Monday, November 29, 2010

Geram Bila Semuanya Kita Yang Kena Buat

Sekarang mood sungguh tak baik..dengan kerja yang terlalu banyak di office ditambah lak dengan 'jawatan' isteri yang aku pegang hampir 2 tahun ni...

Aku geram gila kat office dan boss aku ni bukan apa...dia nak semuanya siap tu jam jugak walau pun dia tahu banyak doc yang tak cukup pun...semua pun tak tau kan aku kerja apa..aku menjawat jawatan HR Asst kat company kecik je..out-sourcing company..manage & supply foreign workers...dulu aku buat kerja2 admin office tapi sebab staff dah jadi 3 orang semua kerja pun aku buat...(terlalu ramai yang berhenti dan aku jugak yang setia di sini dah hampir 5 tahunBoleh dapat anugerah ni)

Ramai pekerja asing boss aku dah balik after 3 years service, so boss aku pening kepala nak dapatkan keuntungan yang makin berkurangan (tamak..pendek kata)..sekarang dah buka permohonan baru melalui gantian pekerja asing yang dah balik..so aku kena buat semua doc ni..kerja senang tapi jadi leceh coz banyak doc yang dah hilang..banyak sangat staff yang silih ganti handle kerja ni kat office, ni la jadinya...

Kebanyakan memo periksa keluar yang original dah hilang, so list yang aku nak submit tu hampir 5 kali aku rombak...tension..bila dah rombak replace, cari tak jumpa, replace lagi..sampai aku pun pening kepala...dah submit, reject lagi coz doc syarikat prinsipal tak lengkap..buat lagi...

Dalam masa aku terkejar2 buat benda ni, boss aku suruh submit lak claim levy..aduyai..doc tu banyak tak lengkap coz ko jugak yang buang all the file bila ko nak kena saman hari tu ngan share partner ko..aku gak yang jadi mangsa nak trace worker mana yang unfitt, yang mmg dah COM..yang cancel tak masuk..pening....

lagi buat aku pening kepala kerja2 account aku gak kena buat..bos aku bukan ada 1 company je tapi ada 4 company yang memang operate...pening nak kena buka cek, dia lak suka2 buka cek bayar tu bayar ni..pastu tanya aku balance berapa..ingat aku machine ke boleh ingat2 semua tu..aku tension...time gaji lagi la..aku pening...

Tambah lagi pening bila tiba2 worker bangladesh syarikat aku mati kena bunuh..perut terburai kat hulu langat.....korang baca la news esok..mesti ada..polis datang tapi boss aku lepas tangan lak...mula2 dia ajar aku nak handle macamana ngan police tu tapi aku tak suka menipu so aku gi solat supaya Allah permudah kan urusan ku..dengan harapan, bila aku solat polis datang so aku tak payah la kuar buat statement palsu...alhamdulillah..terselamat..apa yang aku rancang, betul2 terjadi..boss aku yang bagi statement lepas officemate aku blur tak tau nak cakap apa...


Budak kecik yang asyik dengan bukunya

Budak kecik yang asyik bermain dan menonton tv

Tu cerita kat office, ni lagi aku geram kat husband aku...tengah2 kerja tu dia telefon tanya aku dah bayar bil electric ke belum..dia kata TNB sent msg kat dia..bukan main lagi salahkan aku tak bayar..dah berapa kali aku ingatkan dia tolong aku ingatkan bil tu coz skrg aku tak bawa beg naik ke atas rumah yang tinggi tu..tak larat nak dukung aisy lagi, nak bawa beg dia lagi..kadang2 perlu jugak bawa barang2 dapur tak pun barang2 aisy yang aku baru beli di Carrefour sebelah office aku tu...asyik semua serah kat aku je..kalau aku mampu buat pun kadang2 terlupa gak..yang penting aku bukan lupa nak bayar tapi bila dah sampai bawah dah malas nak naik semula ambik bil tu..aku bukan tak nak letak dalam beg aisy takut nanti terlupa ambik langsung tak bayar jugak...(daya ingatan aku makin kurang sejak lahirkan aisy ni coz aku banyak lebihkan aisy dari segala-galanya)..paling aku geram kenapa dia tak bayar je sabtu hari tu...dok rumah membuta je..bangun je nak main bola...geram betul aku...tensionnnnnnnnnnnnnnnnnn...........

Penat dan perasaan geram menyebabkan aku tertinggal handphone kat office...tingkat 8, malas dah nak naik..lantak la..tak penting kot...terus balik ambik aisy...mesti laki aku cari aku nyer...lantak la..nanti dia mesti ingat aku marah dia coz dia bising kat aku tengahari tadi...

Bila sampai nursery, penat hilang bila tengok aisy yang syok gila dok atas bouncing tu sambil pegang botol susu tonton tv...berlagak betul budak kecik ni..macam orang tua...tapi bila tau ternampak aku menyorok kat tepi dinding tu terus dia nak bangun..susu pun dia buang...teruk betul ni..tak sabar2 nak balik...

hari hujan tapi aisy ni susah sikit nak pakaikan topi kat kepala dia..mesti dia buang..kena la pakai payung walaupun renyai2 je...bila dah sampai rumah hujan lebat lak..aisy ni lak sibuk nak pegang payung...akhirnya sampai ke atas kami berpayung..kelakar lak berpayung naik tangga yang tak de hujan tu...hehehe..

husband aku rileks je tengah syok tonton tv...aku dengan diam tak bertegur sapa pun..geram betul bila bil tu due date 06.12.2010...lambat lagi kan...tapi dia seorang yang cool...memujuk dalam diam...aku lak jenis cepat sejuk..tak marah pun, cuma geram sekejap je tengah hari tadi...love you byby...so much....(gorengkan scallop ayam tadi for dinner malam ni)..hehehe....

Sunday, November 28, 2010

Hari Minggu Yang Membosankan....

Aku tak suka berhujung minggu di KL..aku suka kan kampung aku..aku tenang di sana...tapi minggu ni tak balik...so, aku pasti hujung minggu di sini terlalu membosankan...

Ni kali ketiga hujung minggu aku di KL...yang pastinya tiada apa yang boleh aku buat bila husband aku tak suka untuk keluar jalan2...

