Thursday, August 25, 2011

Check Up & Persiapan Hari Raya

Semalam berkesempatan untuk bercuti dengan my husband. Tujuan sebenar adalah untuk melakukan pemeriksaan bagi kali pertama di HUKM coz dijangka akan bersalinkan anak kedua ni di HUKM jugak macam Aisy.

Aku tak pernah buat check-up kat HUKM lebih daripada 2 jam menunggu. Tapi semalam buat kali pertamanya aku terpaksa menunggu hampir lebih 4 jam untuk selesai kesemua urusan. Dengan puasanya, dengan aircond yang aku rasa sekejap on sekejap off, rasa rimas yang teramat sangat. Terpaksa keluar masuk dari tempat menunggu coz kurang selesa duduk lama-lama.

Sebab tujuan kami adalah shopping, kami membawa Aisy bersama. Kesian budak kecik tu, duduk menunggu terlalu lama. Dia bukanlah budak yang boleh duduk diam. Dia lebih suka berlari ke sana dan ke sini. Sudahnya abah dia decide just bawa Aisy jalan-jalan kat Tasik Permaisuri. Nanti dah siap baru dia datang pick up aku je.

Tentang kandungan pulak, alhamdulillah..Sudah mencapai berat 2.2kg di usia kandungan 33 minggu. Besar gak la baby kali ni kot coz kalau ikut kandungan 33 minggu berat biasanya around 2.00 kg only. Ingat baby kecik coz perut aku macam tak besar je...Jantina masih berada di dalam teka teki macam Aisy jugak dulu. Sentiasa tidak menunjukkan kemaluannya. Tapi possibility untuk mendapat baby girl adalah tinggi coz doc yang scan tu dia kata macam tak nampak tanda-tanda baby boy pun.

Tak kisah lah boy or girl, janji sihat tubuh badan dan sempurna akal fikiran dia. Yang penting selamat jugak dia lahir ke bumi ni. Kalau baby girl, mesti Aisy dan baby macam kembar je coz tak beza jauh sangat. Cuma beza lebih kurang satu tahun tujuh bulan. Nanti tak tahu adik Aisy lebih ganas dari Aisy atau Aisy akan kadi seorang kakak adik yang pembuli orangnya. Hahaha...

Bab nama lak belum terfikir lagi nak letak nama apa. Macam Aisy jugak lah dulu. Sampai hari pendaftaran baru decide nak letak nama apa. Kali ni tak tahulah nak letak nama apa. Kalau nak pilih nama mestilah pilih nama yang baik-baik kan maksudnya..tapi confirm nak mulakan dengan huruf R jugak cam nama Aisy.

Dah habis cerita tentang kandungan yang makin membesar ni, masuk cerita pergi shopping lak. Niat di hati memang ke Jalan TAR dan kami memang ke sana petang semalam. Tapi bila dah sampai sana hari dah petang. Bertembung pula dengan waktu orang pulang dari kerja.

Tak dapat apa yang nak dicari, cuma sekadar sepasang baju melayu dan kain pelikat untuk husband dan kain batik untuk aku bersalin nanti. Itu je yang beli semalam. Masuk Sogo pun tak dapat cari baju Aisy. Aku makin kesuntukan masa nak cari baju untuk Aisy dan jugak baju & seluar untuk my husband ni. Jumaat ni dah nak balik kampung.

Cuma berharap diberi tenaga dan masa untuk berpeluang keluar ke Selayang Mall pada malam ni. Hope dapat jugak apa yang dicari di sana.

Tuesday, August 23, 2011

Perkembangan Bayi Di Usia 17 Bulan

Milestones

At 17 months, most toddlers have mastered a handful of words, and some might even be combining words. Your toddler might also be able to take off her dress by herself or pretend to feed her doll. Some children this age are learning to brush their teeth with help.
 
Aisy lately ni memang dah bercakap pun dengan banyaknya. Tapi adalah jugak perkataan yang kita tak faham tapi banyak yang faham. So senang nak jaga dia. pastu dia suka ajuk kita cakap, atau ulang apa yang kita cakap.
 
Bab pakai baju sendiri ni pun dia dah mula start. Tapi dia pandai pakai seluar je. Baju tak pandai lagi. Lagipun dia tak suka pakai baju, tu yang dia tak kisah ke baju. Asal kita tukar je diapers dia, mulalah dia sibuk nak selongkar cari baju sendiri nak pakai seluar je pun. Pada hal baju & seluar dia pakai sebelum tu elok lagi.
 
Berus gigi memang dia dah lama buat tapi tak la betul-betul berus coz dia bukan pandai nak gosok cam kita gosok. Cuma start dua hari lepas dia dah pandai menggerakkan berus tu ke atas dan ke bawah untuk gigi depan dia. Aisy bukan banyak gigi pun. cuma ada 6 batang je, 4 kat atas, dua kat bawah. Tapi dia kuat menggigit.

Categorises objects

Your toddler will begin to recognise how toys and other objects are similar and how they are different. As she plays, you'll find that she likes to sort them into piles by colour, shape and type.
 
Em..betul tu...semua mainan yang bentuk shape, blocks & colour dia dah pandai sesuaikan. Pandai jugak dia asingkan ikut colour. Paling dia suka bila selongkar beg yang berisi mainan bentuk lego tu. Bila kita tanya dia adik nak buat apa, mesti dia jawab buat robot. Itu je yang dia tau buat. Lain-lain dia tak pandai buat lagi.
 
Tapi Aisy ni satu je, kalau nak tengok dia main dengan betul, jangan dok dekat ngan dia. Ada je dia tunjuk tak tau dia tu. Tanya nak letak colour ni kat mana la, shape ni kat mana la. pada hal, kalau kita tinggal dia main seorang-seorang, pandai lak dia buat semua tu. So, kena perhati dari jauh je.

Modelling manners

If "no" hasn't already become her favourite word, your child will begin using it with a vengeance about now. It's probably a good time to work on manners. Demonstrate the type of consideration you want your toddler to develop. Say please if you want her to do things, and thank her when she does. It is a good idea to try to convey the basic principle of the importance of showing respect. "Please" and "thank you" are not meant to be parrot fashion responses; they should show concern and involvement.
Aisy sekarang memang kaya sangat dengan perkataan "terima kasih" dia. Apa sahaja yang diberikan padanya tak kisahlah makanan ke, mainan ke, baju ke mesti dia cakap 'terima kasih'.

