Wednesday, February 16, 2011

Cuti Maulidur Rasul.....

Cuti sempena Keputeraan Nabi Muhammad SAW bukanlah bererti berehat je pada aku....dan bukanlah bererti pada hari itu sahaja aku mengingati Nabi Muhammad SAw..

Suasana agak sedih bila lepas mahgrib tatkala dari rumah aku, aku terdengar ceramah di surau berhampiran. Tentulah berkisar tentang nabi, dan saat aku menghadiahkan bacaan yassin kepada Nabi junjungan kita semua, aku teringat bagaimana saat-saat akhir baginda ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda masih lagi mengingati akan umatnya. Pelbagai pesan, pelbagai amanat sebelum baginda pergi..sedih betul..menitis air mata walau pun sedang membaca yassin..aku berharap aku mempunyai kesempatan untuk bertemu baginda di akhirat nanti...

Bangun awal pagi lagi sudah menghadap tv untuk menonton tv yang rata-rata menunjukkan perarakan sempena Maulidur Rasul..niat untuk keluar juga asyik bertangguh sehinggalah jam sudah pun menginjak ke angka 12.00 tengahari...

Aku mengajak husband aku ke OU tapi sampai semalam pun tak dapat pergi..balik-balik ajak pergi ke Selayang (Selayang Mall la tu)....tak pun ke Gombak (Giant)...aku bukannya ada barang dapur untuk dibeli, buat apa ke sana.

Aku tetap menyuarakan niat untuk ke Jalan TAR sebaik sahaja selesai membeli cendol di satu gerai di tepi jalan di belakang Giant Gombak. Nasib husband aku setuju tanpa banyak soal dan hanya bertanya nak  beli apa. Aisy lak bila masuk je kereta, kerana mengantuk sangat, terus tertidur. Pada hal, malam tadi dia tidur awal tu...pukul 10.00 pm dah tidur..waktu tu aku tengah syok nak layan cerita Trilogi Cinta...tak kisah lah adik, janji adik bahagia dan sihat....

Jalan tak la jam sangat menuju ke pusat bandar kali ni..tapi yang jadi masalahnya parking...bila public holiday je, parking per entrance mesti up 2x ganda nyer...kalau per hour pun mahal gila..so kitorang just pusing area Jakel tu, tiba-tiba ada parking lak..kalau hari biasa kena bayar kat DBKL, tapi cuti ni husband aku sedekah RM1.00 pada uncle tu coz tolong jaga parking area tu...

1st masuk dalam Jakel...saje je nak cari kain pasang warna purple untuk dipakai untuk wedding dinner abang nanti...kalau jumpa berkenan beli, kalau tak ada..pakai aja baju hantaran dulu..lagi pun baju tu baru aku pakai sekali je waktu hari raya. Di Jakel, walaupun mahal, tapi aku tak suka sangat corak dia. Banyak yang berserabut dan sarat. Ada yang plain tapi kain cotton dari Jepun la..memang cantik tapi kalau beli 4 meter tak ke serabut sangat bila dia nyer corak tu bukan je kat baju tapi kat belah kain pun sama. Takkan nak beli kain plain yang lain lak untuk dibuat kain. Tak kuasa aku kalau nak buat kain pakai kain satin.

Menolak dengan baik dan terus je naik ke tingkat 2 untuk melihat kain langsir. Nak beli kain langsir baru untuk rumah, tapi kali ni lebih untuk memilih warna hitam putih atau pun kain cotton bunga english tu...(walau pun tak kena langsung ngan sofa rumah aku..huhuhu). Tapi kat Jakel tak banyak pilihan, so aku ajak aku blah terus la..Ajak gi deretan kedai kat luar lak...

Jalan punya jalan, terjumpa baju sulam dari bukit tinggi, Indonesia tu..tapi tak ada yang purple sepasang betul..yang ada cuma kain untuk baju warna purple tapi untuk kain lak jenis corak macam kain batik..tak berkenan lagi...

Jalan-jalan punya jalan, lastly aku ternampak kain jenis baju cosmic aku beli kat Kelantan tu...tapi corak dia sama ngan cotton kat Jakel tadi. Corak memang sejibik la sama ngan Jakel tapi mungkin kualiti kurang kot...tapi yang best bukan apa, dia nyer kain dah siap potong yang plain 2 meter.

Ada 2 calour purple, dua-dua pun aku suka tapi pilih nyer pilih...tanya Aisy nak yang mana? Aisy ambik yang memang aku berkenan tu..pandai betul anak mama ni...tiba masa untuk tawar-menawar lak...puas mintak harga RM40 tapi tak dapat..RM45 pun tak dapat..akhirnya dapat la jugak RM48.00..sebab dia tak ada duit kecik, cuma ada RM5 paling kecik, aku pun bagi dia RM3.00..tapi aku dalam blur-blur, tak perasan pun dia pulangkan aku RM15.00...boleh aku tak perasan dalam Aisy mengamuk nak duit lebih tu, aku bagi dia RM5.00 tapi RM10.00 aku masuk poket...Balik rumah baru aku perasan...rezeki lah tu...

Kami pulang dari KL pun jam sudah pun menunjukkan pukul 4.00 lebih...kepala sakit sangat, husband aku nak singgah mana-mana pun aku tak bagi...ajak balik terus je...mata ngantuk gila...kaki pun dah penat....sampai je rumah aku tertidur, pada hal dah nak masuk Asar waktu tu...Aisy lak husband aku yang jaga coz aku rasa dah ngantuk sangat sampai tak boleh buka mata dah. Biarlah dia jaga Aisy lak, aku dah berapa malam tidur tak cukup jaga Aisy.

Badan betul-betul penat...malam berjaga dan hanya tidur beberapa jam sahaja. Baru sahaja nak lena, dah bunyi Aisy merengek nak susu. 2 jam sekali mesti nak susu, kalau dia tidur pukul 12.00 am ke atas, dia akan bangun 3x untuk menyusu....huhuhuhu...adakalanya menunggu Aisy menghabiskan sebotol susu hampir setengah jam kerana dia hanya minum sedikit-sedikit sambil pejam mata....perlu diperhatikan bagi mengelak tersedak susu yang kadang-kadang boleh menyebabkan maut kepada bayi.

Bila dah bangun buat susu, mulalah terpandang kain yang tak berlipat, baju yang tidak berjemur, rumah yang macam tongkang pecah, sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk yang tak berbasuh, baju yang masih belum digosok, beg Aisy yang masih belum diisi untuk bekalan esoknya....semua pun kena buat...sungguh aku penat kerana paling kurang satu jam setengah untuk settle kan semua tu...

Dan saat ini, aku perlukan kekuatan dan kesabaran untuk melayan karenah Aisy yang semakin melasak. Perlu belajar mengawal perasaan marah kerana budak sekecil Aisy tidak mengerti apa itu erti penat. Tidak memahami mamanya penat...Bersabar itu mungkin jalan yang terbaik...maafkan mama ye Aisy adakalanya mama tinggikan suara dengan Aisy...

No comments:

Post a Comment