Friday, November 19, 2010

Trip to Malacca & Majlis Pernikahan Insan Istimewa

Niat untuk bertolak lebih awal tidak menjadi coz terlalu ramai yang lebih suka bermalas-malasan..yang siap lebih awal adalah Aisy coz si kecik ni perlu disiapkan lebih awal dan perlu dimandikan terlebih dahulu..kalau aku mandi dulu, nanti aku kena tukar baju lagi..dia lebih suka bermain air dan menepuk2 air di dalam besen mandian...tu yang jadi basah...

Sudahnya kami bertolak dari Lembah Klau pukul 11.00 pagi...sepanjang perjalanan ke KL, Aisy hanya tidur..mengantuk agaknya coz disiapkan dari awal pagi tapi masih belum bergerak ke mana2...bila masuk kereta, ini lah tempat paling syok untuk dia beradu..

Hampir 12.30pm kami sampai di rumah aku di BSD untuk mengambil kereta Myvi husband aku dan meninggalkan Gen 2 aku untuk dia. Bawa kereta auto ke Malacca lagi senang berbanding manual coz Malacca terlalu pack bila hujung minggu terutama cuti sekolah. lagipun kami semua tak biasa drive di malacca.

Aku ambik giliran drive dari KL to Malacca coz adik yang drive dari Raub - KL. Tapi bila masuk je Lebuhraya Plus selepas tol Sg. Buloh, aku sepatutnya exit ke kiri menuju ke Seremban tapi disebabkan ada sebuah lori treler yang berada di kiri dan aku berada di lorong tengah tak sempat masuk ke lane kiri dan terpaksa terus menuju ke arah Kuantan..sesat lak..aku tak pernah pun lalu jalan ni..tapi gamble je dan akhirnya tembus gak kat tol sg. Besi setelah mebayar 2 extra tol...

Pemanduan ku diganggu kerana Aisy tak suka bila aku memandu..dia akan menangis bila aku drive. bila kereta berhenti, dia diam...akhirnya sebelum R&R Ayer Keroh aku dan adik bertukar tempat..adik terpaksa drive sampai ke Malacca...aisy ni macam2 ragam la..tak boleh la aku mendu macam ni...

Sampai asahaja di Malacca jam sudah menunjukkan pukul 2.00 lebih..berhenti di Masjid Al-Azim untuk solat jamak dan makan..bekal dah stand by..sebab makan kat malacca ni so far tak jumpa lagi yang betul2 boleh makan..terpaksa layan mamak, tu yang tak nak..bawa bekal lebih baik...Aisy juga aku mandikan dia kerana dia cepat sangat berpeluh...tambahan pula dia cepat betul comot bila makan kerana tangan dia leih cepat dari tangan kita yang nak menyuap dia..dia lebih suka suap sendiri, tu yang kotor baju

Usai solat, kami ke Bandar Hilir..pusing2 dan singgah di Dataran Pahlawan..tak ada apa yang aku beli pun kat sini..cuma terjumpa stokin yang panjang untuk aisy tu..terus beli..ada satu baju tu, cantik sangat..jenis kait..kalau aku pandai mengait, macam2 baju, topi, dan aksut aku buat untuk aisy..mak lak tak ingat dah macamna nak mengait...


Aisy

Mengamuk nak handphone

Pukul 6.00 petang kami bergerak keluar ke MITC kerana anak sepupuku telah menyewa sebuah apartment untuk kami tinggal..kami nak tinggal kat hotel, tapi mak tak nak..dia kata, dulu bertunang, kami dah tinggal hotel yang tak sama dengan diorang. Mak dah tak sedap hati kalau kali ni pun buat yang sama...

Sesat tu nak cari apartment tu. apa yang kami diberitahu, 'homestay' tu belakang Ancasa Hotel tapi tak de lak. 3 x pusing belakang pun masih tak jumpa lagi...akhirnya anak sepupu aku terpaksa menunggu kami di ancasa hotel..rupanya kena keluar jalan lagi satu dan apartment ke tersorok ke dalam sikit...

Lepas maghrib kami bertolak ke Kampung Parit Sidang Seman untuk majlis pernikahan anak sepupu aku yang istimewa ni..dia bisu tapi tak pekak. dia boleh mendengar dengan menggunakan earing aid.....tibanya kami di sana, memang penuh dengan wartawan dari pelbagai media cetak...majlis ini juga dirakam oleh pihak RTM..


Pic credit from Utusan Online..sendiri punya ada pada adik

Majlis pernikahan ini berjalan dengan lancar..tok kadi mengakadkan dengan cara biasa dan Fariz menerima akad tersebut bukan menggunakan bahasa isyarat tapi hanya membaca dalam hati teks yang telah disediakan. Ini kerana Fariz boleh mendengar dan cuma merujuk kepada RM40.00 tunai Fariz menggunakan bahasa isyarat menunjukkan jumlah. Dengan sekali lafaz Fariz dan Dalilah sah menjadi suami isteri.

Aku lak tak boleh berlama-lama di dalam kerana panas dan aisy mengamuk..selesai je akad nikah, aku trus keluar. tak boleh tunggu lagi..menjamu selera malam tu dengan lauk kari kambing..tapi semua pun tak makan coz family kami memang tak makan daging kambing..dari segi makan, kami memang tak puas hati kerana waktu pertunangan hari tu terlalu banyak pilihan yang semuanya sedap2 belaka. Tapi untuk kali ni tidak.....apa pun, selamat pengantin baru untuk 2 insan istimewa ini......

No comments:

Post a Comment