Hujung minggu baru ni kami balik kampung..kebetulan husband tak kerja, so balik dengan dia lah...Kalau tak plan balik dengan adik je..ni adik yang ikut kitorang. Jumaat malam lepas Maghrib kami dah bertolak...yang paling seronok Aisy la..dia seronok naik kereta je sebenarnya...
Petang tu ada sambutan birthday Aisyah kat nursery, tapi husband aku ambik Aisy dia kata party tu tak start pun lagi. Baru nak potong kek...tapi bila sampai rumah, nursery dah bekalkan untuk Aisy satu tupperware yang penuh dengan kek coklat dan satu beg plastic yang berisi makanan ringan. Husband aku cakap Aisy tidur je pun waktu dia ambik, so tu yang waktu dia balik aku tengok Aisy hanya memakai baju tidur dan bukannya baju cantik sepertimana pengasuh di nursery tu meminta aku membekalkan baju cantik untuk celebrate birthday Aisyah.
Kali ni dah 2 orang celebrate birthday kat nursery, nampak gayanya aku pun kena buat jugaklah kat nursery. Ingat nak sambut family je...tapi mak aku memang suggest dari awal pun..tak pe lah, nanti hantar je kek & makanan untuk diorang. Aisy bukan pandai dan tau apa pun...cuma dia tau nak tepuk kek yang ada lilin bukan tiup lilin...hahaha
Sampai sahaja kami di UIA untuk mengambil adik, Aisy lah orang yang paling riuh mulut dia bila nampak je Che Su dia..dia memang sayang betul kat Che Su dia..kalau ngan Che Su dia, bergurau lah, main kejar-kejar lah, ketawa pun tak hengat..terkekek-kekek ketawa kalau Che Su kejar dia..tak pun sergah dia...dalam seronok jumpa Che Su, dia pun nak dok belakang ngan Che Su dia...boleh tertidur lak dalam ribaan Che Su dia...memang dia suka sangat lah dengan Che Su dia...
Aku pernah gak tilik-tilik nombor ni coz dulu Aisy langsung tak nak ngan aku. No. aku memang tak ngam langsung ngan Aisy...aku ngan Che De dia memang no sama, tu yang tak berapa ngam sangat ngan Aisy. Tapi nombor Aisy ngan Che Su dia memang kategori leh joint...tu yang baik agaknya....
Kami sampai je dah pukul 10.00 lebih...nasib baik mak ada kat rumah..maklum la...telefon rumah rosak. HP mak lak kadang-kadang je berjawab, banyak yang tak berjawab kalau ada call masuk. Biasalah orang tua, mana lah nak sangat pakai hp...Sebab keadaan kadang-kadang menakutkan, mak tidur kat rumah jiran yang juga ibu tunggal seperti mak...tu yang susah kalau telefon rosak. Kita risau kat mak kita, tapi tak boleh dihubungi...teruk kan perkhidmatan TELEKOM MALAYSIA ni....
Seperti biasa lah, bila dah sampai mestilah makan-makan dan tengok tv...sudahnya tidur pukul hampir 1.30am..melayan Aisy bermain coz sepanjang jalan sampai ke rumah mak dia tidur dalam kereta..so, dia banyak tenaga nak bermain....
Hari Sabtu lak aku ambik kesempatan ke kebun sawit aku...dah lama tak menjenguk..last time kami pergi pun dah sebulan yang lalu..just meracun je waktu tu...sebab dah terang sikit, tiba masanya nak membaja lah pulak...
Biasa kerja-kerja membaja ni kami buat berdua, tapi sebab husband aku nak meracun lagi, terpaksa buat seorang. Penat gila membaja hampir 100 pokok sawit...dengan keadaan tanah yang agak becak dan juga sesetengah lorong pokok sawit tidak begitu terang untuk dilalui...terpaksa mencantas beberapa dahan dan pelepah sawit supaya tidak tersangkut dengan baju...PENAT.....
Hampir pukul 12.00 tengahari, kami balik...dah tak tahan..panas terik...ditambah dengan keadaan tenaga yang bukanlah banyak, dan juga sedikit virus M yang mula menyerang bila matahari tegak atas kepala...
