak cakap ngan bos aku yang aku nak tarik balik nama aku dalam pemegang syer...dan ada sape-sape tak ada kerja kosong kat company dia...aku nak blah la dari sini...lagi pun aku dah lama kerja kat sini..tak ada apa yang aku dapat...

No comments:

Post a Comment