Monday, January 10, 2011

Aisy Yang Selesema.....

Lama rasanya tak update perkembangan Aisy dalam blog ni...banyak yang dia dah tahu tapi tak update lak..maafkan mama ye Aisy...tak suka nak update bila tak de gambar Aisy..abah Aisy pakai hp mama, tu yang tak de gambar Aisy nak upload...lagi pun abah dah hilangkan card reader C.Su, macamana nak upload gambar...

Sejak Jumaat hari tu Aisy dah menunjukkan ciri-ciri akan selesema...tapi nampak macam tak melarat lagi...mungkin sebab hari Jumaat malam tu Aisy berembun sikit waktu tunggu abah isi barang dalam kereta, Aisy dah selesema...

Hari Jumaat tu terpaksa drive sambil Aisy berada di atas riba aku dan turut memandu bersama aku..bahaya kan? Tapi nak buat macamana...husband aku terpaksa hantar motor ke rumah adik dia coz van company diorang roadtax dah mati..Kalau polis nak saman, aku pun tak kisah dah..nak buat macamana, yang jadi masalahnya bukan apa..Aisy dah tau nak pusing stereng..bila jalan lurus dia pusing stereng ke kiri atau kanan, tu yang jadi masalah...tapi alhamdulillah, sampai gak aku ke Sg. Pusu.

Nicerita kat Giant lak, waktu tunggu mug turun dari store, Aisy terberak kat tangan abah coz abah yang dukung..hahaha..Aisy berak cirit, tu yang basah meleleh kat tangan abah...suar Aisy pun habis...tapi abah ni sekarang dah tak tahan dengan bau najis Aisy..mungkin Aisy dah makan, tu yang dia tak tahan..boleh dia dah kena najis Aisy, dia bagi kat mama dan ajak gi kat kereta tukar pampers Aisy...teruk tul abah ni kan dik...tapi mama tak kisah, adik kan anak mama, apa saje untuk adik..coz adik baik...

Kesian adik, dalam kereta abah tak nak pegang adik macam mama pegang adik waktu drive...terpaksa la mama yang pegang adik..adik macam dah jemu sangat bila mama pegang adik..sampai abah ada masa tinggikan suara coz adik tak duduk diam dalam pangkuan mama..sian adik..akhirnya adik tertidur hanya bila kita sampai kat Bentong...

Baru je sampai rumah Tokma, mama dengan hati2 mendukung adik tak nak adik bangun..tapi adik bangun gak...tak boleh langsung kereta berhenti, mesti adik bangun...sudahnya malam tu adik tidur pukul 2.00 am..itu pun tokma yang layan adik bermain, mama dah ngantuk sangat..tapi bila adik nak tidur, adik kejutkan mama..sayang adik..nak mama jugak ye kalau nak tidur...

Hari Sabtu lak adik kelakar sangat..satu hari tak tidur..tidur jap waktu mama nak masak..siap je mama masak, adik pun bangun...tu pun tidur sebab abah bawa naik kereta pusing-pusing kampung...apa laadik ni..petang tu pergi Mempaga coz nak bawa adik jalan2...baru je naik kereta 5 minit, adik dah tidur..sudahnya, kita berdua dok dalam kereta je..tokma, c.De, & abah kuar jalan2 kat pasar malam mempaga...tapi yang kelakarnya, bila dah nak sampai rumah adik buka mata..hehehehe..mesti adik ingat adik tak pergi mana2....

Pagi-pagi lagi mama dah tinggalkan adik coz mama & abah nak pergi kebun sawit kita kat Jelu..dah lama tak ke kebun..2 minggu lepas nak pergi tapi tak de sapa nak jaga adik kat rumah, tu yang tak pergi..tambah lak hari hujan...terpaksa la batal je niat nak tengok kebun kita...dah hampir 80% pokok kelapa sawit kita berbuah...abah cakap, tahun depan adik dah boleh berjalan, boleh la bawak adik ke kebun..tapi mama & abah ada misi membersihkan kebun tu bagi betul2 terang supaya selamat....

Balik-balik je adik masam je dengan mama..marah mama tak bawa adik jalan-jalan ye...tak la, mana ada...sudahnya C.Su dan C.De bawa adik jalan2 naik motor & kereta..best la adik, jadi kesayangan ye..semua orang layan dia..adik tak de saingan lagi, boleh la..

Pukul 1.00 pm kita nak balik dah, tapi adik buat tak tahu je..mama bye bye kat adik pun adik tak nak ikut mama naik kereta...tapi mama ambik jugak adik..tak boleh tinggal adik..nanti mama rindu...adik baik je dalam kereta hari ni sampai la kita ke KL...cuma abah tak boleh pangku adik waktu drive coz adik suka berdiri..mana nak nampak kereta kat depan...mama pun tak nampak, tapi mama bawa jugak adik...

Waktu abah gi main bola, kul 5.27 adik tercekik kertas..mama panik..tak tahu nak buat apa..mama tepuk2 adik, tonggeng adik, tapi kertas tak kuar jugak..mama call abah, tapi abah tak jawab pun..teruk tul abah ni..main bola dari kul 3.00 sampai sekarang pun tak balik lagi...

Alhamdulillah, akhirnya kertas tu kuar gak..mama bagi susu adik tak nak..bagi air je adik nak minum....tapi adik nangis2 lagi...mama takut ada kertas lagi dalam mulut adik..mama dukung adik kuar masuk bilik..kejap2 berhenti nangis, kejap2 nangis lagi...mama risau sangat...mama baringkan adik atas katil..peluk adik dan usap kepala adik, akhirnya adik tertidur..adik ngantuk rupanya...akhirnya adi tidur lama sampai kul 7.00 pm....

Malam tu tengok AJL mama tak tengok sangat..layan adik main je..sian adik, tak kawan nak main..abah lak asyik pejam mata nak tidur je...adik dah ngantuk sangat tapi tak nak tidur..puas mama cuba tidurkan adik, mungkin sebab adik selesema yang teruk tu yang buat adik tak selesa nak berbaring...

Adik suka sangat berdiri kat tingkap sama ada dari atas katil mama atau pun sofa kat ruang tamu..adik suka tengok orang kat court badminton tu..walau pun tak de orang, adik suka gak tengok kat situ...samapai pukul 1.00 am pun adik tak nak tidur..masih berdiri di tingkap..

Abah marah adik, mama bawa lari adik keluar..adik nangis...mama takut adik nampak sesuatu yang pelik, nanti adik nangis2, mama jugak yang susah hati..akhirnya adik tidur jugak bila mama peluk adik yang meraung dan bagi susu..tapi adik batuk dan terus muntahkan semua susu tu walau pun baru je habis minum susu tu..mungkin adik kenyang tapi adik hisap jugak..mama tukar baju adik...tidur mama tak lena takut adik masih tersedak susu...mama tidur kat kaki adik sambil peluk kaki adik....

Bangun pagi tadi, adik betul-betul nampak tak bermaya..adik pejam mata lagi walaupun abah tukarkan pampers...walau pun abah dukung adik turun ke bawah..walau pun abah baringkan adik kat seat belakang..walau pun abah dukung ke nursery...walau pun abah lettakkan adik di atas bouncing adik...sampai la mama dan abah kuar dari nursery tu, adik masih lagi pejam mata, tidur lena..kesian adik..demam..dan saat ni mama betul2 tak sabar nak balik nak ambik adik..nak main-main ngan adik...

Note : Waktu Dato' Siti buat persembahan, abah cakap muka adik sama ngan Dato' Siti..sama ke?





No comments:

Post a Comment