Pastu kalau nak mintak tolong ambik barang pun senang. Bagi je arahan dia akan pergi ambik. Tapi dia suka tanya "mana?" banyak-banyak kali selagi tak jumpa.

Tapi Aisy ni jangan larang apa dia nak buat, baik buat tak tau je kalau rasa perkara tu salah coz kalau kita larang lagi dia buat. Sebab dia tau sebenarnya perkara tu kita tak suka, tapi bila larang dia, dia suka tunjuk perasaan. Tu yang dia akan lagi buat perkara tu ulang-ulang bagi kita sakit hati. Bila kita buat tak tahu, tak marah dia, dia pun malas dah nak buat. Kuat memberontak anak aku ni....

Getting fussy about food

Toddlers are famously picky eaters, so don't waste your time preparing complicated meals only to have your efforts rejected. Keep cooking simple; most meals can be made into bite-sized toddler delights. Don't get bogged down trying to balance foods at every meal or even every day -- focus on a good mix for the week. If you offer her a variety of healthy options, it's highly likely she will be getting all the nutrients she needs.
Aisy lately ni makin kurang gemar makan makanan bayi. Lebih suka makanan orang dewasa. Nak tak nak kena bagi gak la. Tapi kena control sikit la. Dia suka ayam goreng tapi untuk ayam goreng dia kena buat lain. Dia suka sup ayam, tapi sup ayam dia kena buat lain. Dia suka mee, so untuk dia kena rebus mee yang lain. Semua kena buat yang lain, tak kisah lah anak. Asalkan dia nak makan.

Switching from two daytime sleeps to one

By the time your toddler is one and a half, she'll be moving towards just one sleep a day. Some toddlers go through a difficult period where one is not enough but two are one too many, so you might have to muddle through until she settles. If she's having trouble sleeping in the day, try cuddling up with her and making it extra cosy
 
Anak aku memang susah nak tidur dah sekarang. Aku pun tak faham lah dia. tak penat ke dia. Aku yang ikut aktiviti dia kalau hari sabtu Ahad tu pun rasa penat, tapi dia tidak.
 
Siang hari cuma tidur sekali sahaja, waktu petang dah nak menginjak ke senja baru nak ngantuk-ngantuk. Kalau bangun tidur dah lewat petang sikit, tidur malam gak pukul 1.30am ke atas. Memang tak larat la nak jaga dia sekarang. Banyak main betul. Kita ni dah tersengguk-sengguk tapi dia tak. Kadang tu mata dah pejam nak tidur tapi bila dengar je bunyi iklan dia suka, mata pun terbeliak semula.
 
Kadang aku rasa nak baling je tv coz selalu je kacau Ais tidur ngan iklan-iklan tu. Aisy ni lak sekarang kalau nak tidur nak kena bukak tv, walaupun bukan dia nak tengok pun. Tapi dia nak tv tu sentiasa terpasang. Sekarang ni tv kat rumah aku tu ikut tersedar kul berapa baru tutup coz aku selalu tertidur jugak bila Aisy tidur. Malas nak cari remote kat mana, tu yang bantai tidur je tak tutup tv.
 
Hobi Aisy sekarang adalah scribbling...sudah dua buku aku bagi kat dia. balik dari nursery je sibuk cari book & pen nak melukis. Setiap kali pun lukis 'cat' je. Tapi sejak Sabtu lepas dia dah pandai lukis bulat-bulat. Ni abah dia yang ajar,..budak kalau nak ajar dia melukis kena ajar dengan bulat dulu. Baru tukar yang lain lak...tapi bulat-bulat Aisy bukan satu-satu, tapi bersambung kerana dia akan ulang bulat tu di tempat yang sama.
 
Aku tak tahulah dia faham ke tak dia akan dapat adik coz bila tanya "baby adik mana?", dia akan tunjuk kat perut aku dan mula nak gigit aku. Dia marah ke suka tak tahu lah. Hope Aisy akan jadi kakak yang baik. 

Monday, August 22, 2011

Persiapan Hari Raya

Sehingga ke saat ini tiada persiapan hari raya yang beria. Baju kurung dah ambik pun semalam cuma tudung je tak beli lagi. Alhamdulillah, badan tak besar sangat since pregnant ni, so leh sarung baju kurung lagi. Tapi nampak gemuk lak bukan perut yang besar.

Duit bonus tahun ni sungguh mengecewakan, hanya sebulan gaji sahaja. Sungguh kecewa so tak boleh berbelanja lebih. Lagi pun duit ni nak prepare untuk bersalin nanti. Kenaikan gaji jugak masih belum nampak. Huhuhu...aku rasa better cepat lah masa supaya aku leh habiskan maternity leave dan menyerahkan resign letter lepas tu. Sudah tidak tertahan lagi....

Kuih raya langsung tak tempah tahun ni sebab tak terfikir nak buat open house pun cam tahun lepas. Tapi bila teringat kot-kot la ada kawan-kawan aku nak datang ke, kawan2 husband nak datang ke, takkan nak angkat air dengan roti atau biskut jacobs je...baru semalam order, tapi tak banyak pun. Setakat dua jenis je, itu pun kuantiti hanya 50 biji. Selebihnya nanti tengoklah macamana. Buat makanan berat je kalau ada orang datang.

Baju by by dan Aisy masih belum di cari. Plan hari rabu ni coz aku akan bercuti untuk weekly check up...OOO..sekarang sudah dua minggu sekali kena berulang alik ke klinik untuk check up. Lepas raya nanti bila 36 weeks seminggu sekali lak...cam cepat je masa berlalu, dan aku rasa baby kali ni jugak akan terkeluar lebih awal dari jangkamasa..sungguh tak sabar untuk melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi ini..

Ada sape-sape yang tahu kat mana lagi ada buat whole sale? Malas rasanya nak ke Sogo kerana semua pun tahu kat sana macamana suasananya...menyesal lak tak ke PICC coz minggu lepas Metrojaya buat whole sale kat sana. At least aku mesti dapat cari baju Aisy dan husband aku. Kawan aku yang pergi sana dua kali pun dah settle baju untuk anak-anak dia. Cuma untuk anak perempuan dia je tak settle coz baju untuk girl baya Aisy je banyak choice & cantik.

Kalau rasa tak nak bersemak dengan orang ramai tempat yang perlu aku pergi adalah Parkson kat Selayang Mall. Tapi situ problem parking la, bukan main susah lagi nak cari parking.,. tapi orang dalam mall tu tak la ramai mana pun. Pening kepala nak fikir tapi sudahnya aku akan ke jalan TAR & Sogo jugak ni...kat sana semua ada kan!!!!