Cuma sebab rasa tak tahan berada di sangkar burung yang tinggi ni, aku pun berulang cakap kat aisy..."kesian aisy ye...tak boleh tengok meow..tak boleh tengok ayam kan...dok ngan mama je ye...tak boleh di di di kan"...10x ulang akhirnya husband aku ajak ke Tesco...itu pun aku bagi alasan nak cari susu dan pampers aisy yang dah tak de...pada hal banyak lagi...

Pergi kami ke Tesco Kepong terkejar2 coz husband aku ada game kat RRI kul 5.00 nanti...kitorang kuar rumah pun dah 3.30pm...masuk ke Tesco hanya membeli susu dan pampers sahaja...huhuhu..teruk kan...baik beli kat kedai runcit je...

Tapi aku menyatakan hasrat aku nak belikan aisy anak patung coz dia suka sangat patung2 animal esp elephant & bee..tapi husband tak bagi beli kat tesco, dia kata nanti dia bawa gi kilang anak patung kat Tmn Ehsan...dalam kereta masih perli dia coz aku tau bila kami balik ke rumah kereta itu hanya akan bergerak ke tempat kerja sahaja..tak akan keluar ke mana2 lagi...

Kerana tak tahan dengan omelan aku, dia bagi masa 10 min je pilih anak patung coz jam dah hampir kul 5.00 pm...tapi bila dah sampai kilang tu, hampir 15 min jugak la untuk decide patung apa nak beli...aku nak ambik bee yang aisy suka tapi husband tak bagi...dia kata kalu nak beli, beli yang boleh gerak2 atau ada bunyi...akhirnya belilah patung Barney...aku tak suka sangat dan aku tau aisy jugak bukan lah suka sangat...tak kisah la...malas dah nak gaduh2...

Akhirnya hujung minggu aku berakhir hingga ke malam hari dengan bermain2 dengan aisy sahaja...kalau aisy boleh dok kat car seat tu dah merata mama bawa aisy...tentu aisy tak bosan....

Saturday, November 27, 2010

Menghadiri Majlis Perkahwinan di Selekoh, Perak

Hari ni plan nak ikut De pergi ke ke majlis perkahwinan kawan dia kat Selekoh,Perak jadi coz aku tak perlu pergi ke Produa Service untuk service kereta aku...husband aku cuti lak hari ni...cuma berpesan padanya bila dah bangun tidur nanti tolong service ye...duit dah tinggal, tolong bawa je gi pusat service...hehehe..aku nak ikut makan angin ni...

Kitorang ikut jalan Kuala Selangor untuk lebih dekat sampai ke destinasi coz kalau naik highway, jauh sikit...so terlalu banyak la pemandangan cuci mata bila lalu kat Kuala Selangor ni...rumah-rumah, sawah padi..kedai2..tapi bila kampung Jawa ni sama je kan..kalau ke Johor pun sama je macam ni bila tengok rumah diorang...

Sampai di rumah kawan De tu hujan lak...pengantin pun dari tadi belum kul 1.00 kata nak bersanding kul 1.00...tapi dah pukul 2.00 pun tak bersanding2 lagi...disebabkan hujan, aku, adik dan mak berteduh di bawah khemah je...layan aisy main tolak2 bekas berisi kuih bahulu...macam main kereta lak anak aku ni...





Aisy yang masam je muka dia coz nak tidur la tu...





Ni gambar dia sibuk bermain dengan bekas kuih bahulu

Pukul 2.20 kitorang bertolak balik...makan kurang sedap dan perut masing2 lapar coz tak berapa makan pun tadi...tapi kedai makan tak jumpa2 lak nak singgah makan sampai la ke Kuala Selangor...akhirnya cuma sampai di Sungai Besar untuk membeli buah-buahan dan bahulu gulung serta kerepek...puas memborong aku tengok mak dengan kerepek yang 3kg tu 2 paket...nak makan ke? banyak nye...
Kali ni balik ke KL kami sesat lak..sepatutnya exit ke kiri bila ada signboard KL tapi kami terus coz kami ingat tak de masuk simpang pun pergi tadi...dah hampir sampai ke Klang kami pusing balik...lewat lak sampai ke rumah dengan solat Asar masih belum ditunaikan....



Aisy yang tertidur on the way balik ke KL

Usai solat Asar, tugas aku adalah memasak..kan tetamu ada di rumah...kena la masak...aku malas nak masak coz aku akan jadi penat dan tak lapar dah..terus tak nak makan..yang penting diorang dapat makan dengan seleranya...menu: Nasi Putih, Daging Paprik, Sotong Celup Tepung, Ikan Talapia Goreng...habis semua lauk2 yang ada...alhamdulillah..sedap atau lapar aku pun tak tau...hahahha...

Note: Lupa nak cerita pasal Aisy kat sini yek...mulut dia tak berhenti membebel sepanjang perjalanan kecuali tidur...orang menyanyi dia pun ikut menyanyi..dalam bahasa dia la..orang makan dia pun makan...walaupun tak de gigi walaupun sebatang...hehehehe.......

Friday, November 26, 2010

Rindu Terubat......

Hari ini aku pulang awal dari tempat kerja kerana perlu menghantar dokumen ke rumah runner office aku di Kuala Ampang..rumah dia on the way je balik dari office aku..tapi dah boss bagi balik awal, aku on je...

Pukul 5.00 je dah sampai kat Bandar Sri Damansara...hari ni ambik Aisy cepat sikit..biasanya mesti kul 7.00 baru la aku sampai rumah...

Baru je berehat kat rumah tengok ada miss call dari no. handphone adik..aku pun saje je call dia balik..tup tup mak jawab kata dah sampai Bentong..nak tidur KL malam ni...

Rumah aku bukannya ada banyak lauk stand by pun coz tak slalu masak dan aku tak suka memasak...kelam kabut turun ke kedai runcit dalam cuaca gelap2 nak hujan ni...

Alhamdulillah...7.30 malam mak dan adik selamat sampai ke rumah aku dalam hujan lebat lak tu. Dalam ramai2 yang berkumpul, suami aku terpaksa bekerja di malam hari untuk memastikan pemasangan Unifi di kawasan Damansara dapat digunakan pada keesokan harinya...

Sunday, November 21, 2010

Ahad Yang Membosankan.................

