Hujung minggu baru ni berkesempatan untuk berpuasa di kampung bersama family aku. Tapi betul-betul tak larat rasanya bila anak tidur lambat tapi kena bangun prepare sahur lak. Kalau tak fikir mak yang kurang sihat dan aku ada husband, aku pun sambung tidur je lah...
Tapi bila dah bersahur, sambung tidur tak ingat dunia. Hari Sabtu layan mata ngan Aisy sampai kul 12.00 tengahari. Satu family layan mata kecuali husband aku yang bangun awal pastu layan PS2 sorang-sorang. Bila kita bangun, dia lak sambung tidur.
Mak & adik-adik aku tak sihat, batuk & selesema coz perubahan cuaca. Kat Mekah terlalu panas, balik sini pun panas gak, tapi panas yang berbeza. Langsung mak di bawa ke klinik sebab teruk sangat batuknya. Bila check, paras gula dalam darah mak naik ke 28. Tinggi sangat-sangat dan sepatutnya ke hospital ditahan di dalam wad. Mak jugak mengalami kekurangan air dalam badan yang teramat sangat.Sudahnya mak terpaksa buka puasa Sabtu & Ahad yang lalu.
Balik kampung kali ni juga berkesempatan untuk aku mengunjungi bazaar Ramadhan kat bandar RAub. Terlalu banyak makanan yang dbeli, gambar tak sempat nak capture coz sibuk melayan budak kecik yang berak waktu nak berbuka. Aku senaraikan je apa yang aku beli di bazaar Ramadhan. Tengok hebat tak kami makan?
1. Popia Goreng - RM2.00 (5 pieces)
2. Begedil - RM2.00 (4pieces)
3. Akok - RM4.00 (8 pieces)
4. Puding Roti - RM1.00 (3 pieces)
5. Kuih Bakar (Piana) - RM3.00 (1 pieces)
6. Sardin Roll - RM1.00 (1 pieces)
7. Murtabak - RM 6.00 (2 pieces)
8. Ikan Pari Bakar - RM5.00 (1 slices)
9. Ikan Terubuk Bakar - RM 7.00 (1 slices - bahagian ekor)
10. Air Laici Kang - RM2.00
Ini yang aku beli kat pasar Ramadhan, yang beli kat gerai buah-buahan lagi, buah jambu epal, jambu madu, salak, buah mata kucing, tembikai susu, semua sekali habis RM18.00.
Itu yang aku beli, mak yang pergi klinik singgah kat pasar ramadhan jugak, beli lagi murtabak (2), kuih koleh kacang ngan ayam percik. Semua makanan tu habis waktu berbuka. Gila hebat tak????Air bukan setakat laici kang je, tapi buat lagi satu tin laici. Licin, tak de apa yang tinggal untuk ber supper...ini makan ke muntah kedarah?????
Hari Ahad nak ke Raub jauh sangat, sudahnya adik aku yang pergi beli kat pasar Ramadhan kat kampung aku je. Walaupun tak de apa sangat makanan hari ni kecuali "kuih butir nangka" dan roti jala yang mak buat ngan murtabak yang dibeli, tapi perut penuh kekenyangan. Air tiga jug ; sanquick, tebu & soya habis licin gak. Nasi lak lauk percik ikan yang mak buat & ayam goreng kunyit (aku buat), habis licin jugak.
Husband aku lagi la, sama cam anak dia gak. Anak dia masa berbuka puasa makan dah nasi...pastu nak balik lak dia bantai lagi makan nasi. Waktu aku sibuk nak bungkus lauk, anak aku pun sibuk mintak plastik bungkus beehon goreng yang mak aku bawa balik dari masjid.
Kalau cerita bab makan, subhanallah..makan macam tak jumpa makanan dah berapa hari. tapi bab solat Terawih, hampeh je. Hari pertama solat terawih tak leh buat coz Aisy mengamuk kat masjid nak balik. Tapi boleh la jugak solat kat rumah. Lepas-lepas tu, ada jugak buat sendiri je kat rumah tapi tdak minggu lepas. Badan dah makin gemuk ni, tak larat nak tunggang tonggek. Nak bersujud lama juga dah tak berapa larat. lemas je nak bernafas, macam tak cukup oksigen je....
Moga aku diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan lagi pada tahun depan. Supaya aku berkesempatan untuk lakukan ibadah yang aku tinggal pada tahn ni...
Sebut terawih, teringat lak zakat fitrah. Pun tak bayar lagi coz husband yang patut gi bayar...Insyaallah, akan dibayar sebelum tibanya hari Raya Aidilfitri..
No comments:
Post a Comment