Monday, January 3, 2011

Tahun Baru 2011 dan Tahun 2010

2011 dan menjelma..terlalu cepat rasanya masa berjalan..pejam celik, pejam celik dah habis tahun 2010..dah masuk tahun baru..baru je masuk Awal Muharram bulan lepas, sekarang dah sambut Tahun Baru lak...

Ramai yang bergembira menyambut tahun baru dengan kelahiran orang baru dalam keluarga..kawan2 aku tak de lak yang lahir kan baby 01.01.2011 ni...dalam gembira2 ni, terkejut aku dengar bila menonton buletin utama..pelakon Faizal Yusof kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung...inna lillah....


Gambar arwah dalam drama Adamaya TV3

Pic from google

Kalau ajal dah sampai, tak kira usia kan..sedangkan baby pun boleh dijemputNya, ini kan pula kita yang telah diberi nikmat merasai kehidupan yang sementara ini...mati itu pasti..al -fatihah untuk arwah Faizal Yusof...aku suka tengok lakonan dia..tak la kaku cam orang lain...kadang2 kelakar jugak dia ni..tambah lak baru je layan cerita dia kat TV3, Tiramisu..dah habis shoot ke belum tak tau la cerita tu......

Bila tahun baru je, mesti ramai yang dah naik pangkat..tak pun gaji pun dah review kan..aku? pangkat tak naik coz tak de position kat office ni...gaji lak? biasanya memang naik tiap2 tahun tapi hari tu boss aku dah beritahu awal2 no increment for this year..mungkin ada pun bulan Jun or July nanti...huhuhu..confirm kena cari kerja lain lepas dapat bonus ni..sudah bosan..sudah jemu...

Tapi aku sambut tahun baru dengan rasa syukur atas segala limpah dan rahmat Mu YA Allah...yang pasti aku bersyukur kerana aku diberi nafas untuk melihat mak, adik2 aku, husband aku, dan yang paling aku sayang Aisy masih di depan mata aku..masih sihat, alhamdulillah...itulah hadiah paling istimewa bila menyambut tahun baru...


Nyawa & cinta hati saya

Tahun baru juga mak telah hadiahkan seutas rantai emas yang panjangnya 26inc...Walau pun bukan rantai idaman, tapi alhamdulillah coz mak hadiahkan rantai tu..thanx to my mom..always love u so much..cuma ada niat nak sambungkan rantai tu jadi 30 inc..tunggu duit bonus je la...Aisy pun dapat loket tertulis nama 'AISY'..dari my mom jugak...wah, permulaan tahun baru yang bagus kalau dapat emas ni..maknanya tahun ni mesti tahun emas untuk aku dan aisy...hahaha...perasan lebih...


Hadiah tahun baru dari my mom..best kan!!!Jangan jeles ye..

Gambar loket Aisy nanti upload....

Recap 2010? Aku dah baca banyak blog terutama blog Kerna Kasih Kita & Doa Buat Alanna..dua-dua blog ini cukup menyentuh perasaan aku..sedih, itu je aku mampu kata...aku yang terlalu emo atau benar2 sedih korang nilai sendiri...pada aku, dua ibu ni cukup kental...Allah menduga mereka dengan pelbagai cara..semoga mama Jiey dan Rayyan selamanya bersama, mungkin juga akan bertambah ahli...buat mummy Ayu lak, semoga mummy sentiasa bersama bidadari kecil Alanna Qish..walau pun jasad Qish tak de,pasti Qish ada di dalam jiwa mummy..jangan sedih2 nanti saya pun rasa sedih ye buat 2 ibu ni....

Recap 2010 aku? ada la sikit2.....tapi yang best coz aku dapat si kecik yang bulat ni...."Rahadatul Aisy"..Ok la..meh tengok aku nyer recap tahun 2010....

January 2010............
Waktu ni pregnant lagi...tak de pic coz waktu ni gemuk yang teramat sangat..aku tak suka badan aku yang gemuk ni...bukan perut ke depan, tapi badan dan kaki semuanya melebar....

February 2010
02.02.2010 : House cheque dah clear..berapa? RM 8701.25..termasuk duit gaji..tak la banyak mana duit bonus..cukup untuk prepare masuk rumah baru...

