Hahaha..ini adalah sebuah entry luahan rasa sedih..sedih sebab apa adalah biarlah rahsia. Cuma orang yang tertentu sahaja akan faham.
Kerana rasa yang sangat terpendam sejak dua menjak ni, semalam sudah mula protes. Protes malas jalankan tanggungjawab sebagai ibu. Lalu terus menjalankan kerja-kerja 'kepuasan peribadi' iaitu tidur selepas solat Maghrib tanpa makan sebab tak masak jugak semalam. Tidak mempedulikan Aisy jugak yang ajak bermain. Terus tidur tanpa peduli tangis Aisy di ruang tamu.
Tapi bila terjaga je dari lena, orang pertama aku cari adalah Aisy. Terus berlari dapatkan dia sebab macam terdengar macam dia panggil aku. Tapi rupanya Aisy tidur dengan lena dengan abah dia walaupun jam baru menunjukkan 10.30 malam. Rasa bersalah lak sebab tak layan dia bermain tadi. Rasa rindu nak dengar suara ketawa mengekek dia..tapi takkan nak kejutkan dia lak...
Walaupun dia dah tidur, tetap belai dia sampai aku sendiri terlena. Tak tahulah kalau dia tak de depan mata macam mana rasanya. Kalau dia kecik2 dulu boleh gak tinggalkan kat kampung ngan mak tapi sekarang, no no no...sanggup aku berulang alik je rasanya.
Sudahnya pukul 5.00 am budak kecik Aisy tu bangun bersahur sebab dah puas tidur. Layan lah dia sampai puas macam balas dendam gitu coz tak dapat main ngan dia malam tadi. Rasanya cara memprotes dengan tidak melayan Aisy adalah sesuatu yang amat rugi dalam saat manis kehidupan. Protes yang lain tak pe kot.....
No comments:
Post a Comment