Berat mata memandang, berat lagi Aisy menanggungnya...kasihan betul si Aisy ni..petang semalam sebaik sahaja menerima sms dari Zie, aku terus balik setelah boss aku memberi keizinan. Waktu jam baru pukul 4.30 pm...jalan pun tak jam lagi, so kul 5.00 aku dah sampai nursery...
Sampai sahaja di nursery, Aisy elok-elok sahaja..tetap aktif walau pun demam...bagus anak mama ni..terus aku ambil untuk dibawa ke klinik kerana badan dia teramatlah panas...
Kawasan rumah aku ni kalau nak pergi klinik bukan main lagi susah nak cari parking tapi bila dah dapat parking dan menapak ke klinik xxxx, tutup lak klinik ni...tadi waktu aku pusing-pusing cari parking buka lagi..kasihan sungguh budak kecik ni...dah berpeluh panas lak...
Aku gamble je pergi ke klinik sebelah atas lak...ada banyak lak klinik kat sana tapi yang jadi masalah tetap parking. Mungkin sebab tuan punya kereta belum habis kerja, tu yang tak de tempat parking. Tapi alhamdulillah, ada parking betul-betul depan klinik...hati berbelah bagi, yang sebelah tulis pakar kanak-kanak, yang sebelah ni klinik melayu..(Klinik Aishah)...akhirnya memilih klinik Aishah...
Lama menunggu doc yang tak sampai2..sampai ada patient tu bawa anak dia pergi klinik sebelah. Aku je terus menanti coz aku rasa macam lebih selesa kalau doc tu melayu dan perempuan. Aku suka kalau doc tu perempuan, so senang kalau nak tanya2 ke, nak cerita2 ke...
Tapi yang sampai, seorang doc lelaki..good look jugak..doc Arifin nama dia..rupanya dia pakar sakit puan dan juga kanak-kanak yang bertugas di GH KL...bertuah aku dapat jumpa dia...banyak info jugak dari dia...
Aisy lak jadi malu2 dengan doc tu...biasa kalau dipuji dia ok, ni doc puji pun malu lagi..masih menyorok di dalam pelukan mama...tanpa perlu check denyutan jantung Aisy, hanya dengan check suhu yang mencecah 39C...doc decide bagi ubat demam masuk ikut bawah...
Bila dibaringkan, Aisy menangis tapi diam je...walau pun ditanggalkan pampers nya, dia masih diam..malu agaknya dengan doc tu..tapi aisy ni kalau ada orang tak kenal dia nyer laku baik, subhanallah...baik sungguh la..kalau tak, setiap kali nak pakaikan pampers nya aku terpaksa memakaikannya dalam keadaan berdiri ke, tak pun merangkak ke...kalau pakai yang pantz tu ok la gak, tapi ni yang biasa..yang pantz tu ada tapi tak terpakai pun coz bila dia membuang, pantz tu macam tak boleh nak support lak..
Info from doc; kalau anak demam, tak aktif, tak nak minum dan tak nak makan, dan tak kencing jugak terus pergi ke hospital coz baby kalau kena H1N1 dia terus flat..tak macam kita yang masih ok..cuma sejuk panas, sejuk panas je..lagi pun H1N1 sekarang dah ada semula..tambah lak dia kata aku hantar ke nursery, kalau ada budak yang air liurnya keluar je pun mesti terus elakkan...
Sampai je kat rumah, Aisy masih lagi aktif...cuma bila jam menunjukkan 7.35 pm, dia tertidur..mungkin kesan ubat tu...hanya terjaga bila jam menunjukkan pukul 9.30 pm bila abah dia balik...sepanjang malam juga tidak tidur sehinggalah pagi tadi dia hanya lena untuk berapa jam sahaja...kasihan sungguh budak kecik ni...walau pun semalam selepas diberi ubat, demamnya sudah kebah, pagi ni sebelum dihantar ke nursery, suhunya sudah mencecah 38.4C...
Tak sampai hati nak hantar ke nursery, tapi sebab office aku yang ada 3 kerat je, seorang lak dah apply cuti hr ni coz nak monthly check up for pregnancy, aku kena pergi jugak..takkan nak tinggalkan seorg je staf kat office...
Bila hantar ke sana, perasaan yang ada waktu tu betul-betul menyakitkan...lebih sakit rasanya daripada putus cinta dulu...bila mendengar tangisan yang lemah si kecik tu lagi la membuatkan hati aku sebak sendiri. Cepat-cepat berlalu bagi mengelakkan Zie perasan adanya takungan air mata di mata aku..Aisy cinta hati mama..Aisy anak mama..Aisy nyawa mama..mesti lah mama tak sanggup nak tinggalkan Aisy dalam keadaan Aisy yang demam lak tu...
Mama doakan Aisy cepat sembuh...supaya tak ada lagi episod air mata mama dan air mata Aisy jugak...tak sabar nak balik....
No comments:
Post a Comment