12.02.2010 : appoinment ngan doc kat PGRM coz masalah bp yg tinggi, tension tul..sangat2 tension trs ambik mc..malam tu ada kenduri naik rumah..jemput orang masjid je..makan semua mak masak. 1st barang elektrik masuk dlm rumah: Freezer....


13.02.2010: Balik Raub, jalan jam gila kat Karak..pergi tukar sensor kereta Myvi coz kena langgar hari tu..terbeli la pulak TV LCD yang jadi idaman coz ada promotion...

14.02.2010: Pergi Nilai 3..mak beli carpet, aku pun beli gak..carpet merah ni baru harganya RM130.00..beli gak hisan dinding berupa ayat al-Quran. tapi yang bengangnya bila aku gi kedai ni, nak beli baju. boleh orang tu cakap aku gemuk, tak de saiz baju ni...huh..aku terus blah....


Carpet yang sama kat rumah aku ni..(pic google)

17.02.2010; To Westcourt order furniture for lovely home...Tilam yang husband aku ambik harga dia nak tau berapa? RM800.00..tak sayang duit tul tapi dia kata leh tidur malam ngan lena so ambik la..aku skrg tak leh tidur malam langsung........

March 2010..........
05.03.2010; Semua perabot dah masuk..tapi satu je tak de, dinner set..macamana boleh tak de? tanya en. husband

13.03.2010; Niat hendak ke kenduri kahwin dibatalkan kerana terpaksa menyusur ke hospital Raub wad bersalin..baby tak gerak langsung, doc klinik sg.ruan suh refer hospital buat CTG...1st time kena buat CTG, 2 jam kat sana..lapar siut..tak makan, baby pun tak gerak..buat semula lepas makan, sampai mak ngan adik2 aku datang la takut kena hantar ke hospital KL/Temerloh...

Kalau tak pregnant tak tau pun ada alat ni...

17.03.2010; Last pemeriksaan kat klinik DBKL, Isnin sepatutnya admit ke HUKM untuk dlvr baby. Sempat lagi jalan2 ngan husband gi Jusco, Sendayu Tinggi Outlet, Pasaraya NSK dan banyak tempat lagi. Aku pun dah tak ingat...
Set bersalin dari Sendayu Tinggi

18.03.2010; Admit HUKM coz darah kuar kul 3.00 am tu..sampai HUKM baru buka 1cm tapi after pakar masuk kena proceed coz bp tinggi..induce 2 x pun pukul 12.00 am baru buka 3 cm...

19.03.2010; Siri contraction yang teramat sangat dengan penambahan 2 lagi induce di delivery room...Allah je yang tahu betapa sakitnya, ubat tahan sakit pun dah tak mampu menahan kesakitan...bukaan 6 cm kepala baby dah kuar, doc proceed to push tak payah tunggu 10cm...9.00 am, Aisy selamat dilahirkan...

Buah hati pengarung jantung, juga nyawa saya

20.03.2010; Balik rumah jugak setelah Aisy berak kul 7.00 pm....

22.03.2010; Aku masih lagi berperang dengan masalah bp yang tinggi dan nyaris ke hospital coz bp terlalu tinggi....

April 2010...........
10.04.2010; Pergi exam untuk Gred 41 kat Mardi dalam keadaan berpantang dan meninggalkan Aisy buat pertama kali

25.04.2010; Majlis akikah dan cukur jambul Aisy..alhamdulillah, ada rezeki lebih so boleh akihkan aisy dengan seekor kambing...


Tidur lena sepanjang majlis

26.04.2010; Rambut Aisy dibotakkan supaya tumbuh rambut yang sebenar dan kekal

May 2010.............
18.05.2010; Kembali bertugas dan blur tak tau nak buat apa........

24.05.2010; Ke HUKM untuk hearing screening coz waktu lahir Aisy fail dia nye hearing screening..Result?Alhamdulillah...pastu gi ronda2 ngan mak ke rumah A.Long di Sg. Buloh

Jun 2010.........
05.06.2010; Ke Meru Klang untuk majlis pertunangan anak sepupu dan terus ke Melaka...tak boleh pusing2 bandar Melaka malam tu coz sepanjang waktu Maghrib di dalam kereta Aisy menangis tak berhenti2 hampir satu jam...nak kata dia lapar, dia tak hisap susu aku pun, susu botol lak lupa bawa...bila kereta sampai depan hotel terus diam..apa kes ni?