Duit raya dah tukar tapi ingat nak cut sikit dari tahun lepas coz bonus kan sikit je..Tapi tengok la, tak sampai hati nak bagi duit raya rm1 je kat anak-anak buah...kurang-kurang rm5 macam tahun lepas kan!!!tapi duit rm5 tak de waktu aku tukar duit tu, sekarang ni just ada duit rm1 je kat aku. Banyak masa lagi nak isi duit dalam angpau ni..boleh buat kira-kira untuk tambah atau tolak.

Cuti raya lak dah lulus coz office tak de orang nak kerja langsung. Boss decide tutup je seminggu. Yahooooooooooo...boleh balik raya dengan aman. Hope raya tahun ni boleh jumpa sedara mara & kawan2 cam tahun lepas gak. Kawan-kawan, aku raya rumah PIL aku dulu pastu korang leh jumpa aku dah start petang raya tu. Jemputlah datang rumah aku atau nak aku gi rumah korang dulu?????Nanti decide ok??????

Hujung Minggu Bersiaran Dari Kampung

Hujung minggu baru ni berkesempatan untuk berpuasa di kampung bersama family aku. Tapi betul-betul tak larat rasanya bila anak tidur lambat tapi kena bangun prepare sahur lak. Kalau tak fikir mak yang kurang sihat dan aku ada husband, aku pun sambung tidur je lah...

Tapi bila dah bersahur, sambung tidur tak ingat dunia. Hari Sabtu layan mata ngan Aisy sampai kul 12.00 tengahari. Satu family layan mata kecuali husband aku yang bangun awal pastu layan PS2 sorang-sorang. Bila kita bangun, dia lak sambung tidur.

Mak & adik-adik aku tak sihat, batuk & selesema coz perubahan cuaca. Kat Mekah terlalu panas, balik sini pun panas gak, tapi panas yang berbeza. Langsung mak di bawa ke klinik sebab teruk sangat batuknya. Bila check, paras gula dalam darah mak naik ke 28. Tinggi sangat-sangat dan sepatutnya ke hospital ditahan di dalam wad. Mak jugak mengalami kekurangan air dalam badan yang teramat sangat.Sudahnya mak terpaksa buka puasa Sabtu & Ahad yang lalu.

Balik kampung kali ni juga berkesempatan untuk aku mengunjungi bazaar Ramadhan kat bandar RAub. Terlalu banyak makanan yang dbeli, gambar tak sempat nak capture coz sibuk melayan budak kecik yang berak waktu nak berbuka. Aku senaraikan je apa yang aku beli di bazaar Ramadhan. Tengok hebat tak kami makan?
1. Popia Goreng - RM2.00 (5 pieces)
2. Begedil - RM2.00 (4pieces)
3. Akok - RM4.00 (8 pieces)
4. Puding Roti - RM1.00 (3 pieces)
5. Kuih Bakar (Piana) - RM3.00 (1 pieces)
6. Sardin Roll - RM1.00 (1 pieces)
7. Murtabak - RM 6.00 (2 pieces)
8. Ikan Pari Bakar - RM5.00 (1 slices)
9. Ikan Terubuk Bakar - RM 7.00 (1 slices - bahagian ekor)
10. Air Laici Kang - RM2.00
Ini yang aku beli kat pasar Ramadhan, yang beli kat gerai buah-buahan lagi, buah jambu epal, jambu madu, salak, buah mata kucing, tembikai susu, semua sekali habis RM18.00.

Itu yang aku beli, mak yang pergi klinik singgah kat pasar ramadhan jugak, beli lagi murtabak (2), kuih koleh kacang ngan ayam percik. Semua makanan tu habis waktu berbuka. Gila hebat tak????Air bukan setakat laici kang je, tapi buat lagi satu tin laici. Licin, tak de apa yang tinggal untuk ber supper...ini makan ke muntah kedarah?????

Hari Ahad nak ke Raub jauh sangat, sudahnya adik aku yang pergi beli kat pasar Ramadhan kat kampung aku je. Walaupun tak de apa sangat makanan hari ni kecuali "kuih butir nangka" dan roti jala yang mak buat ngan murtabak yang dibeli, tapi perut penuh kekenyangan. Air tiga jug ; sanquick, tebu & soya habis licin gak. Nasi lak lauk percik ikan yang mak buat & ayam goreng kunyit (aku buat), habis licin jugak.

Husband aku lagi la, sama cam anak dia gak. Anak dia masa berbuka puasa makan dah nasi...pastu nak balik lak dia bantai lagi makan nasi. Waktu aku sibuk nak bungkus lauk, anak aku pun sibuk mintak plastik bungkus beehon goreng yang mak aku bawa balik dari masjid.

Kalau cerita bab makan, subhanallah..makan macam tak jumpa makanan dah berapa hari. tapi bab solat Terawih, hampeh je. Hari pertama solat terawih tak leh buat coz Aisy mengamuk kat masjid nak balik. Tapi boleh la jugak solat kat rumah. Lepas-lepas tu, ada jugak buat sendiri je kat rumah tapi tdak minggu lepas. Badan dah makin gemuk ni, tak larat nak tunggang tonggek. Nak bersujud lama juga dah tak berapa larat. lemas je nak bernafas, macam tak cukup oksigen je....

Moga aku diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan lagi pada tahun depan. Supaya aku berkesempatan untuk lakukan ibadah yang aku tinggal pada tahn ni...

Sebut terawih, teringat lak zakat fitrah. Pun tak bayar lagi coz husband yang patut gi bayar...Insyaallah, akan dibayar sebelum tibanya hari Raya Aidilfitri..    

Thursday, August 18, 2011

Macam-macam Ragam.......

Semalam mak dan dua adik aku selamat kembali ke Malaysia setelah 12 hari ke Mekah menunaikan umrah. Mulanya aku yang nak pi ambik mereka kat airport, tapi tiba-tiba abang aku kata dia leh cuti, so dia yang pi ambik.

Semalam gak ingat bila abang yang cuti pegi ambik mak, aku leh la datang office kerja macam biasa. Tapi Aisy langsung tak tidur malam. Abah da telah tidurkan dia di jam 9.00 malam. Oleh yang demikian pukul 1.00 am Aisy telah bangun untuk bermain. Siapa yang jadi mangsa temankan dia main kalau bukan mama dia la..

