Tuesday, November 16, 2010

Sehari sebelum Aidiladha..........

Untuk Aidiladha tahun ni aku tak bercuti sehari sebelum hari raya. Sebab aku dah apply cuti untuk 2 hari selepas perayaan...

Walaupun tak bercuti untuk persiapan hari raya, tapi aku juga membuat persediaan..seawal 5.00 pagi aku bangun untuk ke pasar borong Selayang untuk membeli udang dan buah tembikai. Ni semua untuk masakan di hari raya kedua coz ada kenduri tahlil sekali gus dengan menjamu orang kampung dengan daging korban yang akan kami buat pada hari raya pertama di kampung aku..

Ini bukan kali pertama aku ke pasar borong, sudah acapkali aku kesini setiap kali ingin melakukan kenduri tahlil untuk arwah abah, di sinilah aku tuju untuk memborong udang sebagai menu menjamu selera tetamu yang datang. Tapi hari ni penuh sesak dengan kenderaan persendirian seawal pagi mungkin jugak kerana esok hari raya menyebabkan kami terpaksa berpusing sebanyak 2x untuk membolehkan kami memakirkan kereta.Ramai yang menjual sarung ketupat yang sudah siap di sini, tapi bukan ini yang kami cari. Orang Kl boleh jugak la rebus ketupat kan walaupun tak de pokok kelapa...

Sampai di rumah sudah pukul 6.30am dan terkejar2 untuk solat subuh..usai solat subuh sempat breakfast dengan husband di rumah sebelum ke tempat kerja. Jarang benar kami mempunyai kesempatan breakfast bersama di rumah sebelum ke tempat kerja. Kami berdua sentiasa berkejar ke tempat kerja aseawal 7.30 pagi kerana perlu menghantar Aisy ke nursery dan sebelum ini ke rumah baby sitter. Rasa macam baru kahwin lak bila Aisy tak ada di rumah tapi aku lebih sukakan waktu terkejar2 bila ada Aisy..sebenarnya aku terlalu rindukan Aisy..anak mama yang notti...

Di office kami bekerja seperti biasa dari pukul 9.00am to 9.00 pm...tak ada balik awal seperti selalu bbila ada sesuatu perayaan..Boss aku makin kedekut dengan balik awal sejak deepavali hari tu..lantak la..tak bagi sudah la..lagi pun aku kena tunggu husband aku gak nak balik nanti.


Baju dan booty yang sempat aku beli di Jusco untuk dipakai ke Melaka jumaat ni

Ambil husband aku di Shell Gombak untuk pulang ke rumah dulu sebelum pulang ke kampung..aku bersuara kepada husband aku "kalau udang dah ada kita boleh terus kan by"..dia diam je..aku tau pasti dlm hati dia berkata "sama je kan balik sekarang dengan balik lepas maghrib.rumah mak tu bukan hilang pun...". Memang la tak hilang, tapi aku ingin dakap aisy dan main2 dengan dia dulu..kalau jam malam nanti mesti sampai lambat dan aisy dah tidur..esok baru boleh dia nampak aku...huhuhu...


Shell MRR2

Sepertimana yang aku duga, jalan Lebuhraya Karak memang jam sangat2..hanya perlu pandu 20km/j sahaja..entah bila akan sampai..menyesal tak ikut jalan lama..ikut Batang Kali..confirm lebih cepat sampai...setelah hampir satu jam memandu tapi tak sampai2 ke terowong genting sempah. Biasanya hanya 15 min dari Tol Gomabk akan sampai ke Terowong Genting Sempah. Alhamdulillah, rasanya dalam 10 km atau 05 km sebelum lorong mendaki ke Terowong, satu laluan bertentangan telah dibuka dan husband aku memilih untuk melalui lorong bertentangan..lajhu la sikit..05 min je dah sampai terowong..tapi lepas je terowong, lorong sudah ditutup..tapi tak jam la plak kat sini...


Dalam terowong Genting Sempah, laluan bertetangan

Jalan jam, memandu dengan kelajuan 20kmj sahaja. Lokasi: Lebuhraya Karak arah ke Bentong (selepas tol Gombak)

Keputisan untuk memalui bandar Bentong terpaksa diubah setelah kami tersangkut dalam jam sebaik sahaja baru exit ke kiri untuk susur masuk ke Bentong Barat setelah tol Bentong..kami berpatah balik dan teruskan perjalanan ke Sertik..jalan alternatif..x jam dan alhamdulillah,pukul 11.00 pm kami dah sampai rumah. Aisy pun tak tidur tunggu mama dia..dia rindu agaknya..langsung tak nak dengan orang lain. hanya berdukung dengan aku sampai tertidur dalam dukungan..so sweet la aisy ni...manja dan notti...

Tidur perlu awal coz esok awal pagi perlu membakar sate untuk breakfast sebelum ke masjid solat sunat hari raya...see u tomorrow...wa chau dulu....................................

Note : Kalau korang jam bila nak balik menghala ke Raub atau Kelantan, lalu la ikut jalan yang aku lalu ni. xjam..cepat sampai ke rumah tapi jauh sikit

No comments:

Post a Comment