Tuesday, March 29, 2011

Cerita Hujung Minggu Yang Tersangatlah Best....

Berhujung minggu kali ni di kampung yang tercinta lagi. Bertolak agak lewat dari KL pada hari Jumaat disebabkan husband terpaksa menyiapkan segala tugas kalau nak bercuti Sabtu..kalau tak, kenalah kerja..Aku pun tak budget nak balik kampung pun..siap masak-masak lagi lepas solat Maghrib tu...

Disebabkan husband aku bertanya nak bertolak pukul berapa, barulah aku terhegeh-hegeh nak mandi, nak siapkan beg susu Aisy, nak pack baju-baju Aisy yang kat kampung tapi aku basuh kat sini...tak sempat nak basuh kat rumah hujung minggu tu (sebenarnya malas...sebab sekarang ni aku cuma basuh baju Aisy dua kali je seminggu...dah basuh pun tak lipat-lipat..just keromokkan dalam beg setelah ambik dari tempat penyangkut baju....hahaha)

Bagus gak kami balik coz minggu ni tak ada sape yang balik jenguk ibu tercinta...Adik sibuk ngan final sem dia..presentation la..kelas ganti la..coz tak lama lagi dah nak final exam..lepas ni..yahoooooooooooo, merdeka lah dia....C. Husna lak sibuk ngan dia nyer kursus la..dia kan kerja ngan gaberment gitu.....kalau tak attend kursus lambat la nak naik pangkat...lagi pun dia je yang tak de komitmen keluarga kat office tu..tu la pasal nama dia je yang naik untuk gi kursus..tapi kalau aku pun nak jugak pergi...kat Concorde KLIA tu...the best food kan kat sana..coz ada the best chef...

Bergerak dari Kuala Lumpur tepat pukul 10.00 malam coz aku tengah syok layan cerita Ustaz Amirul sambil nak kuar tu, husband aku dah switch off lak tv tu...tak tahu apa jadi kat mereka bertiga tu coz aku tengok gazet yang ada seseorang macam kena langgar ke kena tarik kan...nanti kena layan kat intrnet je la...

Sepanjang perjalanan Aisy lak yang paling seronok...semua kenderaan pun nak tunjuk..tapi dia cuma boleh sebut..."Ar"= Car...Bunyi C tu tak boleh sebut lagi...tapi dah tau kalau kita tanya mana lorry & motor, dia mesti tunjuk dengan betul..makin bijak budak kecik ni...bila lama-lama dalam kereta, dia pun sudah bosan dan mengamuk je sepanjang perjalanan dari Gombak ke Genting Sempah..puas mengamuk, tanggalkan baju nak tukar baju lain coz dah basah kena air kotak MILO tu, dah tertidur. Tak sempat nak tukar baju lain, tak sempat nak bancuh susu...tapi sampai je rumah tokma dia terus je bangun...

Aku lak ngan husband aku dalam gelap gelita dan berlampukan lampu suluh mak yang cahayanya malu-malu nak keluar tu, pergi ke belakang rumah untuk mencari durian..husband aku lah gila sangat nak makan durian sampai tak sempat nak tunggu esok pagi...tapi makan durian baru luruh kan sedap..fresh gitu...



Dapt gak kami 4 biji..mak pun cakap, kalau tunggu pagi esok dah tak merasa la coz mesti binatang yang diharamkan untuk kita makan tu dah makan dulu lagi...Sempat menghabiskan sebiji durian sebelum pejam mata...hahaha..tidur dengan lena ok sebab dah dapat makan durian....

Pagi esok tu pagi-pagi lagi husband aku dah pergi kutip durian lagi...dapat gak 3 biji...durian semalam tu dia suruh mak aku jual je, dia nak makan yang baru je...memilih kalau ada..kalau tak ada, yang dua hari pun makan jugak lagi...

Hari ni agenda cuma nak gi service kereta Myvi tu..dah lebih had kilometer dah...tapi baru je dua bulan aku service..malampau-lampau kereta tu berjalan..aku rasa kalau dia ada mulut, mesti dia cakap dia nak rehat...tapi kalau dia nak rehat, aku nak gi kerja naik apa? Komuter? Oh tidak..tak sanggup aku menunggu..pergi ok, mesti sampai awal kat office tapi balik tu yang aku tak tahan nak tunggu kat Bank Negara...selalu je terlepas sebab tak boleh naik..dah penuh sangat-sangat, nak sumbat kita seorang pun tak boleh....nanti lambat-lambat sampai Aisy sape nak ambik???? Tu yang kereta tu terpaksa berjalan hampir 80km satu hari..sian dia kan...sian gak duit aku yang terpaksa kuar dua bulan sekali..huhuhuhu.....xpe lah, nak buat macamana...terpaksa...

