Monday, March 14, 2011

Cerita Hujung Minggu Yang Penat...

Hujung minggu kali ni balik dengan adik setelah menangis teresak-esak di ceruk dapur....hahaha, tak boleh blah waktu ni...sebabnya pastilah terasa hati, geram, sakit hati dengan kepentingan husband dengan game bolanya...huhuhu...satu hari pasti aku balas dendam...aku pun perlukan kepuasan peribadi (nak tidur dengan lena untuk 24 jam...boleh?)

Pukul 1.00 am kami bergerak ke Bukit Jalil untuk mengambil abang yang pulang dari Johor hanya dengan menaiki bas..Aisy lak ketika kami turun dari rumah masih belum tidur..masih aktif bermain dan bila aku menyarungkan tudung sahaja, dia terus ingin berada di dalam dukungan sahaja. Sudah tidak mahu dengan abahnya yang berbaring sambil menonton tv...

Setengah jalan sahaja apabila kami sampai di Gombak, Aisy sudah lena dalam pangkuan aku...begitu senang anak kecil untuk tidur kan...bawa sahaja menaiki kereta, pasti akan tertidur...aku pun tak faham, kenapa dia boleh tertidur dengan senang sekali di dalam kereta..nak kata kat rumah tak pasang aircond, dah pasang...nak kata kat rumah tak pasang radio, pun dah pasang...tapi satu je la tak boleh buat, naik kereta kan macam bergerak-gerak, dalam rumah takkan aku nak lambung dia atas tilam lak kan...

Melaui MRR2 kami terus ke Bukit Jalil dan apabila tiba disana, terdapat miss communication...stesyen lrt yang abang aku maksudkan rupanya stesyen LRT di PBS (Pusat Bersepadu Selatan). Dah kena berpatah balik ke sana. 1st time ke sana macam orang luar je..tak tahu macamana nak ke stesyen lrt, kami dah masuk ke parking kereta di PBS.

Setelah agak lama adik parking tapi macam tak betul je, ada polis bantuan yang datang membantu kami. Dalam masa yang sama abang pun dah sampai ke tempat parking kereta. Hendak keluar sahaja dari parking kereta kami berpusing tempat yang sama dan keluar ikut arah mana dan entah ke mana arah kami. Sudahnya hanya mennggunakan penunjuk arah ke Kuantan sahaja untuk sampai ke Gombak...macam pertama kali masuk ke KL pula...

Sampai di rumah mak di kampung jam sudah pun menunjukkan 4.00 am...sungguh mengantuk tapi Aisy sudah tidak boleh menyambung lenanya kerana terjaga apabila aku mengangkatnya dari kereta untuk masuk ke dalam rumah. Hanya aku dan mak yang bertahan melayan Aisy, adik dan abang sudah awal-awal lagi menarik selimut.

Mata aku juga hanya bertahan sehingga ke pukul 5 kerana aku sangka Aisy tertidur ketika minum susu yang aku pegang botolnya. Rupanya aku yang tertidur dan dia menyambung semula bermain dengan pelbagai mainannya dan kerana kasihankan aku, mak berjaga menjaga Aisy. Mak beritahu aku Aisy hanya tertidur dalam pukul 5.30 am...

Niat untuk menyambung tidur lepas Subuh juga terbantut apabila terpaksa keluar ke kedai makan untuk bungkuskan nasi lemak untuk breakfast kami adik beradik. Pulang dari kedai hendak menyambung tidur juga terganggu kerana baru sahaja terlelap, Aisy sudah pun bangun...

Sudahnya, kami semua pun bangun bersarapan pagi..kira awal la jugak coz pukul 10.00am kami dah siap breakfast...Mak aku pun dah balik dari kerja-kerja merewang kat rumah jiran aku yang akan melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan mereka pada keesokan hari.

Bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu aku di Jelu..hari ni majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki yang mana rumah pengantin perempuan telah pun berlangsung majlisnya pada Ahad minggu lepas di Klang.

