Aisy,
Tak sangka anak mama ni dah besar...sekejap je masa berlalu kan... Rasa baru je macam semalam mama berkampung di HUKM dan dipaksa untuk keluarkan Aisy dengan 4x induce..dengan hanya 6cm, kepala Aisy dah keluar sebab tak sabar-sabar nak tengok mama & abah kan...dengan rasminya Aisy lahir secara normal dengan selamat...Pukul 9.00am, 19.03.2010...
19.03.2010 (1 hari) - Adik di HUKM
Abah menyaksikan segalanya dari start mama disorongkan ke labour room hinggalah disorongkan semula ke wad..mungkin abah pun dah pening tengok darah mama yang terlalu banyak...tengok kepala adik yang kejap melonjak keluar dan sekejap tak nak keluar...abah juga yang menyaksikan kesakitan mama yang teramat sangat sampai abah sendiri menangis sambil pegang tangan mama dan minta doc lakukan operation sahaja...abah jugalah yang sambut adik lahir...abah kata, kepala adik kemek...hahaha..ini abah yang cakap...Nurse pun ada juga cakap kat mama tapi alhamdulillah bila sampai je kat tangan mama kepala adik dah tak kemek..hahaha
19.03.2010 - Masih lagi tidur
Permata Hati Mama,
Sebulan berlalu dengan cepat sekali...mama suka coz masa berpantang mama juga akan habis. Dah jemu makan ikan rebus dgn sayur sawi..huhuhu...sebulan adik dengan mama, adik tak nak sangat dengan mama. Adik nak ngan tokma je..dengan abah je..adakala mama menangis sedih..mungkin sebab mama tak pernah mandikan adik, so adik kecik hati ngan mama...
21.03.2010 (3 hari) - Aisy dah balik rumah tokma
21.03.2010 (3 hari) - 1st time tokma mandikan adik
Tapi kalau nak tidur mesti nak ngan mama...waktu bulan pertama, adik suka tidur siang, malam lak berjaga...ngantuk-ngantuk pun berjaga jugak lah temankan adik yang terkuak-kuak atas tilam..sejak lahir adik tak suka dibedung, adik akan tanggalkan bedung tu sendiri...kalau pakaikan topi lak, adik terkuak-kuak nak tanggalkan topi...
07.04.2010 (21 hari) - Lena
09.04.2010 (23 hari ) - Lena lagi....
Adik Aisy,
Dua bulan usia adik kita dah kena balik ke KL..mama dah kena start kerja..nasib baik tokma adik nak ikut kita balik..dia yang jaga adik untuk sebulan ni...tapi sebelum kita balik tu, tiap-tiap malam mama nangis sedih bila teringatkan adik yang kena tinggal coz mama kena kerja...huhuhu
18.05.2010 - hari pertama mama kerja, bos mama bagi ni untuk adik
Balik KL juga adik kena gi HUKM semula coz waktu adik lahir adik fail hearing screaning...tapi mama tau, kalau adik tak dengar tak kan adik boleh senyum bila panggil adik kan...bila sebut nama adik, adik pandang dan senyum..adik dah tau nama adik Aisy kan...alhamdulillah, ujian kali kedua adik lulus dengan cemerlang setelah hampir sejam lebih dalam bilik tu...adik tak nak bagi kerjasama ngan MA tu..cuma bila adik dah kena upah ngan susu cap gantung baru adik dok diam..tangan tak lagi cuba menarik alat yang dipasangkan...
24.05.2010 (68 hari ) - kita ke HUKM untuk hearing screening..
Pic ni mama ambil bila adik balik je tidur tak bangun-bangun
Waktu adik dua bulan lebih ni, kita ada pergi banyak tempat..kita ke putrajaya..kita ada pergi ke Klang...kita ada pergi ke Kota Damansara..kita ada pergi ke Melaka..kita ada pergi ke Bandar Sri Iskandar...banyak kan tempat adik pergi...kecik-kecik lagi dah jalan jauh. Tapi tak boleh lupa yang adik meraung dalam kereta kat Melaka. Mama tak tau apa yang adik nak, kami semua pun tak tau. Memang mama terlupa bawa botol susu Aisy, tapi mama tak tahu adik nangis sebab nak susu ke, takut gelap ke atau sebab waktu senja tapi kita kat luar...tapi bila kita sampai je kat bawah hotel, adik diam..dan tersenyum...apa kes ni dik????
28.05.2010 (72 hari) - Adik di Putrajaya
05.06.2010 (80 hari) - Adik di Klang
06.06.2010 (81 hari) - Adik di Melaka
Aisy Anak Kesayangan Mama,
Masuk je tiga bulan, adik dijaga oleh 'makcik' yang suka bahasakan diri dia ibu..cakap lebih, tapi apa pun tarak..dia jaga adik tak la sebaik mana..sejak makcik tu jaga, adik kena demam..adik kena batuk..adik kena selesema...bila adik demam, mama yang berjaga temankan adik merengek semalaman...sudahnya lepas tu, adik nak mama je..dah tak nak abah macam sebelum ni....
21.06.2010 (96 hari) - ke klinik untuk pemeriksaan bulanan
11.07.2010 - kali pertama adik sambut birthday tokma
11.07.2010 - Adik pertama kali demam
Tunggu abah balik nak pergi klinik
Balik dari hospital & dok rumah tokma
Sebab 'macam-macam' peel makcik tu dan kadang-kadang adik demam, mama selalu tinggalkan adik kat kampung, Ada masa mama berulang dari kampung, ada masa C.Su & Uncle yang teman tokma adik jaga adik..kecik-kecik lagi kita dah sentiasa berjauhan kan...Percayalah adik, mama bukan sengaja nak bagi orang lain jaga, mama tak ada pilihan. Mama rasa Tokma adik je boleh jaga adik dengan baik, paling baik dan paling selamat...
