Wednesday, January 19, 2011

Perkembangan Aisy Untuk Usia 10 Bulan

Refer balik pada entry perkembangan baby usia 10 bulan tu, sebab Aisy pun dah nak masuk 10 bulan 1 hari esok...aku nak cerita apa yang Aisy dah boleh buat dan tak boleh buat.

Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai.
Aisy memang boleh merangkak dengan betulnya dah lama. PAtutnya dia dah jalan, tapi aku pun tak tahu mana silap dia macam malas nak bangun bertatih...

Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
Ini memang budak kecik tu pandai buat sangat-sangat. Tak kisah lah dia berdiri macamana, berjalan ambil pegang perabot ke, sofa ke, bila dia nak duduk, dia dah boleh duduk dengan betul. Perlahan-lahan dia letak punggung, tak macam dulu, kalau dia nak duduk, kadang-kadang terhempas punggung. Kalau kali pertama belajar duduk lagi la, sampai terlentang ke belakang la dia.

Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga.
Rumah aku tempat mana dia tak panjat. Aku je yang terlalu risau bila tengok dia memanjat. Takut dia jatuh je...Kalau dia panjat sendiri tak pernah jatuh, tapi sebab kesilapan aku & husband, dah dua kali dia jatuh. Naik tangga lak, tak la dia boleh ke tak. Rumah aku tak ada tangga, rumah mak aku pun dah tak ada tangga. So, aku kena cari tempat yang bertangga lak kalau nak tengok Aisy boleh merangkak naik tangga ke tak....so, yang ni aku label Aisy fail la dulu...

Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri.
Huhuhu...bukan saja mainan yang dia ambik, semua barang-barang aku dalam almari pun dia dah punggah keluar. So, rumah aku tiada lagi barang-barang hiasan di dalam almari, tiada lagi pinggan mangkuk di dalam almari. Kalau dibiarkan, semua pun jadi mainan dia....

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras.
Bukan objek kecik je dia boleh ambik, objek berat pun Aisy ambik...tapi bila dia tak mampu nak pegang, dia campak terus ke bawah. Kadang-kadang kena kaki sendiri..Bayangkan tupperware tongkat Ali CNI tu besar mana? dalam tu ada kerepek pisang, boleh dia angkat...pastu air kotak yang ada 6 kotak tu, itu pun dia angkat...kuat betul jari-jari dia pegang benda tu....

Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya
Yang ni tok sah kata lah, apa sahaja yang ada atas lantai mesti dia kutip. Kutip je tak pe la, ini dia mesti masuk mulut. Bila kita larang, lagi dia buat. Kalau kita cuba ambik dari mulut, meraung dia bukan main lagi...tapi ada masa, bila aku larang dia dan cakap kat dia buang, dia akan buang. Ini mungkin mood dia tengah nak dengar cakap la...

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
Aisy ni memang penakut ke penyegan aku pun tak tau..tapi yang aku tau, dia dah tak nak ngan orang lain. Bila ada orang luar je kat rumah aku, dia akan menagis dan tak nak duduk. Dia cuma nak dengan kitorang berdua dan family aku je...kalau dengan kami, senyum bukan lagi besar, tapi lebih kepada mengekek ketawa. Tapi i like bila dia mengekek ketawa....

Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu.
Ulang bunyi aku pun tak pasti. Tapi yang aku tau, sekarang bila sebut cat, dia akan sebut 'meow' dalam versi dia la..macam kucing gatal ada la..hahaha..kalau sebut cicak, dia akan bunyikan dengan mengetap lidah dan menghasilkan bunyi hanya di tekak. Macam kita buat tu..keluar bunyi macam cicak..ish susah betul nak tulis dalam bahasa ni ye..faham-faham sendiri lah...

Tanda isyarat tertentu untuk menarik perhatian, yang ni aku pun tak pasti. Cuma kalau kami biarkan dia keseorangan di hall atau dalam bilik, dia akan pura-pura menangis pada hal mulut je bunyi. Air mata tak ada pun...tak pun dia suka bisingkan mulutnya dengan bunyi 'oooouuuu...oooouuuu' sambil merangkak atau pun keluarkan belon dari mulut...yang ni dia suka buat kalau kita tak layan dia main....

Lagi satu, kalau aku & husband tidur, dia lak nak main, dia akan kejtkan kami dengan mencubit mata kami. Kalau tak mata, mulut dan hidung juga jadi mangsa cubitan dia.