Pagi-pagi lagi dah bangun walau pun penat..Letih semalam tak hilang pun lagi tapi sebab ada tetamu di rumah, terpaksa la bangun awal...bukan buat apa pun coz breakfast adik belikan...cuma menyediakan air minuman sahaja..hehehe..ni pun kategori penat tau...

Mak dan adik2 aku hanya pulang ke kampung setelah jam menunjukkan pukul 10.30 pagi...perjalanan yang dirancang untuk terus ke Keratong terpaksa dibatalkan kerana tersilap hitungan...tarikh majlis perkahwinan di rumah emak saudara ku hanya akan berlangsung pada esok hari..pada hari ini hanya majlis di sebelah perempuan...

Jejak je kaki ke tingkat 4, aku dah bersuara.."By, kita gi OU nak?".."Nak buat apa?"..."Saje je..Hana tak pernah pergi sana la..nak cari buku untuk Aisy gak"..."Emm...penting ke?"..."Tak la.Saje je nak gi"..."Tak payah la..bukan ada apa pun kat sana"...Diam.............

After 10 minutes..."By, kita gi zoo nak..boleh Aisy tengok elephant kan Aisy!"..Aisy mengekek ketawa bila dengar elephant coz dia tau elephant yang ada kat selimut dia..."Tak payah la..dok rumah je la berehat2"........

Pukul 3.00 petang aku tengok husband aku sibuk cari stokin & boot dia.."Ada game ke?"..."Em..biasa la"...




Mama yang asyik bermain & merakamkan aksi Aisy

Kesimpulannya, korang pikir la sendiri apa aku rasa.....

Note: Kalau Aisy boleh dok dalam car seat tu dah lama aku bawa dia ke meraa tempat di KL ni..biar tau apa itu shopping complex..apa itu taman permainan..apa itu zoo...bukan setakat tau apa itu NSK dan pasar Nepal di Selayang...huhuhu...

Saturday, November 20, 2010

Majlis Persandingan Insan Istimewa

Jika semalam majlis akad nikah telah selamat dijalankan, hari ni tibalah masanya untuk majlis persandingan.

Pukul 11.30am kami semua check out dari homestay dan menuju ke rumah pengantin perempuan yang mana majlis akan berlangsung pada pukul 1.00 tengahari...

Pada mulanya kami berkonvoi tapi disebabkan asyik berhenti je adik terlepas pandang dan terus sahaja memandu ke rumah pengantin perempuan. Sudahnya kami menunggu lama di sana untuk menanti kereta2 lain dan juga sebuah bas yang datang dari Raub hari ni.


Aisy & Cik De

Aisy disebalik car seat

Kasih C.Su

Nak lompat ke belakang la tu

Nak air..nak air....

Aku tak dapat menyertai majlis persandingan ini disebabkan Aisy telah tertidur dek kerana kepenatan yang amat sangat bermain tadi. Sudahnya sampai sahaja ke kereta, Aisy baru la bangun..apa la Aisy ni..majlis dah habis baru nak bangun...

Kami bertolak pulang ke KL dan singgah di Nilai 3 untuk membeli kain langsir. Aku tak de apa nak cari pun. Badan terlalu penat tapi aku perlu memasak untuk semua makan kerana semua pun lapar...

Friday, November 19, 2010

Trip to Malacca & Majlis Pernikahan Insan Istimewa

Niat untuk bertolak lebih awal tidak menjadi coz terlalu ramai yang lebih suka bermalas-malasan..yang siap lebih awal adalah Aisy coz si kecik ni perlu disiapkan lebih awal dan perlu dimandikan terlebih dahulu..kalau aku mandi dulu, nanti aku kena tukar baju lagi..dia lebih suka bermain air dan menepuk2 air di dalam besen mandian...tu yang jadi basah...

Sudahnya kami bertolak dari Lembah Klau pukul 11.00 pagi...sepanjang perjalanan ke KL, Aisy hanya tidur..mengantuk agaknya coz disiapkan dari awal pagi tapi masih belum bergerak ke mana2...bila masuk kereta, ini lah tempat paling syok untuk dia beradu..

Hampir 12.30pm kami sampai di rumah aku di BSD untuk mengambil kereta Myvi husband aku dan meninggalkan Gen 2 aku untuk dia. Bawa kereta auto ke Malacca lagi senang berbanding manual coz Malacca terlalu pack bila hujung minggu terutama cuti sekolah. lagipun kami semua tak biasa drive di malacca.

Aku ambik giliran drive dari KL to Malacca coz adik yang drive dari Raub - KL. Tapi bila masuk je Lebuhraya Plus selepas tol Sg. Buloh, aku sepatutnya exit ke kiri menuju ke Seremban tapi disebabkan ada sebuah lori treler yang berada di kiri dan aku berada di lorong tengah tak sempat masuk ke lane kiri dan terpaksa terus menuju ke arah Kuantan..sesat lak..aku tak pernah pun lalu jalan ni..tapi gamble je dan akhirnya tembus gak kat tol sg. Besi setelah mebayar 2 extra tol...

Pemanduan ku diganggu kerana Aisy tak suka bila aku memandu..dia akan menangis bila aku drive. bila kereta berhenti, dia diam...akhirnya sebelum R&R Ayer Keroh aku dan adik bertukar tempat..adik terpaksa drive sampai ke Malacca...aisy ni macam2 ragam la..tak boleh la aku mendu macam ni...

Sampai asahaja di Malacca jam sudah menunjukkan pukul 2.00 lebih..berhenti di Masjid Al-Azim untuk solat jamak dan makan..bekal dah stand by..sebab makan kat malacca ni so far tak jumpa lagi yang betul2 boleh makan..terpaksa layan mamak, tu yang tak nak..bawa bekal lebih baik...Aisy juga aku mandikan dia kerana dia cepat sangat berpeluh...tambahan pula dia cepat betul comot bila makan kerana tangan dia leih cepat dari tangan kita yang nak menyuap dia..dia lebih suka suap sendiri, tu yang kotor baju

Usai solat, kami ke Bandar Hilir..pusing2 dan singgah di Dataran Pahlawan..tak ada apa yang aku beli pun kat sini..cuma terjumpa stokin yang panjang untuk aisy tu..terus beli..ada satu baju tu, cantik sangat..jenis kait..kalau aku pandai mengait, macam2 baju, topi, dan aksut aku buat untuk aisy..mak lak tak ingat dah macamna nak mengait...


