Monday, November 29, 2010

Geram Bila Semuanya Kita Yang Kena Buat

Sekarang mood sungguh tak baik..dengan kerja yang terlalu banyak di office ditambah lak dengan 'jawatan' isteri yang aku pegang hampir 2 tahun ni...

Aku geram gila kat office dan boss aku ni bukan apa...dia nak semuanya siap tu jam jugak walau pun dia tahu banyak doc yang tak cukup pun...semua pun tak tau kan aku kerja apa..aku menjawat jawatan HR Asst kat company kecik je..out-sourcing company..manage & supply foreign workers...dulu aku buat kerja2 admin office tapi sebab staff dah jadi 3 orang semua kerja pun aku buat...(terlalu ramai yang berhenti dan aku jugak yang setia di sini dah hampir 5 tahunBoleh dapat anugerah ni)

Ramai pekerja asing boss aku dah balik after 3 years service, so boss aku pening kepala nak dapatkan keuntungan yang makin berkurangan (tamak..pendek kata)..sekarang dah buka permohonan baru melalui gantian pekerja asing yang dah balik..so aku kena buat semua doc ni..kerja senang tapi jadi leceh coz banyak doc yang dah hilang..banyak sangat staff yang silih ganti handle kerja ni kat office, ni la jadinya...

Kebanyakan memo periksa keluar yang original dah hilang, so list yang aku nak submit tu hampir 5 kali aku rombak...tension..bila dah rombak replace, cari tak jumpa, replace lagi..sampai aku pun pening kepala...dah submit, reject lagi coz doc syarikat prinsipal tak lengkap..buat lagi...

Dalam masa aku terkejar2 buat benda ni, boss aku suruh submit lak claim levy..aduyai..doc tu banyak tak lengkap coz ko jugak yang buang all the file bila ko nak kena saman hari tu ngan share partner ko..aku gak yang jadi mangsa nak trace worker mana yang unfitt, yang mmg dah COM..yang cancel tak masuk..pening....

lagi buat aku pening kepala kerja2 account aku gak kena buat..bos aku bukan ada 1 company je tapi ada 4 company yang memang operate...pening nak kena buka cek, dia lak suka2 buka cek bayar tu bayar ni..pastu tanya aku balance berapa..ingat aku machine ke boleh ingat2 semua tu..aku tension...time gaji lagi la..aku pening...

Tambah lagi pening bila tiba2 worker bangladesh syarikat aku mati kena bunuh..perut terburai kat hulu langat.....korang baca la news esok..mesti ada..polis datang tapi boss aku lepas tangan lak...mula2 dia ajar aku nak handle macamana ngan police tu tapi aku tak suka menipu so aku gi solat supaya Allah permudah kan urusan ku..dengan harapan, bila aku solat polis datang so aku tak payah la kuar buat statement palsu...alhamdulillah..terselamat..apa yang aku rancang, betul2 terjadi..boss aku yang bagi statement lepas officemate aku blur tak tau nak cakap apa...


Budak kecik yang asyik dengan bukunya

Budak kecik yang asyik bermain dan menonton tv

Tu cerita kat office, ni lagi aku geram kat husband aku...tengah2 kerja tu dia telefon tanya aku dah bayar bil electric ke belum..dia kata TNB sent msg kat dia..bukan main lagi salahkan aku tak bayar..dah berapa kali aku ingatkan dia tolong aku ingatkan bil tu coz skrg aku tak bawa beg naik ke atas rumah yang tinggi tu..tak larat nak dukung aisy lagi, nak bawa beg dia lagi..kadang2 perlu jugak bawa barang2 dapur tak pun barang2 aisy yang aku baru beli di Carrefour sebelah office aku tu...asyik semua serah kat aku je..kalau aku mampu buat pun kadang2 terlupa gak..yang penting aku bukan lupa nak bayar tapi bila dah sampai bawah dah malas nak naik semula ambik bil tu..aku bukan tak nak letak dalam beg aisy takut nanti terlupa ambik langsung tak bayar jugak...(daya ingatan aku makin kurang sejak lahirkan aisy ni coz aku banyak lebihkan aisy dari segala-galanya)..paling aku geram kenapa dia tak bayar je sabtu hari tu...dok rumah membuta je..bangun je nak main bola...geram betul aku...tensionnnnnnnnnnnnnnnnnn...........

Penat dan perasaan geram menyebabkan aku tertinggal handphone kat office...tingkat 8, malas dah nak naik..lantak la..tak penting kot...terus balik ambik aisy...mesti laki aku cari aku nyer...lantak la..nanti dia mesti ingat aku marah dia coz dia bising kat aku tengahari tadi...

Bila sampai nursery, penat hilang bila tengok aisy yang syok gila dok atas bouncing tu sambil pegang botol susu tonton tv...berlagak betul budak kecik ni..macam orang tua...tapi bila tau ternampak aku menyorok kat tepi dinding tu terus dia nak bangun..susu pun dia buang...teruk betul ni..tak sabar2 nak balik...

hari hujan tapi aisy ni susah sikit nak pakaikan topi kat kepala dia..mesti dia buang..kena la pakai payung walaupun renyai2 je...bila dah sampai rumah hujan lebat lak..aisy ni lak sibuk nak pegang payung...akhirnya sampai ke atas kami berpayung..kelakar lak berpayung naik tangga yang tak de hujan tu...hehehe..

husband aku rileks je tengah syok tonton tv...aku dengan diam tak bertegur sapa pun..geram betul bila bil tu due date 06.12.2010...lambat lagi kan...tapi dia seorang yang cool...memujuk dalam diam...aku lak jenis cepat sejuk..tak marah pun, cuma geram sekejap je tengah hari tadi...love you byby...so much....(gorengkan scallop ayam tadi for dinner malam ni)..hehehe....

2 comments:

  1. Fiza, biasa la tu gaduh ngan hubby... alah bisa tegal biasa :) tp klu boleh xyah story kat blog, malu klu dia baca nanti ;) pendapat aku je... hehe.

    ReplyDelete
  2. Ntah lah Karni,mmg memalukan diri sendiri dan suami kan cerita kat blog, tapi aku geram lah..benda yang sama berulang-ulang..pentingkan bola & kawan2 lebih dari segalanya...aku cuma nak dia baca je supaya dia tau yang aku ni kecik hati sangat2 bila dia utamakan bola & kawan2 (kepuasan peribadi)

    ReplyDelete