Tuesday, March 8, 2011

Plan Untuk 19.03.2011

Semalam husband aku bercakap tentang birthday Aisy..baru je aku berkira-kira nak sambut ke tak birthday Aisy...

Husband aku suggest, untuk nursery, tak payah lah beli kek. Just beli barang-barang makanan dan isi dalam paper bag je..aku dengan excited dah beli barang-barang tu semua...hehehe. Tinggal nak beli air kotak je lagi..tapi macam sikit je dalam bag tu coz aku baru beli apollo wafer dengan puding je...takkan nak bagi tu je kan...tak pe lah, nanti survey coklat lak..tak pun just kirim ngan C.De dia yang akan ke Langkawi, Jumaat ni..kat sana ada macam-macam coklat...

Husband aku suggest lagi, celebrate birthday Aisy kat kampung je...nanti ajak budak-budak kat kampung aku datang...Mak aku lak suggest, memang buat kat kampung lah...tapi panggil wanita-wanita untuk baca Yassin sekali. C.De dia suggest lak, buat celebration berganda coz ada tiga orang yang punya bintang sama (husband aku, C.De & Aisy la) tapi celebrate di McDonald...

Husband aku nyer suggestion lagi, 19.03.2011 nak naik Cameron Highland coz dari rumah aku nanti cuma mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Tanah Rata melalui highway yang baru sahaja siap melalui Felda Sungai Koyan...dia kata nak bawa Aisy gi jalan-jalan & sambut kat tempat yang special sikit....(dulu dia cakap nak bawak Aisy gi Kuala Gandah, tengok gajah...ni nak gi cameron lak...)

Banyaknya cadangan untuk birthday Aisy yang first ni...aku nak ke cameron tu..tapi kalau dah pergi sana, nak celebrate macamana lak...kami je lah yang celebrate...tapi memang nak buat lah birthday Aisy yang first ni...walaupun dia tak tahu apa-apa...janji nak dia happy....

Masih banyak masa untuk plan..tak perlu tergesa-gesa...yang penting semua berjalan dengan lancar...

2 comments:

  1. bestnya celebrate besday..kecik2 dh grand party besday ni ye..hehehe..

    yup, kt rest. wau bulan tu, pg2 ada pulut tu gak..

    ReplyDelete
  2. ank seorg,tak bt org ckp kita tak hargai anak...hehehe..ada ke org ckp????

    thnx for the info,dh try cr ngan hsbnd res tu, tp tak jumpa..tu yg bt google search lak

    ReplyDelete