Sebelum ni aku ada buat entry Aisy demam lagi, tapi bila aku balik kali petang tu...dia dah tak demam..sangat seronok tinggal di rumah K.Yah. Sampaikan bila pulang ke rumah dan disusuli K.Yah datang ke rumah kerana ingin memulangkan bayaran yang aku berikan, Aisy mengikut K.Yah pulang semula ke rumahnya...
Budak yang tak demam dah...
Sibuk shopping barang birthday party
Ini adalah insan yang betul-betul ikhlas membantu...K.Yah tidak mahu menerima sebegitu banyak pemberian, cukuplah sekadar boleh membeli sekampit beras 5kg...hahahaha..tak tergamak aku nak bagi orang harga tu..dah lah jaga anak kita ngan baik...dua hari lak tu...Kalau K.Yah tak terima, aku boleh bagi pada anaknya untuk buat berbelanja di sekolah.
Dua hari hantar Aisy kat K.Yah, dia tak nampak kelaparan selepas waktu Maghrib...rupanya K.Yah buatkan bubur nasi yang di blend ngan carrot..Aisy makan dengan berselera...patutlah hari 1st tu aku masak Aisy makan sikit je..rupanya dia dah makan kat rumah K.Yah dengan banyaknya...
Tapi bukan macam semalam dan kelmarin..Lepas je masuk waktu Maghrib, Aisy dah kelaparan..mahukan nasi untuk dimakan..husband aku pelik kenapa Aisy boleh kelaparan macam tu...tak makan kah anak kami?????
Ntah lah..aku pun tak tau...mungkin sebab Aisy hanya diberikan nestum untuk santapan hariannya di sana. Sebab tu dia kelaparan...aku malas lah nak tanya apa-apa..asalkan anak aku sihat sudah lah..nanti dia pandai cakap, dia mesti beritahu dia makan ke tak...
Pagi tadi hantar Aisy ke nursery bersama dengan goodies goodies nya...tak ada kek coz budget lari....(terlalu banyak barang yang di order kepada C.De yang telah pergi bercuti ke Langkawi minggu lepas...hahaha)...lagi pun, esok nak potong kek lagi kat kampung....kena ajar budak kecik tu berjimat cermat...
My First Gym tu dah jadi Soopa Doopa untuk Aisy lak..
Abah dia rajin tolak, Aisy lak suka guling-guling
Tak sabar nak tunggu detik 12.00am ni..:-))))))..........walaupun Aisy lahir 09.00 am...:-(((((((
No comments:
Post a Comment