Monday, February 14, 2011

Cerita Hujung Minggu....

Hujung minggu yang lalu aku pulang ke kampung hanya menumpang kereta adik kerana husband aku terpaksa bekerja untuk minggu ni. Lagi pun dia ada game hari Ahad, so lebih baik balik dengan adik je. Kenapa tak duduk je rumah tu berhujung minggu dengan suami? Jawapan yang pasti adalah masa akan terlalu panjang untuk habiskan cuti 2 hari kerana sepanjang 2 hari sudah tentu kami (Aku & AIsy) hanya terperap di dalam rumah.

Untuk turun ke bawah, nanti kena naik tangga setinggi empat tingkat untuk sampai ke rumah semula. Untuk bersiar-siar dengan Aisy, tidak bisa kerna Aisy tidak akan duduk diam-diam di dalam carseatnya. Untuk bersiar-siar dengan husband, berani kerat jari la kalau dia nak. Kalau dah bangun tidur pukul 11.00, nak siap-siap dah pukul 1.00pm, pukul 5.00pm dia dah kena ada atas padang...so macamana?Sampai ke hari ini pun niat nak ke I-City  & Zoo Negara tak tercapai..huhuhu...

Nak mengemas rumah (mop lantai, bersihkan kipas, cuci bilik air dan tandas, kemas almari pakaian untuk bungkuskan semua baju yang tak pakai, iron baju untuk 2 minggu, kemaskan bilik no.3 nak jadikan bilik mainan Aisy) Aisy tak pernah nak tidur siang..so lebih senang kalau tinggalkan husband di hujung minggu supaya dia buat semua tu (dia buat mop lantai je..tukar susun atur perabot-yang ni tak suruh buat tapi rajin buat).

Ni semua refer apa yang berlaku malam tadi la, sampai-sampai je rumah memang lantai bermop tapi tak berapa bersih, tapi yang pasti kerja-kerja lain semua pun tak buat. Kira ok la bermop tu...lagi satu, semalam kata gi vakum kereta, tapi pagi tadi aku tengok kat carpet tempat pemandu tu penuh berpasir dan ada daun kering lak..apa kes ni?

Tu cerita hujung minggu apa yang husband aku buat, dan yang aku buat lak?

Tak ada apa sangat la..cuma pagi Sabtu, bangun awal pagi juga dengan niat untuk ke kampung arwah abah. Mak nak bagi duit zakat pada orang-orang yang sedikit susah kat sana. Tapi sudahnya kami hanya pergi ke Kg. Jelu pukul 10.00 am..biasa la, kalau ada Aisy, lebih banyak untuk bermain dengan dia...dia awal-awal lagi dah siap coz aku yang mandikan. tapi bila dah mandi, seronok lak melayan dia manaiki kuda mainan yang dibeli oleh mak di Kelantan hari tu...

Destinasi pertama rumah penerima zakat adalah rumah sepupu aku, anak saudara arwah abah la...memang susah pun, husband lak diserang strok dan sepupuku (Kak Yah) terpaksa menanggung keluarga yang mana anak-anaknya masih bersekolah lagi 5 orang. Kedua-dua adik k.yah juga menerima duit zakat daripada mak.

Rumah yang seterusnya rumah pakcik aku la, pak long. Dia kahwin ngan kakak abah, tapi kakak abah ni pergi di awal usia ketika k.yah dan adik-adiknya masih kecil. Mak aku cakap, adik beradik abah aku dulu tak pernah pergi ke rumah pak long sebab mak long aku dulu susah sangat hidup dengan pak long tu. Menjadi mangsa panas baran, so mereka semua macam berdendam di atas kematian mak long aku.

Cuma lately ni, ada lah pergi time raya coz pak long aku dah terlantar sakit sejak aku kecik lagi. Dia dah kahwin lain pun sebelum terlantar tu, dan isterinya telah membekalkan telur itik kepada mak kerana datang berziarah ke rumahnya. Aku lak, dah lama tak ke sana, kali terakhir mengikut abah memberikan duit zakat kepada pak long pada bulan puasa tahun 2006. Itu yang terakhir. Takut coz terdengar cerita diorang suami isteri seakan 'membela sesuatu"...seram....

Bertanya kepada mak dengan adik sebaik sahaja mak membawa telur itik memasuki kereta;

A& A : Mak, ok tak telur tu...
Mak : Ish, tak ada apa lah....
A&A : Takut la, dia hembus-hembus ke...sakit nanti...

Rumah seterusnya rumah kakak abah yang aku panggil Mek sejak kecik..orang kelantan kan panggil Mek untuk panggilan mak, tapi sebab anak-anak dia panggil mek, kitorang pun panggil mek pada dia. Tidak lah lekat dengan panggilan M.De (anak ketiga dalam adik beradik abah). Suaminya juga kami semua panggil Cheq (ayah-panggilan orang Kelantan). Lama di sana, hampir 1 jam berbual.

