Kalau minggu lepas Aisy jatuh dari sofa, tapi malam tadi Aisy jatuh katil lak...huhuhu..kasihan sungguh anak mama ni...Jatuh dari sofa mungkin kurang sakit coz di bawah sofa ada permaidani, tetapi jatuh katil?huhuhu...Allah je lah yang tahu...
Pesritiwa ini berlaku ketika jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pm yang mana Aisy kelihatan mengantuk ketika dia menunggu aku membasuh bajunya dihadapan pintu bilik air. Ketika aku bersolat Isyak, aku letakkan Aisy di atas katil namun dia agak pandai bermain tanpa cuba untuk turun ke bawah. Usai solat Isyak aku cuba untuk menidurkan Aisy.
Susu habis setengah botol, Aisy dalam pejam mata masih memusing-musingkan badannya mencari posisi yang sesuai untuk tidur. Dicuba untuk berbaring di atas teddybearnya, tapi tidak lena. Aku tarik dalam pelukan aku dan mengusap rambutnya. Matanya terpejam dan aku juga terlelap. Sungguh aku suka bau yang ada pada Aisy. Suka untuk memeluk Aisy tapi anak mama ni bukan macam baby girl yang suka manja-manja, tak suka langsung dipeluk dan dicium bertubi-tubi.
Aku rasa baru sahaja aku terlelap tiba-tiba terdengar Aisy menangis dan bila membuka mata Aisy tiada dalam pelukan aku. Husband aku berkejar ke dalam bilik sebaik sahaja mendengar tangisan Aisy. Aku bertanya kepada husband aku kat mana Aisy? Husband aku menjawab yang Aisy tidak bersamanya dan terus berlari menuju ke hujung kaki katil.
Alangkah terkejutnya aku dan husband aku, Aisy meraung sambil tertiarap. Mesti dia terjatuh dari atas katil. Husband aku angkat Aisy dan raungan Aisy bergema dan kadang-kadang seperti tiada suara raungan. Betapa sakitnya dia akibat kepala menyembah lantai yang tiada alas dan hanya berlantaikan jubin itu. Aku ambil Aisy dari husband aku dan bawanya keluar ke ruang tamu untuk diberikan air untuk hilangkan rasa terkejutnya namun Aisy menolak. Masih lagi dalam raungan. Dahinya sudah pun benjol kebiruan.
Dalam raungan juga lagi, aku bawanya ke katil dan baringkan dia. Mengambil susunya yang masih lagi panas untuk cuba legakan terkejutnya. Aku cba tuamkan kain ke dahinya tapi Aisy menolak dan husband aku mengambil air batu untuk dituam kedahinya pula. Dan kali ini Aisy tidak menolak..betul-betul 'AIS' la AISY ni...
Susu yang setengah habis dan meraung sekali lagi kerna tidak cukup...cepat-cepat husband aku membancuh sebagai tambahan namun hanya sedikit yang diminum Aisy. Aisy terus lena dan air batu masih lagi di dahinya. Dalam lenanya Aisy, aku cuba untuk tukarkan Aisy dengan tuamkan Aisy menggunakan kain pula.Mengharapkan benjolnya akan surut.
Alhamdulillah, bangun pagi ni benjolnya sudah tiada. Berkatberjaga hampir satu jam untu menuamkan kain ke dahinya semalam mungkin. Cuma aku bimbang jika ada sebarang kesan ke atas Aisy punca kepalanya jatuh ke simen. Dan pagi ini juga, tiada perubahan yang berbeza berlaku kepada Aisy.
Cuma sedikit mengamuk ketika mengangkatnya dari tidur untuk dihantar ke nursery. Namun dia baik-baik sahaja apabila diberikan kipas yang dibelikan ketika di KB hari tu. Tapi sayang, bila sampai di nursery, aku terperasan kipas Aisy yang ada tiga tu dah hilang satu. Bukan main ketawa lagi dia bila melihat kipas itu berpusing jika terkena angin.
Dan buat pertama kalinya juga pagi tadi dia tidak menangis ketika Ida (pembantu di nursery) mengambil dia daripada dukungan aku. Mungkin seronok kerana semalam Ida menggunakan lappy dan duduk disebelahnya.
Buat Aisy, mama minta maaf ye sayang. Mama janji dengan adik tak akan tertidur lagi walau mengantuk macamanapun kecuali ada abah kat sebelah adik...Semoga adik tak ada apa-apa ye...
No comments:
Post a Comment