Seawal 5.00 pagi aku bangun setelah jam aku bising menyanyikan lagu Kalau Berpacaran (Anna Rafali, Suhaimi Meor Hassan dan Ultimate).
Ambik masa jugak coz nak hidupkan api nak jadikan arang ni bara baru leh bakar sate..orang lain sedang je pejam mata, aku je seorang buat ni..nak buat macamana..orang lain tak kan buat nye benda2 ni..makan boleh la..
Pukul 6.30 am Aisy terjaga dari tidur dan menangis coz aku tak de sebelah dia..walau pun dengan abah dia, dia tak nak..akhirnya adik aku bawa dia ke tempat aku bakar sate baru lah dia diam..ambik masa sikit untuk tidurkan dia semula tapi tak nak tidur gak..akhirnya mandikan dia saje dan pakai kan baju kurung yang C.Su dia jahitkan..(guna kain lebih buat sarung tilam dia..hahahah)
Byby awal2 lagi dah siap tapi tak nak pergi solat sunat lak..boleh dia dok bertebeng kat rumah main ngan Aisy..teruk betul..tak tau la dia ni salah didikan dari kecik ke apa...susah bila dah tua macam ni baru nak mintak dia berubah..nasib baik la byby nak solat fardhu dan puasa..(ni pun lepas kawan ngan aku coz aku tak suka la kawan2 aku yang ada agama Islam tapi bukan macam org Islam)
Pagi2 raya pun aku ngan husband boleh bercakaran..mana taknya..nama pun hari raya, apa salahnya kita pakai baju cantik2 dan berwangi2an walaupun kita tau nanti nak kena potong daging..tak salah kan kita menyambut raya dulu...
Ni la jadi kat husband aku, dah la tak pi solat sunat, tiba2 dia tukar dari baju melayu sepasang ke seluar jeans lusuh dan t'shirt lusuh gak..rasa grm pn ada..apada aku, macam tak hormat hari raya je..kami akan ke kampung arwah abah di Jelu untuk buat korban..kan namanya berkunjung..bukan kena pakai baju raya ke..setelah ditegur, dia hanya memakai baju melayu dengan jeans lusuhnya sahaja..malas dah akak nak cakap apa...tapi tak habis kat situ, dlm kereta jugak buat aku geram..
Kami dah kuar lambat dari rumah tapi husband aku boleh lak bawa slow gila..apa lagi, aku malas la nak dengar mak bising2, dah la tak pi masjid, datang pun lambat..orang nak buat korban kat sana awal..macam tahun lepas, kami semua tak sempat nak solat sunat di sana coz diorang solat awal..nak potong lembu banyak sangat kat sana...
Pukul 10 lebih baru start Qorban lembu coz tunggu Makngah yang lambat sampai...Seekor lembu dibahagi dengan 7 bahagian, 6 bahagian untuk Qorban dan 1 bahagian untuk akikah. Tahun ni kami tak buat seekor lembu macam tahun lepas untuk family aku. Cuma ambil 3 bahagian je, Mak, Abang & Aku je..actually aku dah buat 4x masuk yang ni. aku nak bagi kat De atau adik tapi diorang tak nak lak..Diorang semua baru 2x buat korban...
Pukul 2.00 lebih husband, aku, aisy dan abang balik dulu coz sian aisy dah tak larat..lagi pun kawan (aka girlfriend atau pun bakal isteri abang-k.Niza) nak datang rumah...Penat memang penat...Mata dah la ngantuk..tapi tak rehat2 lagi ni..cuma dapat la terlelap jap bersama aisy yang kononnya nak tidurkan aisy tapi aku yang tertidur...
No comments:
Post a Comment