Tuesday, March 29, 2011

Sambutan 1st Birthday Aisy

Dah seminggu celebrate, baru hari ni ada kesempatan nak cerita sempena birthday Aisy yang pertama....

19.03.2011...
Genap dah usia Aisy setahun..so yang hanya jadi dari apa sahaja yang dirancang hanya satu perkara. Celebrate birthday Aisy...itu pun secara tak dirancang...nak buat tak nak buat, akhirnya buat jugak...

Pukul 11.00 am kami kuar gi bandar Raub untuk beli kek dan juga sedikit makanan yang boleh digoreng-goreng dan disukai oleh kanak-kanak...

Kedai kek Melayu tak banyak, just ada dua buah kedai je..kedai yang 1st tu ada sebiji kek yang half kg je, tapi memang cantik la..ada gambar sponge bob..kek coklat, memang dah ok...tapi nak cari yang 1kg..kalau half kg mana cukup nanti...yang 1 kg lak, semua kek pandan & orange je..kek coklat dah habis..

Pergi kedai yang kedua lak...ada satu je kek yang sesuai untuk kanak-kanak..tapi kek tu pebuh dengan satu team futsal dan siap ngan gol dia sekali lak tu. Rasa cam semak lak..lagi pun anak aku kan gegirl gitu..bukan boboy...walau pun Aisy suka kan footbal, tapi tak leh la nampak macam boboy di bestday dia....kena nampak gegirl gitu...

Pilih punya pilih, aku just beli kek bentuk bulat yang berbunga-bunga...tak kisah lah..saje je nak celebrate...bukan Aisy tau apa-apa pun..tahun depan baru kena plan yang grand punya coz dia dah pandai cakap...pandai nak potong2 kek, nak tiup2 lilin....nak nyanyi2....



Balik rumah dah pukul 3.00 petang...budak-budak kat kampung aku pun tak jemput lagi...aku tanya mak aku nak buat tak..kalau tak pun, just makan kitorang je...bila mak cakap ajak budak-budak, adik aku lah yang angkat telefon menjemput budak-budak kat kampung aku...ada setengah tu adik aku jemput kat rumah mereka coz tak de nombor telefon...tapi bila dah jemput anak, mak mesti tanya..

"Budak-budak je ke?Mak ayah tak nak jemput ke?"
Adik aku hanya tersenyum je la....

Dalam masa yang sama, aku sibuk dok kat dapur menggoreng keropok ikan, nugget, fries & scallop ayam tu..goreng bee hon jugak sebagai makanan tambahan..kot-kot kalau ada ibu bapa yang terikut datang....

C.Husna lak sibuk sediakan meja, gelas-gelas dan pingan-pinggan..semua jajan-jajan yang aku beli pun dia dah isi dalam tupperware...budak-budak memang suka makanan yang kurang khasiat ni...tak perlu susah-susah sediakan makanan basah ye untuk party kanak-kanak..hahaha...

Dalam pukul 5.00 macam tu, budak-budak kat kampung aku dah penuh..ala bukan ramai pun..dalam 15 orang je..ni pun cucu-cucu  yang dah besar dan mak ayah diorang dok kat kampung...mana lah ada budak sangat kat kampung aku ni...



Aisy memang tak berapa ada mood..dia mengantuk sangat-sangat sebenarnya...waktu kami keluar beli barang tu, dah nak turun kereta baru tertidur, husband aku lak just dukung je dia bawa masuk beli barang. Dia tak nak dok dalam kereta coz nak pilih barang gak. Sudahnya budak kecik tu mana nak tidur...

Balik je rumah tu dia sibuk ngan belon-belon yang abah dia tiup...sudahnya dia mengamuk dan dipujuk dengan mandikan dia...barulah dia ok sikit...tapi bila angkat dari tab mandi (besen je..hahaha..), dia punya mengamuk nak pakai baju tu bukan main lagi...tapi dia dah ok sikit bila ramai budak-budak keliling dia...



Majlis ni dimulakan dengan nyanyian happy birthday...patutnya dengan doa selamat kan..tapi tak ada sape yang tau baca so terus nyanyi-nyanyi dan potong kek je la...lepas tu aktiviti makan-makan lah lepas baca doa makan....





Makanan yang terlaris dan tidak cukup adalah:-
1) Twisties BBQ & Chicken
2) Cheezels
3) Double Dacker yang keropok udang tu
4) Scallop ayam
5) Nugget
6) Fries
7) Pelbagai jenis candy

Makanann yang kurang laris dan tak habis pun :-
1) Kek
2) Beehon goreng
3) Keropok ikan

Makanan yang kurang laris ini kebanyakannya hanya dimakan oleh ibu bapa yang datang bersama dengan anak mereka...Kesimpulannya, kalau jemput budak-budak pasni kena goreng-goreng yang segera dan mencari jajan-jajan je...

Lepas makan-makan juga, belon adalah yang terlaris..berebut-rebut nak belon budak-budak ni...Aisy walaupun ngantuk, tapi bila tengok ramai orang yang nak main-main ngan dia, dia nyer nak berjalan tu bukan main lagi. Akulah yang penat memimpin dia kemana sahaja sambil bermain. Sampai sakit lah pinggang aku terbongkok pegang dia....

Party yang tak seberapa ni habis dalam kul 6.30 pm..tapi lepas-lepas tu pun ramai yang ibu bapa datang bertandang saje-saje..so boleh lah menjamu selera dengan apa yang ada...

Tapi Aisy dah tertidur kepenatan..belum budak-budak balik lagi dia dah menguap..penat sangat bermain just bagi minum susu terus tertidur...kesian budak kecik tu...semoga adik happy ye dengan majlis yang tak seberapa ni...

No comments:

Post a Comment