Kali ni mak nak ikut lak coz nanti balik dari service kereta nak singgah kat satu kedai pengantin kat Pintu Padang..nak survey untuk pelamin dan baju pengantin untuk majlis perkahwinan abang aku bulan Mei ni...

Punyalah lama kami kat pusat service tu..dua jam setengah..semua orang dah balik pun kami tak balik-balik lagi. Aisy yang mengantuk, mengamuk tak hengat tempat dah..sudahnya aku berjalan satu km pusing-pusing kedai kat kawasan service kereta tu..punyalah nak pujuk dia, tapi punyalah bangang tak bawa duit...budak tu nak kipas yang pusing-pusing...mana aku nak beli, takkan aku nak hutang lak..sudahnya aku slow-slow blah dari tempt tu...sengal punya mak la aku ni, bawa anak jalan-jalan tapi tak bawa dompet. Amalkan selalu...

Balik kat pusat service pun tak siap-siap lagi...nak tahu tak apa aku nyer Myvi problem? Brake Disc..betul ke aku eja ni??? Dah nipis habis...sebab tu lah bila husband aku drive bila dia tekan brake je mesti bunyi macam apa ntah..dia lak asyik cakap absorber..(betul ke ejaan aku ni?Mintak maaf lah ye kalau tersalah eja, aku kurang arif bab mengeja alat-alat ganti kereta ni..tapi aku tau lah sikit-sikit, cuma kalau suruh buat aku tak pandai..mulut je pandai cakap...hahahha....)

Kenapa ye kalau laki aku ni drive je mesti bunyi kalau aku drive tak bunyi? Adakah wujudnya perbezaan kaki yang menekan brake? Atau disebabkan cara pemanduan yang laju dan membrake dengan tiba-tiba itu menyumbang kepada terhasilnya buni disc tersebut? Kesimpulannya, lu pikir la sendiri...

Tum Tam..tum tam..tum tam.. dah siap pun kereta Myvi tersayang...nak tahu berapa kena semua sekali ngan brake pad, service biasa, service aircond, tukar brake disc...RM612.30...best tak korang...aku nyer installment baru RM570.00..service melebihi segalanya...itu pun dia kata aku nyer viper rosak kena ganti, aku tau patah, husband aku dah ikat..malas nak ganti coz baru je aku ganti, tapi patah lak..biar je lah...bulan ni kena makan ikan bilis goreng je ye....dari biasa RM180.00 aku dah kehabisan RM400.00 lebih...huhuhuhu

Sebab dah lama sangat, just cari kedai makan then terus balik..ngan Aisy yang mengamuk coz tak leh nak bebas merangkak..mata lak ngantuk tapi tak leh tidur...sampai kat kedai makan pun habis air bandung abah dia buat main..sedut guna straw pastu buang..bijak tak budak kecik ni? Niat nak gi tengok baju pengantin pun dah terbantut, terus je balik rumah. Budak kecik tu sampai tertidur dalam kereta bila lap-lap badan dia ngan tisu basah...sian dia kan!!!lain kali kalau lama-lama macam ni aku rasa macam nak stay kat masjid je...boleh rehat-rehat....Aisy pun leh dia nak merangkak-rangkak ke..nak belajar berjalan-jalan ke..nak guling-guling ke...

Sampai je rumah dah nak kat pukul 3.00..ingat nak joint team mak gi baca Yassin kat rumah depan tu, tapi Aisy tidur dan mata aku pun macam nak membuta..tu yang layan mata je ngan Aisy..sampai baju-baju Aisy pun aku cuci pakai mesin basuh je...hahahah..pemalasnya aku...

Aktiviti petang tu cuma meronda je dengan Aisy. Banyak kali pusing naik motor..dia seronok la..dah pandai naik motor..ada masa berdiri pegang side mirror, ada masa duduk pegang handle motor..bagus tak budak ni..kunci motor ngan kereta pun dah tau beza..dia dah pandai pilih nak naik moto ke kereta...

Ahad lak kitorang buat aktiviti berkebun..bukan apa..dah ada anak cili fertigasi mak hidup dalam pasu tu, terus je la alihkan..husband aku lah yang tiba-tiba tersangat rajin nak bercucuk tanam...dia lah yang kemaskan semua kayu-kayu lebihan buat rumah dan buat batas dan gali lubang...tanam cili sambung buat petang coz Aisy tak tidur...lagi pun aku skrg macam tak larat je nak cangkul-cangkul tanah nak tanam-tanam ni..teruk betul penyakit malas ni...



