Pada hujung minggu aku biasa akan berehat je kat rumah..jarang keluar coz biasanya petang aku akan pulang ke KL..tapi kali ni disebabkan husband pun outstation ke Terengganu, adik2 aku pun tak ada..mak aku ajak aku pergi ke bandar Raub untuk beli barang-barang kedai runcit...
On the way ke Bandar Raub, kami berselisih dengan konvoi2 kereta yang pulang dari menonton piala Malaysia...hooray..Kelantan menang Piala Malaysia..1st time Kelantan menang Piala Malaysia..tahun lepas aku & by by sokong kelantan tapi kalah gak kat tangan N9..tahun ni sokong gak,alhamdulillah..menang...N9 lak kalah..(sebenarnya aku dah tengok after N9 score goal yg 1st tu..rasa kecewa & xde harapan lagi nak menang)....
Sebagai tanda menyokong mereka, aku mengangkat tangan kepada mereka yang mengibarkan bendera dan mereka juga membalasnya...Mak aku juga berbuat demikian..kami memang minat tengok bola..tapi tak pernah masuk stadium menonton secara live...lagi pun aku takut sikit dengan penyokong2 yang terlalu emo ni...takut aku lak jadi mangsa...
Destinasi pertama adalah di satu kedai India yang memang dari kecik mak aku akan beli pelbagai rempah kat situ untuk membeli rokok....setrusnya destinasi kami ke kedai makan berhadapan sekolah tengku kudin kat jalan cheroh..niat hati nak makan nasi ayam tapi bila sampai tengok nasi dagang ada lagi dan dijual semula..kami menimati nasi dagang yang betul2 enak..aku suggest kat korang yang nak makan kalau kat raub pergi la kedai ni...confirm puas hati..tak kisah la makan nasi ayam atau pun nasi dagang atau pun nasi kerabu dia...memang best..yang lagi best adalah air buah dia..thumbs up untuk kedai ni...
Kami membeli belah di TF Value Mart aka Thong Fatt...hari ahad macam ni biasanya murah..tengok saje la apa kami beli..buah lai hanya RM2.50 untuk 12 bji..murah kan..yang lain semuanya barang kedai mak...apa yang aku nak kongsi kat sini adalah buat pertama kali aisy duduk di dalam troli..namun bukan lah sepanjang masa..lebih banyak di dukungan aku..dia tak berapa suka duduk di dalam troli walau pun ditolak...lebih suka didukung dan dipeluk...paling aku suka bila aku saje2 menunjukkannya patung ladybird yang besar berwarna merah..dia mencapainya dan menyembamkan mukanya ke patung tu...sambil ketawa mengekek..dia sangat suka..aku tidak membelinya kerana pada aku harganya tidak berbaloi dengan kualiti patung tersebut...nanti mama cari yang lain ye aisy...yang bulunya lebih lembut...
kami singgah lagi di kedai cina Jin Onn kat Sungai Ruan...mak masih dalam tujuannya membeli barang2 kedai..aku dan aisy hanya meneman...sebab tak de apa yang aku ambik, mak pun belikan aiskrim conetto...bukan kami yang makan..tapi aisy...sampai menangis2 tak bagi dia makan...teruk betul ni..kecik2 lagi dah pandai nak makan aiskrim..ni bukan kali pertama, abah dia pun pernah suap aiskrim waktu kitorang kuar gi NSK pada hari aku cuti EL coz tak de pengasuh tu....
Note : Mama tak akan bagi adik makan aiskrim sebenarnya..tapi abah dan tokma adik terlalu manjakan adik sampai apa yang adik nak makan semua bagi...
No comments:
Post a Comment