Tersengguk-sengguk aku nak melayan dia bermain. Baru macam nak tertutup mata tiba-tiba handphone aku dibaling Aisy lalu terkena mata. Sakitnya Alllah je yang tahu. Geram betul aku, rasa nak marah-marah je budak kecik tu. Lepas handphone dibaling, kalau aku terpejam mata je sikit terus dia korek biji mata aku lak.

Mana pergi abah dia???Abah dia adalah petidur yang sangat lena dan Aisy juga tidak mengorek mata abah dia. Ohh..oh..oh..anak abah betul la budak kecik ni...


Aisy yang behave kalau ngan abah. Anak abah dia ni

Sebab tak tertahan lagi, aku telah mengejutkan husband aku jam 4.00 pagi terus untuk bersahur kerana aku lihat Aisy macam mengantuk nak tidur dah. Tapi sebelum tu Aisy telah meminta untuk 'mamam' kerana lapar mungkin. Tu yang decide sahur je lah...

Jam 5.00 lebih Aisy masih belum tidur lagi dan masih ajak bermain. Aku dah tak boleh buka mata langsung, lalu tertidur, sedar-sedar je pukul 7.00 lebih bila husband nak gi kerja. Budak kecik tu pun dah terbaring sebelah aku.

Solat Subuh gajah dan sambung tidur lagi. Telefon boss kata EL coz nursery tutup tapi memang nursery tutup pun. Walaupun alamat aku adalah Kuala Lumpur, tapi kawasan kami adalah kawasan jajahan daerah Petaling Jaya. Nak tidur lama-lama pun tak leh. Pukul 10.00 aku dah bangun dan tak boleh nak sambung tidur dah...

Dalam pukul 11.00 pagi mak dan adik-adik aku sampai ke rumah aku. Masing-masing sudah bertukar suara dan sedikit selesema. Muka juga sedikit gelap dari biasa.

Mereka kata cuaca di Mekah terlalu panas, suhu lebih kurang 46C. Kita yang kat Malaysia ni kalau 37Cpun dah tak tahan, ni kan pula 46C. Nasib baik tahun ni punya puasa asyik hujan je. Tu yang ok sikit, tak la dahaga sangat.

Ole-ole dari Mekah mestilah ada tapi makanan tak boleh dimakan sebab puasa. Tengok Aisy teguk air zam-zam rasa sedikit tergoda. Budak kecik tu pun ntah kenapa suka lak air zam-zam, kalau waktu dia kecik dulu tak nak langsung.

Buah kismis dia tersangatlah menggoda aku kerana buahnya terlalu besar. Nyum nyum nyum..tak sabar nak tunggu waktu berbuka. Dengan kacang tu, buah tin lagi..kurma Nabi..subhanallah..tergoda iman puasa aku jap...

Berbuka puasa petang semalam juga sangat meriah. Kami dapat berkumpul satu keluarga menikmati kari ketam masakan mak. Fuh!!!!Marvellous...Tapi rumah aku kan kecik je, meja makan pun untuk 6 orang je, tpi semalam sebab semua ada, tak cukuplah kerusi. Tapi tak kisahlah. Aku & adik aku duduk di sofa sahaja sebab bukan nak makan nasik terus pun.

Bagi peluang pada yang nak makan nasi dulu. Tapi ada budak kecik tu semalam tak sempat azan dah buka puasa sebab dia tinggal ngan tokma dia, dia lapar. Mak goreng ikan tapi dia tak nak, sudahnya lagi 20 minitt nak berbuka dia dah berbuka. Tak macam biasa yang mana dia suka berbuka bila waktu Maghrib dah masuk.

Lepas sesi makan-makan, sesi bukak beg pilih ole-ole lak. Kali ni aku ngan K.Niza diberi ke utamaan untuk memilih jubah mana yang berkenan di hati. Jubah yang mahal ni mak cuma beli 4 helai sahaja. Untuk aku, k.niza, mak k.niza dan mak ngah aku...kenapa kami special???sebab hari tu bagi mak duit buat belanja kat sana, tapi kalau aku tak bagi pun aku dapat jugak jubah tu...

Mak jugak ada belikan alas meja yang cantik untuk aku...emm..kena beli cermin la untuk cover meja makan tu, baru leh letak alas meja.

Ni nak dijadikan satu cerita lagi, Aisy rupanya takut dan tak suka ngan warna hitam. Adik aku ada belikan dia sehelai jubah berwarna hitam. Sangat cute jubah tu. Biasa baju baru dia suka try tapi tidak kali ni. 

Aku terdengar Aisy meraung dalam bilik Tokma dia, bergegas aku ke sana bimbang dia terjatuh, tapi rupanya dia menangis sebab dia takut dengan baju hitam tu. Baju tu dah sebelah tangan masuk, tinggal sebelah je lagi mak masuk. Tapi dia punya menangis sambil sebut "takut", "panas"...banyak kali dia sebut sampai abah dia pun meluru ke bilik nak tengok kenapa Aisy menangis.

Bila dah tanggal baju tu baru dia berhenti menangis. Memanglah sebelum ni kami tau dia tak suka kalau makanan berwarna hitam. Dia memang tak makan pun kalau kek coklat atau apa sahaja yang berwarna hitam. Tapi tak sangka lak baju pun dia tak leh pakai.

Patut lah dress yang aku beli kat Jusco tu dia pakai kejap je coz abah dia nak bawa gi jalan-jalan, sampai je rumah suruh tanggal. Mulut pun asyik sebut "tak nak, tak nak". Baru je pasang niat nak belikan dress hitam putih. Macamana ni????

Pic ole-ole lepas ni baru upload...TUNGGUUUUUUUUUU.........

Tuesday, August 16, 2011

Cara Protes Yang Salah....

Hahaha..ini adalah sebuah entry luahan rasa sedih..sedih sebab apa adalah biarlah rahsia. Cuma orang yang tertentu sahaja akan faham.

Kerana rasa yang sangat terpendam sejak dua menjak ni, semalam sudah mula protes. Protes malas jalankan tanggungjawab sebagai ibu. Lalu terus menjalankan kerja-kerja 'kepuasan peribadi' iaitu tidur selepas solat Maghrib tanpa makan sebab tak masak jugak semalam. Tidak mempedulikan Aisy jugak yang ajak bermain. Terus tidur tanpa peduli tangis Aisy di ruang tamu.