Aisy

Mengamuk nak handphone

Pukul 6.00 petang kami bergerak keluar ke MITC kerana anak sepupuku telah menyewa sebuah apartment untuk kami tinggal..kami nak tinggal kat hotel, tapi mak tak nak..dia kata, dulu bertunang, kami dah tinggal hotel yang tak sama dengan diorang. Mak dah tak sedap hati kalau kali ni pun buat yang sama...

Sesat tu nak cari apartment tu. apa yang kami diberitahu, 'homestay' tu belakang Ancasa Hotel tapi tak de lak. 3 x pusing belakang pun masih tak jumpa lagi...akhirnya anak sepupu aku terpaksa menunggu kami di ancasa hotel..rupanya kena keluar jalan lagi satu dan apartment ke tersorok ke dalam sikit...

Lepas maghrib kami bertolak ke Kampung Parit Sidang Seman untuk majlis pernikahan anak sepupu aku yang istimewa ni..dia bisu tapi tak pekak. dia boleh mendengar dengan menggunakan earing aid.....tibanya kami di sana, memang penuh dengan wartawan dari pelbagai media cetak...majlis ini juga dirakam oleh pihak RTM..


Pic credit from Utusan Online..sendiri punya ada pada adik

Majlis pernikahan ini berjalan dengan lancar..tok kadi mengakadkan dengan cara biasa dan Fariz menerima akad tersebut bukan menggunakan bahasa isyarat tapi hanya membaca dalam hati teks yang telah disediakan. Ini kerana Fariz boleh mendengar dan cuma merujuk kepada RM40.00 tunai Fariz menggunakan bahasa isyarat menunjukkan jumlah. Dengan sekali lafaz Fariz dan Dalilah sah menjadi suami isteri.

Aku lak tak boleh berlama-lama di dalam kerana panas dan aisy mengamuk..selesai je akad nikah, aku trus keluar. tak boleh tunggu lagi..menjamu selera malam tu dengan lauk kari kambing..tapi semua pun tak makan coz family kami memang tak makan daging kambing..dari segi makan, kami memang tak puas hati kerana waktu pertunangan hari tu terlalu banyak pilihan yang semuanya sedap2 belaka. Tapi untuk kali ni tidak.....apa pun, selamat pengantin baru untuk 2 insan istimewa ini......

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha (Hari Kedua)

Masih lagi dalam mood raya yang terpaksa bangun seawal pagi..tapi tak la pukul 5.00 pagi macam semalam..cuma bangun pagi untuk ke pekan sehari di Lembah Klau untuk mencari breakfast.

Sudahnya tepaksa breakfast kat rumah jugak coz tak ada orang menjual pun...nasib baik memang ada buat cekodok pisang untuk bagi pada makcik2 yang datang menolong mak makan pagi..tapi mak juga sempat msakkan nasi lemak coz abang nak balik dah kul 11.00 am tadi..husband aku lak dah balik awal pagi tadi sesudah subuh coz dia bekerja hari ni...aku pun kalau  tak kerja tapi sakit hati punya pasal aku ambik cuti 2 hari...

Hari ni baru sambut birthday C.Su yang ke -23 tahun...actually dia punya birthday 03 Nov hari tu tapi waktu tu dia tengah bergelut dengan final semester exam...Birthday C.su tapi dah macam birthday Aisy lak..


Birthday cake to C.Su from mama


Aisy pun nak tiup gak la...

Mari la makan kek dengan saya...


Majlis kenduri tahlil berjalan sebelum Zohor.. tapi penat dan tak habis membasuh dan mengemas sehingga ke maghrib...dan aku lebih banyak menghabiskan masa bersama Aisy..rindu kat dia ni...sehari tak jumpa je pun tengok dia dah lain..cepat betul aisy ni besar..rasa macam baru je semalam aku lahirkan dia..masih terasa lagi kesakitan selma lebih 9 jam berada di labr room tu...

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Qorban 2010...........

Seawal 5.00 pagi aku bangun setelah jam aku bising menyanyikan lagu Kalau Berpacaran (Anna Rafali, Suhaimi Meor Hassan dan Ultimate).

Ambik masa jugak coz nak hidupkan api nak jadikan arang ni bara baru leh bakar sate..orang lain sedang je pejam mata, aku je seorang buat ni..nak buat macamana..orang lain tak kan buat nye benda2 ni..makan boleh la..

Pukul 6.30 am Aisy terjaga dari tidur dan menangis coz aku tak de sebelah dia..walau pun dengan abah dia, dia tak nak..akhirnya adik aku bawa dia ke tempat aku bakar sate baru lah dia diam..ambik masa sikit untuk tidurkan dia semula tapi tak nak tidur gak..akhirnya mandikan dia saje dan pakai kan baju kurung yang C.Su dia jahitkan..(guna kain lebih buat sarung tilam dia..hahahah)

Byby awal2 lagi dah siap tapi tak nak pergi solat sunat lak..boleh dia dok bertebeng kat rumah main ngan Aisy..teruk betul..tak tau la dia ni salah didikan dari kecik ke apa...susah bila dah tua macam ni baru nak mintak dia berubah..nasib baik la byby nak solat fardhu dan puasa..(ni pun lepas kawan ngan aku coz aku tak suka la kawan2 aku yang ada agama Islam tapi bukan macam org Islam)

Pagi2 raya pun aku ngan husband boleh bercakaran..mana taknya..nama pun hari raya, apa salahnya kita pakai baju cantik2 dan berwangi2an walaupun kita tau nanti nak kena potong daging..tak salah kan kita menyambut raya dulu...

Ni la jadi kat husband aku, dah la tak pi solat sunat, tiba2 dia tukar dari baju melayu sepasang ke seluar jeans lusuh dan t'shirt lusuh gak..rasa grm pn ada..apada aku, macam tak hormat hari raya je..kami akan ke kampung arwah abah di Jelu untuk buat korban..kan namanya berkunjung..bukan kena pakai baju raya ke..setelah ditegur, dia hanya memakai baju melayu dengan jeans lusuhnya sahaja..malas dah akak nak cakap apa...tapi tak habis kat situ, dlm kereta jugak buat aku geram..

