Pukul 11.00 baru kami keluar dari rumah. Biasa lah, menunggu sikecik bangun coz tak nak la kejutkan dia bangun tidur semata-mata nak kuar shopping. Nanti dia ngamuk tak cukup tidur.
Niat nak ke Sogo bertukar ke Jusco Maluri. Ni husband aku nyer cadangan la...dia mula-mula nak ke Jusco Keramat AU pastu fikir senang nak cari barang kat Jusco Maluri lagi berbanding Jusco Keramat AU.
Bila sampai kat sana, baju-baju yang ada kebanyakannya Aisy dah ada dan yang penting baju sejuk yang dicari untuk Aisy tak ada kat sana. So decide nak pergi SOGO.
Bila dah gerak ke SOGO, jalan jam gila area Pudu coz banyak jalan tutup. Le Tour De Langkawi hari ni kan last tamat kat Dataran Merdeka dari Shah Alam mereka berkayuh. Pusing punya pusing asyik jalan yang sama. Aku dah cakap, kalau naik ke jalan bukit Nanas tu confirm tak ada jalan lain nyer, tapi dia tak percaya. Akhirnya masuk balik kawasan yang jam tu...
Husband aku kata dia lapar dah sangat coz pag tadi makan nasi goreng tak kenyang. Dia nak patah balik ke Jusco Maluri coz kat sana dia kata senang nak makan dan solat. Ikut suka la...
Cukup tak duit saya nak beli KFC?
Kira pakai jari pulak coz tak pandai lagi nilai duit
Bila dah sampai Jusco Maluri, boleh lak dia kata kalau kita nak ke Jusco, kenapa kita tak pergi OU je..kan dekat dengan rumah kami...hohohoho...aku dah banyak kali ajak ke sana tapi dia yang tak nak...
Barang yang dicari tak ada langsung cuma kesana untuk makan dan bersolat je..lagi satu berkejar nak balik coz dia nak main bola. Cuaca kan dah kembali pulih dari hujan...
Duit ni betul tak?
Susun duit baru dulu
Susun duit lama lak
Abah, ambik ni beli pampers Aisy
Mana lagi satu keping ni, tak cukup la (ada atas kepala)
Mencuba topi keselamatan di tempat permainan
Kepala saya selamat
No comments:
Post a Comment