Sunday, November 21, 2010

Ahad Yang Membosankan.................

Pagi-pagi lagi dah bangun walau pun penat..Letih semalam tak hilang pun lagi tapi sebab ada tetamu di rumah, terpaksa la bangun awal...bukan buat apa pun coz breakfast adik belikan...cuma menyediakan air minuman sahaja..hehehe..ni pun kategori penat tau...

Mak dan adik2 aku hanya pulang ke kampung setelah jam menunjukkan pukul 10.30 pagi...perjalanan yang dirancang untuk terus ke Keratong terpaksa dibatalkan kerana tersilap hitungan...tarikh majlis perkahwinan di rumah emak saudara ku hanya akan berlangsung pada esok hari..pada hari ini hanya majlis di sebelah perempuan...

Jejak je kaki ke tingkat 4, aku dah bersuara.."By, kita gi OU nak?".."Nak buat apa?"..."Saje je..Hana tak pernah pergi sana la..nak cari buku untuk Aisy gak"..."Emm...penting ke?"..."Tak la.Saje je nak gi"..."Tak payah la..bukan ada apa pun kat sana"...Diam.............

After 10 minutes..."By, kita gi zoo nak..boleh Aisy tengok elephant kan Aisy!"..Aisy mengekek ketawa bila dengar elephant coz dia tau elephant yang ada kat selimut dia..."Tak payah la..dok rumah je la berehat2"........

Pukul 3.00 petang aku tengok husband aku sibuk cari stokin & boot dia.."Ada game ke?"..."Em..biasa la"...




Mama yang asyik bermain & merakamkan aksi Aisy

Kesimpulannya, korang pikir la sendiri apa aku rasa.....

Note: Kalau Aisy boleh dok dalam car seat tu dah lama aku bawa dia ke meraa tempat di KL ni..biar tau apa itu shopping complex..apa itu taman permainan..apa itu zoo...bukan setakat tau apa itu NSK dan pasar Nepal di Selayang...huhuhu...

No comments:

Post a Comment