Kami dah kuar lambat dari rumah tapi husband aku boleh lak bawa slow gila..apa lagi, aku malas la nak dengar mak bising2, dah la tak pi masjid, datang pun lambat..orang nak buat korban kat sana awal..macam tahun lepas, kami semua tak sempat nak solat sunat di sana coz diorang solat awal..nak potong lembu banyak sangat kat sana...

Pukul 10 lebih baru start Qorban lembu coz tunggu Makngah yang lambat sampai...Seekor lembu dibahagi dengan 7 bahagian, 6 bahagian untuk Qorban dan 1 bahagian untuk akikah. Tahun ni kami tak buat seekor lembu macam tahun lepas untuk family aku. Cuma ambil 3 bahagian je, Mak, Abang & Aku je..actually aku dah buat 4x masuk yang ni. aku nak bagi kat De atau adik tapi diorang tak nak lak..Diorang semua baru 2x buat korban...

Pukul 2.00 lebih husband, aku, aisy dan abang balik dulu coz sian aisy dah tak larat..lagi pun kawan (aka girlfriend atau pun bakal isteri abang-k.Niza) nak datang rumah...Penat memang penat...Mata dah la ngantuk..tapi tak rehat2 lagi ni..cuma dapat la terlelap jap bersama aisy yang kononnya nak tidurkan aisy tapi aku yang tertidur...

Tuesday, November 16, 2010

Sehari sebelum Aidiladha..........

Untuk Aidiladha tahun ni aku tak bercuti sehari sebelum hari raya. Sebab aku dah apply cuti untuk 2 hari selepas perayaan...

Walaupun tak bercuti untuk persiapan hari raya, tapi aku juga membuat persediaan..seawal 5.00 pagi aku bangun untuk ke pasar borong Selayang untuk membeli udang dan buah tembikai. Ni semua untuk masakan di hari raya kedua coz ada kenduri tahlil sekali gus dengan menjamu orang kampung dengan daging korban yang akan kami buat pada hari raya pertama di kampung aku..

Ini bukan kali pertama aku ke pasar borong, sudah acapkali aku kesini setiap kali ingin melakukan kenduri tahlil untuk arwah abah, di sinilah aku tuju untuk memborong udang sebagai menu menjamu selera tetamu yang datang. Tapi hari ni penuh sesak dengan kenderaan persendirian seawal pagi mungkin jugak kerana esok hari raya menyebabkan kami terpaksa berpusing sebanyak 2x untuk membolehkan kami memakirkan kereta.Ramai yang menjual sarung ketupat yang sudah siap di sini, tapi bukan ini yang kami cari. Orang Kl boleh jugak la rebus ketupat kan walaupun tak de pokok kelapa...

Sampai di rumah sudah pukul 6.30am dan terkejar2 untuk solat subuh..usai solat subuh sempat breakfast dengan husband di rumah sebelum ke tempat kerja. Jarang benar kami mempunyai kesempatan breakfast bersama di rumah sebelum ke tempat kerja. Kami berdua sentiasa berkejar ke tempat kerja aseawal 7.30 pagi kerana perlu menghantar Aisy ke nursery dan sebelum ini ke rumah baby sitter. Rasa macam baru kahwin lak bila Aisy tak ada di rumah tapi aku lebih sukakan waktu terkejar2 bila ada Aisy..sebenarnya aku terlalu rindukan Aisy..anak mama yang notti...

Di office kami bekerja seperti biasa dari pukul 9.00am to 9.00 pm...tak ada balik awal seperti selalu bbila ada sesuatu perayaan..Boss aku makin kedekut dengan balik awal sejak deepavali hari tu..lantak la..tak bagi sudah la..lagi pun aku kena tunggu husband aku gak nak balik nanti.


Baju dan booty yang sempat aku beli di Jusco untuk dipakai ke Melaka jumaat ni

Ambil husband aku di Shell Gombak untuk pulang ke rumah dulu sebelum pulang ke kampung..aku bersuara kepada husband aku "kalau udang dah ada kita boleh terus kan by"..dia diam je..aku tau pasti dlm hati dia berkata "sama je kan balik sekarang dengan balik lepas maghrib.rumah mak tu bukan hilang pun...". Memang la tak hilang, tapi aku ingin dakap aisy dan main2 dengan dia dulu..kalau jam malam nanti mesti sampai lambat dan aisy dah tidur..esok baru boleh dia nampak aku...huhuhu...


Shell MRR2

Sepertimana yang aku duga, jalan Lebuhraya Karak memang jam sangat2..hanya perlu pandu 20km/j sahaja..entah bila akan sampai..menyesal tak ikut jalan lama..ikut Batang Kali..confirm lebih cepat sampai...setelah hampir satu jam memandu tapi tak sampai2 ke terowong genting sempah. Biasanya hanya 15 min dari Tol Gomabk akan sampai ke Terowong Genting Sempah. Alhamdulillah, rasanya dalam 10 km atau 05 km sebelum lorong mendaki ke Terowong, satu laluan bertentangan telah dibuka dan husband aku memilih untuk melalui lorong bertentangan..lajhu la sikit..05 min je dah sampai terowong..tapi lepas je terowong, lorong sudah ditutup..tapi tak jam la plak kat sini...


Dalam terowong Genting Sempah, laluan bertetangan

Jalan jam, memandu dengan kelajuan 20kmj sahaja. Lokasi: Lebuhraya Karak arah ke Bentong (selepas tol Gombak)

Keputisan untuk memalui bandar Bentong terpaksa diubah setelah kami tersangkut dalam jam sebaik sahaja baru exit ke kiri untuk susur masuk ke Bentong Barat setelah tol Bentong..kami berpatah balik dan teruskan perjalanan ke Sertik..jalan alternatif..x jam dan alhamdulillah,pukul 11.00 pm kami dah sampai rumah. Aisy pun tak tidur tunggu mama dia..dia rindu agaknya..langsung tak nak dengan orang lain. hanya berdukung dengan aku sampai tertidur dalam dukungan..so sweet la aisy ni...manja dan notti...

