Semalam berkesempatan untuk bercuti dengan my husband. Tujuan sebenar adalah untuk melakukan pemeriksaan bagi kali pertama di HUKM coz dijangka akan bersalinkan anak kedua ni di HUKM jugak macam Aisy.
Aku tak pernah buat check-up kat HUKM lebih daripada 2 jam menunggu. Tapi semalam buat kali pertamanya aku terpaksa menunggu hampir lebih 4 jam untuk selesai kesemua urusan. Dengan puasanya, dengan aircond yang aku rasa sekejap on sekejap off, rasa rimas yang teramat sangat. Terpaksa keluar masuk dari tempat menunggu coz kurang selesa duduk lama-lama.
Sebab tujuan kami adalah shopping, kami membawa Aisy bersama. Kesian budak kecik tu, duduk menunggu terlalu lama. Dia bukanlah budak yang boleh duduk diam. Dia lebih suka berlari ke sana dan ke sini. Sudahnya abah dia decide just bawa Aisy jalan-jalan kat Tasik Permaisuri. Nanti dah siap baru dia datang pick up aku je.
Tentang kandungan pulak, alhamdulillah..Sudah mencapai berat 2.2kg di usia kandungan 33 minggu. Besar gak la baby kali ni kot coz kalau ikut kandungan 33 minggu berat biasanya around 2.00 kg only. Ingat baby kecik coz perut aku macam tak besar je...Jantina masih berada di dalam teka teki macam Aisy jugak dulu. Sentiasa tidak menunjukkan kemaluannya. Tapi possibility untuk mendapat baby girl adalah tinggi coz doc yang scan tu dia kata macam tak nampak tanda-tanda baby boy pun.
Tak kisah lah boy or girl, janji sihat tubuh badan dan sempurna akal fikiran dia. Yang penting selamat jugak dia lahir ke bumi ni. Kalau baby girl, mesti Aisy dan baby macam kembar je coz tak beza jauh sangat. Cuma beza lebih kurang satu tahun tujuh bulan. Nanti tak tahu adik Aisy lebih ganas dari Aisy atau Aisy akan kadi seorang kakak adik yang pembuli orangnya. Hahaha...
Bab nama lak belum terfikir lagi nak letak nama apa. Macam Aisy jugak lah dulu. Sampai hari pendaftaran baru decide nak letak nama apa. Kali ni tak tahulah nak letak nama apa. Kalau nak pilih nama mestilah pilih nama yang baik-baik kan maksudnya..tapi confirm nak mulakan dengan huruf R jugak cam nama Aisy.
Dah habis cerita tentang kandungan yang makin membesar ni, masuk cerita pergi shopping lak. Niat di hati memang ke Jalan TAR dan kami memang ke sana petang semalam. Tapi bila dah sampai sana hari dah petang. Bertembung pula dengan waktu orang pulang dari kerja.
Tak dapat apa yang nak dicari, cuma sekadar sepasang baju melayu dan kain pelikat untuk husband dan kain batik untuk aku bersalin nanti. Itu je yang beli semalam. Masuk Sogo pun tak dapat cari baju Aisy. Aku makin kesuntukan masa nak cari baju untuk Aisy dan jugak baju & seluar untuk my husband ni. Jumaat ni dah nak balik kampung.
Cuma berharap diberi tenaga dan masa untuk berpeluang keluar ke Selayang Mall pada malam ni. Hope dapat jugak apa yang dicari di sana.
No comments:
Post a Comment