Friday, June 10, 2011

Tiga Tahun Dah Dia Pergi.....

Huhuhu..sedih, rindu, dan macam-macam perasaan yang ada...

Hari ni genap tiga tahun arwah abah pergi...pergi menghadap yang Maha Pencipta..tiada apa yang dapat aku lakukan sebagai anak kecuali sedekahkan al-fatihah, surah yassin dan tahli. Semoga arwah abah ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman.

Bila ada yang menggembirakan, pasti ada pula yang menyedihkan menyusul pulak...

Mengimbau peristiwa tiga tahun lepas..
Bila aku membuat keputusan untuk berkahwin, abah sangat gembira....
Untuk urusan wali, menjadi sangat bermasalah kerana abah selepas diserang stroke kali kedua sudah tidak boleh bercakap...perangai juga semakin mudah naik berang...
Alhamdulillah, bila aku bawa je dia berjumpa dengan jurunikah di kawasan aku, dia bagi kerjasama...
Kalau tak, dengan adik dia tak nak beri kerjasama langsung....


Gambar terakhir bersama abah di hari pernikahan aku

30.05.2008.
Di hari pernikahan aku, abah lah orang paling gembira...
Dia tak tidur macam biasa..
Asyik ke hulu ke hilir kerana ramai orang seperti mahu melayan tetamu...
Di waktu malam juga tiada amukan kedengaran walaupun orang di luar rumah riuh-rendah berkaraoke...

31.05.2008
Di hari persandingan juga abah hanya berdiam diri...
Tiada amukan seperti biasa...
Walaupun hanya berkain pelikat dan berbajukan pagoda..
Dia melayan kawan-kawan dan sedara-mara dengan baik...
Bersalaman walaupun tiada bait patah kata yang keluar kerana dia tahu tiada orang yang akan faham apa yang dia tuturkan...

01.06.2008
Di hari menghantar menantu pula, abah yang bangun awal..
Bila diberikan kain pelikat dan t-shirt, dia menolak...
Dia sendiri mengambil sepasang baju melayu berwarna coklat muda...
Ingin kelihatan kemas untuk bertandang ke rumah orang agaknya....

02.06.2008
Abah mengalami cirit-birit yang sangat teruk...
Kasihan dia..tapi masih lagi mahu mengikut aku ke rumah makcik untuk jemputan makan tengahari..
Makan masih seperti biasa.....

03.06.2008
Hari gotong royong turunkan khemah...
Ada sebuah khemah tertinggal dan ada satu suara berseloroh...
"Macam nak kenduri lagi je minggu depan ni"
Aku tersentap tapi mungkin tiada apa-apa....

04.06.2008
Nak balik dah coz kerja dah esoknya tapi balik naik bas je coz husband tak de...
Seperti biasa kalau nak balik kalau abah tidur aku tak salam ngan dia...
Cuma cium je pipi dia...
Tapi kali ni hati tak sedap...
Rasa macam nak salam je...
Kejut abah yang tidur, salam dan peluk abah lama sebelum pergi...
Dalam bas bila sampai kat tol Bentong mak telefon kata abah jatuh dan tak sedar
Aku menangis dalam bas,,,
Terasa lambat je bas ni nak sampai Genting sempah coz aku nak turun kat sana je
Adik-adik aku naik ngan husband aku dari KL..
Sampai je rumah abah memang sedar tapi dia tak sedar ada orang keliling dia....
Dia hanya tidur tetapi mengengsot satu rumah sampaikan tangga pun dia tak tau itu tangga...

05.06.2008
Abah masih sama...
Panggil orang yang biasa mengurut abah sepanjang dia kena stroke...
Petang nampak ok..
Kami decide nak balik KL...
Sempat salam abah dan bergurau ngan abah
Ada respond, so tak la sedih sangat nak balik KL...

