Thursday, January 27, 2011

Aisy terjatuh dari sofa....

Baru semalam buat entri yang kononnya aku dan husband cukup berhati-hati dengan Aisy kalau dia memanjat sofa...tapi bila terlepas pandang, perkara yang membimbangkan telah pun berlaku....




Malam tadi dalam pukul 11.00 pm apabila disusukan Aisy tidak juga tidur, aku membawanya keluar untuk diletakkan bersama dengan husband kerna aku sendiri banyak perkara ingin diuruskan (mandi, basuh baju Aisy & mesin baju aku)..

A: Abang, hana nak mandi ni, tengok Aisy ni...
H: (Diam sahaja sambil layan makan aiskrim)
Aku meletakkan Aisy duduk disebelahnya yang tengah syok makan aiskrim...

Baru je aku pusing dan menapak hanya selangkah, Aisy depan mata jatuh ke bawah dari sofa...kepala jatuh dulu...Aisy nyer raungan tak tau la betapa kuatnya...dia tak pernah jatuh macam tu..setakat jatuh terlentang sebab dulu tak pandai duduk tu ada la..itu pun tak la jatuh dari tempat tinggi...




Rasa macam nak menitis air mata bila tengok dia meraung...yang bertambah sakit hati husband aku salahkan aku lak...malas nak gaduh, anak dah meraung pun boleh dia duduk lagi makan aiskrim...

Aku angkat Aisy dan bagi dia minum air masak bagi hilang terkejut dia..tapi dia tak nak minum lak..biasanya dia akan minum kalau dia terjatuh...sakit sangat agaknya...lama dalam dukungan masih lagi meraung...

Hampir setengah jam jugak la raungan dan tangisnya Aisy baru lah berhenti..itu pun tak boleh letak dia..mesti kena dukung...penat betul dukung dia sekarang ni...letak atas katil dan mengambil satu box yang berisi alat tulis untuk umpan dia...tengok dia syok layan pen ngan liquid paper tu, aku pun suruh husband aku tengok Aisy betul-betul...aku perlu menyiapkan semua kerja coz jam pun dah menunjukkan pkul 11.30 pm...



Bila aku keluar dari bilik air setengah jam kemudian, aku tengok Aisy dah tertidur ngan husband aku..susu tak habis hisap pun...mesti sebab husband aku tertidur dan Aisy juga tertidur..tak de sape nak pegang botol dia...sian anak mama....siap semua kerja pukul 2.00 am baru lah berikan susu lagi sekali untuk Aisy..lapar sungguh sampai habis dia hisap susu tu....

Moral of the story; jangan lah sangat harapkan suamiku yang lebih suka bersenang - lenang. Pastikan anak tidur dulu sebelum buat kerja rumah...huhuhuhu...Kenapa la En. Husband tidak pernah memahami apa yang aku buat tiap-tiap hari...perlu hantar surat cuti satu minggu pada dia supaya dia tau betapa beratnya tugas aku.....

1 comment:

  1. Harap2 takde apa2 la kan..
    Ian pun jatuh gak ari isnin ari tu..
    Jatuh terlentang masa berdiri kat bilik air..
    kepala gak yang kena dulu..
    *sigh*

    http://kernakasihkita.blogspot.com

    ReplyDelete