Tapi bila terjaga je dari lena, orang pertama aku cari adalah Aisy. Terus berlari dapatkan dia sebab macam terdengar macam dia panggil aku. Tapi rupanya Aisy tidur dengan lena dengan abah dia walaupun jam baru menunjukkan 10.30 malam. Rasa bersalah lak sebab tak layan dia bermain tadi. Rasa rindu nak dengar suara ketawa mengekek dia..tapi takkan nak kejutkan dia lak...

Walaupun dia dah tidur, tetap belai dia sampai aku sendiri terlena. Tak tahulah kalau dia tak de depan mata macam mana rasanya. Kalau dia kecik2 dulu boleh gak tinggalkan kat kampung ngan mak tapi sekarang, no no no...sanggup aku berulang alik je rasanya.

Sudahnya pukul 5.00 am budak kecik Aisy tu bangun bersahur sebab dah puas tidur. Layan lah dia sampai puas macam balas dendam gitu coz tak dapat main ngan dia malam tadi. Rasanya cara memprotes dengan tidak melayan Aisy adalah sesuatu yang amat rugi dalam saat manis kehidupan. Protes yang lain tak pe kot.....

Monday, August 15, 2011

Apa Sudah Jadi Dengan Plan Hujung Minggu????

Cakap berabuk je hujung minggu nak buat tu lah, nak buat ni lah, nak pergi sana lah, nak pergi sini lah...sudahnya nak tahu aku ada kat mana????

Dua hari atau lebih daripada tempoh 48 jam kerana start pukul 6.20 petang Jumaat aku naik ke rumah dan tidak turun-turun lagi sehingga jam menunjukkan 7.25 am Isnin untuk pergi kerja. Hebat tak aku? tak pijak tanah, tak jumpa orang lain, hanya mengenakan baju tidur sahaja di rumah. Hahahaa....

Ini disebabkan oleh husband kena bekerja pada hari Sabtu, so tak leh nak ke mana-mana. Tapi yang betul-betul hampehnya adalah menunggu husband pulang yang kononnya kata akan sampai satu jam lagi tapi rupanya sampai pukul 5.00 petang di rumah.

Dek kerana protes tak boleh nak keluar ke mana-mana kerana hari sudah lewat petang dan guruh berdentum-dentum, lauk yang dibeli juga tidak menepati untuk dimasak kerana memesan membeli ayam tapi dibelinya kepala ikan, aku layan mata je dengan Aisy. Tanda protes!!!!

Pukul 6.30 baru jenguk dapur intai apa En. by by masak, kari kepala ikan yang akhirnya aku jugak yang tolong masakkan. Tapi aku tak lalu makan kepala ikan kerana itu bukan makanan aku dari kecik takut terjadinya otak yang lembap sementelah otak sekarang sudah makin lembap. Masak nasi minyak resepi mak dan akhirnya tak makan pun sebab perut kenyang coz aku buat sira roti jugak.

Aisy sekarang adalah pemain yang setia dan lebih suka bermain dari tidur. Hanya tidur petang pukul 4.20 pm dan bangun jam 6.40 pm, tapi berjaga sehingga ke pukul 4.30am..apa sudah jadi ini anakku...fahamilah bahawa ibumu perlu bangun memasak untuk sahur lagi.

Sebab tak tertahan lagi, pukul 3.00 lebih aku telah mengejutkan by by bersahur sahaja kerana bimbang takkan bangun lagi untuk bersahur. Sahur makan nasi minyak yang tak berlauk dan Aisy juga bersahur bersama kami. Budak kecik tu berpuasa ye kerana dia tak mau makan tapi nak susu dan air ribena je.

Ahad juga tak kemana-mana kerana husband bangun nak kat pukul 12.00 tengahari dengan alasan Aisy tidur lewat malam tadi. Nak keluar gi mana kalau pukul 12.00 pm baru nak bangun, nak siap-siap confirm dah petang. Nanti nak masak untuk berbuka lagi...

Sudahnya anak abah je keluar dengan abahnya ke Carrefour Kepong. Aku tidak turut serta kerana hari-hari aku ke carrefour sebelah office tu, nak cari apa lagi. Biarlah dua beranak tu meronda berdua-duaan. Sudahnya budak kecik tertidur ketika dalam troli.Hahaha..mana nak dukung budak kecik tu, mana nak tolak troli lagi...kesian si abah, tapi tak pe. Dia memang suka bawa anak bersiar-siar.

Sekali lagi berdepan masalah memasak lauk untuk berbuka. Hanya membuat goreng kicap ikan & ikan bakar. Sawi goreng juga kerana suami nak makan kailan tapi dia ingat sawi japanese tu kailan. hahaha..Tu je lah lauk hari ni, bersyukur tiada pembaziran berlaku.

Dan secara kesimpulannya, persiapan raya belum ada lagi. Tahun ni aku tak tempah kuih raya pun. Hebat tak????


Friday, August 12, 2011

Apa Plan Hujung Minggu Ni?

Kalau mak aku ada kat sini, tak payah nak plan nak buat apa hujung minggu ni..confirm balik berbuka puasa di kampung je. Boleh jugak buat-buat kuih raya tak pun rehat-rehat mata tengok pokok-pokok. Ni nak kena dok KL lagi minggu ni, tengok hutan batu ni..Bosannya....

My by by dah suggest nak gi Zoo Negara tapi aku tak tau la relevan ke tak pergi ke Zoo Negara pada bulan puasa ni. Banyak nak guna tenaga kalau nak berjalan pusing-pusing dalam Zoo tu. Takkan nak naik train je, pastu nak kawal Aisy lagi. Ish..ish...ish...aku rasa idea ni tak berapa bagus. Tapi akan di pertimbangkan.



Harga ticket dan waktu entrance

Nak pergi shopping-shopping pun masih di awal bulan lagi. Bukan nak cari apa pun, cuma barangan my by by & Aisy je. Yang aku nyer dah settle, kalau ada pun nak terbeli tudung dan kain batik je coz baju dah siap tapi tudung tak de lagi. Kain batik lak nak prepare untuk berpantang nanti, maklumlah, aku hanya ada dua helai je kain batik, dulu waktu berpantang terpaksa pinjam yang mak punya.

Untuk Aisy baju kurung ikut tema coklat rasa macam belum ada lagi. tapi tak pe, beli kain 2meter nanti upah Che Su dia jahitkan je. Tapi lebih pada nak beli dua atau tiga helai dress untuk dipakai pada hari raya. Baju kurung rimas aku tengok dia pakai. Dia pun tak selesa coz Aisy adalah budak kecik yang suka naked, so better beli baju yang terbuka sana sini supaya angin mudah masuk dan seolah-olah naked gitu. Hahaha..apa punya mak la aku ni...


