Tuesday, March 15, 2011

Aisy Demam lagi

Dua hari nursery tutup menyebabkan kami terpaksa mencari jiran untuk ditumpangkan sementara kami keluar bekerja...

Kalau entry semalam aku dah ceitakan Aisy kami tinggalkan dengan raungan, bila pulang sahaja aku dapati Aisy sedang berbaring di atas badan abahnya. Ada penampal Cool Fever di dahinya. Badannya juga sedikit panas tapi tidak sampai ke suhu 38C. So kira ok lagilah...



Apabila bertanya kepada husband aku tentang Aisy dia hanya mendiamkan diri. Confirm dia tak tanya apa-apa kat K.Yah. Cuma dia beritahu aku K.Yah suapkan bubur nasi dan Aisy berselera makan.

Pagi tadi aku yang menghantar Aisy ke rumah K.Yah. Masih lagi dengan memakai penampal Cool Fever di dahinya, K.Yah bimbang untuk menjaga budak yang demam. Aku memberitahunya agar memberitahu aku dengan segera jika demam Aisy makin kuat.

Malam tadi Aisy merengek kesakitan gusi sepanjang malam. Matanya terpejam namun mulutnya sahaja yang berbunyi. Pelbagai cara bagi mengurang kesakitan sendiri yang dicuba Aisy, berguling-guling dan menggigit jari juga tidak mengurangkan kesakitan tersebut.

Kasihan sungguh budak kecik ini. Akhirnya dia tertidur juga dengan meletakkan nya di atas katil dan dia puas berguling ke kiri dan ke kanan. Bertemu dengan bantal peluknya dan terus tertidur. Kasihan sungguh budak kecik ni...Sentiasa sakit gusi tapi gigi tak tumbuh-tumbuh jugak...

Sekali lagi meninggalkan Aisy dengan rasa yang berat hati. Semoga Allah melindungi anak ini dengan baik kerana dia sudah pun dijaga oleh orang yang sanagt baik...Cuma aku harap, kalau nursery tutup lagi, aku harap dapat bawa mak datang ke KL...Aisy sudah tidak boleh ditinggalkan dengan orang yang tidak dikenalinya....

No comments:

Post a Comment