Pulang dari kebun singgah di 'klinik' tempat handphone aku di operate...ingat boleh la hp aku discharge hari ni, pergi-pergi kedai hp aku lak hilang...dah lah resit aku hilang..tak tahu kat mana Aisy dah letak coz dia selalu bukak wallet aku...dengan tak ingat no. resit aku merayu mintak toke kedai tu cari jugak...
Memang ada 4 Nokia X3 kat sana...3 set warna hitam cam husband aku dan 1 set silver cam aku...tapi itu bukan aku punya...owner tu hantar bulan Oct lagi, tapi tak ambik-ambik...dia macam salah kan aku jugak coz resit tak ada...
Tapi kalau aku yang toke kedai, memang orang yang datang tuntut tak ada resit, tapi dah ingat semua detail, aku akan cari hp tu sampai jumpa...sekarang dia macam nak tak nak je cari aku nyer hp..dia suruh aku tinggalkan no hp nanti all coz mungkin ada kat Raub..sampai ke hari ini, kedai tu tak ada call aku pun...tapi nasib baik bila sampai rumah aku jumpa resit tu dalam aku nyer beg...aku akan fight untuk dapatkan hp baru kalau yang aku hilang...tak de nye aku nak ambik hp yang rosak yang hantar repair bulan Oct tu...
Balik-balik rumah je tengok Aisy tengah melepak dengan mak kat pintu rumah..dia tengah belajar berdiri dan imbangkan badan...bila nampak je kami dia pun nak mintak dukung la..tapi aku ngan husband tak boleh ambik dia..husband aku kan meracun..aku lak baju & seluar kotor coz bercampur selut dan baja...kesian dia...terpaksa lah mak aku dukung dia bawa jalan-jalan kat beranda rumah tu...sempat juga main air paip tu ngan Aisy...seronok la dia bila kena simbah ngan air...simbah kat tangan je...
Bila aku siap je mandi, main kejap dengan Aisy & bawa dia jalan-jalan naik kereta pusing kampung. Sampai je rumah, minum susu terus tidur si kecik tu...dah penat bermain satu hari...Dengan aku-aku sekali tertidur keletihan...
Aisy ni kalau tidur siang pun bukan lama...setakat kita boleh solat dan makan je...kadang-kadang tak sempat apa pun, dia dah bangun...tapi kalau bangun, memang kelakar lah..Aisy ni kalau tidur dia pantang dengan dua perkara...pertama, selimutkan dia...dua, kelambukan dia...confirm dia akan cepat bangun...kalau nak dia tidur lama, dua-dua ni tak payah buat...dia lagi seronok jugak kalau tidur tu dalam keadaan pakai pampers je..maklum la...sejuk, tu yang syok tidur...
Kalau cerita pasal dia bangun dia tidur lak, kalau kelambukan dia, dengan satu gerakan dia tertendang kelambu, dia akan bangun dan terus duduk...pusing kanan, pusing kiri, mata bulat-bulat cari orang sekeliling dia, pasti merengek...walaupun sebelah dia, dia akan merengek...tapi suka tengok dia waktu ni...sangat suka...sangat comel dengan matanya yang bulat...
Petang lak aku ngan adik gi Felda Lembah Klau, rumah tukang jahit baju kami selama ni...hantar baju yang dah bertambun-tambun tapi satu pun tak siap-siap lagi...nanti dah siap, siaplah dengan duitnya...beli bukan sekali tak la rasa sangat, tapi nak bayar nanti sekali, baru tau berapa banyak nak kena bayar.
Sempat lagi beli sate untuk makan petang tu...bila dah beli, Aisy lah orang yang tak sabar nak makan...baunya memang buat tak sabar nak makan...lama betul tak makan sate Che Din buat ni..maklum lah, pekan sehari hanya di hari Khamis..mana nak beli...hari raya yang lepas, sate buat sendiri lak...tu yang dah lama tak makan sate Che Din. Tapi bila dah sampai rumah, orang yang tak sabar-sabar nak makan sate tu tak makan pun..cuma makan nasi impit je...apa lah Aisy ni..dia tak berapa suka ayam bakar ni...kalau sup je dia makan...
Malam minggu biasanya kami layan cerekarama...tapi malam tu ntah kenapa, aku jadi penat sangat/ Aisy tertidur pukul 10.00 malam...bila dia tidur, aku pun baring ngan dia...sudahnya aku pun tertidur ngan dia jugak...sedar-sedar 11.30 pm tu pun sebab Aisy dah berjaga...tapi sebab aku mengantuk, aku tidur balik,,,,sedar-sedar Aisy menangis coz dia main, tapi tak de orang nak main ngan dia...sian Aisy...
