Friday, February 18, 2011

Mainan baru untuk Aisy....

Semalam aku belikan Aisy satu mainan baru yang dah lama jadi impian aku..My First Gym....sejak Aisy tak ada lagi...tiap-tiap hari usha kat Carrefour bilalah harga  belon ni nak turun coz Carrefour selalu buat clearance stock.


My First Gym
Gambar dari google, yang kat rumah nanti baru upload

Dan semalam adalah harinya. Daripada harga tiap-tiap hari aku tengok RM60.00, semalam turun jadi RM35.00. Terus beli...boleh beli dua lagi dengan harga yang sebelum ni....

Aku beli jugak belon tu walaupun aku tau space rumah aku bukannya besar sangat. Dulu-dulu bila nak beli terfikir-fikir gak kalau beli nak letak mana. Belon tu dah la gedabak, hall rumah aku pun kecik je..kalau letak dalam bilik confirm tak muat...tapi sebab murah, beli je la...

Aku sendiri yang excited nak pasang...tapi bila buka-buka je kotak, tak ada pam lak...mana nak cari pam ni? Aisy lak dah ngamuk-ngamuk nak main...sekarang ni macam dah tau je apa yang aku beli setiap kali balik kerja adalah mainan untuk dia. Aku cuma mampu meniup bintang-bintang tu je. Itu pun rasa macam nak pecah mulut aku. Tapi berbaloi coz Aisy suka dengan bintang 3 biji tu...

Bila husband aku balik dari main bola, dia jugak excited nak pasang belon tu...lepas je solat Maghrib, sibuk dia menelefon kawan-kawan dia mencari pam angin untuk mengepam belon tu...nasib baik kawan dia ada pam angin tu...

Dengan gigihnya husband aku mengepam masuk angin. Sampai naik la muscle husband aku..hahaha...berpeluh-peluh mengepam angin bagi masuk. Aisy lak tak sabar-sabar nak masuk. Angin belum lagi penuh, nasi juga belum makan habis, tapi dah ngamuk nak masuk. Angkat je dia masuk dok dalam tu....

Bukan main seronok lagi dia. Belon tu kan lutisnar, so bila dia duduk, dia akan nampak kita kat luar. So dah main inta-intai ngan dia. Pastu dia berdiri keliling bulatan lah. Kejap datang kat aku, kejap pergi kat abah dia...yang paling dia suka kutip bintang-bintang tu...benda ni boleh gak training dia bertatih...dia macam tak takut lak nak bertatih. Kalau kat luar, puas berdirikan dia, tak nak langsung cuba bertatih. Tapi sebab seronok nak petik bintang-bintang, dia pun berdiri sendiri dengan cuba melepaskan tangan.

Sampai penat lah dia main dalam tu. Husband aku lak tertidur keletihan selepas belon tu penuh berisi dengan angin. Sebelum tu sempat dia kutip semua mainan Aisy dan letakkan dalam 'belon' tu..seronok la dia main-main dalam tu. Sampai penat bemain, dengan mudahnya dia tertidur malam tadi.

Jam baru menunjukkan angka 11.00 malam sudah tertidur. Hanya dengan sebotol susu, lap-lap badan sikit dengan wet wipes tu tanpa sempat tukar baju lain, gosok-gosok rambut dan kaki sikit, terus tidur. Walau pun susu tak cukup, tak mengamuk, terus mencari posisi untuk tidur. Alhamdulillah, coz aku pun penat dan ngantuk nak tidur.

Pagi tadi pun dia bangun awal. Dia yang kejutkan aku nak susu tapi bila tengok jam sudah 6.30am...buat susu bagi kat dia, sambil pejam mata dia hisap susu. Boleh lah aku bersiap nak pergi kerja, tapi bila aku buka je almari baju, dia membuka mata. Tapi Aisy betul-betul baik, dia hanya duduk sambil memeluk 'Frog' di atas katil menanti aku selesai solat Subuh. Bagus betul budak ini, nanti mama beli mainan lagi ye Aisy....

Sementara menanti aku menyiapkan segala kelengkapan dia dan juga iron baju aku, aku letakkan dia di dalam 'belon' tersebut. Pagi-pagi lagi dia dah bersenam kat dalam tu...seronok dia dengan mainan baru dia. Cuma aku rasa lebih best kalau ada bola-bola kecik letak kat dalam tu...aku dah usha ada satu pool ni siap dengan bola-bola. So, kalau beli pool tu, bola-bola tu boleh letak dalam belon besar ni....

Disebabkan rumah aku kecik je, dan rasa penuh sangat kat hall, malam tadi gak aku angkat dan letak belon tu dalam bilik kecik yang memang aku nak jadikan bilik mainan Aisy.  

No comments:

Post a Comment