Tuesday, August 23, 2011

Perkembangan Bayi Di Usia 17 Bulan

Milestones

At 17 months, most toddlers have mastered a handful of words, and some might even be combining words. Your toddler might also be able to take off her dress by herself or pretend to feed her doll. Some children this age are learning to brush their teeth with help.
 
Aisy lately ni memang dah bercakap pun dengan banyaknya. Tapi adalah jugak perkataan yang kita tak faham tapi banyak yang faham. So senang nak jaga dia. pastu dia suka ajuk kita cakap, atau ulang apa yang kita cakap.
 
Bab pakai baju sendiri ni pun dia dah mula start. Tapi dia pandai pakai seluar je. Baju tak pandai lagi. Lagipun dia tak suka pakai baju, tu yang dia tak kisah ke baju. Asal kita tukar je diapers dia, mulalah dia sibuk nak selongkar cari baju sendiri nak pakai seluar je pun. Pada hal baju & seluar dia pakai sebelum tu elok lagi.
 
Berus gigi memang dia dah lama buat tapi tak la betul-betul berus coz dia bukan pandai nak gosok cam kita gosok. Cuma start dua hari lepas dia dah pandai menggerakkan berus tu ke atas dan ke bawah untuk gigi depan dia. Aisy bukan banyak gigi pun. cuma ada 6 batang je, 4 kat atas, dua kat bawah. Tapi dia kuat menggigit.

Categorises objects

Your toddler will begin to recognise how toys and other objects are similar and how they are different. As she plays, you'll find that she likes to sort them into piles by colour, shape and type.
 
Em..betul tu...semua mainan yang bentuk shape, blocks & colour dia dah pandai sesuaikan. Pandai jugak dia asingkan ikut colour. Paling dia suka bila selongkar beg yang berisi mainan bentuk lego tu. Bila kita tanya dia adik nak buat apa, mesti dia jawab buat robot. Itu je yang dia tau buat. Lain-lain dia tak pandai buat lagi.
 
Tapi Aisy ni satu je, kalau nak tengok dia main dengan betul, jangan dok dekat ngan dia. Ada je dia tunjuk tak tau dia tu. Tanya nak letak colour ni kat mana la, shape ni kat mana la. pada hal, kalau kita tinggal dia main seorang-seorang, pandai lak dia buat semua tu. So, kena perhati dari jauh je.

Modelling manners

If "no" hasn't already become her favourite word, your child will begin using it with a vengeance about now. It's probably a good time to work on manners. Demonstrate the type of consideration you want your toddler to develop. Say please if you want her to do things, and thank her when she does. It is a good idea to try to convey the basic principle of the importance of showing respect. "Please" and "thank you" are not meant to be parrot fashion responses; they should show concern and involvement.
Aisy sekarang memang kaya sangat dengan perkataan "terima kasih" dia. Apa sahaja yang diberikan padanya tak kisahlah makanan ke, mainan ke, baju ke mesti dia cakap 'terima kasih'.

Pastu kalau nak mintak tolong ambik barang pun senang. Bagi je arahan dia akan pergi ambik. Tapi dia suka tanya "mana?" banyak-banyak kali selagi tak jumpa.

Tapi Aisy ni jangan larang apa dia nak buat, baik buat tak tau je kalau rasa perkara tu salah coz kalau kita larang lagi dia buat. Sebab dia tau sebenarnya perkara tu kita tak suka, tapi bila larang dia, dia suka tunjuk perasaan. Tu yang dia akan lagi buat perkara tu ulang-ulang bagi kita sakit hati. Bila kita buat tak tahu, tak marah dia, dia pun malas dah nak buat. Kuat memberontak anak aku ni....

Getting fussy about food

Toddlers are famously picky eaters, so don't waste your time preparing complicated meals only to have your efforts rejected. Keep cooking simple; most meals can be made into bite-sized toddler delights. Don't get bogged down trying to balance foods at every meal or even every day -- focus on a good mix for the week. If you offer her a variety of healthy options, it's highly likely she will be getting all the nutrients she needs.
Aisy lately ni makin kurang gemar makan makanan bayi. Lebih suka makanan orang dewasa. Nak tak nak kena bagi gak la. Tapi kena control sikit la. Dia suka ayam goreng tapi untuk ayam goreng dia kena buat lain. Dia suka sup ayam, tapi sup ayam dia kena buat lain. Dia suka mee, so untuk dia kena rebus mee yang lain. Semua kena buat yang lain, tak kisah lah anak. Asalkan dia nak makan.

Switching from two daytime sleeps to one

By the time your toddler is one and a half, she'll be moving towards just one sleep a day. Some toddlers go through a difficult period where one is not enough but two are one too many, so you might have to muddle through until she settles. If she's having trouble sleeping in the day, try cuddling up with her and making it extra cosy
 
Anak aku memang susah nak tidur dah sekarang. Aku pun tak faham lah dia. tak penat ke dia. Aku yang ikut aktiviti dia kalau hari sabtu Ahad tu pun rasa penat, tapi dia tidak.
 
Siang hari cuma tidur sekali sahaja, waktu petang dah nak menginjak ke senja baru nak ngantuk-ngantuk. Kalau bangun tidur dah lewat petang sikit, tidur malam gak pukul 1.30am ke atas. Memang tak larat la nak jaga dia sekarang. Banyak main betul. Kita ni dah tersengguk-sengguk tapi dia tak. Kadang tu mata dah pejam nak tidur tapi bila dengar je bunyi iklan dia suka, mata pun terbeliak semula.
 
Kadang aku rasa nak baling je tv coz selalu je kacau Ais tidur ngan iklan-iklan tu. Aisy ni lak sekarang kalau nak tidur nak kena bukak tv, walaupun bukan dia nak tengok pun. Tapi dia nak tv tu sentiasa terpasang. Sekarang ni tv kat rumah aku tu ikut tersedar kul berapa baru tutup coz aku selalu tertidur jugak bila Aisy tidur. Malas nak cari remote kat mana, tu yang bantai tidur je tak tutup tv.
 
Hobi Aisy sekarang adalah scribbling...sudah dua buku aku bagi kat dia. balik dari nursery je sibuk cari book & pen nak melukis. Setiap kali pun lukis 'cat' je. Tapi sejak Sabtu lepas dia dah pandai lukis bulat-bulat. Ni abah dia yang ajar,..budak kalau nak ajar dia melukis kena ajar dengan bulat dulu. Baru tukar yang lain lak...tapi bulat-bulat Aisy bukan satu-satu, tapi bersambung kerana dia akan ulang bulat tu di tempat yang sama.
 
Aku tak tahulah dia faham ke tak dia akan dapat adik coz bila tanya "baby adik mana?", dia akan tunjuk kat perut aku dan mula nak gigit aku. Dia marah ke suka tak tahu lah. Hope Aisy akan jadi kakak yang baik. 

No comments:

Post a Comment