Pagi-pagi menghantar Aisy ke nursery dalam keadaannya yang kurang sihat adalah satu rasa yang sangat pedih terutama apabila mendengar raungan Aisy..sebab tu aku memilih untuk menghantar Aisy hanya di pintu nursery dan cepat-cepat berlalu..aku hanya mendengar raungan dan bukan melihat raungan..
Hari Thaipusam yang lepas Aisy sihat-sihat sahaja. Tiada rengekan dan masih aktif bermain dan kami membuat keputusan untuk ronda-ronda sekitar IKEA & The Curve..tapi tak lama di sana kerana Aisy seakan bosan sentiasa di dalam dukungan. Dia ingin bebas merangkak dan memanjat apa sahaja di sana. Hanya 2 jam di sana kami pulang ke rumah. Niat untuk bermain layang-layang di taman tasik FRIM Kepong juga terhalang disebabkan keadaan keadaan yang jam di Batu CAvves menyebabkan kami sukar untuk membuat pusingan U di bulatan Kepong..
Jika siang penat meronda Mutiara Damansara, malam pula mestilah masa untuk berehat. Namun keadaan batuk dan Aisy sangat teruk. Matanya yang mengantuk dan sangat-sangat mengantuk tapi tidak boleh lena disebabkan batuknya. Aisy juga lemas dengan keadaan selesemanya, ditambah pula dengan sakit gusi. Nak tumbuh gigi agaknya...semalamam dia tidak tidur dan yang pasti aku juga tidak tidur.
Melihat kesakitan yang amat sangat aku hanya mampu berdoa memohon segala kesakitan itu bertukar kepada aku kerana aku tak pernah mengalami sakit gusi ingin tumbuh gigi. Aku tidak pernah merasa batuk yang sangat teruk seperti Aisy. Dan yang pasti aku menangis saat itu melihat kesakitan yang dia tanggung.
Aisy hanya tertidur bila jam sudah menunjukkan pukul 6.00 am..itu pun setelah puas meraung, puas menangis, puas merengek...dan yang pasti, dia hanya tertidur di dalam dakapan aku. Sudahnya aku hanya tidur bersandar ke katil dan mendakap Aisy sehingga azan subuh berkumandang.
Niat di hati masih ingin bekerja kerana aku baru sahaja mengambil cuti hari Isnin yang lepas. Tetapi mata yang sangat mengantuk sehingga tidak mampu dibuka, sehingga selesai solat subuh aku tettidur sehingga jam 7.30 am. Husband aku meminta agar aku ambil EL sahaja kerana bimbang jika aku memandu ke tempat kerja, entah apa akan terjadi di tengah jalan nanti.Aku pernah terlelap ketika memandu dan hampir melanggar divider di lebuhraya PLUS selepas tol Penjuru P.Pinang sewaktu on the way ke Langkawi. Betapa bahayanya memandu dalam keadaan yang mengantuk.
Petang Jumaat itu juga kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Niat di hati ingin ke Darul Syifa', Sg. Pusu untuk meminta sedikit air tawar bagi mengurangkan kesakitan untuk Aisy. Tapi info dari adik yang mengatakan tempat tersebut hanya dibuka selepas Maghrib amat menyukarkan aku dan husband. Lebih baik kami meminta air tersebut dari seorang pakcik yang juga jiran aku. Boleh la dia sikit-sikit buat air tawar bagi kurang sakit ni. Lebih-lebih tak de la..
Hari Sabtu pula menyaksikan seluruh badan Aisy dinaiki bintik-bintik merah aka ruam...patut la menangis tak berhenti, rupanya ruam nak keluar. Panas dalam rupanya...kasihan sungguh anak mama ni...tak pe la, sakit sekarang coz minggu depan kita dah nak gi jalan-jalan cari makan di Kota Bharu. Kalau adik tak sihat cam sekarang mesti plan kita nak balik Kelantan tak jadi.
Semalam juga mandikan Aisy dengan air kelapa kerana dia masih lagi kecil untuk minum air kelapa. Sudahnya petang semalam nak mandikan dia pun dah tak nak. Kalau tak dia paling suka dengan air dan mandi-mandi ni. Mungkin sebab tak pernah mandi ngan air sejuk, bila kena air kelapa tu yang buat dia jadi takut ngan air. Apa la adik ni...Semoga adik cepat sembuh ye....
No comments:
Post a Comment