Aku ngan mak pun apa lagi, mulakan pujukan untuk dia tidur semula...dan bila dia tertidur, kami semua pun tidur...aku tengok husband aku pun dah terlentang kat ruang tamu yang luas tu..biasa dia takut, ni ok lak dia tidur kat situ...ngantuk sangat la tu...
Seawal 6.00am Aisy bangun di pagi Ahd mengejutkan aku & mak untuk bersolat. Kacau betul si Aisy ni...dia langsung tak nak tidur, tapi ok gak dia bangun. Senang sikit nak kejut husband aku bangun coz kalau ngan Aisy, Aisy mesti cakar-cakar muka dia...
Disebabkan Aisy tak nak tidur semula, awal-awal pagi lagi sudah duduk di luar rumah. Letak dia di dalam stroller dan dua pusingan kampung aku buat tolak dia. Dia memang seronok lah...pagi-pagi lagi dia dah boleh tengok ayam, arnab dan kucing...yang penatnya aku...
Sudahnya mak aku ajak aku bawa Aisy ke rumah jiran sebelah rumah yang sibuk bergotong royong untuk menyediakan jamuan makan tengehari sempena majlis cukur jambul cucu keduanya...aku sengaja berdiri di sebelah mak, dan Aisy pula sibuk memerhati kawan aku, Kamarul Asikin yang sibuk membelah kelapa...
Sebab Aisy asyik memerhati dia, dia datang dan berdiri berhampiran dengan aku...tak semena-mena Aisy hulurkan tangan, dan kawan aku ingatkan nak dukung, tapi Aisy ambik tangan Sikin dan salam cium tangan tu...Subhanallah..pandainya anak aku ni..kalau tak bukan main susah lagi nak ajar dia dan bersuruh dia bersalam...ni dengan senangnya dia bersalam...dan dituruti pula dengan nenek kepada Nurrahadatul "Aisy...baik sungguh anak mama ni.. dah pandai bersalam lak tu...alhamdulillah...
Petang tu kami bertolak balik ke Kl pukul 3.00 petang coz husband aku yang telah ingkar dengan janjinya untuk tidak bermain bola selama dua minggu untuk liga RRI. Kerana bola juga sanggup balik ditengah cuaca panas terik di lebuhraya Karak...tak kuasa aku dengan kjanji-janji palsu dia, aku hanya melayan mata sepanjang jalan...tiada bualan antara kami...GERAM sebenarnya......
Seperti biasa, bila petang Aisy ni mestilah mandi...sekarang dia suka sangat masuk bilik air sendiri. Tengahari tadi sebelum balik KL pun dah dua kali dia mandi air kolah. 1st dia masuk sendiri dalam bilik air, sebab dah kotor baju, aku mandikan dia dengan air kolah. Seronok tak nak keluar dia...lepas 30minit je, bila mak aku mandi, dia pergi lagi...mak aku pun layan lah cucu dia tu. Hanya letak air kolah dalam besen, mak aku dan Aisy duduk dalam bilik air tu..Aisy memang seronok sangat sampai aku angkat dia menangis tak nak keluar dari besen tu...
Petang tu pun sama, dah setengah jam aku mencangkung dalam bilik air dengan tak solat Asar lagi, dia asyik dengan main airnya tu...sampai nangis-nangis lah bila aku angkat dia keluar. Sekarang ni kalau rumah aku tu kena tutup lampu bilik air dan kunci pintu baru lah dia tak masuk. Itu pun dia ketuk pintu bilik air coz kadang-kadang bila dia ketuk boleh terbuka...entah apa la dia cari kat dalam bilik air tu...bukan bilik air tu tempat syaitan ke..dia tak nampak ke? bukan budak kecik nampak ke benda-benda macamhantu tu....pelik betul....
Disebabkan kepenatan,semua pun tertidur awal malam tadi...so aku ada masa sikit nak kemas rumah, lipat baju, dan iron baju aku...mop lantai je tak sempat. Asalkan mengemas dah siap, kira ok lah..tak la semak mata memandang....
No comments:
Post a Comment