Aisy tak de lagi baju black & white

Warna cam ni kurang menarik, kalau dapat biru cantik kot...

Baju cam ni pun comel gak

Baju C.De beli dah warna brown tapi dah pakai la waktu birthday hari tu

Aku dah survey kat Jusco tapi macam tak berkenan sangat ngan patern-patern yang ada. Kalau pergi Sogo pun sama gak kan coz jenama yang sama. Ni yang tengah terfikir-fikir nak cari dress yang kain cotton cam Che De dia beli kat Kedah hari tu. Dalam online banyak, tapi boleh tak aku dapat kat mana-mana secara direct. Kat Plaza GM ada tak? Atau kat mana leh cari. Bagi cadangan sikit...Please....

Thursday, August 11, 2011

Cerita Tentang Puasa

Bila nak masuk waktu berbuka je kat tv kan ada orang baca doa. Waktu tu lah si kecik ni dah berlari menuju ke meja makan tolak-tolak kerusi nak duduk atas kerusi.

Mulut lak tak henti-henti sebut "Allah akbar, "Sik sik, air air". Mengalahkan orang berpuasa betul Aisy ni. Bila berbuka singkat betul masa yang ada antara nak berbuka dan solat Maghrib tu. Sudahnya bulan puasa ni aku solat pun pukul 8.00pm. Teruk betul...

Walaupun pregnant, tapi aku tak lalu makan betul bulan puasa ni. Nasi la, kalau kuih-kuih tu tok sah cakap lah. Confirm habis ditelan dan paling best dapat air. Mungkin jugak sebab dah makan kurma tiga biji dah kenyang. Patut leh solat Maghrib terus tapi budak kecik nak makan nasi. Layan kan aje.

Aisy makan nasi sekejap je dok atas kerusi, pastu dia nak turun. Terpaksa lah kita yang mengejar dia bawa sepinggan nasi. Pastu tu lak, dah nak kat pukul 8.00 tu dia pun  sibuk suruh tanggalkan baju dia nak mandi ngan aku lak.

Cerita pasal mandi, semalam dah siap mandi kebetulan abah dia keluar hisap rokok kat luar. Aku lak nak tutup air dan ntah macamana budak kecik tu patah balik nak main air pada hal kita dah siap lap dia. Bilik air tau je lah macamana. Mesti licin punya, tiba-tiba Aisy jatuh dan yang paling aku sedih sekali kepala dia terkena lantai bilik air. Aku tak tau lah kuat ke tak coz tak dengar bunyi hentakan tapi lebih kepada bunyi air paip yang tak ditutup.

Aku menjerit panggil husband aku, panik gila coz Aisy dah menangis sekuat-kuatnya. Sakit sangat kot, tu yang menangis. Terasa nak terbang terus sampai ke pintu kecemasan hospital je waktu tu. Mak ajar kalau dia terkejut bagi minum air tapi husband aku tak layan bila aku suruh ambik air bagi minum.

Bila abah dia dukung je, dia dah senyap. Bimbang ada effect kat kepala dia je coz dia kan kecik lagi. Lepas pada tu dia elok je macam biasa. Masih lagi berlari-lari dan bercakap macam biasa. Yang buat aku geram nya lagi, tak serik agaknya jatuh dalam bilik air coz sibuk nak masuk bilik air lepas tu bila pintu terbuka.

Bulan puasa ni aku rasa ada sehari je aku tak masak. Puasa kedua, yang lain semuanya aku masak. Penat betul, nasib baik balik pukul 5.00pm, busuk-busuk terperangkap dalam jam pun aku masih leh sampai rumah kul 7.00pm. Bila sampai kul 7.00pm, husband suruh masak yang simple2 je, tapi kalau sampai pukul 6.00 lebih tu dia request la sikit bab makan ni.

Ada masa kalau nak makan sekali je untuk berbuka, masak sikit je lah. Bersahur tu kadang dia nak makan roti je tapi still kena masak sardin.

Kalau bulan puasa ni satu je problem aku, tak cukup tidur. Mana taknya, tidur lepas Aisy tidur. Aisy sekarang paling awal tidur pun pukul 12.00am tu pun kalau dia ngantuk sangat. Kalau tak pukul 1.30am baru nak tidur. 4.30am dah kena bangun nak masak. Pastu dah takleh sambung tidur coz masuk kerja pukul 8.00am. Nasib baik gak bp dan hb aku dalam keadaan yang sangat baik. Semoga Allah kurniakan aku kesihatan yang baik sebab berkorban waktu untuk si kecik tu.

Monday, August 8, 2011

Berangkat Menunaikan Umrah

Sape yang berangkat tunaikan umrah?Akukah?..Kalau lah aku yang dapat pergi, aku tak dapat tergambarkan lagi perasaan aku saat aku buat entry ini. Mungkin menunggu waktu untuk solat Subuh setelah berqiyam mulai di Masjidil Haram.

Dan yang pasti kalau aku yang berada di sana, aku tak tahu betapa banyaknya air mata aku dah tumpah. Mungkin juga boleh menyebabkan banjir di Kota Mekah tu. Tapi bukan rezeki aku lagi untuk ke sana. Aku cuma berkesempatan menghantar mak, dan dua adik aku ke KLIA pada Sabtu yang lepas.

Orang cakap kalau nak pergi buat ibadat ni macam-macam dugaan datang kan. Mulanya keluar dari rumah nak berangkat la. Sampai kat tol kena saman ngan polis trafik coz tak pakai seat belt. Geram tul  aku, ada ke patut polis tu tunggu kat kaunter tol. Ingat guard kat tol, rupanya polis trafik. Melayang duit nak bayar saman.

Dah sampai KLIA jam lebih kurang kul 12.00 pm..perkhabaran yang sungguh tak sedap didengar. Flight sepatutnya pukul 3.00 petang tapi delay pukul 4.00 petang lak. Naik MAS tau bukan Air Asia. Kesian kat mak la dok lama-lama kat sana.