Tidur perlu awal coz esok awal pagi perlu membakar sate untuk breakfast sebelum ke masjid solat sunat hari raya...see u tomorrow...wa chau dulu....................................

Note : Kalau korang jam bila nak balik menghala ke Raub atau Kelantan, lalu la ikut jalan yang aku lalu ni. xjam..cepat sampai ke rumah tapi jauh sikit

Monday, November 15, 2010

Isnin tanpa Aisy....Rindu....

Pagi tu bertolak balik ke KL untuk terus ke tempat kerja dengan husband aku..cantik sangat pemandangan berhampiran tol Bentong..sejuk...nanti aku upload..tapi tak nampak cantik dalam gambar sepertimana mata yang melihat sendiri keagungan ciptaan Allah itu....

Hari ni aku dah berangan nak balik lambat coz nak pusing2 jusco cari baju untuk aisy nak sesuai padan ngan suar pokko dot dia...tapi baru je masuk office husband tepon kata kunci rumah dia tinggal dalam kereta..dia tunggu aku balik...terpaksa la tengahari tu aku ke Jusco mencari baju untuk aisy dan menempak kek harijadi untuk Adik...

Hampir setengah jam, apa yang aku dapat sehelai t'shirt putih baby kiko dan sepasang booty tom & jerry...ntah nak pakai ke tidak budak bucuk booty ni..hari tu beli kasut raya pun tak nak pakai...

Petang balik cam biasa mengejar sampai ke rumah awal coz takut husband aku sampai dulu coz dia balik 5.30 pm...nasib baik sama2 sampai..dia tak la menunggu lama...

Malam tanpa Aisy buat aku rindu pada dia...ingat call kul 9.00 boleh cakap ngan dia takut awal2 dia tidur..tapi dia baru je 5 minit tidur...huhuhu..tak dapat dengar suara dia...tengok kanan nampak aisy, tengok kiri nampak aisy...rindu aisy la..

Sunday, November 14, 2010

Ahad Yang Penuh Dengan Shopping....

Hujung minggu di kampung biasanya bangun awal tapi bermalas-malas sambil bermain dengan aisy...kul 11.00am atau 12.00pm baru mandi pagi...buruknya perangai kan...

Tapi hari ni nak ikut mak gi Pekan Minggu kat bandar Raub...aku mandi awal la pagi ni tapi aisy aku tak mandikan..kami breakfast di kedai makan dekat dgn rumah..comot betul aisy bila makan..nasib baik bawa baju spare...tak mandi pun tukar baju budak kechik ni...

kat pekan ni aku tak cari apa2 pun tapi bila dah tengok legging yang pokko dot tu..warna pink lak tu..beli la..apa lagi..sebiji macam dalam online tapi diorang jual mahal sikit la..apa untungnya kalau jual sama harga beli kan...aku beli legging tu cuma RM8.00 tapi aku dah surve kat internet RM14.90 or RM15.00..sama gak ngan suar gambar Bee yang aku beli kat aisy hari tu...ada sape2 nak aku tolong belikan boleh tapi nanti datang ambik kat rumah aku la...akak malas nak tolong pos...tapi kalau ada terpergi ke pasar minggu ni la...


Busha ni dah lama beli, waktu Aisy kecik pun lagi


Ni legging yang baru beli. Ada lagi satu tapi kat kampung

Balik dari pasar minggu, singgah kat Thong Fatt lak..tak beli apa pun..aku tak benda nak cari pun...pastu terus balik....

Malam lak aktiviti mencucuk sate ayam...banyak jugak rupanya...dalam 160 cucuk...biasanya kitorang beli je sate untuk makan pagi raya tapi sejak Che Din kahwin baru ni, kuah kacang dia kurang mantap la..baru petang dah basi..kalau tak, esok pun elok lagi...mungkin bini dia kot yang buat...so decide buat sendiri tapi aku confirm yang bakar sate ni mesti aku punya...

Note: Ada sape2 tau tak kat mana nak beli baju baby gap tu borong ye...aku try search ada yg kata kat Plaza GM, Chow Kit, ada yang kata kat Jalan Kenanga...pastu ada yang tau tak baby Gap ni made in apa ye..yang biasa jual dlm online tu...sape yang tau please reply,bukan nak buat bisnes tapi nak beli untuk pakai je..nak beli banyak2 coz aisy dok nursery ni nak pakai baju banyak la.....

Saturday, November 13, 2010

Aisy Naik Motor...

Hari ni ada kenduri rumah Pak Lang kat kampung aku...dia buat kenduri naik rumah baru sekali gus cukur jambul cucu sedara dia..mak dah pergi pagi tadi lagi coz ada marhaban...

Aku lak ingat kul 12.00 nanti baru gi makan lepas ais bangun tidur...tapi dia tak tidur-tidur pun..pukul 7.30 tadi dia bangun coz aku nak tukarkan pampers dia tapi dia terbangun lak..tak boleh la dia tengok mak aku pakai tudung..berjalan tak ajak dia la tu...tu yang terus merangkak nak ikut mak..apa la aisy ni,pantang tengok orang pakai tudung...kadang tu pakai tudung coz ada orang nak beli barang kat kedai je dia ingat kita nak gi jalan...

sampai kul 11.30 tu dia tak tidur2 jugak...aku pun apa lagi, start enjin motor bawa ladia naik motor..1st time bawa dia naik motor tanpa ada orang pegang...sebelum ni aku naik dengan adik pusing2 kampung bawa dia...ok lagi la...ni aku kena pegang sendiri...

1st aku letak dia dalam bakul..dah siap letak bantal lagi takut dia sakit tapi dia tak nak...dia berdiri lak..aku biar dia berdiri2 tiba2 nak dok lak...aduyai..macamana nak bawa ni...aku try lak letak dia atas seat & tangan dia pegang handle motor....ok,dia ok je..so aku pun bawa dia..takut gak coz dah lama benar tak bawa motor sejak pakai kereta ni....ni pun sebab tak de kereta, kena la naik motor...husband aku hantar je kami malam tadi, pagi tadi dh balik KL coz kerja hari ni....