Aisy yang pertama sekali siap dan dia terpaksa menunggu kami semua pula untuk bersiap..naik je kereta si kecik tu menyambung lenanya...sampai sahaja di rumah kakak sepupuku, Aisy masih lagi lena. Hanya mengangkatnya dan meletakkan dia di ruang tamu. Sempat lah kami sekeluarga menjamu hidangan bersama sedara mara aku yang lain.

Rumah sepupu aku ni tak perlu buat apa-apa coz orang kampung dia memang buat dari A to Z...so, kalau pergi sana, boleh makan-makan, borak-borak, bungkus-bungkus makanan untuk dibawa balik je la.hahahaha....

Aisy hanya bangun apabila rombongan pengantin perempuan sudah sampai dan tengah bersiap-siap untuk berarak ke rumah kakak sepupu aku. Sempat jugalah aku menyuapkan Aisy dengan nasi berlaukkan ayam goreng. Sekarang Aisy ni dua tiga suap je makan kalau kita suap, lepas tu nak makan sendiri. Tapi kalau nasi dan lauk yang aku masak special untuk dia, dia akan makan dengan banyak sekali...ini maknanya, dia suka apa yang aku masak...so, mama dia kena la rajin-rajin masak supaya Aisy lagi tembam dan bulat...hahahha...

Sebelum pulang, singgah sebentar di rumah makcik aku...biasalah, mestilah kena lawat dia..dia kurang sihat sikit sejak akhir-akhir ni...so, dia kurang menghadiri majlis-majlis yang macam ni...tapi lain pula cerita yang aku dengar bila singgah di sana.

Keluarga pengantin perempuan berkumpul di rumah makcik aku sebelum ke rumah kakak sepupu aku tadi. Biasalah, kalau keluarga pengantin lelaki / perempuan yang duduk rumah kita mestilah kita nak sediakan air dan juga sedikit kuih-muih untuk di makan sebelum berarak kan!!!!!

Tapi apa yang makcik aku cerita, bila makcik aku mempersilakan masuk dan minta menunggu sebentar untuk menyiapkan minuman, ada mulut yang tidak beli insuran aku ingat, dan lebih kepada tak ada adab sopan..ni orang tu cakap...

"Tak payahlah susah-susah...kami dah bawa bekal takut kebulur pulak.."

Kurang ajar tak jawapan macam tu...bukan ke lagi sedap kalau kita menolak dengan baik....

"Tak pe lah makcik/kak, kami sekejap je ni. Lagi pun kami dah makan bekal yang kami bawa dalam bas tadi".

Bezakan ayat di atas dengan di bawah...aku geram betul la, dah lah kami ke sana hari tu tak dilayan, boleh sahaja kami dibiarkan duduk di masjid tanpa segelas air diberikan, berarak dalam keadaan panas & jauh tapi tidak dipersilakan oleh tuan rumah untuk masuk...tidak disediakan khemas dan meja khas tidak mengapa, tapi kami juga tidak dijemput untuk makan...sudahnya, kami makan sendiri, ambik sendiri, layan diri..ini agaknya mereka katakan kami "kebulur"....

Pulang kami juga tidak dihantar dengan ucapan terima kasih...Kalau ucapan terima kasih tak ada, usahkan kami menerima apa-apa pemberian dari keluarga pihak perempuan hatta sebiji telur pun....korang pernah pergi kenduri macam ni tak? Aku tak pernah, ini kali pertama...bukan aku sahaja yang terasa, tapi kami semua yang mengikuti rombongan pihak lelaki ini...

Banyak mulut yang ingin membalas semula apa yang mereka buat apabila mereka bertandang, tapi apa yang aku lihat, abang & kakak sepupu aku begitu melayan tetamunya dengan baik sekali. Tiada meja khas namun semua keluarga perempuan di sediakan tempat makan secara hidang di dalam rumah dengan lauk special lagi berbanding tetamu yang makan di khemah...datang bersambut dengan salaman....tak terasa kah mereka? Masih ingin bermulut jahat lagi kah? Tiada kata maaf kah dari mereka?