Abah yang rajin dukung Aisy

Mengamuk nak duduk dalam troli


Lepas daftar bagasi, aku masih lepak-lepak lagi kat KLIA. Takkan nak blah terus, ingat nak tunggu sampai mereka semua check in baru balik tapi budak kecik tu dah bosan. Dia bukan bosan apa. Dia nak lepas bebas, kawasan tu kan luas. Tak larat nak kejar dia yang suka berjalan dan berlari tu. Pastu nak main escalator lak. Puas main escalator, nak main kat dalam tempat info MAS tu lak coz kat situ ada gambar kucing. Siap baring-baring lagi kat seat tu coz dekat dengan 'cat'.

Mak aku kesian kat husband aku yang penat mengejar dan melayan karenah Aisy, dia suruh kitorang balik dulu. Kami tunggu sementara dapat ticket flight baru blah dari KLIA. On the way nak ke tempat parking tu adalah tempat jual baju-baju. Husband aku dok ralit memilih baju, yang si kecik ni nak main escalator lagi. Aku lah melayan dia bermain atas escalator yang bergerak untuk pejalan kaki tu. Siap lari-lari lagi Aisy atas tu. Penat betul layan karenah budak kecik tu.


Eii..ramainya orang. Tempat apa ni????

Mengantuklah dengar taklimat ni..boleh saya jalan-jalan????

Kan seronok dapat melihat abang-abang yang handsome dan kakak-kakak yang cantik ni? 

On the way balik terus solat Zohor kat R&R Dengkil coz plan nak gi meronda ke Jalan TAR, tapi nak balik tukar kereta lak. Husband aku tak larat nak bawa Gen2 coz manual, nak tukar ambik Myvi atau Kia Picanto bawa masuk bandar.

Bila dah siap tukar-tukar barang masuk kereta KIA, jalan separuh jalan tiba-tiba husband cakap nak beli lauk je kat NSK bukan nak pergi jalan TAR. Rasa hangin je, tadi dia gak yang nak pergi jalan-jalan dan pesanan yang banyak kali dia buat kat aku "nanti pergi sana beli serkup kepala tu banyak-banyak". Apa kes tiba-tiba nak pergi pasar borong lak!!!!Dah la bawa kereta adik aku yang pengemas tu nak letak lauk. Dengan tak de alas, nanti busuk sape nak jawab?????

Dengan mood yang geram ajak dia balik je lagipun Aisy dah tertidur keletihan. Lebih baik  rileks2 kat rumah sementara petang nak sambung untuk kerja-kerja memasak lak. Langsung layan tidur ngan Aisy sampai kul 6.00 petang. Tengok husband aku lak yang kecoh-kecoh kat dapur memasak.

Try telefon adik aku dah tak dapat coz dah off hp. Last sekali call waktu kami sampai rumah tu diorang cakap flight delay lagi sampai kul 6.00 baru berlepas. Mungkin sudah berlepas dan akhirnya tengahari semalam dalam pukul 1.00 petang dapat message dari adik kata dah sampai Madinah. Alhamdulillah...semoga mereka dapat beribadat dengan tenang di sana nanti. Amin.........

Thursday, August 4, 2011

Aku Dihambat Masa

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa. Dan aku rasa aku punya blog pun dah jadi sarang labah-labah. Lama tak update cerita Aisy yang semakin nakal yang sekarang ni suka menggigit.

Kalau dulu tiap-tiap hari boleh mengadap internet sebelum buat kerja dan boleh la nak buat satu entry dalam dua hari. Tapi sekarang, tak de masa langsung. Bermula dari minggu lepas lagi, niat nak bercuti sebab mak buat solat hajat juga terpaksa dibatalkan. Tak balik pun Jumaat minggu lepas sebab kena kerja sampai 1.30am.

Ni semua gara-gara Imigresen officer datang ke office pukul 11.00 pm dan bukannya 4.00 pm seperti yang dijanjikan. Ini pun sebab case kesian foreign worker yang dah ramai datang dari seluruh semenanjung sebab nak buat biometrik la. Kalau tak, pukul 8.00pm lagi aku dah blah bila tak de pegawai Imigresen pun nak jawab telefon confirm datang ke tak. Nasib baik rakan sekerja aku ni gi mengamuk kat Imigresen Pusat Bandar Damansara tu, tu yang diorang datang gak.

Minggu ni lak sibuk ngan program pendaftaran 6P. Kes pemutihan pekerja asing la ni. Bos yang kaya kaut untung tapi kami staff ni macam kuli batak je. Dah la gaji janji nak naik tak naik-naik. Kata nak naik bulan Aug ni. Tak tahu la naik ke tak, bonus pun tak tahu ada ke tak. Office mate aku seorang ni dah dapat kerja lain, confirm nak berhenti dah. Aku pun nak tunggu maternity leave je, pastu aku pun nak blah. Rasa rugi dok sini lama-lama.

Kalau cerita tentang kerja memang sakit je sekarang ni. Mintak-mintak dimurahkan rezeki untuk anak yang kedua ni. Dapat kerja lain dan masa yang sama dapat kekuatan nak mulakan bisnes. Rasa rugi asyik makan gaji je. Kalau tak berani sampai bila pun kita takkan berjaya kan!!!!Harap dipermudahkan segala urusan.

Sekarang kandungan masuk ke minggu ke 30. dah tak larat rasanya coz perut asyik mengeras je. Nasib baik tak de problem darah tinggi macam dulu. Kaki pun tak bengkak-bengkak macam dulu. Cuma bulan lepas je ada problem hb darah 10 lebih je. Sekarang hb dah naik jadi 12 lebih semula. So ok la.

Jantina untuk adik Aisy ni tak tahu lagi girl or boy. Tak kisah lah, janji selamat dan sihat. Anak perempuan ni sebenarnya bagus coz sampai dia ada anak pun dia mesti sayangkan kita dan utamakan kita. Tapi anak lelaki ni, bila dah ada girlfriend pun dah kurang mesra dengan keluarga. Apatah lagi kalau dah kahwin. Nanti mesti nak utamakan isteri dan anak-anak lak. Tapi macamana pun. mesti kena ada anak lelaki walaupun seorang.

Adik Aisy ni lagi hebat dari Aisy. Aisy dulu tak la bergerak hebat sangat dalam perut, tapi yang kali ni aktif gila. Bila bergerak-gerak rasa macam sakit lak. Ada masa sampai asyik nak ke tandas je. Kali ni gak rasanya macam perut nipis je sampai boleh rasa la kemampatan baby dalam perut tu. Pegang setiap tempat pun dapat rasa cuma tak tahu tu part apa. Tapi tak berani tekan kuat-kuat coz takut tercedera lak. Tapi mungkin paha, lutut, kaki atau punggung je coz kepala dah turun bawah.

