Wednesday, January 26, 2011

Apa?....Abah..Abam..Meow..

Entri hari ni nak cerita pasala Aisy lak...dah bosan membebel pasal office dan pasal diri sendiri. Tak datangkan keuntungan pun....

Perkataan-perkataan di atas adalah perkataan yang sering keluar dari mulut Aisy lately ni...hampir dua minggu jugak la dia asyik dengan perkataan ni..sebelum dia mengalami demam yang teruk tu lagi...asyik cakap empat perkataan ni je...

Apa?Apa?Apa?Apa tu?...itu la perkataan dia paling suka sebut..macamana Aisy akan keluarkan perkataan tu? Bila dia tengok sesuatu, dia akan tunjukkan jarinya ke arah benda tersebut dan akan bertanya "Apa?"...so yang selalu layan dia jawab, aku la..aku siap explain lagi untuk dia..macam la budak tu faham..tapi faham kot coz lepas aku explain dia tak tanya dah....dia tunjuk benda lain lak....

"Abah" lak memang dia merujuk kat abah dia la..sape lagi..sampai sekarang pun perkataan "mama" tak keluar lagi dari mulut dia..abah je la...dia tak boleh tengok abah dia masuk bilik air ke, solat ke..dia mesti nak abah, abah, abah...tambah  lak bila kurang sihat ni..tak nak langsung ngan aku kalau ada abah dia..anak abah betul..tapi yang bestnya part nak tidur..mesti nak ngan mama..kalau ngan abah tak boleh tidur agaknya..lagi satu yang buat aku confuse ni, bila ngan aku dia nyer perkataan keluar "Bu..bu..bu"...itu kalau nak mintak dukung dia...dia nak panggil aku ibu ke?mama susah sangat kot...lagi pun kat nursery yang jaga dia tu bahasakan diri mama...tu yang tak nak panggil aku mama kot....

Sebab tak boleh nak sebut perkataan "Abag" agaknya, yang keluar cuma "Abam"....hahaha..kelakar gak la si Aisy ni...macam apam je bunyi nya...kalau dari rumah kitorang tu, kalau kat tingkap yang dia suka berdiri tu, dia boleh nampak budak-budak lelaki main kat court badminton...so dia akan tunjuk kat sana dan sebut " Abam"....

Sekarang ni kalau sebut bunyi cat macamana? Aisy akan jawab "meow..meow.."tapi macam kucing jantan je bunyi nya..coz bunyi macam kucing yang marah dan garau..hahaha....tapi dia memang suka kan kucing macam abah dia gak...sayang sangat kat binatang tu..hari tu, dia siap cium lagi kucing mainan tu..dia ingat yang betul kot coz sebijik la samanya cam kucing betul...banyak kali percubaan dia untuk menangkap dan mencium kucing betul la buatkan aku takut..bimbang coz bulu kucing tu kan bahaya..tambah lak dia kecik lagi..nanti asma lak...

Selain dari perkataan, Aisy sekarang ni dah makin melasak...kadang penat balik kerja tapi nak jaga dia..subhanallah..adakalanya mencabar aku sehingga sedikit tinggi suara yang keluar...ada kalanya dia lasak menolak apa sahaja yang ada di tangan seperti biasa dia menolak kereta mainan di atas lantai sehingga tersungkur di atas lantai...ingat bila sorokkan kereta mainan dia tak akan melakukan perkara yang sama, tapi sekarang apa sahaja terutama buku atau pun kunci kereta...apa jenis mainan lah anak aku ni...

Kalau bab memanjat ni, lagi la aku tak tahan....sekarang dah boleh memanjat sofa tu untuk naik ke atas....bimbang dia akan terjatuh kerana dia suka sangat berdiri di atas sofa dan kadang-kadang melepaskan tangannya...nasib menyebelahi sebab aku dan husband cukup berjaga-jaga dalam keadaan ni...

Kalau rak tv dan book case yang aku letakkan pinggan mangkuk tu tak payah cerita la..sudahnya aku nyer book case tu kosong..pinggan dah tak boleh letak kat situ...semua akan terbang ke lantai...tv juga sudah letak jauh ke belakang...bimbang jika diketuknya atau pun terbalik jatuh menimpa dia...lebih baik dan selamat aku rasa kalau aku menggantungnya sahaja di dinding....

Ni hobi dia lak bila kitorang duduk bersantai depan TV..dia akan pergi kat husband aku dan menarik-narik bulu kaki husband aku...puas menarik-narik bulu kaki, dia akan pergi ke dada husband aku lak dan mencubit dada husband aku..ada lagi dia buat..korek lubang pusat husband aku...husband aku memang tak tahan la kalau dok ngan Aisy..dia kata geli kalau Aisy korek lubang pusat tu...tu yang sekarang bila dalam rumah pun lebih kepada untuk memakai baju berbanding sebelum ni yang lebih suka berseluar pendek sahaja di dalam rumah...

Apa sahaja Aisy buat dalam rumah kami, depan mata kami...dia sungguh membahagiakan hidup kami...memberikan kami keceriaan..paling suka melihat muncungnya yang boleh diikat kalau dia mengantuk atau pun marah..suka melihat senyumnya yang lebar jika dia tersenyum gembira apabila bermain kucak-kucak dengan dia..suka melihat kekek ketawanya apabila cuba menggeletek dia dan dia kegelian....suka melihat sikap pemalunya bila terserempak dengan orang yang tidak dikenalinya dan menegurnya...suka melihat rengekan nya jika apa dia hendak tidak diberikan..suka melihat aksi-aksi air matanya untuk berpolitik dengan kami berdua...tidak suka dengan tangis dan amukannya kerana terpaksa meninggalkannya di nursery untuk pergi bekerja dan juga di saat dia mengalami kesakitan yang amat sangat.....cepat lah berlalu bengkak gusi dan ruam..kasihan sungguh anak mama....

No comments:

Post a Comment