06.06.2008
Adik beritahu abah dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri..
2 jam di ICU akhirnya ke wad biasa...
Doc suruh refer ke Temerloh tapi kami tolak...
Rasa macam lain je..

07.06.2008
Seharian menunggu abah di hospital...
Saat semua keluar pergi minum di kedai,
Saat aku membacakan surah yassin untuk abah...
Abah bertanya pada aku mak di mana..
Abah nampak lain..lain sangat-sangat...
Abah seolah-olah sedih di sana...
Bila aku pujuk kata kita balik dia senyum..seakan gembira sangat-sangat...
Tak tertanggung rasanya bila setiap kali abah diserang sawan...
Nyawa abah seolah-olah ditarik-tarik...

08.06.2008
Jam 3.00 pagi kami dikejutkan dengan panggilan telefon adik aku yang menunggu abah di wad..
Bergegas ke hospital dari rumah...
Abah diserang sawan seolah-olah ingin melepaskan nyawanya...
Sehingga ke pagi hampir empat dua jam sekali abah diserang sawan..
Kami decide nak bawa balik abah...
Dia sedih dan menitiskan air mata je kat sana..
Aku yang sign surat nak bawa balik tu...
Abah balik dengan ambulance...
Aku balik dulu sebab nak siapkan tempat baringan abah...
Awan nampak suram..pokok jugak tak bergerak seolah-olah tiada angin...
Rasa macam masa abah makin singkat..
Cuma berharap aku sempat menghabiskan masa sedikit lagi dengan abah...
Sepanjang hari di rumah, tiada serangan sawan...
Abah juga teringin hendak makan apa yang kami makan...
Suap sedikit takut abah nanti dah tak sempat rasa...
Abah nampak sihat..sangat-sangat sihat....
Walaupun orang masjid datang membacakan Yassin petang tu, abah nampak macam sihat...
Sempat bersalam dan bergurau dengan abah...
Sempat picit kaki abah dan abah menjerit marah...hehehe..

09.06.2008
Di hari lahir, menerima panggilan dari mak hanya untuk mengucapkan selamat hari lahir...
Abah ok..sihat..
Tapi tetap balik coz abang & adik akan pulang...
Aku yang akan menemani emak menjaga abah untuk seminggu ni...
Sampai sahaja di rumah, orang masjid datang untuk bacakan Yassin kali kedua....
Tapi abah dah kaku...
Hanya nafas turun naik...
Abang cakap, tadi ok lagi waktu mak telefon aku....
Tapi lepas abang turunkan semua gambar-gambar dan perhiasan di dinding, abah mula kaku...
Susu yang dimasukkan ke dalam tiub juga sudah tendang keluar....
Abang cakap, abah sempat marah dia sebab turunkan gambar konvo aku...
Maghrib tu abah nampak macam boleh menelan susu...
Tapi bila ditelan tiba-tiba tersembur keluar darah dari tiub susu...
Berhenti berikan susu...
Cuma nampak abah macam dahaga...
Titikkan air je kat dalam mulut abah...
Nampak abah sangat susah nak menelan tapi agak dahaga...
Surah yassin tak berhenti-henti kami baca....
Jiran aku menyuruh abang menjemput C.De dari KL kerana abah dah nampak tenat....
Serangan sawan kembali...
Dan ketika aku berjaga jam 3.00 am...abah diserang sawan lagi...
Tapi kali ni seolah-olah ingin melepaskan nyawanya sedikit demi sedikit....
Mengejutkan semua yang tidur...
Dan jam 5.40 am, abah pergi untuk selamanya....

Hari ni tiba lagi...
Tiga tahun sudah berlalu...
Kalau lah abah masih hidup, pasti sangat-sangat abah lah orang yang paling gembira dapat berjumpa dengan cucu abah kan!!!!
Semoga roh abah dicucur rahmat...
Dan semoga kita bertemu lagi di akhirat nanti...
Always miss u abah....

No comments:

Post a Comment