Sumpah aku tidak akan ke majlis perkahwinan seumpama ini lagi. Ini yang terakhir....

Jika Sabtu majlis perkahwinan di rumah sepupu aku, Ahd pula majlis perkahwinan anak jiran aku...sebelum ke mjalis perkahwinan tersebut, kami ke Bentong pula menghantar abang untuk menaiki bas ke KL. Dia sudah berjanji dengan bakal isterinya untuk try baju..aku tak faham sungguh..minggu lepas balik dah try baju, minggu ni try baju lagi...ni lagi seorg bermasalah, blm kahwin lagi dah mcm2...

Majlis perkahwinan yang kami hadiri ni merupakan perkahwinan sepupu, so  rasa macam kelakar gak kan. Cuba korang bayangkan yang pasangan korang tu sepupu yang korang main nyorok-nyorok waktu kecik dulu...tak pun sepupu korang yang korang sama-sama berkubang dalam tali air tak pun mandi sungai sama-sama...tak pun yang sama-sama tarik upih..tak pun yang sama-sama berebut mainan dengan korang dulu....kalau aku, mesti aku ketawa tak sudah..tapi kalau aku jugak, aku tak nak...nanti kalau gaduh, mak dia kan makcik kita..malu lah..kalau kita tak jadi menantu yang perfect, malulah kat mak mertua yang juga makcik aku...oh tidakkkkkk...

Itu aku kata kalau aku...mungkin kawan aku ni lain..aku dengar pun mereka tak pernah jumpa..ni baru je jumpa...ok la kot...tak sangka sepupu sebelum jatuh cinta, betul tak....dah jatuh cinta, terus on je lah...lagi pun sepupu, kan boleh kahwin....

Seronok gak tengok diorang ni...mereka disambut oleh dayang-dayang (budak-budak pakai baju putih sekolah tu ngan kain batik, pastu letak kain batik atas kepala...baling gula-gula menyambut pasangan pengantin...ada jugak 3 orang flower girl yang pakai baju pink...best kan!!!!!!)

Untuk pasangan Raja sehari semalam, selamat pengantin baru buat Ila & pasangannya. Semoga jodoh korang sampai ke akhirat.

Pulang ke KL selepas Maghrib dengan perasaan yang bimbang..bimbang untuk menghantar Aisy ke rumah jiran kerana nursery akan tutup dua hari atas sebab-sebab peribadi. Bukan bimbang apa...dia kan dah tak nak ngan orang lain...

Pagi tadi meninggalkan Aisy dengan raungannya yang dalam dukungan K.Yah...Kasihan sungguh anak mama..Tokma adik nak ikut, tapi abah macam nak tak nak je hantar tokma adik balik hari Selasa nanti..so mama tak ada pilihan., kenalah hantar adik duduk rumah K.Yah. Tapi adik jangan nangis, K.yah adalah orang yang terbaik boleh menjaga adik....

Tak sabar ingin pulang dari pejabat petang ni untuk mengetahui perkembangan Aisy. No. hp K.Yah husband aku dah delete kan dari phonebook..so tak tau adik ok ke tak!!!!!!
   

2 comments:

  1. Wey, tak tau pun ko ada blog gak :) Hehe. Ko pun sama gak masalah ngan aku ye, klu si Khayla tu dah terjaga, tak yah la aku berangan2 nak tido...

    ReplyDelete
  2. Hehehe..aku pn tak tau ko ada blog. Sblm ni baca yang a.Jun je. Pastu tgk ada link nama ko, rupanya ko ada blog..tu yang follow

    Bila dah ada anak, macam ni la..aku dah nak masuk setahun tak ada kepuasan peribadi..huhuhu

    ReplyDelete