Saturday, November 20, 2010

Majlis Persandingan Insan Istimewa

Jika semalam majlis akad nikah telah selamat dijalankan, hari ni tibalah masanya untuk majlis persandingan.

Pukul 11.30am kami semua check out dari homestay dan menuju ke rumah pengantin perempuan yang mana majlis akan berlangsung pada pukul 1.00 tengahari...

Pada mulanya kami berkonvoi tapi disebabkan asyik berhenti je adik terlepas pandang dan terus sahaja memandu ke rumah pengantin perempuan. Sudahnya kami menunggu lama di sana untuk menanti kereta2 lain dan juga sebuah bas yang datang dari Raub hari ni.


Aisy & Cik De

Aisy disebalik car seat

Kasih C.Su

Nak lompat ke belakang la tu

Nak air..nak air....

Aku tak dapat menyertai majlis persandingan ini disebabkan Aisy telah tertidur dek kerana kepenatan yang amat sangat bermain tadi. Sudahnya sampai sahaja ke kereta, Aisy baru la bangun..apa la Aisy ni..majlis dah habis baru nak bangun...

Kami bertolak pulang ke KL dan singgah di Nilai 3 untuk membeli kain langsir. Aku tak de apa nak cari pun. Badan terlalu penat tapi aku perlu memasak untuk semua makan kerana semua pun lapar...

No comments:

Post a Comment