Kalau dulu waktu aku kecik-kecik, keluarga aku & Pak.Ngah yang kat Keratong tu paling susah. Tak ada kereta, tak ada duit yang banyak, tapi sekarang dah berubah. Kami 2 keluarga ni bukanlah kaya dan mewah, tapi tiada lagi masalah kewangan seperti dulu. Tiada lagi menaiki bas seperti dulu. Tiada lagi perlu meminjam atau menyewa kereta seperti dulu. Semuanya atas didikan dan melihat kesusahan ibu bapa, kami semua nekad belajar ke menara gading bagi mengubah taraf kehidupan. Alhamdulillah, apa yang kami ada hari ni, mak kami dapat hidup dengan gembira. Tapi sayang, abah dan P.Ngah tak dapat melihat dan merasa semua tu...kedua-dua beradik ini pergi di usia belum mencecah 60 tahun akibat serangan strok....

Kalau ketika waktu dahulu, mak adalah penerima zakat daripada Mek, tapi sekarang Mek penerima zakat pada mak..terbalik  sudah...Dulu waktu anak-anak mek masih kecil dan bersekolah tidak pandai meminta, tetapi apabila sudah bersekolah menengah, semuanya pandai meminta. Sehinggakan berkahwin sekarang dan berumahtangga juga masih meminta kepada ibu bapa. Sudahnya, dengan kudrat yang semakin kurang untuk bekerja dan sering sakit-sakit, apa yang ada semakin berkurangan disebabkan sentiasa melayan permintaan anak-anak. Itu lah pentingnya mengajar anak-anak dengan kesusahan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak supaya di hari tua, kita akan dapat hidup dengan tenang. Tidak mengharapkan balasan daripada anak-anak, cukup lah sekadar anak-anak tidak menyusahkan kita di hari tua. Ingatan untuk diri sendiri supaya mendidik Aisy dengan cara yang betul....

Rumah terakhir adalah rumah adik bongsu arwah nenek aku. Mak saudara arwah abah aku lah...dia dah lama sakit tapi kadang-kadang sihat. Dia sebenarnya sudah sedikit nyanyuk kerana usia sudahpun menginjak ke angka 80 mungkin...sedangkan arawah nenek aku juga sedikit nyanyuk ketika di akhir-akhir usianya, ini kan pula adiknya kerana nenek aku sudah pun kembali kepadaNya sudah lebih 14 tahun.

Kasihan sungguh pada anak bongsunya yang menjaga dia, sentiasa menjadi mangsa merepeknya...tak apa lah, dulu kita kecik, mak kita layan kita walaupun dia tak tahu apa kita nak..sekarang kita layan pula apa yang dia nak walaupun kita tak tau apa yang dia nak...tak rugi pun jaga mak yang sedang sakit...Aisy, ingat jasa mama dan abah ye membesarkan Aisy. Tak minta balasan cuma mengharapkan Aisy sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan mama & abah dan biarlah kami 'pergi' dalam keadaan tidak menyusahkan sesiapa sahaja.

Sepanjang perjalanan mak membayar zakat, Aisy hanya tidur dan aku dan adik juga tidak turun mengikuti emak..hanya menunggu di dalam kereta sehinggalah sampai di rumah Mek. Mak ajak turun, tapi apabila aku baru sahaja menjejaki kaki untuk keluar dari kereta, Aisy tersedar dari lenanya. Dia baik-baik sahaja berada di rumah orang cuma masih lagi tidak bisa di ambil oleh orang lain. Dia hanya mahukan aku, abahnya, tok ma, Cik.Su, C.De dia...uncle Ady dia dulu dia nak, tapi sudah hampir dua bulan tidak bertemu, mungkin juga sudah tidak bisa didukung lagi...

Destinasi terakhir adalah di kedai handphone yang aku beli pada 22.01.2011 hari tu..baru sahaja membeli nokia X3 model yang baru kerana hp aku Nokia X3 yang dibeli tahun lepas, husband aku telah ambil. Hp Nokia daun yang aku pakai sebelum tu juga sudah tidak boleh digunapakai lagi...tapi kali ni, bateri hanya boleh tahan 12 jam sahaja walaupun di charge penuh. Yang lama tu aku pakai 3 hari pun kadang-kadang tak abis jugak lagi...sudahnya, hp baru aku akan dibawa ke bilik bedah dan aku tiada hp sekarang....huhuhu...boleh ke hidup tanpa hp?

Sebab rasanya hp tu keperluan, pinjam jugak la hp nokia adik yang dah tak pakai tu...nasib baik ada spare kat rumah...sekarang aku hanya pakai nokia 2610...huhuhu..tak boleh la merakam gambar Aisy untuk seminggu ni....

Menu masakan untuk tengahari itu adalah gulai lemak telur itik yang baru sahaja dibawa pulang dari kampung...ada 6 biji tapi mak hanya gulaikan 4 biji sahaja. Namun, hanya 2 biji yang dijamah, lagi 2 biji tidak terusik coz kami semua tak makan malam..2 biji itu pun hanya aku dan adik yang makan. Mak yang makanan kegemarannnya itu juga tidak terasa ingin makan untuk kali ini. Malam sebelum tidur, aku mengalami batuk yang teramat sangat. Ditambah dengan perut yang memulas. Adik aku juga...Tidur kami tidak lena walaupun makan ubat...

