Cakap berabuk je hujung minggu nak buat tu lah, nak buat ni lah, nak pergi sana lah, nak pergi sini lah...sudahnya nak tahu aku ada kat mana????
Dua hari atau lebih daripada tempoh 48 jam kerana start pukul 6.20 petang Jumaat aku naik ke rumah dan tidak turun-turun lagi sehingga jam menunjukkan 7.25 am Isnin untuk pergi kerja. Hebat tak aku? tak pijak tanah, tak jumpa orang lain, hanya mengenakan baju tidur sahaja di rumah. Hahahaa....
Ini disebabkan oleh husband kena bekerja pada hari Sabtu, so tak leh nak ke mana-mana. Tapi yang betul-betul hampehnya adalah menunggu husband pulang yang kononnya kata akan sampai satu jam lagi tapi rupanya sampai pukul 5.00 petang di rumah.
Dek kerana protes tak boleh nak keluar ke mana-mana kerana hari sudah lewat petang dan guruh berdentum-dentum, lauk yang dibeli juga tidak menepati untuk dimasak kerana memesan membeli ayam tapi dibelinya kepala ikan, aku layan mata je dengan Aisy. Tanda protes!!!!
Pukul 6.30 baru jenguk dapur intai apa En. by by masak, kari kepala ikan yang akhirnya aku jugak yang tolong masakkan. Tapi aku tak lalu makan kepala ikan kerana itu bukan makanan aku dari kecik takut terjadinya otak yang lembap sementelah otak sekarang sudah makin lembap. Masak nasi minyak resepi mak dan akhirnya tak makan pun sebab perut kenyang coz aku buat sira roti jugak.
Aisy sekarang adalah pemain yang setia dan lebih suka bermain dari tidur. Hanya tidur petang pukul 4.20 pm dan bangun jam 6.40 pm, tapi berjaga sehingga ke pukul 4.30am..apa sudah jadi ini anakku...fahamilah bahawa ibumu perlu bangun memasak untuk sahur lagi.
Sebab tak tertahan lagi, pukul 3.00 lebih aku telah mengejutkan by by bersahur sahaja kerana bimbang takkan bangun lagi untuk bersahur. Sahur makan nasi minyak yang tak berlauk dan Aisy juga bersahur bersama kami. Budak kecik tu berpuasa ye kerana dia tak mau makan tapi nak susu dan air ribena je.
Ahad juga tak kemana-mana kerana husband bangun nak kat pukul 12.00 tengahari dengan alasan Aisy tidur lewat malam tadi. Nak keluar gi mana kalau pukul 12.00 pm baru nak bangun, nak siap-siap confirm dah petang. Nanti nak masak untuk berbuka lagi...
Sudahnya anak abah je keluar dengan abahnya ke Carrefour Kepong. Aku tidak turut serta kerana hari-hari aku ke carrefour sebelah office tu, nak cari apa lagi. Biarlah dua beranak tu meronda berdua-duaan. Sudahnya budak kecik tertidur ketika dalam troli.Hahaha..mana nak dukung budak kecik tu, mana nak tolak troli lagi...kesian si abah, tapi tak pe. Dia memang suka bawa anak bersiar-siar.
Sekali lagi berdepan masalah memasak lauk untuk berbuka. Hanya membuat goreng kicap ikan & ikan bakar. Sawi goreng juga kerana suami nak makan kailan tapi dia ingat sawi japanese tu kailan. hahaha..Tu je lah lauk hari ni, bersyukur tiada pembaziran berlaku.
Dan secara kesimpulannya, persiapan raya belum ada lagi. Tahun ni aku tak tempah kuih raya pun. Hebat tak????
beli saje lah kuih raya tu. Kerepek2 biskut cap giant ke mydin ke. Cari kat kedai borong ke . hehe kuih tunjuk lagi senang
ReplyDelete