Breakfast pagi yang kecoh


Petang sebab tak hujan dan Aisy lak dah layan mata, aku menyambung menyemai anak lada dengan ibu dan juga suami tercinta. Siap semai lada, pi cari benih nak tanam sayur petola lak tapi tak ada. Habis lak benih tu..tertangguh hingga ke minggu depan lah nampaknya projek kebun sayur ni....

Punyalah siap-siap nak balik tapi aku tengok husband aku rilek je layan tv dan Aisy...rupanya dia nak balik awal pagi...buat penat aku je tergopoh-gapah siapkan barang-barang Aisy...pelik gak aku, tak ada game ke husband aku ni...selalu dia punya nak balik ke KL tu cepat je, ni nak lepak lak kat kampung...kalau macam ni selalu kan best....

Lepas Magrib sampai pukul 11.00 malam tu Aisy bermain cam biasa..makan pun macam biasa..tapi bila dah masuk kul 12.00, dia nak tidur...dia merengek-rengek..puas pujuk tapi menangis jugak...tak tahu apa dia nak dan kenapa...bila dipujuk dengan pelekat di peti ais yang lambang satu Malaysia tu, dia diam. Dia bagi kat aku pelekat tu dan aku tau tugas aku adalah menyanyikan lagu satu Malaysia tu. Dah habis suara aku nyanyikan bahagian chorus lagu tu...bukan main lagi suka, siap duduk sambil enjut-enjut punggung lagi budak kecik tu...kalau tak nak nyanyi je, nangis....

Lastly dia ngantuk dengar aku nyanyi, dia nak tidur..mata dah pejam tapi nangis lagi...rupanya dia panas dalam....bila dah basahkan kain tuala dan letakkan di kepala dia, barulah dia tidur dengan lena..demam dah rupanya budak kecik ni...

Kitorang sampai KL kul 6.30 am pagi Isnin tu...berat betul hati nak gi kerja...Badan Aisy lak panas semacam je..risau nak hantar ke nursery...bila dah macam ni, mula lah menyesal tak ajak mak datang sekali...mak dah macam bagi hint nak ikut tapi malas lak nak menyusahkan mak aku...ingat ok, tapi tak ok lak...hantar gak la ke nursery walau pun terpaksa tinggalkan dia yang dalam rengekan dan tangisan...

Pukul 2.00 terbaca sms dari budak nursery cakap Aisy dah demam tahap 39`C..kelam kabut aku nak balik, siap-siap kemas barang, solat, jalan jam dan sampai nursery kul 4.00 pm...bawa Aisy ke klinik area kawasan Bandar Sri damansara tu je tapi korang nak tau...semua klinik tutup untuk rehat...klink akan dibuka semula sama ada pukul 5.00 pm atau 6.00 pm...

Husband aku lak suruh gi hospital Selayang atau Sg. Buloh. Gila apa? Ingat Bandar Raub ke nak gi hospital bahagian kecemasan..setakat demam nak gi hospital, aku rasa better tunggu je kat klinik swasta tu..dalam sejam pun dah ada klinik yang buka. Kalau kat hospital Selayang atau Sg.Buloh, dua jam pun tak tentu dapat masuk jumpa doc....

Adik aku pernah tercekik tulang ikan gi hospital Sg. Buloh coz kat klinik biasa tak ada alat nak tarik keluar tulang ikan tu...sampai kat sana dalam kul 10.00 malam tapi cuma selesai semuanya dalam kul 2.00 am...apa kes ni? itu pun siap dia suruh datang esok pagi lak tu....nasib baik doc nak datang, kalau tak, tunggu je la pagi esok...

Akhirnya aku balik tanpa bawa Aisy berjumpa dengan doc. Bila sampai rumah aku check suhu dia...ok, baru 37.5`C...tak la panas sangat...Aisy pun aktif macam biasa, buka kedai, punggah segala mainan, makan segala makanan, nasi bertambah ye, kira sihat la tu..lagi pun bagi ubat yang dah dbekalkan oleh Klinik Kesihatan hari tu.....




Muka budak yang demam

Sehingga pagi tadi, Aisy tak de la betul-betul sembuh lagi...masih sedikit panas, tapi sehingga waktu ni nursery tak de telefon, kira ok la tu...cuma terlebih manja, tak nak kita bergerak langsung dari dia. Nak menempel je budak kecik tu...harap-harap demam dia akan cepat kebah, kasihan sungguh budak tu...

No comments:

Post a Comment