06.06.2010; Ke Jasin, kampung Parit Sidang Seman untuk majlis pertunangan anak sepupuku yang istimewa. Sabtu majlis di Klang pertunangan. Makan memang sedap tambah dihidang dengan air tebu...fuhh..




09.06.2010; 1st time lunch kat Black Canyon JJ Maluri, sedap dia nyer western food..ni pun sempena farewell untuk Wani & birthday aku..potong kek, secret recipe........malam celebrate lagi ngan family aku...




11.06.2010; Balik ke Perak setelah Aisy berusia hampir 3 bulan untuk bertemu dengan nenek dan atuknya. Ini kali kedua aku pulang ke Perak setelah berkahwin....

12.06.2010; Majlis perkahwinan adik husband aku, Ita

July 2010..............
04.07.2010; Pulang ke KL tanpa mak..sedih lak..macamana la orang lain jaga Aisy...

05.07.2010; 1st day hantar Aisy ke jiran depan rumah, K.Simah...Hati tak sedap langsung, call aku tak berangkat langsung. sudahnya aku suruh husband aku balik awal sikit dan jenguk Aisy. Ternyata Aisy menangis sepanjang hari. Decide, hantar rumah kawan husband aku lak esok....

06.07.2010; Hantar Aisy ke rumah K.Yah lak..nampak cam ok....

14.07.2010; 1st time Aisy demam selesema sejak dia lahir..aku ambik EL dan petang tu terus hantar Aisy balik kampung....

15.07.2010; Husband aku kena sound setepek ngan K.Yah coz tak hantar anak..hampeh tul orang tua tu..dah anak ku demam....benci aku........

August 2010........
11.08.2010; 1 Ramadhan bersama Aisy dan by by kat KL je..masak untuk berbuka, tapi ada gak pergi pasar Ramadhan........

31.08.2010; Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 53 Malaysia...kami hanya di rumah, tak ke mana2 pun malam tadi dan hanya ke Sogo dan Jalan TAR sahaja pagi tadi untuk membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba....

September 2010...........
10.09.2010; Hari raya pertama kali ngan Aisy...seronok lagi bila raya kat rumah aku...yey yey yey..

16.09.2010; 1st time Malaysia sambut hari Malaysia so public holiday. Aku lak buat open house, just jemput budak2 office ngan sepupu je...

October 2010...
Sepanjang bulan ni aku mempunyai masalah dengan baby sitter Aisy..K.Ya yang penuh dengan drama...., tapi alhamdulillah ada insan yang bernama K.Yah tolong aku...ada jugak mak aku yang jaga...Tension.........perlu buat keputusan segera hantar Aisy ke nursery...........

November 2010.....
08.11.2010; hari 1st Aisy kat nursery...macam ok...dan aku juga dihambat masa..pelbagai kerja di office dan juga di rumah..dibeban dan terbeban dengan pelbagai kerja...

17.11.2010; Hari Raya Qorban..aku buat korban satu bahagian.......

18.11.2010; Majlis tahlil untuk arwah abah....Rindu kat abah sebenarnya......

19.11.2010; Bertolak ke Melaka untuk majlis pernikahan insan istimewa..

20.11.2010; Majlis persandingan dua insan istimewa yang mendapat liputan media majlis mereka.......Singgah di Nilai 3 arah balik ke KL

December 2010
Tak ada apa yang menarik untuk penutup 2010..penuh dengan menghadiri majlis2 perkahwinan sahaja..yang lain, hanya melihat Aisy membesar depan mata...penutup menyaksikan jugak duit perlu kuar untuk menggantikan brake pad, buat allignment & balancing jugak...huaaaaaaaaaa................

Keseluruhannya............
2010 banyak sangat habis duit....huhuhu..spend banyak duit masa nak masuk rumah...banyak gak habis duit untuk kereta yang asyik bermasalah...cuma alhamdulillah, anak mama ni tak pernah menyusahkan mama kan...semoga tahun 2011 ni perbelanjaan isi keluarga perlu dikawal.......

No comments:

Post a Comment