Thursday, August 18, 2011

Macam-macam Ragam.......

Semalam mak dan dua adik aku selamat kembali ke Malaysia setelah 12 hari ke Mekah menunaikan umrah. Mulanya aku yang nak pi ambik mereka kat airport, tapi tiba-tiba abang aku kata dia leh cuti, so dia yang pi ambik.

Semalam gak ingat bila abang yang cuti pegi ambik mak, aku leh la datang office kerja macam biasa. Tapi Aisy langsung tak tidur malam. Abah da telah tidurkan dia di jam 9.00 malam. Oleh yang demikian pukul 1.00 am Aisy telah bangun untuk bermain. Siapa yang jadi mangsa temankan dia main kalau bukan mama dia la..

Tersengguk-sengguk aku nak melayan dia bermain. Baru macam nak tertutup mata tiba-tiba handphone aku dibaling Aisy lalu terkena mata. Sakitnya Alllah je yang tahu. Geram betul aku, rasa nak marah-marah je budak kecik tu. Lepas handphone dibaling, kalau aku terpejam mata je sikit terus dia korek biji mata aku lak.

Mana pergi abah dia???Abah dia adalah petidur yang sangat lena dan Aisy juga tidak mengorek mata abah dia. Ohh..oh..oh..anak abah betul la budak kecik ni...


Aisy yang behave kalau ngan abah. Anak abah dia ni

Sebab tak tertahan lagi, aku telah mengejutkan husband aku jam 4.00 pagi terus untuk bersahur kerana aku lihat Aisy macam mengantuk nak tidur dah. Tapi sebelum tu Aisy telah meminta untuk 'mamam' kerana lapar mungkin. Tu yang decide sahur je lah...

Jam 5.00 lebih Aisy masih belum tidur lagi dan masih ajak bermain. Aku dah tak boleh buka mata langsung, lalu tertidur, sedar-sedar je pukul 7.00 lebih bila husband nak gi kerja. Budak kecik tu pun dah terbaring sebelah aku.

Solat Subuh gajah dan sambung tidur lagi. Telefon boss kata EL coz nursery tutup tapi memang nursery tutup pun. Walaupun alamat aku adalah Kuala Lumpur, tapi kawasan kami adalah kawasan jajahan daerah Petaling Jaya. Nak tidur lama-lama pun tak leh. Pukul 10.00 aku dah bangun dan tak boleh nak sambung tidur dah...

Dalam pukul 11.00 pagi mak dan adik-adik aku sampai ke rumah aku. Masing-masing sudah bertukar suara dan sedikit selesema. Muka juga sedikit gelap dari biasa.

Mereka kata cuaca di Mekah terlalu panas, suhu lebih kurang 46C. Kita yang kat Malaysia ni kalau 37Cpun dah tak tahan, ni kan pula 46C. Nasib baik tahun ni punya puasa asyik hujan je. Tu yang ok sikit, tak la dahaga sangat.

Ole-ole dari Mekah mestilah ada tapi makanan tak boleh dimakan sebab puasa. Tengok Aisy teguk air zam-zam rasa sedikit tergoda. Budak kecik tu pun ntah kenapa suka lak air zam-zam, kalau waktu dia kecik dulu tak nak langsung.

Buah kismis dia tersangatlah menggoda aku kerana buahnya terlalu besar. Nyum nyum nyum..tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Dengan kacang tu, buah tin lagi..kurma Nabi..subhanallah..tergoda iman puasa aku jap...

Berbuka puasa petang semalam juga sangat meriah. Kami dapat berkumpul satu keluarga menikmati kari ketam masakan mak. Fuh!!!!Marvellous...Tapi rumah aku kan kecik je, meja makan pun untuk 6 orang je, tpi semalam sebab semua ada, tak cukuplah kerusi. Tapi tak kisahlah. Aku & adik aku duduk di sofa sahaja sebab bukan nak makan nasik terus pun.

Bagi peluang pada yang nak makan nasi dulu. Tapi ada budak kecik tu semalam tak sempat azan dah buka puasa sebab dia tinggal ngan tokma dia, dia lapar. Mak goreng ikan tapi dia tak nak, sudahnya lagi 20 minitt nak berbuka dia dah berbuka. Tak macam biasa yang mana dia suka berbuka bila waktu Maghrib dah masuk.

Lepas sesi makan-makan, sesi bukak beg pilih ole-ole lak. Kali ni aku ngan K.Niza diberi ke utamaan untuk memilih jubah mana yang berkenan di hati. Jubah yang mahal ni mak cuma beli 4 helai sahaja. Untuk aku, k.niza, mak k.niza dan mak ngah aku...kenapa kami special???sebab hari tu bagi mak duit buat belanja kat sana, tapi kalau aku tak bagi pun aku dapat jugak jubah tu...

Mak jugak ada belikan alas meja yang cantik untuk aku...emm..kena beli cermin la untuk cover meja makan tu, baru leh letak alas meja.

Ni nak dijadikan satu cerita lagi, Aisy rupanya takut dan tak suka ngan warna hitam. Adik aku ada belikan dia sehelai jubah berwarna hitam. Sangat cute jubah tu. Biasa baju baru dia suka try tapi tidak kali ni. 

Aku terdengar Aisy meraung dalam bilik Tokma dia, bergegas aku ke sana bimbang dia terjatuh, tapi rupanya dia menangis sebab dia takut dengan baju hitam tu. Baju tu dah sebelah tangan masuk, tinggal sebelah je lagi mak masuk. Tapi dia punya menangis sambil sebut "takut", "panas"...banyak kali dia sebut sampai abah dia pun meluru ke bilik nak tengok kenapa Aisy menangis.

Bila dah tanggal baju tu baru dia berhenti menangis. Memanglah sebelum ni kami tau dia tak suka kalau makanan berwarna hitam. Dia memang tak makan pun kalau kek coklat atau apa sahaja yang berwarna hitam. Tapi tak sangka lak baju pun dia tak leh pakai.

Patut lah dress yang aku beli kat Jusco tu dia pakai kejap je coz abah dia nak bawa gi jalan-jalan, sampai je rumah suruh tanggal. Mulut pun asyik sebut "tak nak, tak nak". Baru je pasang niat nak belikan dress hitam putih. Macamana ni????

Pic ole-ole lepas ni baru upload...TUNGGUUUUUUUUUU.........

No comments:

Post a Comment