Hari Sabtu seharian di rumah, tak jejak tanah langsung. Sinaran matahari pun tak kena. Aku terperap je dalam rumah. Husband aku kerja, balik pun dah pukul 3.00 lebih..
Pastu dia tidur, dia kata kena stand by, so tak boleh balik kampung. Tiba-tiba 6.30 petang nak gi main bola, dia kata problem dah settle so boleh balik kampung lepas Maghrib...buat apa balik lagi..dah malam..esok pagi-pagi dah nak balik KL...
Yang Aisy lak, menangis je petang lepas abah dia pergi main bola. Mana taknya, cuaca panas terik kat luar, aku pun tak larat nak turun ke bawah...lagi satu malas nak naik. Bila petang tu dia dah nak tidur, tapi dengar abah dia tutup pintu, terus menangis...
Sampai la dah masuk waktu Maghrib baru berhenti menangis coz dengar azan..terus tertidur..dia mengamuk la, seharian dok terperap..pastu abah dia lak turun tak bawa dia...lagi la dia ngamuk...ni 1st time dia terkurung dalam sangkar burung..tu yang angin je...
Konon malam minggu nak bawa Aisy jalan-jalan, tapi sebab Aisy tidur, husband aku pun tak jadi keluar. Bila Aisy bangun pukul 10.00 pm, husband aku lak dah tertidur...tu lah dia..sian Aisy, berjanji ngan budak tu, mestilah dia tuntut...dah semalaman tak tidur..yang berjaganya aku lah...
Hari ahad lak awal-awal lagi husband aku bangun dan katanya nak pergi gotong royong di padang. Sampai pukul 11.00 am pun tak balik-balik lagi...aku dah penat dah rasanya sehari semalaman di rumah. Nak buat apa pun tak boleh...
Rumah dah macam tongkang pecah, baju tak berlipat, barang-barang mainan Aisy, lantai tak bermop, bersepah kesan nasi yang diselerakkan Aisy walaupun aku dah lap dengan kain tapi masih ada kesan di lantai. Rasa dalam hati ingin menjerit kepada husband aku supaya balik dan bersihkan rumah coz rumah ni lagi bersepah dan semak berbanding padang bola dia yang rumput tu hidup segan mati tak mau tu....
Balik-balik je tidur pulak...geram betul aku...ni lah punca aku malas dok KL bila hujung minggu..sakit mata, sakit hati...bukan nak menolong langsung...sudahnya bila Aisy terjaga dari tidur pukul 3.00 pm, waktu tu aku saje2 bersiap pakai seluar dan t'shirt dan bukan baju kelawar macam semalam....
Pandai lak dia ajak kitorang kuar gi taman tempat main layang-layang....hari panas terik tapi sebab dah gaduh-gaduh gak ngan dia, pergi je lah...
Kami sampai kat sana jam dah menunjukkan pukul 4.00 pm,,,..tapi parking dalam taman tu dah hampir penuh...cuma tinggal parking yang pandai-pandai sendiri je lah...
Aisy yang tak teruja
Permainan apa ni yang tak best langsung ni...
Kenapa duduk je kat sini ni????
Aisy ngan mama kesayangan
Aisy tunjuk layang-layang yang berterbangan
Excited nak belajar berjalan
Bergurau ngan abah
Lama jugak kami kat sana, hampir satu jam tapi tak main layang-layang pun. Rehat-rehat kat pelantar yang kat tasik tu...ramai yang memancing kat situ...
Aisy lak mula-mula husband aku letak dia kat atas trek tempat permainan tu, dia menangis kegelian. padahal bukan geli pun, getah je kan trek tu...waktu kat pelantar tu pun sama..dia nyer menangis, bukan main lagi...tapi bila dh lama-lama, dia merangkak tak ingat apa. Habis hitam seluar kat bahagian lutut.
Kami tinggalkan padang layang-layang tu dalam pukul 5.00 pm...waktu tu parking kereta dah sampai tepi-tepi jalan. Penuh kereta, patutlah jam bila ada orang main layang-layang kat padang ni...
Bila sampai di rumah, Aisy tertidur dalam kereta lagi...aku ngan husband terbaring penat...badan tak larat sungguh sekarang ni...baru 28 tahun dah tak larat....apa nak jadi ni?
Sehingga ke malam tadi tiada sebarang kerja rumah dapat disiapkan. Hanya mampu melipat kain separuh sahaja kerana melayan karenah Aisy yang banyak ragam. Abahnya lak lebih banyak tidur je...Geramnya aku...
Pagi pukul 5.00 am Aisy merengek nak susu, tapi disuakan ke mulutnya, dia hanya hisap sedikit dan terus bangun dan duduk. Puas dipujuk agar tidur semula, tak nak lak dia. Terpaksa lah temankan dia bermain di hall rumah...daripada teman je, siap gak kerja aku melipat kain, mengemas rumah dan iron baju. Yang tak sempat buat kerana kesuntukan masa untuk keluar bekerja hanyalh menjemur pakaian yang sudah pun dikeringkan. Huhuhu...balik nanti baru buat...badan sungguh penat, mata sungguh mengantuk....
Di dalam kereta setelah menghantar Aisy ke nursery, sampai di Batu Caves husband aku bersuara...
H : Mana ni ucapan harijadi ni...
Aku masih lagi mengelamun seolah-olah apa yang dia kata masuk telinga kanan keluar tangan kiri dan tiba-tiba bila ada kereta kat depan masuk ke depan kami, baru aku tersedar dan perasan
A: Alamak, birthday abang ye hari ni...lupa sangat...
Teruk kan aku, sampai birthday suami pun dah lupa...padahal baru je dua hari lepas cakap-cakap ngan Aisy pasal birthday husband aku...tak tahu nak hadiahkan apa la...budget pun dah tak de ni...bulan March hingga Mei ni bulan pokai untuk aku...huhuhuhu..........
No comments:
Post a Comment