Pagi keesokannya, adik aku telah demam kesejukan. Aku masih lagi sakit perut dan berulang ke tandas. Adik aku demam dengan ditambah sakit kepala...aku tidak demam mungkin kerana aku membuang dan sering sendawa keluar angin. Tapi tidak adikku, dia hanya memulas sakit perut dan angin tidak keluar lalu terus menyerang kepala mungkin. Tambah lagi terkejut apabila gulai telur yang baki lagi 2 biji itu apabila dipanaskan menjadi hitam dan tidak seperti kebiasaaan yang hanya kering dan pekat tetapi masih lagi dalam warna kekuningan. Apa dah jadi? Sudah 'terkenakah' kami?

Namun apabila sudah menginjak ke pukul 2.00 pm, sakit makin berkurangan, adik juga demamnya sedikit kebah. Niat mak untuk mengikut kami pulang ke KL juga dibatalkan kerana adik telah pulih. Sungguh kami tidak akan makan lagi dan berpesan juga kepada mak jangan makan telur tersebut. Bukan menyangka buruk tapi lebih baik mengelak kerana mak tinggal berseorangan di kampung. Apa yang berlaku, kami semua tiada di sana.

Nasib juga aku tidak menyuapkan Aisy dengan telur tersebut. Dia masih kecil untuk merasai kesakitan. Sudahlah baru sahaja baik dari demam, batuk selesema, sakit gusi, allergic..cukup lah aku melihat kesakitan yang dia alami untuk tempoh yang singkat itu, tak sanggup lagi untuk melihat dia menanggung kesakitan yang diterima hanya dengan kesilapan memberikan makanan yang tidak sepatutnya diberi makan.

Pagi tadi dengan sorok-sorok adik dan mak yang makan keropok goreng, namun masih boleh dilihat oleh Aisy. Walaupun baru sahaja siap mandi, tanpa memakai pampers terus merangkak menuju ke arah C.Su setelah dari jauh menegur..."Hey..."sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah C.Su dan menggerak-gerakkan jari tersebut seperti seekor ulat bergerak, sungguh aku suka kalau Aisy buat begini...

Mak aku tetap bagi pada Aisy keropok tersebut walaupun tahu Aisy allergic dengan keropok...tak sampai hati bila budak sekecil itu, ingin mencuba dan belajar makan, tetapi sudah disekat dan dilarang. Aku suka tengok Aisy makan keropok..dia pandai makan keropok...dipatahkan kecil, dimasukkan kedalam mulut sehingga lembik barulah dikunyah dengan gusi kerna sehingga ke hari ini, tiada sebatang gigi pun yang tumbuh. Saban bulan sakit gusi, tapi tiada gigi juga yang tumbuh.

Yang paling best sekarang, apa sahaja dia makan dia akan suapkan ke mulutku juga. Dan apa sahaja yang ada di dalam mulut aku, akan diambil untuk makan. Kasihan dia, sehingga ada setengah makanan terpaksa aku kunyah bagi sedikit hancur sebelum bagi dia makan. Nasi juga sudah mula untuk makan sendiri, apabila di suap, akan dikeluarkan semula dan dimasukkan dengan tangan sendiri. Namun, apabila diberikan nasi di dalam pinggan sendiri, hanya membuangnya ke lantai.

Berbalik kepada cerita keropok, hanya sedikit yang Aisy makan, tapi sudah naik dua bintik merah dibelakang badan. Sungguh allergic dengan keropok goreng. Aku rasa Aisy tidak boleh makan sebarangan ikan. Berseloroh dengan mak untuk membeli ikan tenggiri atau kembung untuk membuat keropok kering sendiri untuk Aisy sahaja kerana mak ada membeli tepung sagu untuk membuat keropok ketika pulang ke Kelantan hari tu. Tunggu ada masa nanti baru buat dengan mak....

Teringat pulak, kecik-kecik dulu bila balik Kelantan, aku suka menjemur keropok-keropok kering tersebut sebelum dipaketkan...sungguh seronok di zaman kanak-kanak ketika pulang ke Kelantan. Kg. Laut tu penuh dengan kenangan, dan semuanya masih terpahat di ingatan aku. Namun sayang, Aisy tidak akan mempunyai peluang sepertimana aku merasai zaman kanak-kanak aku di sana kerana semuanya sudah berubah. Aku dan Aisy dibesarkan di dalam dua zaman yang berbeza. Yang pasti, aku akan memberikan peluang untuk Aisy merasai keseronokan dan kegembiraan aku ketika kanak-kanak walaupun persekitaran yang berbeza.

Terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak yang peuh dengan kegembiraan...nanti aku buat entry zaman kanak-kanak aku lak...      

No comments:

Post a Comment