Berdikari secara fizikal
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.
Emmm..lagi sebulan Aisy nak setahun...tapi dia masih lagi kurang nak bertatih...sayang badan..jiran aku lak kata, kalau kaki macam geli je nak pijak lantai, memang lambat la dia berjalan. Kalau berjalan nanti, asyik terjengket-jengket geli pijak lantai.
Walaupun Aisy masih belum boleh berjalan, tapi dia sekarang dah cuba untuk bertatih dan cuba nak atur langkah lepas aku belikan dia My 1st Gym tu..Aisy dah boleh berdiri tegak dalam keadaan yang lama tanpa ada bantuan orang lain dan boleh melangkah jika memegang jari-jemarinya dipimpin dan bukan dipegang bahunya seperti dulu-dulu. Ok la tu, ada sedikit perkembangan dah cukup.
Tapi sejak dah pandai ni, sebab kat nursery dia dah biasa dengan wet wipes, sikit2 nak lap badan...kejap-kejap nak lap badan...habis wet wipes tu guna sendiri. Nak tidur mesti kena tukar baju dah sekarang, mentang-mentanglah kat nursery 2 atau 3 jam mesti tukar baju lain. Yang paling senang sekarang nak pakaikan baju untuk dia, dah senang lah coz dia sendiri yang hulur tangan dan kaki mintak dipakaikan. Tapi pampers tetap sama, susah nak pakai...kena berkejar-kejar ngan dia lak.
Bab makan lak, dia dah lama nak makan sendiri, tapi bila bagi bukan nak makan pun. Dia suka sepah-sepahkan je. Minum air pun sama. Suka nak basahkan lantai dan baju berbanding minum. Kalau dah tak ada air barulah nak minum betul-betul. Sebab makan aku tak bagi lagi dia makan sendiri, dia suka sangat kuarkan apa yang aku suap, then dia suap sendiri...
Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.
Aisy dia tak baling cawan tu, tapi dia suka ketuk-ketuk cawan tu ke lantai. Mesti orang bawah rumah aku tension gila coz asyik bising je rumah aku.
Bab menjatuhkan barang ni, memang dia suka. Pastu dia suruh kita kutip lagi..sampai 3x aku malas dah layan. Penat asyik kutip je...macam main bola, mula-mula je dia baling-baling ngan aku, dah dapat balingan ketiga, dia baling tempat jauh-jauh suruh kita kutip. Tak kuasa aku nak mengutip...penat..

Buku untuk si pembaca kecil
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.
Aku cuma ada belikan Aisy 2 buah buku je...1 yang kisah-kisah para Nabi ngan buku-buku binatang peliharaan. Yang buku binatang tu tinggal kat kampung, tapi buku ni paling suka. Hampir semua binatang dalam tu dia dah kenal coz aku belikan buku tu sejak Aisy 6 atau 7 bulan lagi lepas aku tengok dia suka belek paper & majalah...Dalam banyak-banyak buku juga, aku rasa dia paling suka buku surah Yassin tu..tiap-tiap hari mesti ambik, belek-belek, baru tutup. Sekarang pun dah pandai, kalau aku ngaji, dia akan tunjuk ayat tu macamana aku tunjuk ayat ketika mengaji...

Membentuk peribadinya sendiri
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.
Bermain dengan adik-beradik tak tau lah coz dia kan sorang je...tapi dengan kanak-kanak lain di nursery, memang betul. Dia je yang merangkak, yang lain semua berjalan dah..kalau tak berjalan pun sebab baby. Tapi dia macam seronok dengan kawan-kawan dia bila aku nak ambik dia balik.

Tiba masanya untuk menetapkan batasan
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan “tak boleh.” (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.
Ooo..ye ke..la..tak tau lah pulak. Semua yang aku rasa boleh dia buat dia jatuh ke, apa yang dia nak masuk mulut ke, aku mesti kata 'tak boleh'. Patutlah bila kita kata tak boleh, lagi tu dia buat...Tapi Aisy memang degil lah..kalau kita cakap kat dia, explain sikit, mesti tanya balik "Apa?"
Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, “Jangan, itu menyakitkan kucing.” Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.
Emmm...lepas ni kena lebih berdiplomat dengan Aisy...mesti kena jadi cikgulah dengan budak kecik tu..tapi diusia 11 bulan ni, Aisy sudah faham sedikit apa yang kita cakap, apa yang kita rasa...suka buat-buat nagis, nanti dia pujuk...hehehe
Ok lah, ni saje apa yang Aisy dah boleh buat di usia 11 bulan...

No comments:
Post a Comment