Bila sampai je nursery, dengar je suara aku bagi salam pun dia dah tau itu aku. Dia dah nagis-nagis nak bangun..nak balik la tu...Sekarang ni kalau naik kereta ngan aku dia dah tak nak dok kat carseat dia...dia lebih suka duduk ngan aku dan memegang stereng. Agak sukar untuk aku memandu ketika membelok kerana dia hanya ingin stereng tersebut dipandu dengan lurus sahaja. Budak bijak betul, kalau jalan lurus mestilah tak balik rumah..kalau belok ke kiri itu baru balik rumah...
Sebelum ni kalau kami lalu kat taman permainan tu dia hanya melihat dari cermin tingkap kereta sahaja. Tapi petang semalam dia sudah pandai meminta untuk singgah di taman. Walau pun dalam bahasa yang kurang difahami, tapi apabila ditanya adik nak gi main kat situ ye? Dia hanya menjawab em...maknanya betul la dia minta untuk bermain di situ.
Kebetulan hari masih lagi awal dan tidak seperti biasa hanya jam 7 aku sampai di rumah, cuma perlu parking kereta yang kebetulan petak parking kereta masih lagi kosong. Di sana ada empat buaian, dua untuk kanak-kanak bawah satu atau dua tahun, dan lagi dua untuk kanak-kanak dua tahun ke atas. Buaian untuk kanak-kanak seusia Aisy sememangnya selalu kosong kerana tidak ramai kanak-kanak yang bawah dua tahun bermain di sana. Kebanyakannya kanak-kanak yang sudah pandai membawa diri sendiri dan berdikari tanpa pengawasan ibu bapa yang bermain di sana.
Budak kecik yang seronok naik buai
Aisy yang dah besar
Cuba mengambil hp dari tangan aku
Selama hampir setengah jam Aisy berbuai di taman tersebut...sampai satu tahap mata dia dah layu nak tertidur. Aisy suka sangat bila dihayunkan...siap keluarkan bunyi lagi setiap kali dihayun. Kalau senyum tak payah cakap lah..lebar je senyum dia...
Sebab Aisy macam dah tersengguk-sengguk nak tertidur, aku pun angkat dia dari buaian. Nasib baik dia tidak meronta, itu maknanya dia dah puas main la tu. Petang ni boleh main lagi kalau aku atau husband yang balik awal.
No comments:
Post a Comment