Bila kami kat pintu, dia bukan melambai-lambai tangan, tapi lebih kepada angkat tangan mintak didukung supaya di bawa pergi bersama. Tapi ada masa bila cakap bye-bye kat dia, dia akan melambai tangan kat kami.

Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
Cakap pasal membantah, tok sah nak kata la...sekarang bukan nak dah dok dalam walker dia...kalau letak je, dia akan melonjak-lonjak nak keluar. Bimbang gak kalau dia melompat-lompat tu boleh terkeluar lak dari walker tu..tak pun buatnya walker tu terbalik ke..tak ke susah nanti...

Dalam carseat lak, setakat ni kalau pergi yang dekat boleh lagi la dia duduk. Kalau jauh-jauh, tak nak nyer lah. Sekarang kalau tak pakaikan dengan betul, dia akan bangun berdiri dalam kerusi dia tu...

Pasal makan dan minum susu pun sama, kalau dia tak nak, dia boleh tepis je tak kisah lah pinggan mahu pun botol susu tu....ada sekali sampai dia tertumbuk mata aku coz dia nak minum sendiri, tapi aku tak bagi coz dia suka buang air tu ke lantai tak pun ke baju dia.suka sangat main air Aisy ni...

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.
Yang ni aku buat dalam minggu lepas. Tiba-tiba Aisy jadi takut dengan bunyi motor atau enjin kereta yang kuat. Dia akan merangkak dengan lajunya ke arah kita, dan kadang-kadang menangis. Ntah kat mana yang menakutkan dia pun aku pun tak tau. Tapi selalu pujuk dia dengan pelukan dan cakap mama kan ada kat sini...

Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul.
Ini yang selalu aku praktik, layan dia bercakap. Tapi dia betul-betul mulut murai lah...Asyik nak bercakap je..kalau menjerit tak payah cakap la..kadang-kadang malu aku kot-kot jiran bawah dan sebelah dengar..betul-betul kuat suara dia...

Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Tak faham apa dia mintak sebenarnya. Tapi layan je setiap kali dia tunjuk tu..kadang-kadang sampai 5 barang bagi kat dia, tapi satu pun bukan..kadang-kadang yang terakhir tu baru betul. Tapi bila dah betul, baru beritahu dia apa nama barang tu. Tapi bila kita beritahu dia apa barang tu, dia akan cakap 'hm..'...terus main dan pergi coz dah dapat barang tu...

Sejak Aisy kecik lagi aku tak pernah biasakan dengan percakapan pelat atau pun bahasa bayi. Cakap dengan bahasa kita bercakap. Tapi tak delah cakap macam aku tulis kat sini. Lebih kepada macam cikgu gitu, biar dia faham dan tau nak eja nanti..aku tak pe tulis tak betul pun, tak ada cikgu dah nak tanda kertas jawapan aku..Aisy ni perjalanan dia masih lagi jauh. So kena lah ajar dengan cara yang betul...supaya dia 'tahu' dan bukannya 'tau'...hehehehe

Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.
Deskripsi apa yang aku buat...memang selalu pun. Dia suka 'lipat semula' kain yang aku dah lipat....Aisy suka 'kemas barang' yang sudah aku kemas...Itulah Aisy...kalau aku nak memasak je, dialah paling sibuk nak memasak jugak...Dia suka kalau nasi tu tengah menggelegak...mungkin sebab ada buih...Tapi betul la budak kecik ni dia mudah belajar kan! Aku suka nyanyikan dia lagu Twinkle Twinkle Little Star & Old McDonald tu...sekarang dah pandai ikut gaya aku buat gerakan lagu Twinkle2 Little Star tu walaupun tak la perfect macamana aku buat.

Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).

Bab perkataan lak, sampai sekarang perkataan mama tak kuar lagi dari Aisy..asyik2 abah dia je...sikit2 abah. Nak tidur kalau tak ada abah atas katil, mesti nak jerit "abah..abah.." Kuat-kuat lak tu...kalau abah dia tak masuk, lagi tu dia dok panggil abah. Teruk betul buak kecik ni tapi aku suka...

Ok lah, sampai sini saje perkembangan Aisy di usia 10 bulan....nanti tengok Aisy nyer perkembangan di usia 11 bulan lak
Yang tepuk tangan ni abah dia ajar dia. Bila dia dah start pandai susun-susun gelung tu, abah dia ajar, kalau dah berjaya masukkan dan sebut pandai, mesti tepuk tangan. So sampai sekarang kalau dia main, kalau kita tak tepuk mesti dia tunjuk tangan kat kita dan cakap 'hm...'..dia suruh kita tepuk la tu...

No comments:

Post a Comment