Kalau ada kereta petang2 macam ni dah lama dah kitorang jalan2...tapi tak de tu la...tunggu la adik balik...lepas maghrib baru kuar gi Sg. Ruan je..adik nak beli stock top up untuk bisnes dia...tak kuar pun...lepas tu balik la...aisy ni suka sangat naik kereta terutama kalau dok depan...tak suka sangat dia dok belakang...bukan apa, dia suka sangat main radio kereta aku...kalau kereta De atau Gen 2 aku tu tak boleh la..kalau Myvi je boleh...bila kuat je takut then2 terkejut...muka tak bersalah...itulah iasy anak mama....

Friday, November 12, 2010

Balik kampung jugak aku...

Hehehe...balik gak kampung minggu ni...status di FB:-

Ada sape2 budak Lembah Klau yang dok KL ni nak balik Lembah Klau tak jumaat ni...naik la dengan aku coz nak mintak tolong tengokkan aisy...
November 10at 2:34pm . ·







Thursday, November 11, 2010

Aku Dihambat Masa.....

Argh...kebelakangan ni aku betul2 dihambat masa...aku rasa macam masa tak cukup untuk aku buat semuanya....

Dah lama tak update blog..banyak benda nak cerita terutama tentang aisy....tapi terlalu banyak kekangan masa...gambar-gambar aisy pun tak sempat aku upload di blog...nanti mama upload ye aisy...

Di office kerja terlalu banyak sampai aku rasa sakit kepala nak siapkan semua sekali...tak lagi macam dulu yang lebih banyak makan gaji buta...tapi aku suka..aku suka kerja yang banyak...aku suka bila aku kata bekerja dan ia benar2 bermaksud kerja..bukan seperti sebelum ni yang lebih banyak bertenet dari bekerja..tapi ni curi masa sikit...

Di rumah,sampai2  sahaja di Bandar sri Damansara 1st kena buat ambik aisy kat nursery..banyak yang telah mengubah aisy bila ditempatkan di Nursery..alhamdulillah..ada yang baik,pasti ada yang buruk...insyaallah akan ku coretkan apa yang berlaku...



Aisy yang asyik bermain sampaikan bakul pun jadi mainannya


Untuk minggu ni, husband aku ke Temerloh...aku bersendirian bersama Aisy...susah memang susah...hidup aku cuma bebaring dan bermain dengan aisy tanpa makan & minum...tanpa mandi dan melakukan kerja2 rumah...Aisy idur barulah aku mempunyai kesempatan untuk buat semua tu...itu pun sepatutnya waktu aku tidur dan aku pasti semua orang pn dah tidur...cuma ada awe2 yang main sepak takraw tak kira jam dah pukul berapa....

Aku terlalu penat sampai tak cukup tidur..betul2 dihambat masa...

Monday, November 8, 2010

Rasa Lebih Dihargai..Alhamdulillah...

Alhamdulillah...itu sahaja yang aku mampu ucapkan pada Mu Ya Allah kerana telah membantu hamba mu yang hina ini....

Segala urusan dipermudahkan...yang penting dan lebih menggembirakan aku, mak seolah-olah telah menghargai aku untuk minggu ni...alhamdulillah...

Pergilah kau perasaan KECIK HATI..
Pergilah jauh dari aku...
Jangan kau datang lagi dalam hidupku..
Sesungguhnya kau boleh merosakkan segalanya...
Aku ingin menghargai segalanya yang aku ada...
Selagi masa masih ada....
Selagi peluang masih ada...
Selagi masih ada ruang untuk aku...
Berilah aku kesempatan itu...

Wednesday, November 3, 2010

Beban itu dikurangkan...........

Alhamdulillah..setelah terlalu emo dan terbawa-bawa ke dalam solat...Allah SWT itu Maha Besar...Allahuakbar...Dia telah membantu aku...

Petang semalam husband aku ingin ikut aku pulang ke Raub untuk menjaga Aisy...hati sedikit lega,kalau dia penat aku pun mampu drive asalkan dia ada untuk temankan aku yang dah tak ada tenaga ni..pembakar semangat untuk aku sebenarnya....tapi dia ambik keputusan untuk drive...alhamdulillah...(tapi biasa la,bila berdua dengan dia,pasti lambat sampai ke rumah..singgah ambik dia di sg.pusu,gombak..singgah di bandar bentong bank in duit baby sitter poyo tu,makan di lurah bilut..akhirnya pukul 9.00 pm baru sampai rumah..kasihan aisy..)

Pulang sahaja, mak aku juga lembut hati untuk pergi ke Kuala Lumpur pagi esok..hati aku dah terubat sebenarnya....bila husband aku ikut,aku dah sejuk hati..kecik hati pun hilang..hehehe...biar la mak tak nak ikut pun,aku berulang je untuk rabu dan khamis je...

Bangun dah lambat,5.30 am..tak sempat kalau nak bawa mak ke KL..tapi mak cakap kalau tak sempat aku gi kerja dulu..nanti ambik je kat pandan (rumah sewa dulu sekarang de dok sana)...tapi byby cakap sempat...alhamdulillah..kami bertolak pukul 6.15 am tapi sempat sampai bandar sri damansar 7.30 am..senpat membeli breakfast untuk mak lagi....alhamdulillah..Allah permudahkan urusanku..Syukur....

Kesempatan petang itu juga pulang dari tempat kerja terus menuju ke nursery yang ada di SD 2 Apartment..alhamdulillah..Zie (pemilik) itu juga baik hati..aku dibenarkan meninjau rumah tersebut...aku suka dan rasa Aisy selamat di sana..

Yang penting dia juga tak berkira sangat..cuma mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh JKM...dengan rasminya aku daftarkan nama Aisy di sana..hari Isnin ni mula la kehidupan Aisy di nursery...

Alhamdulillah..aku kembali bernafas lega....

Tuesday, November 2, 2010

Penat, Letih, Mengantuk, Sakit Kepala, Sakit Hati, Kecik Hati.....semua ada...

Apa yang aku rasa?...............semuanya seperti di atas....kenapa? Sebab aku rasa semuanya terbeban atas bahu aku...huhuhuhu...

