Aku tak suka berhujung minggu di KL..aku suka kan kampung aku..aku tenang di sana...tapi minggu ni tak balik...so, aku pasti hujung minggu di sini terlalu membosankan...
Ni kali ketiga hujung minggu aku di KL...yang pastinya tiada apa yang boleh aku buat bila husband aku tak suka untuk keluar jalan2...
Cuma sebab rasa tak tahan berada di sangkar burung yang tinggi ni, aku pun berulang cakap kat aisy..."kesian aisy ye...tak boleh tengok meow..tak boleh tengok ayam kan...dok ngan mama je ye...tak boleh di di di kan"...10x ulang akhirnya husband aku ajak ke Tesco...itu pun aku bagi alasan nak cari susu dan pampers aisy yang dah tak de...pada hal banyak lagi...
Pergi kami ke Tesco Kepong terkejar2 coz husband aku ada game kat RRI kul 5.00 nanti...kitorang kuar rumah pun dah 3.30pm...masuk ke Tesco hanya membeli susu dan pampers sahaja...huhuhu..teruk kan...baik beli kat kedai runcit je...
Tapi aku menyatakan hasrat aku nak belikan aisy anak patung coz dia suka sangat patung2 animal esp elephant & bee..tapi husband tak bagi beli kat tesco, dia kata nanti dia bawa gi kilang anak patung kat Tmn Ehsan...dalam kereta masih perli dia coz aku tau bila kami balik ke rumah kereta itu hanya akan bergerak ke tempat kerja sahaja..tak akan keluar ke mana2 lagi...
Kerana tak tahan dengan omelan aku, dia bagi masa 10 min je pilih anak patung coz jam dah hampir kul 5.00 pm...tapi bila dah sampai kilang tu, hampir 15 min jugak la untuk decide patung apa nak beli...aku nak ambik bee yang aisy suka tapi husband tak bagi...dia kata kalu nak beli, beli yang boleh gerak2 atau ada bunyi...akhirnya belilah patung Barney...aku tak suka sangat dan aku tau aisy jugak bukan lah suka sangat...tak kisah la...malas dah nak gaduh2...
Akhirnya hujung minggu aku berakhir hingga ke malam hari dengan bermain2 dengan aisy sahaja...kalau aisy boleh dok kat car seat tu dah merata mama bawa aisy...tentu aisy tak bosan....
No comments:
Post a Comment