Tentang puasa lak, alhamdulillah. Walaupun dah masuk minggu ke 30, masih lagi kuat nak berpuasa. Dua tahun lepas waktu pregnantkan Aisy, aku tak sarat sangat. Kandungan masih berusia 5 bulan, so masih kuat dan dapat berpuasa penuh. dan harap-harap kali ni juga.

Hari pertama puasa husband tak de selera nak makan nasi, tekak aku jugak. So kami memilih untuk makan mee sup je. Lagi pun Aisy memang sangat-sangat suka mee sup. Pergi Bazar Ramadhan pun cuma beli kuih tepung pelita je. Itu pun aku je yang makan coz husband bukan penggemar kuih muih.

Hari kedua lak husband pilih untuk membeli lauk gulai kawah (kari daging) ngan kurma ayam. Gulai kawah tu ok, sedap tapi kurma ayam tu tak berapa sedap la. Sedap lagi aku masak walaupun aku bukannya pandai masak pun.

Untuk manisan berbuka puasa aku masak sira pisang je coz tak sempat la nak buat kuih-kuih ni. Cuma lepas tu nak buat kuih cek mek tapi aku tersalah beli ubi keledek. Ubi keledek tu terlalu lembik so tambah tepung macamana pun tak boleh gak uli. Sudahnya dapat buat empat ketul cek mek je coz susah sangat nak uli kan, yang selebihnya terpaksa buang.

Hari ketiga berpuasa lak, husband nak makan kari ketam. Sekarang ni kena ikut selera dia kalau lauk-lauk ni. Kalau tak ikut, nanti dia tak makan. Kesian kat dia, kerja teruk tengah panas kalau tak selera makan nanti puasa dia terbocor lak. Aku lak puasa-puasa ni mana kesah ke nasi sangat. Aku suka makan kuih-muih atau pun something yang bukan nasi. So petang semalam sempat buah melaka aka onde-onde. Pastu makan buah-buahan dan air je dah kenyang.

Hari ni tak tahu lah nak masak apa tapi malam ni nak hantar Aisy balik kampung. Esok nursery half day je, so tak de sape nak ambik Aisy tengahari tu. Ni yang kena hantar Aisy balik kampung. Nasib baik mak tak berangkat lagi ke Mekah, kalau tak aku je lah yang terpaksa cuti. Rasanya nak makan kat rumah mak je la untuk malam ni. Tapi kena la beli kuih-kuih untuk alas perut dulu.

Cerita tentang kerja dah, cerita tentang pregnancy dah, cerita tentang puasa pun dah. Sekarang nak update tentang Aisy lak.

Dia sekarang suka sangat nak menggigit. Tahulah dah ada gigi. Dia suka gigit aku bila husband aku usik dia. Dia kan tak suka kalau husband aku peluk-peluk aku ke, tapi tu yang husband aku buat. Saje nak tengok budak tu marah. Tapi yang aku geramnya Aisy bukan tampar muka abah dia tapi tampar muka aku lak. Bukan jugak gigit tangan abah dia tapi gigit tangan aku. Geram aku dibuatnya kat dua beranak ni. Kita dah la tak larat, nak berehat-rehat pun tak boleh. Sorang suka mengusik, sorang lagi lak tak reti nak marah abah dia. Yang jadi mangsanya aku lah.

Aisy sekarang ni suka sangat tidur lewat. Sampai tak larat dah mata aku nak bersengkang main ngan dia. Sampai ada masa aku marah je dia. Kalau dia main mainan je tak pe, ini ntah apa-apa yang dia buat main. Kadang selongkar baju, kadang panjat sofa dan duduk kat hujung sofa tu. Kadang nak main kunci buka tutup almari baju.

Yang paling aku tak suka bila dia asyik suruh buka semua dan segala benda yang ada depan mata dia. Kalau ada handphone, handphone tu la kita ceraikan batery dia coz dia pasang semula. Kalau mainan dia asyik nak screwdriver je nak buka tempat batery. Kalau botol air lak asyik nak buka penutup botol je. Main buka tutup buka tutup sampai tension la aku dibuatnya.

Boleh hari Jumaat tu aku dah la sampai rumah pukul 2.00 am, bila sampai rumah je tengok Aisy sedang asyik menonton tv tapi abah dia sedang nyenyak tidur. Tak de la peluang aku nak lelap mata walaupun kaki dah bengkak coz berdiri terlalu lama, suara dah tak de coz asyik menjerit je ngan foreign worker yang tak reti bahasa tu. Sudahnya aku tak tahan lagi bila dah 5.30 am dia tak nak tidur. Aku kejut abah dia lak tolong jaga anak kecik tu.

Budak kecik tu dah pandai cakap macam-macam. Senang la faham apa dia nak dan apa yang dia tak nak. Kalau dia terbuang pun dah pandai cakap suruh basuh. Kalau nak basuh pun dah tahu nak basuh kat mana sama ada kat sinki atau bilik air.

Budak kecik tu pandai sangat. Sekarang ni dia kurang selera nak makan nasi. Dia asyik minum susu je, sudahnya asyik membuang je. Sebab dari kecik memang minum Dumex, aku takut susu tu tak sesuai. Aku baca info kalau budak asyik cirit je kena tukar susu dan bagi susu yang free lactose.

Beli Dumex free lactose, dia tak nak minum coz tawar kot. Tukar Anmum lak coz tiada gula tambahan tapi sama gak. Dia tak nak. Dia tau mana susu dia selalu minum ngan susu yang baru. Sudahnya guna lah susu-susu yang free lactose ni untuk dia kalau dia tengah tidur nangis-nangis nak susu tengah malam. Itupun dalam tidur dia minum macam terpaksa je coz lapar. Daripada buang kan, tu je caranya nak gunakan susu tu.

Aisy sekarang ni suka sangat menyanyi. Terutama lagu Alif Aziz ke sape yang budak Singapura tu. Lagu duet tu la.."Kalau cinta....". Lagu tu semua orang kena tau. Dia akan nyanyi dulu lepas tu dia akan sebut nama seorang2 suruh nyanyi lak. Adik aku ngan abah dia memang hafal la lagu tu. Aku je yang tak hafal-hafal lagi lagu tu.

Panjang sungguh entry kali ni. Balas dendam coz tak update dua minggu punya cerita. Anyway nak ucap Selamat Berpuasa pada semua pembaca-pembaca blog dan juga bloggers. Tak terlewat lagi kan!!!!!!