Aku betul2 rasa terbeban hari ni..emosi terganggu..kenapa?
1. Baby sitter menamatkan kontrak perkhidmatan untuk menjaga 'Aisy serta merta dengan alasan :-
  • Jaga Aisy tak pernah cukup sebulan so tak pernah dapat full RM300.00 setiap bulan selama 5 bulan ni..
  • Sekarang terpaksa jaga 'Aisy start 7.30am - 7.00pm..masa panjang sangat...so nak naikkan dari RM15.00 ke RM20.00
  • Anak dia selalu sakit so terpaksa selalu ke hospital
  • Bulan Dec nanti cuti sekolah,so nak balik kampung lama sikit...
Oleh yang demikian, husband aku pun memang nak tamatkan kontrak ni coz :-
  • Dia terlalu berkira..sebab suami ko tu kawan hsband aku je husband aku hantar kat ko..mula2 bukan main lagi kawan sama kawan..tak berkira la..sekarang kira bukan main lagi..
  • Waktu husband aku ambik Aisy bila dia kerja half day,tak kisah pun bayar dia satu hari....sekarang lama sikit pun nak berkira..bukan itu waktu yang sepatutnya ke....
  • Mulut busuk orang Cina cakap..senang cerita...
Oleh itu jugak, aku lah yang jadi mangsa berulang alik dari Raub - Kuala Lumpur buat sementara ni...PENAT....SAKIT HATI...LETIH..SAKIT KEPALA....

2. Ini adalah perasaan yang tak sepatutnya ada pada seorang anak pada ibunya..aku kecik hati...huhuhu....KECIK HATI coz aku rasa aku bukanlah anak pilihan...huhuhuhu...

"Mak, sebenarnya ngah sedih sangat...dah lama kecik hati..dari dulu lagi seumpama ngah ni bukan anak mak..tak macam adik,..tak macam de..dan tak macam abang..mereka semua kesayangan mak..tapi bukan angah kan...tak pe la,nak buat macamana kan..yang penting ngah balik jenguk mak tiap2 minggu walaupun husband ngah kata tak de privasi langsung...sementara mak masih ada..semuanya ngah buat untuk mak..tak sayang ngah pun tak pe la..sayang cucu mak tu pun cukup la...asalkan mak sihat..mak selamat..masih boleh beribadat..alhamdulillah...selagi hayat dikandung badan..kau tetap ku utamakan...huhuhuhu..(sorry byby, harap byby faham kenapa hana utamakan mak satu hari nanti...hana tak sempat jaga abah,berilah hana peluang jaga mak...)

terlalu emo la pulak..sedih..apa guna menangis..takkkan merubah apa pun..hidup perlu diteruskan dengan doa...huhuhu..sorry byby,jadi tempat hamburan kemarahan...hana perlukan ruang..jangan semuanya biarkan hana buat seorang2..memang mampu tapi ada masanya badan hana dah tak larat...

Monday, November 1, 2010

Kali pertama Aisy Duduk Dalam Troli

Pada hujung minggu aku biasa akan berehat je kat rumah..jarang keluar coz biasanya petang aku akan pulang ke KL..tapi kali ni disebabkan husband pun outstation ke Terengganu, adik2 aku pun tak ada..mak aku ajak aku pergi ke bandar Raub untuk beli barang-barang kedai runcit...

On the way ke Bandar Raub, kami berselisih dengan konvoi2 kereta yang pulang dari menonton piala Malaysia...hooray..Kelantan menang Piala Malaysia..1st time Kelantan menang Piala Malaysia..tahun lepas aku & by by sokong kelantan tapi kalah gak kat tangan N9..tahun ni sokong gak,alhamdulillah..menang...N9 lak kalah..(sebenarnya aku dah tengok after N9 score goal yg 1st tu..rasa kecewa & xde harapan lagi nak menang)....

Sebagai tanda menyokong mereka, aku mengangkat tangan kepada mereka yang mengibarkan bendera dan mereka juga membalasnya...Mak aku juga berbuat demikian..kami memang minat tengok bola..tapi tak pernah masuk stadium menonton secara live...lagi pun aku takut sikit dengan penyokong2 yang terlalu emo ni...takut aku lak jadi mangsa...





Destinasi pertama adalah di satu kedai India yang memang dari kecik mak aku akan beli pelbagai rempah kat situ untuk membeli rokok....setrusnya destinasi kami ke kedai makan berhadapan sekolah tengku kudin kat jalan cheroh..niat hati nak makan nasi ayam tapi bila sampai tengok nasi dagang ada lagi dan dijual semula..kami menimati nasi dagang yang betul2 enak..aku suggest kat korang yang nak makan kalau kat raub pergi la kedai ni...confirm puas hati..tak kisah la makan nasi ayam atau pun nasi dagang atau pun nasi kerabu dia...memang best..yang lagi best adalah air buah dia..thumbs up untuk kedai ni...

Kami membeli belah di TF Value Mart aka Thong Fatt...hari ahad macam ni biasanya murah..tengok saje la apa kami beli..buah lai hanya RM2.50 untuk 12 bji..murah kan..yang lain semuanya barang kedai mak...apa yang aku nak kongsi kat sini adalah buat pertama kali aisy duduk di dalam troli..namun bukan lah sepanjang masa..lebih banyak di dukungan aku..dia tak berapa suka duduk di dalam troli walau pun ditolak...lebih suka didukung dan dipeluk...paling aku suka bila aku saje2 menunjukkannya patung ladybird yang besar berwarna merah..dia mencapainya dan menyembamkan mukanya ke patung tu...sambil ketawa mengekek..dia sangat suka..aku tidak membelinya kerana pada aku harganya tidak berbaloi dengan kualiti patung tersebut...nanti mama cari yang lain ye aisy...yang bulunya lebih lembut...

kami singgah lagi di kedai cina Jin Onn kat Sungai Ruan...mak masih dalam tujuannya membeli barang2 kedai..aku dan aisy hanya meneman...sebab tak de apa yang aku ambik, mak pun belikan aiskrim conetto...bukan kami yang makan..tapi aisy...sampai menangis2 tak bagi dia makan...teruk betul ni..kecik2 lagi dah pandai nak makan aiskrim..ni bukan kali pertama, abah dia pun pernah suap aiskrim waktu kitorang kuar gi NSK pada hari aku cuti EL coz tak de pengasuh tu....

Note : Mama tak akan bagi adik makan aiskrim sebenarnya..tapi abah dan tokma adik terlalu manjakan adik sampai apa yang adik nak makan semua bagi...