Aisy,
Bila Ramadhan menjelma, buat pertama kali bulan yang mulia mama rasa sangat gembira..sangat-sangat gembira kerana adik ada. Setahun yang lepas mama masih lagi membawa adik dalam kandungan mama. Tak ponteng puasa sebab adik baik je, so mama tak ada alahan langsung, kecuali abah. Dia kena demam yang teruk, pening-pening, loya-loya...hahaha...so mama dapat puasa dengan baik dan sempurna...tapi tahun ni walau pun kena ponteng puasa dan kena ganti, tapi best sebab adik ada...balik kerja awal boleh ambik adik awal...jalan-jalan kat pasar Ramadhan...best kan!!!!
Tapi bila kita nak shopping raya, dua kali kita ke Jalan TAR tapi adik macam tak suka je..1st time yang kita keluar malam tu, nak pilih baju raya untuk adik, tapi adik macam tak suka...mungkin sebab terlalu ramai orang di Sogo..kali kedua kita ke jalan TAR dengan C.De adik...kali ni adik mengantuk je, so terpaksa lah mama & C.De shopping dulu then baru abah pergi. Bergilir-gilir jaga adik yang lena dalam kereta...
Aisy...
Masa yang paling gembira dah tiba..kita dapat raya sama-sama untuk kali pertama..paling best kita raya kat rumah tokma walaupun sepatutnya turn kita raya rumah atuk & wan adik belah abah...hehehe...semua pun happy la..adik lagi best, seminggu awal adik dah balik dok ngan tokma...sebab mama kena kerja, cuti dah habis....lagipun C.Su, C.De, Uncle & Tokma adik nak main-main dengan adik..mereka yang nak adik duduk sana...lagipun 'ibu' macam-macam adik tu dah cuti raya awal then dua minggu lepas raya pun dia cuti lagi....
Hari raya ni adik banyak sangat dapat collection angpau...cucu pertama, anak sedara pertama, lagi satu sebab adik comel sangat tu yang semua pun bagi duit raya lebih kat adik...adik jugak the only one baby girl yang ada keluarga mama, tu yang semua dok sayang adik...yang paling best, raya ni adik dah start merangkak. Semua tempat adik pun nak pergi..letih tau nak kejar adik....
Adik....
Masa berlalu dengan pantas sekali..dari usia adik enam bulan, masuk tujuh bulan, masuk lapan bulan....dari adik boleh merangkak, sehinggalah sekarang adik dah boleh bertatih...adik membesar depan mata mama & abah...dari seorang baby girl yang baik, dah jadi sedikit nakal adik sekarang ni...
Dari seorang baby yang hanya mengeluarkan bahasa bayi sekarang dah boleh panggil abah & abang...mulut pun boleh tahan sekarang ni...dari tinggal dengan 'ibu' macam-macam sekarang dah tinggal kat nursery, dah pandai berkawan...adik membesar dengan sempurna di depan mata mama..alhamdulillah..cuma adik sering dan mudah terkena demam & selesema..ini mungkin disebabkan adik berhenti minum susu cap gantung di usia enam bulan....huhuhuhu....
Dan akhirnya.....
Tarikh 19 Mac datang kembali dan inilah saatnya adik sudah pun berusia satu tahun...yeyeye...anak mama dah besar...
Rahadatul Aisy Binti Md Rizal,
Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama...
Semoga Allah panjangkan usia adik supaya adik dapat menjalankan tanggungjawab adik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...
Semoga Allah panjangkan usia mama& abah supaya mama & abah dapat berikan perlindungan yang terbaik, kasih sayang yang tiada kurang walau sebesar zarah sekalipun, dan menjalankan tanggungjawab kami sebagai ibubapa dengan sempurna...
Semoga Allah memberikan ketaqwaan & keimanan kepada adik supaya adik menjadi orang yang beriman...
Semoga Allah berikan adik kesihatan yang baik untuk adik terus meneroka...
Semoga Allah sentiasa memelihara akhlak adik supaya adik menjadi manusia yang berakhlak...
Semoga Allah kurniakan adik akal yang tinggi & kepintaran agar adik menjadi seorang yang berilmu....
Adik,
Mama nak minta maaf dengan adik kerana adakalanya mama meninggi suara dengan adik...
Percayalah...
Mama bukan marahkan adik..tak ada niat nak marah adik...
Cuma melarang adik supaya adik tahu yang perkara itu akan cederakan adik...
Supaya adik faham bukan semua benda pun selamat di persekitaran adik...
Adik,
Mama nak minta maaf dengan adik sebab tak dapat jaga adik 24 jam...
Mama terpaksa menghantar adik kepada orang lain sebab mama kena kerja...
Mama terpaksa bekerja untuk masa depan adik..
Mama tak nak anak mama ni susah...
Mama nak berikan pendidikan yang terbaik untuk masa depan adik..
Adik,
Adik tetap anak mama yang paling mama sayang...
Walau ditakdirkan adik akan mempunyai adik suatu hari nanti,
Adik tetap anak mama..anak abah...
Adik segalanya pada kami...
Adik permata yang ditunggu-tunggu..
Dan apabila kami dikurniakan permata itu (adik),
Sesempurna kejadian,
Anugerah yang paling berharga,
Harta yang ternilai,
Kami tak akan sia-sia kan nya...
Adik,
Semoga adik bergembira di ulangtahun kelahiran ini,
Semoga tiada perasaan kesal di hati adik mempunyai ibu bapa seperti kami..
Kerana kami bukanlah ibu bapa yang sempurna........